Total Pageviews
Perihal penutupan Forum Atas Bawah (FAB)
salam...
Berikut adalah pemberitahuan mengenai perihal penutupan Forum Atas Bawah atau lebih di kenali sebagai FAB. Forum ini telah di buka pada 12/7/2008 yang mana alkisahnya bermula dari ketidaksengajaan setelah berlaku ketidak serasian di forum.cari.com.my dalam board 'history,legend and myth' pada waktu itu dalam membincangkan perihal sufi dan sejarah dunia yang jauh dari fakta yang telah di catatkan oleh sejarahwan.
Dari situlah, FAB di buka dan pada waktu itu, FAB bersifat privasi dan hanya menjemput mereka yang telah di kenali sahaja. Sedikit demi sedikit, FAB mula mendapat tempat dan di kenali meskipun tiada pernah kami promosikannya di luar.
Jadi, dari situ ahli FAB yang berdaftar semakin ramai dan mencecah lebih dari 2000 orang. FAB adalah sebuah forum yang membincangkan sufism, sejarah melayu dan dunia, konspirasi dan pelbagai perkara yang boleh menghubungkan ukhwah sesama kita.
Tapi, sejak kebelakangan ini, FAB seolah-olah telah di manipulasi serta menjadi tempat untuk bertanding siapakah yang paling hebat dalam pengajian. Ini sudah lari dari matlamat asal kami dan ia membawa kebimbangan kerana khabar yang kami terima, ada forumers dari FAB telah menelefon KDN untuk mengetahui status forum ini samada 'baik atau tidak baik'.
Jadi, dari situlah ketidakselesaan bermula. Takkala perang saraf masih berlaku dalam FAB kerana mahu menegakkan pengajian masing-masing serta ada yang cuba manipulasi, akibatnya kami para admin berbincang untuk menutup saja FAB ini kerana khuatiri ia akan melarat.
Berikut adalah kesan jika FAB tidak di tutup:
1- Pencarian ahli oleh beberapa pengajian akan terus berlaku dan jika ia berlarutan, FAB (admin, moderator) akan di katakan 'merestui' pengajian-pengajian ini sedangkan kami tidak pernah membuat spekulasi tentang sesuatu pengajian
2- Terlalu banyak sembang sehingga sesuatu isu itu 'mati' serta di di diskusi secara ilmiah
3- Perang saraf yang berlaku akibat menegakkan pengajian serta mahu meruntuhkan sesama sendiri. Jika ia berterusan, akibatnya melayu akan bergaduh sesama sendiri. Kami tidak mahu mencari jaguh kampung.
4- Serangan peribadi sehinggakan menyebabkan FAB mula hilang arah. Jika ia berterusan, ia akan membawa kepada perang antara muslim. Ini tidak di benarkan sedangkan matlamat FAB adalah membawa ikatan persaudaraan.
5- Admin dan moderators kebanyakkan terdiri dari golongan pelajar dan para pekerja yang amat sukar untuk access 24 jam dalam mengawasi pergerakkan FAB. Jika ini berterusan, manipulasi akan berlaku. Sebarang posting yang di katakan tidak 'sekepala' akan di cantas oleh mereka yang memanipulasikan FAB. Ini akan menyebabkan FAB tidak akan 'berkembang'.
6- Tuduhan FAB hanya pentingkan traffik adalah tidak berasaskan kerana FAB mementingkan diskusi ilmiah serta mencerna pekembangan idea. Pada asal penubuhan FAB, kami tidak pernah mahu ahli yang ramai. Tuduhan itu amat berat kerana di katakan FAB membenarkan diskusi mencemarkan agama islam di adakan di dalam forum ini. Kami menyangkal sepenuhnya. Jika ini berterusan, FAB akan di fitnah membawa idealogi sesat dan para admin, moderator akan di soal siasat oleh KDN. Ia amat membahayakan.
7- Kami sudah penat melihat jaguh-jaguh kampung yang mahu melawan sesama sendiri dan seolah-olah mahu menjadi tentera mahdi sedangkan kita tak pernah mahu melawan dunia dalam menegakkan islam dan kemelayuan. Jika ini berterusan, ego dan fanatik pada sesuatu pakatan akan terus berlaku dan ia membahayakan.
Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk menutup FAB selama-lamanya pada 17/3/2010. Kepada kalian, terima kasih kami ucapkan setelah hampir dua tahun kita bersama di FAB, kini ia sudah berakhir.
Sebarkanlah sayap kalian, jangan duduk di dalam rumah saja. Terbang bebaslah keluar membawa ilmu di dada dalam menghadapi dunia nan mencabar ini. Moga kita berjumpa lagi insyallah.
Untuk mengubat rindu, jika kalian ada facebook, silalah ke sini: FAB GROUP
Group ini di reka untuk berkenalan saja dan bukannya diskusi. Ini kerana kita sudah tahu bahawa internet mungkin 'spy' tapi beranilah kita kerana tempat paling selamat adalah tempat paling tidak selamat. Apapun, salam kenangan FAB dari saya, hasell usiby atau aizverus, moga bertemu lagi. Insyallah. Wassalam
+ comments + 24 comments
salam
baru jumpa blog anda....tapi tuan rumah sudah tiada, rumah pula ditutup....baru saya paham lepas bc posting ini....ty for clarification
wasallam
salam
...sayang nye udah tutup
gedung ilmu nir
..dari pembaca setia FAB ..jaiya
Kebetulan pulak..
geng yahudi ada lancarkan pergerakan pada 16 mac 2010
http://www.templeinstitute.org/temple-mount-awareness-day.htm
FAB tutup pada 17 mac 2010..
kebetulan aje ni..
sekadar kongsi..
salam semua ...selama ini saya melihat dari luar saja.dan penutupan fab telah saya jangka.....sebenarnya rahsia perlu di ketahui pada yang ahli saja.bukan untuk di ketengahkan.kerana kettentuan nya memang sebegitu...
Saya juga suka melayari FAB. Tapi malangnya telah ditutup. Harap semua admin akan teruskan perjuangan melalui blog/web masing2.
Aiz - Ibn Yaacob - Wake up Muslim Team - Mistisfiles - Sang Tawal dan lain2 yang seangkatan, Saya suka sangat baca & rindukan coretan blog anda semua. Teruskan usaha.
-Pembaca senyap-
cikcyber
Kadang-kadang perlu untuk kita korbankan apa yang kita paling sayang. Buang yang keruh, ambil yang jernih.
Salam semua,
walaupun saya tak pernah masuk FAB, tapi beberapa bulan lalu ahli FAB sudi meletakkan link blog saya pada baju keluaran mereka.saya amat menghargainya.
buat ahli forum semua,semua itu ada hikmahnya.teruskan perjuangan kalian.yang penting kita melayu-islam mesti bersatu sedaya upaya mungkin.
buat Aiz,nak tanya kenapa pula blog Mistisfiles tak boleh masuk hari ini? nampak gayanya, blog saya juga akan menerima nasib yg sama juga nanti, namun saya serahkan semuanya pada Allah swt.
salam ukhwah dan perjuangan!
wassalam.
Ye la. Mistisfiles tak leh masuk. Invited user sahaja. Masukkan saya sekali boleh?
kecebum at gmail dot com
mistisfiles bukan xleh masuk..tpi kene apply ntuk jadi invited reader..ak sayang ngan blog ni mistisfiles..sebab,sjak blog ni diperkenalkan oleh housemate ak,ak totally berubah,tp ak x tau mcm mne nk ckp perubahan tu..Alhamdulillah..harap mistisfiles x ambil langkah drastik yg agak kurang adil pada sstgah pembaca setia.
email ntuk apply :mistisfiles@gmail.com
insyaAllah. kita sbagai satu pasukan harus tabah apa yg bakal berlaku.
dlm medan cyber pn mereka dah mula bergerak.
sejak AJL bermula agenda mereka disini pn bermula. lihat je kat politik , sudah makin kucar kacir dengan fitnah yg xleh dijangka.
waktunya hampir tiba untuk ujian Nusantara.
wahuallahualam.
jlnkn amanah Allah agar sentiasa dilindungiNya
dah daftar mistis tapi still tak leh masuk....kena pakai zam2 ala kazam ker
Salam saudara2 ku pemuda2 bani tamim, setiap yg. hilang pasti berganti... hanya ALLAH S.W.T yg. KEKAL ABADI.
terkilan dgn penutupan FAB, tetapi ade hikmahNYA.
Tentang Mistifiles tu, cume temporary tak boleh access sbb "renovation" je...ari ni semua dah boleh access.
W'salam.
*hanbaALLAH*
Salam Aizverus,
CZ tauke forumAB tu takde personal blog ke hape ke?
Link plis... Ok, tq in edvans.
salam kalian...
terima kasih kerana memahami masalah dan musabab kenapa FAB di tutup. Maka, ribuan maaf dair pihak kami.
Selang beberapa hari, mistisfiles pula di katakan 'tutup' dan semua orang dah mula kecoh... tapi mujurlah ianya sekejap saja atas tujuan renovation.
Apapun, saya hendak tanya saudara, sekiranya semua gudang ilmu ini di tutup, apa yang akan terjadi pada kalian?!
Jika mahu jawapan dari saya, inilah jawapan yang boleh saya berikan...
MASA SUDAH TIBA...
p/s:chikchik: blog cz buleh di layari di sini http://necromancer-melayu.blogspot.com/
masanya sudah tiba.
assalamualaikum wbh
syg skali forum tmpt sya bertatih dlm mencari ilmu tlhpun ditutup... terasa benar kehilangannya...
hamba lagi terasa kehilangannya sebab hambe ni admin dlm fab...
apapun, mungkin ada sebab musabab kot.
apapun,kita just berdoa mungkin akan ada penganti yang lagi bagus dari fab..insyallah
Salam,maafkan saya.Saya pun dah lama tak masuk FAB disebabkan hal2 sedemikian.banyak rahsia tak boleh didiskusi di halaman web disebabkan faktor keselamatan.
salam,adakah ini tuan empunya kpd fab?sy agk kecewa krn forum yg telah giat mmbngun scara tbe2 ditutup.Teori yg diberikan semuanya bernas2 belaka dan boleh dterima.Hamba mengkaji perihal akhir zaman.Ada maklumat penting yg harus hmba sampaikan kpd saudara,demi umat Islam.hmba mr_smile dari group freeourmind.diharap ada cara untuk hubungi saudara
salam...
kepad saudara inderasakti, tuan boleh hubungi saya jika tidak keberatan...
mr.smile:
saya bukan empunya forum tapi hanyalah tukang jaga sahaja.
apapun, maaf dari kami. biasanya yang hilang bakal berganti. jadi, kami tunggu2 juga kelahiran 'fab' yang baru. tuan boleh hubungi saya di nusanaga@gmail.com.
wassalam
Salam Saudara Aiz...
Dunia semakin panas, agama dijual untuk keuntungan dunia, persiapkanlah diri zahir dan batin. May Allah bless all of us.....
Sigila
salam...
saya pernah singgah di FAB memakai nick Qalbunshooter, namun membuat keputusan beredar setelah menyedari wujud unsur unsur yang tuan nyatakan....
semoga FAB wujud dalam bentuk lain yang lebih power....
Ingat hukum fizik, tiada yang musnah...cuma bertukar ke bentuk lain ....
Daripada penjelasan admin berkenaan dengan penutupan FAB menampakkan sikap bertanggungjawab. Bukan semua orang boleh menerima ilmu begini. Ia memerlukan mata khas untuk melihat, minda yang khas untuk memahami dan hati yang khas untuk meresapi dan menjiwainya. Kalau tidak kita akan terasa kita gila atau sedang mempelajari sesuatu yang 'pelik'. Tahniah atas sikap tanggungjawab admin...
Assalamualaikum WBT
Satu tindakan yang sgt² berani. Tapi, tidak adakah solution lain selain dr menutup forum tersebut? Bg admin dan mod FAB, bukankah button warn user atau banning boleh digunakan bagi mengawal virus² itu dari berkembang. Hantar saja pemilik virus itu kelangit. Jgn dihantar pembaca setia ke jalan mati. Atau, demi utk menjaga hati pihak TERTENTU, alasan yg seakan-akan berasas ditabur utk menjernihkan keadaan. Terlalu byk andaian kerana sukar utk menerima penutupan ini. Maafkan hamba insan yg hina..
-sangat suka membaca-
p/s : saya sentiasa mempromosi FAB kpd rakan² yg sudah bersedia.. Namun kini.......................