Total Pageviews

STARGATE





Bismillahirahmanirahim...


salam...setelah sekian lama saya tidak update blog ni, baru hari ini saya datang kembali selepas hampir sebulan tidak menulis apa-apa untuk di kongsikan bersama di dalam blog yang tidak seberapa ini.


Setelah di amati, sebenarnya saya amat sukar untuk 'maintain' dalam siarkan entri-entri pada setiap minggu. Mungkin ini kerana saya masih lagi seorang pelajar tahun akhir dan amat sibuk dalam dunia perniagaan saya, dek kerana itulah saya tidak berkesempatan untuk update blog ini.


Biarpun begitu, dengan masa yang ada ini, saya cuba untuk memberitahu kepada anda tentang beberapa perkara. Insyallah, selepas ini saya cuba untuk update sekerap yang mungkin tapi besar kemungkinan entri yang akan di keluarkan itu agak pendek berbanding versi yang sebelumnya. Lagipun, entri yang panjang bukan semua orang suka membacanya.


Kebanyakkan orang kita suka membaca yang bahagian permulaan dan bahagian akhri sahaja. Bahagian tengah di baca sepintas lalu sedangkan itulah klimaxnya.


Owh, sebelum itu, saya minta maaf kepada 6 orang pembeli baju FAB edisi 1 yang masih belum menerima baju mereka. Saya minta maaf banyak-banyak kerana kilang pencetak tidak memberitahu saya mengenai kehabisan baju lengan panjang dan mereka harus menunggu stok baju lengan panjang pada minggu ini. Saya seolah-olah menjadi orang munafik kerana tidak pegang pada janji. Sepatutnya penghantaran telah di lakukan pada 12hb 2 baru-baru ini. Ini dah hampir sebulan, saya masih belum menghantar baki 6 lagi tempahan itu. Saya benar-benar minta maaf. Janji kilang itu pada saya, mereka akan hantar baki baju itu pada minggu depan dan di harap ianya akan selesai. Mohon maaf dari saya.


Apapun, untuk kali ini saya cuba bawakan kepada anda mengenai STARGATE...


Apakah itu Stargate? Stargate adalah satu 'pintu' yang boleh menembus kepada pintu-pintu yang lain. Kalau dari segi sains fiksyen, stargate adalah sebuah gerbang yang mampu membawa manusia ke alam atau planet lain. Baru-baru ini di dalam forum atas bawah, topik stargate ini telah menjadi perbualan kerana salah seorang forumer mendapati bahawa di Yaman telah berlaku sesuatu yang melibatkan pengalian atau explorasi tentera U.S mencari tinggalan stargate ini.


Stargate ini di katakan adalah tinggalan tamadun Sumeria. Ia juga di katakan alat-alat tinggalan Annunaki atau Nephilim (dewa-dewa sumeria) yang datang dari planet lain. Biarpun begitu, saya tidak kata saya mempercayai benda ini bulat-bulat. Kajian harus di teruskan. Jika anda mahu membaca perihal ini, sila downloadnya di sini.


Lupakan seketika mengenai Sumeria dan annunaki itu. Baru-baru ini juga ada seseorang telah datang pada saya dan mengadu perihal mimpinya. Dia mengatakan dia nampak sesuatu gerbang bulat yang cukup besar dan tergantung di udara serta di bawahnya ada air. Di dalam mimpi itu, dia juga, dia dapati terdapat seekor naga berlegar-legar menjaga pintu gerbang itu. Lalu saya bertanya, pernahkah dia melihat atau menonton apa-apa mengenai stargate. Dia kata tak pernah cuma selepas dia membuka forum atas bawah, barulah dia perasan gambar stargate itu sama seperti di dalam mimpinya. Maka persoalan mulai timbul, apakah yang di mimpikan itu adalah benar? Jika ya, bagaimana pula produksi perfileman U.S mengetahui perihal ini? Apa pula kaitan dengan kedatangan pihak tentera U.S di iraq dan yaman, adakah semata-mata untuk mencari gali pintu ini? diskusi selanjutnya di sini.


Di katakan juga bahawa Nabi ibrahim sebenarnya pakar atau master dalam perihal astrologi, pemetaan, explorasi dan mungkin pembinaan jentera. Di katakan bahawa pencipta stargate sebenar adalah baginda ibrahim. 


"Ketika malam telah gelap, dia melihat sebuah bintang  dia berkata: "Inilah Tuhanku", tetapi tatkala bintang itu tenggelam dia berkata: "Saya tidak suka kepada yang tenggelam."
Surah Al-an'aam ayat 76


"Dan demikianlah Kami perlihatkan kepada Ibrahim tanda-tanda keagungan  di langit dan bumi dan  agar dia termasuk orang yang yakin."
Surah Al-an'aam ayat 75


Apapun, saya selidiki di dalam quran, perihal ini ada di sebut dalam banyak surah mengenai 'pintu-pintu langit'. 


"pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pendusta". Demikianlah dijadikan Fir'aun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia dihalangi dari jalan ; dan tipu daya Fir'aun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian."
Surah Al-mukmin, ayat 37


Ayat di atas merujuk mengenai firaun yang mahu menuju langit dengan keadahnya tersendiri. Ada yang berpendapat, pembinaa piramid itulah yang berkaitan dengan ayat di atas, tapi pada saya, ia tiada kaitan dengan piramid, tapi besar kemungkinan berkaitan dengan pembinaan stargate ini. Jika kalian tahu, bahawa firaun adalah pengamal sufi terhebat dan dek kerana itulah dia mampu mengatakan bahawa dirinya tuhan. Tapi, kerana kesombongan dan 'kesesatan' yang dia lakukan, maka di utuskanlah dua orang nabi untuk melawan seorang firaun.


Di dalam terma sufi pula, stargate ini di kaitkan dengan bintang-bintang. Saya baru-baru ini berbincang dengan seseorang dan dia mengatakan bahawa insan sebenarnya adalah bintang-bintang. Wujudnya bintang adalah perhiasan pada seorang insan. Pendek kata, satu bintang satu insan. Bila manusia itu menjadi insan, maka cahayanya akan terang ibarat bintang baru lahir. Maka, dari situlah pelayaran alam ke alam boleh berlaku kerana insan itu sendirilah stargatenya. Jentera atau pintu gerbang stargate itu memang ada di muka bumi ini tapi ianya bukanlah pilihan untuk di pilih kerana stargate sebenar-benarnya adalah diri insan yang mampu mengembara lebih jauh dari planet ke planet.


",ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku , sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya sujud kepadaku."
Surah yusuf ayat 4


Perhatikan ayat di atas, 11 bintang itu bersamaan saudara-saudara Nabi yusuf manakala matahari adalah ayahnya dan bulan itu bondanya. Apapun, saya tinggalkan ini, biar menjadi persoalan kepada kalian.... wassalam



Share this post :

+ comments + 19 comments

kakimakan
March 7, 2010 at 11:58 AM

Salam.
Sangat gembira rasanya, bila jumpa dengan blogspot ni. Selama ini, tak terasa nak cari pun.. begitu banyak persoalan yang berlegar2 dalam kepala aku, termasuk, beberapa pengalaman yg sejak kecil ditakdirkan aku menghadapinya. Dgn persoalan2 itu aku jadi hairan dgn hidup ni. apsal x macm org lain,mengada2 ka aku? namun Allah tidak biarkan aku sendirian kini bila jumpa rakan2 indigo. ( punyala lama baru TERjumpa)
Dgn menbaca hampir semua tulisan blog yg pjg lebar.. (belum sepenuhnya) hampir 90% penemuan yg menakjubkan aku jumpa. Kebanyakan yg ditulis.. sebahagian kecilnya adalah benda yg sama yg ada dlm fikiran, ia amat bermakna kat aku.
Patutla sejak akhir2 ni bibir aku asyik bergerak2 (kesan fizikal pd org indigo.. so dlm kes aku ni mungkin boleh pakai..hehehe).

Sebab, Dari pengamatan diri aku, bila otot bergerak, ada sesuatu yg agak luar biasa yg akan aku temui, selalunya jawapan dan informasi kpd soalan..kadang2 yg 2 tahun dulu..kadang yg minggu lepas. Maklumla saya ni agak malas membaca. namun pendekata... bila terjumpa sesetengah pernyataan... aku pun kata.

"Laaa.. yg ni yg aku duk pikir.."

"La.. macam perli aku aku saja"

"Hahaaaa.. betuila.. mcm perangai aku"

Pendekata.. kalau dlm satu maklumat cakap anak indigo ni dari satu induk yg sama... nak nafi pun... macam betul. Sebab semua tu bila diperhatikan, memang perangai tu sejak kecik2 lagi. Budak2 takkan pandai bohong kan?? kalau org tua tak tentula. Rasa2 kawan2 yg lain pun macam tu kan.

Jadi dgn ayat yg agak perasan, mungkin saya ni pon indigo jugak kot, tapi ciput.
Anda pula pada pengamatan saya sorang indigo yg sedang menuju kecemerlangan krana disiplin, rajin dan kebijaksanaan yg ada dlm diri. Cerah masa depan. Teruskan kajian dan usaha anda.
Mereka ( yg dlm peliharaan Allah) dari dimensi 'sana' sentiasa memerhati dan sentiasa terbuka hati ukt tolong korang jka niat tulus. Oleh itu, selamat maju jaya.
abaikan kata2 nista orang. Sebab jika berjaya kumpulkan seberapa ramai indigo,mungkin org respek skit. biasala benda baru.

oh ya

*Semalam aku ada mimpi...Ada suara bagitau blog ngko ni memang diiktiraf .'DEPA' kata blog ni berkualiti... aku pun jawab ooooo saja, sambil angguk. hehe..


Salam kenal.
Kak Chaq

March 7, 2010 at 12:41 PM

terima kasih kak chaq kerana berkongsi pengalaman...

cerita dan pengalaman seperti ini harus dikongsi bersama agar tidak lah kita terasa tersisih akibat ketidakmahuan kita untuk mencari ilmu, lebih2 lagi menuju padaNYA.

p/s: sapa DEPA tu..seram je bunyinye. ha3. Apapun, terima kasih kerana 'iktiraf' blog yang tak seberapa ni...alhamdulilah

Anonymous
March 7, 2010 at 10:59 PM

anything that we see,hear,touch,taste and smell r all depend on our nerves which transmit it to our brain,so everything "outside" us only an illusion.means an object only an illusion,just like in a dream.We can "carry" this illusion or travel through this world of illusion anywhere so could be we are a stargate,if we explore deeper on ourself.Pls read a book from Harun Yahya about the mystery of time

March 9, 2010 at 12:42 AM

Untuk pergi lebih jauh, perlu kepada PEMULANGAN TOTAL...Cuba fikir dan kaji, macam mana Nabi Muhamad berjalan malam yakni Isra' dari BaitulHaram ke BaitulMuqaddas. Dan kemudiannya Mi'raj dari BaitulMuqaddas ke BaitulMakmur, seterusnya ke SidratulMuntaha, dimana Jibril pun tak dapat sampai (padahal dia tu dibuat dari cahaya, dgn speed of light pun tak sampai kat Sidratul Muntaha, di mana agaknya tu?)

Satu lagi, biasa dengar "Lubang Cacing" (Wormhole)? Kenapa peribahasa Melayu sebut "Ke Lubang Cacing pun, aku akan cari engkau!"...

Atau cuba teliti Surah AlMa'aarij (Tempat naik)ayat 3-4: "Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik - Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya)".

Anonymous
March 9, 2010 at 7:34 PM

salam
Bro...tukaqpaip salah seorang dr 6 org yg still x dapat baju lengan panjang tu,,,
so harap jgn dilupakan K!

March 9, 2010 at 11:15 PM

“Manusia yang mampu menerokai rahsia alam dirinya, nescaya ia akan terpegun melihat keluasan alam di sebalik alam kasar ini. Anda sebenarnya berada pada sebahagian daripada alam-alam ciptaan Allah swt yang begitu hebat dan mengkagumkan.”

catatanhamba.blogspot.com

roma
March 10, 2010 at 1:30 AM

Agree with you al-fakir,but how? through our mind or heart?

March 10, 2010 at 6:53 PM

anon: tq for sharing

is: boleh detailkan tentang pemulangan total tak? perihal lubang cacing tu memang menarik.

abuuwais: apa nama tukaqpaip ya? kalau boleh, emailkannya ke nusanaga@gmail.com, sebab semalam saya dah hantar baki 6 tempahan yang sudah di bayar.tq

al-fakir: terma sufism ni menarik, di harapkan boleh detailkan lagi.

roma: persoalan yang menarik, di harap kita sama2 dpt info dari itu..

kakimakan
March 13, 2010 at 12:21 PM

Salam..

Nak tahu suara apa arr.

Sebenarnya, bila dah asyik mengikuti blog ni, jadi kalau boleh nak juga dpt petunjuk/komen melalui mimpi.. maklumla, sedar2 hidup kt dunia ni, asal tidur ja..mimpi..terlelap ja mimpi. Kalau Tuhan dah bagi 'penyakit' apa salah kita advancekannya.

Sebelum tidur memang dah berniat nak mimpi le apa2pun yg baik, asalkan, bendanya sangkut paut dgn apa yg aku nak tau. Sebenarnya, tak semestinya aku berniat, aku mimpi...Kadang2 tak dak pun.. jadi tandatanya. Tapi..kebetulan, psal blog ni, aku ada mimpi. tu pasal aku tak malu nak bagitau.hehe

Begini..
Mimpi ni sepintas lalu ja, sebelum aku jaga tidur..lebih kurang dlm 5-7 saat ja. Dlm mimpi tu aku berhadap dgn skrin komputer la. Keadaan sama mcm aku duk guna pc baca tenet/blog ko arr. Bagai imbasan semula... cuma dlm mimpi skrin blog ko warna putih..Cahaya dari skrin tu putih lembut, tak terang sgt.. mcm chy matahari pagi yg mlmnya lailatulqadar. Manakala isi tulisan tak sempat nak baca, pasal berbalam2 dek cahaya skrin tu.. Cahaya putih tu, agaknya aura la gamaknya. Lagipun kejap sgt melintas mimpi tu, cuma jari saja yg klik2 mouse. Kiranya dlm masa klik mouse itu la, melintas suara hati kata BEST blog ni.

Okey ka? Boleh terima ka? Aku tidoq tak basuh kaki tau..

Salam
Jaga diri.

March 15, 2010 at 9:17 AM

Sukar nak didetailkan PEMULANGAN TOTAL...pulangkan SEMUANYA...tiada milik kita...semuanya milikNYA..

March 16, 2010 at 1:54 AM

Allaha, Al - Segala, Laha - Miliknya. Terima kasih kerana berkongsi.

March 21, 2010 at 11:38 AM

Beginilah....apakah sifatNya yang dipinjamkanNya, ada pada kita manusia? Belajarlah memulangkan sifat-sifatNya itu kepada yang Empunya Hak sepenuhnya...

Anonymous
March 24, 2010 at 4:28 AM

salam.

Yaman dilihat dilanda gempa bumi yang kuat. Banyak kemusnahan.

Mana pergi FAB? boleh beri link yang baru?

keling

Anonymous
March 25, 2010 at 7:46 AM

salam,

yer la, apa jadi dgn forum FAB..
bukak tadi dan2 jer dah tutup cara rasmi.. wat happen? masa semakin hampir ker?

Anonymous
April 7, 2010 at 2:01 AM

SALAM SEMUA.BRO SEKALIAN ,GI LAH LAWAT SEKEJAP BLOG....... http://murtadinkafirun.forumotion.net/forum.htm. BUATLAH PENILAIAN.WHY BLOG CAMTU BOLEH TERLEPAS PANDANG AND WHY HAS NO ACTION TO STOP IT.FIKIRKAN.TQ

April 8, 2010 at 2:52 AM

semua yang berada di luar tu memang mewakili setiap manusia...

diluar tu terdapat 70 k galaksi.Setiap satu galaksi terdapat berjuta matahari(bintang)...

annu naki ni ada berkait dengan harut marut...

Anonymous
July 14, 2011 at 7:31 AM

pendapat saya

stargate ade due !

1. mybe menjelajah universe/langit bertingkat2 (maybe ni yang untuk yg beriman sahaja cth : nabi)

2.stargate alam jin ! (kapir mybe pg kesini sebab dorang tak seda kene tipu dek jin,padahal kite islam/sufi tau dan dah 'expert'.)

noname~

Anonymous
July 14, 2011 at 7:35 AM

cerita transformers 3 motif pasal stargate !

May 10, 2020 at 5:36 AM

aslm
kak masih indigo lagi ke skrg

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger