salam
Apa yang saya mahu sampaikan ini adalah ringkasan atau mungkin kata-kata pendek dari saya mengenai ILMU SEGALA yang telah saya janjikan untuk beritahu pada kalian. Tapi di sebabkan kesibukkan saya (final semester), jadi saya cuba juga untuk memberitahu apa itu yang di maksudkan dengan ILMU SEGALA.
Sebenarnya, dari literasinya, definisi ilmu segala itu merujuk pada tempat terjadinya segala ilmu-ilmu, dan bukannya merujuk pada segala ilmu/keilmuan.
Ilmu segala adalah sebuah kekosongan yang mana mencetus atau bahasa yang mungkin boleh di fahami - download, dari puncanya sendiri.
Sudah tentu kalian tahu di mana punca keilmuan bukan. Oleh yang demikian, ilmu itu adalah anugerah dan jangan sia-siakan. Tapi apa yang saya sedih ialah, takkala sesuatu keilmuan seperti sains mahu di aplikasikan ke dalam kehidupan, masyarakat islam ada setengahnya menolak terus. Seperti contoh, ada sekumpulan tabligh sanggup berjalan kaki dari bandar ke bandar meskipun perkhidmatan bus di sediakan. Saya tidak tahu kenapa dan mengapa mereka membuat demikian. Mungkin tiada duit tambang atau sememangnya mereka mahu ambil 'feel' rasullulah berdakwah zaman dahulu.
Tapi, percayalah, dakwah seharusnya selari dengan zaman. Jika zaman ini zaman IT, adakah kita mahu berdakwah cara lama? Dek kerana inilah islam di turun tarafkan sedangkan kita tahu bahawa islam adalah suatu jalan hidup yang mencetus pelbagai keilmuan.
Jadi, apa yang mahu saya katakan ialah, punca ILMU SEGALA itu ada di dalam islam, tapi tahukah kalian ILMU SEGALA itu adalah ilmu yang tercetus dari kekosongan bersamaNYA.
Takkala kita rasa kosong, sedangkan kita mencari sesuatu, takkala itulah akan wujud keilmuan tanpa di sedari. Inilah orang kata 'diri adalah guru paling utama'... ianya bukanlah dari pengalaman atau pembelajaran, tapi dari rasa kosong mencari erti diri dan ketuhanan, dan ilmu yang tidak di sangka akan muncul sebaik saja kita mahu itu ada.
Maaflah saya tidak pandai untuk berkata-kata, tapi di harap anda faham apa yang saya maksudkan. Senang kata, ilmu segala itu adalah dari diri anda sendiri dan ianya adalah untuk kegunaan diri sendiri. Dari situ barulah ilmu itu menjadi kegunaan pada masyarakat, bangsa dan agama.
Apapun, maaf dari saya dan moga saya dapat menerangkan ia dengan lebih lanjut di siri akan datang. Insyallah..wassalam
+ comments + 14 comments
x abis terang lagi nih. :D
Memang benar diri kita sebenarnya sudah alim dan berilmu cuma sekarang terhijab dgn dunia. Hati Buta krn dunia ni....
catatanhamba.blogspot.com
Assalamualaikum,
Satu keterangan yg jelas bagi mereka yang mempunyai aqal. Sebagai tambahan dari teman ,
Diri Insan itu kosong kerana penafian diri yang zahir dan kembali kepada diri batin asal kejadian nya sampai kepada tahap ruh ammar rabbi. Tatkala itu diri asalnya yang beranasirkan ujud, ilmu , nur dan syuhud yakni dari anasir Muhammad tahu dengan ilmu yg telah tersimpan padanya sejak awal lagi itu serta mampu untuk menyelami lautan ilmu Allah yang tak terhad. Ilmu yang seumpama setitik dari lautan ilmu yang menyimpan segala rahsia diri dan alam ketuhanan itu lah yang dapat sampai kepadaNYA yang menjadi punca ilmu segala dan terus lebur. Maka lebur dan lenyaplah ilmu sufi didalam ilmu Allah. Sang Sufi mula tahu dengan ilmu Allah. Apabila Sang Sufi tersedar dari kefanaannya bermulalah ia mengetahui dengan ilmu Allah, bersama ilmu Allah baqabillah. Tiada yang mengentahui pada hakikatnya Allah semata-mata.
Renungkanlah wahai ikhwan.....
Ilmu Laduni adalah Ilmu La Dunia, hilangkan Dunia dari hatimu, maka Ilmu itu akan Allah sampaikan...
Surat al kahfi mengandungi rahsia yg melibatkan org2 Melayu. http://1asalama.blogspot.com
slm...
yg pasal komen berkaitan jemaah tabligh tu sy tak berapa setuju....
ADA SEBAB apabila sesuatu perkara itu dibuat...bukannya sia2...cuma org yg buat akan rasa dari segi IMANNYA...
dan kita boleh tgk...kumpulan dakwah apakah yg terbesar di dunia?...dan cara apakah yg dipakainya..bukankah mereka cuba meniru cara lama jugak berdakwah....iaitu mengikut cara nabi s.a.w sebab nabi ikutan sepanjang zaman...dulu,kini dan selamanya...
saya jugak seperti saudara jugak dulu...percakapan saya tak jauh beza dengan apa yg saudara katakan...saya jugak kata kita harus berdakwah dengan ikut perkembangan semasa...pernah berdebat ngan rakan tabligh saya tapi setelah di pujuk utk joint tabligh baru saya rasa kebenaran kata kawan2 saya tu....
ada perkara yang boleh kita rungkaikan dengan ilmu...
ada perkara yang kena lebih dari itu iaitu dengan pengorbanan@amalan...
saudara pun tahu kan ilmu tanpa amalan itu sia2...jadi saya harap saudara dapat joint jemaah tabligh secepat mungkin....banyak yg boleh saudara gali di dalam sana....
sorb budak dah khatam baca buku "swimming for dummies" lepas tu pegi berjumpa dgn guru renangnya sambil berkata "saya dah pandai berenang! saya dah khatam baca buku renang lebih dpd 3 kali" maka guru pun bawak budak tu pegi kat tengah2 laut dgn perahu, maka setelah tu gurunya menolak nya ke dlm laut. budak tsebut pun GABRA sambil bertanya dgn nada cemas, EH GURU awak buat ape nih? guru pun jawab "kan awak sudah YAKIN pandai berenang kan? budak cakap lagi "iye tapi saya tak brani lah nanti saya lemas!" guru pun tanya "jadi awak pandai renang ke tidak? atau sekadar maklumat/bacaan je?..tapi KEYAKINAN dlm berenang belum WUJUD lagi?
terus la gurunye tolak budak tu ke dlm laut, budak tu kesusahan tercungap2 kelemasan timbul tenggelam ke dlm laut, dlm masa yg sama terbayang dlm benak otak budak tersebut akan kematian..gabra n kepanikan.
tapi hanya dgn cara itu je, org akan pandai berenang...
dengan PENGORBANAN/SUSAH PAYAH..dgn susah payah datang lah tawajuh seterusnya membina KEYAKINAN
agama adalah himpunan amalan2 merangkumi imaninyat, ibadaniyat, mualamat muasyarat akhlak dgn cara baginda nabi SAW. dibelakang amalan sahaja ALLAH janjikan nusrah n pertolongan dlm apa2 jua keadaan. tapi keadaannya sekarang, brapa banyak manusia dapat datang kpd AMALAN dgn ilmu bergedung2 dlm otak? dan berapa ramai yg sembahyang/ beramal tapi nusrah bantuan Allah tak turun? walhal solah, quran, rukun islam zaman sahabah dgn zaman kita sbg umat akhir zaman hidup dlm fasha' n mungkar nih adalah sama?
ILMU penting sbg PETUNJUK JALAN, tapi tanpa KEYAKINAN/KEBESARAN AMAL dlm hati, sbg PENYULUH JALAN,dapat ke sampai kepada PETUNJUK JALAN dlm keadaan buta? Org tau kalau tak solah dosa, tapi masih takdpt dtg kpd solah berjemaah kat masjid. Org skang tau maksiat berdosa, tapi mansia berduyun2 kearah melakukan maksiat. Pasal apa? pasal Yakin atas dosa n pahala kurang.
YAKIN yakni lebih terang iaitu IMAN, hanya datang dlm diri manusia dgn kurniaan Allah swt. IMAN/YAKIN hanyalah hak mutlak Allah. Allah boleh bagi sapa2 yg Dia kehendak..iman tak dpt dlm segi pewarisan hatta isteri sorg nabi (kisah nabi lut), anak nabi(kisah nabi nuh), bapak nabi (kisah nabi ibrahim), bapak saudara nabi ( abu talib, abu jahal). iman adalah kurniaan Allah yg maha tinggi besar nilainya. Iman nih Allah bagi kepada sesiapa yg berKEHENDAK sahaja. Org yg berkehendak atas duit maka dia akan pergi kerja. maka utk IMAN juga ada kerjanya iaitu dipanggil dakwah. Ajak org lain kpd agama maka hukum dakwah adalah fardhu kifayah, tapi utk perbetulkan yakin dan tingkatkan iman masing2 hukum dakwah adalah fardhu, kerana iman adalah perkara yg pertama Allah tanya pada diri manusia di akhirat kelak
agama adalah himpunan amalan2 merangkumi imaninyat, ibadaniyat, mualamat muasyarat akhlak dgn cara baginda nabi SAW. dibelakang amalan sahaja ALLAH janjikan nusrah n pertolongan dlm apa2 jua keadaan. tapi keadaannya sekarang, brapa banyak manusia dapat datang kpd AMALAN dgn ilmu bergedung2 dlm otak? dan berapa ramai yg sembahyang/ beramal tapi nusrah bantuan Allah tak turun? walhal solah, quran, rukun islam zaman sahabah dgn zaman kita sbg umat akhir zaman hidup dlm fasha' n mungkar nih adalah sama?
ILMU penting sbg PETUNJUK JALAN, tapi tanpa KEYAKINAN/KEBESARAN AMAL dlm hati, sbg PENYULUH JALAN,dapat ke sampai kepada PETUNJUK JALAN dlm keadaan buta? Org tau kalau tak solah dosa, tapi masih takdpt dtg kpd solah berjemaah kat masjid. Org skang tau maksiat berdosa, tapi mansia berduyun2 kearah melakukan maksiat. Pasal apa? pasal Yakin atas dosa n pahala kurang.
YAKIN yakni lebih terang iaitu IMAN, hanya datang dlm diri manusia dgn kurniaan Allah swt. IMAN/YAKIN hanyalah hak mutlak Allah. Allah boleh bagi sapa2 yg Dia kehendak..iman tak dpt dlm segi pewarisan hatta isteri sorg nabi (kisah nabi lut), anak nabi(kisah nabi nuh), bapak nabi (kisah nabi ibrahim), bapak saudara nabi ( abu talib, abu jahal). iman adalah kurniaan Allah yg maha tinggi besar nilainya. Iman nih Allah bagi kepada sesiapa yg berKEHENDAK sahaja. Org yg berkehendak atas duit maka dia akan pergi kerja. maka utk IMAN juga ada kerjanya iaitu dipanggil dakwah. Ajak org lain kpd agama maka hukum dakwah adalah fardhu kifayah, tapi utk perbetulkan yakin dan tingkatkan iman masing2 hukum dakwah adalah fardhu, kerana iman adalah perkara yg pertama Allah tanya pada diri manusia di akhirat kelak
setiap jurusan kerja ada cara tersendiri. sorg peladang utk berladang ada caranya tersendiri. tanah dibersihkan, tanah dibajak, tanah digemburkan dan diletakkan baja dan benih. apabila peladang meletakan benih dan melalui satu proses cara perladangan yg BETUL, MAKA Allah swt menzahirkan kudratnya Allah MENUMBUHKAN nya.
tapi seorg peladang utk menanam tanamannya dia letakkan bijibenih diatas bumbung atau letak biji benih atas hamparan atau letak biji benih dalam aquarium atau letak biji benih atas cement/jalan raya maka tidak akan terjadi kerana bukan caranya. apa2 kerja yg kita ada, apa yg manusia rasa berfaedah utk dia, dia akan BERUSAHA. doktor dgn hospital, nelayan dgn laut, peniaga dgn brg niagaan. semua usaha2 tersebut mempunyai cara dan tertib yg khusus bagi setiap jenis usaha dan setiap jenis kerja yg dia pilih.
utk IMAN nih perlu kpd HIDAYAH. HIDAYAH ini Allah sediakan satu cara TERTENTU juga sebagaimana kerja2 yg lain. datangnya HIDAYAH adalah degnan cara USAHA NABI - NABI dan RASUL - RASUL. oleh kerana HIDAYAH ini ialah DORROHMUSHTARAKAH iaitu keperluan yg disekutui oleh semua manusia.
Allah jadikan satu cara dan tertib untuk datangkan hidayah, hanya degnan cara dakwah nabi as. HIDAYAH akan datang dengan hanya cara usaha NABI2 dan RASUL2 yg telah ditetapkan oleh Alah swt cara utk datangnya hidayah kpd manusia. SUNNAH DAKWAH adalah jumpa manusia cerita kebesaran Allah dgn penuh mujahadah.
jantung Al Quran adalah surah Yasin. cuba baca tafsir mukaddimah awal2 surah bagaimana Allah hantar rasul pertama, kedua n ketiga jumpa raja negeri antokiah, lepas tu masok kampung jumpa hati ke hati dgn penduduk kampung. tuan boleh baca sendiri kisah2 dakwah mereka.
bahkan 3/4 alquran semuanya crita nabi2 as buat dakwah dgn cara MENDATANGI manusia, seperti contoh cerita bagaimana Allah perintah musa as dakwah jumpa firaun. nabi2 ini di tgh malam mendatangi Allah dlm solah tahajud nangis2 mohon Allah bagi hidayah kpd seluruh umat dgn perantaraan dakwah jumpa manusia.
siang nabi2 dan rasul2 rasulullah saw n sahabah ranhum, berenang dlm lautan manusia,
malam nabi2 dan rasul2, rasulullah saw n sahabah ranhum solah tahajud pujuk rayu Allah agar ampunkan manusia n sebarkan hidayah.
Allah maha kuasa, dgn kudrat iradat Allah, boleh wujudkan internet, surat kabar, televisen n sebagainya pada zaman rasul2, nabi saw utk maksud dakwah, tapi tidak sedemikian perancangan Allah. mengapa? Allah tertibkan dakwah ini mesti dgn pengorbanan susah payah. maka dgn dakwah begini Allah akan letakkan sebarkan hidayah.
dakwah nabi2 dlm alquran penuh pengorbanan. begitu juga 13 thn para sahabah ra di mekah perintah mereka sblm sembahyang adalah tajdid iman, cakap n dakwah ttg iman yakin dlm keadaan susah payah. bilal ra diseksa batu kat atas dada kat padang pasir panas, khabab al arat diheret atas bara api. mus'ab umair di kurung dlm bilik sambil diasapkan sehingga lemas dgn asap, abu bakar n abu zhar gifari ditumbuk ramai2 oleh kafir quraish, nabi saw di balingbatu oleh penduduk thaif dan banyak lagi cerita berbentuk susah payah n pengorbanan.
Allah bukak keberkatan n rahmat dr langit bila baiknya amalan manusia. amalan manusia Allah terima dgn iman n keyakinan yg sohih. dan yakin yg soheh hanya datang hanyasanya dgn cara sunnah dakwah nabi saw. apakah sunnah dakwah? CARA n PENGORBANAN melibatkan susah payah diri, masa dan harta cara NABI SAW.
bukak surah al ankabut ayat terakhir sekali, baca tafsir ayat 69.
jadi tuan, mcm si A tgh makan durian sambil diperhati oleh si B.
si B tanya "eh sedap ke bende ko makan tu?" si A cakap "woo sedap berlemak la bro"..si B tanye "mcm mane sedapnye?" si A cakap "ko kene rase baru ko tau". si B jawab "eh tak perlu lah ko cakap je mcmmana rasa manisnye nanti aku tau la". si A jawab balik " nak tau sedap bukan dgn otak, tapi dgn perantaraan lidah, kunyah sket lepas tu telan, baru kau tau hakikat lemak manis durian"
jadi tuan awaken, kalau tuan ingin belajar, ingin mengetahui dgn niat yg baik, cuba la ikut bebudak tabligh. satu org islam yg pemabuk utk tuduh agama islam adalah jahat adalah tidak wajar kerana pandangan keatas satu individu islam tersebut mabuk. maka sama jugak dgn bebudak tabligh nih. jgn tengok personality org2 tersebut, tapi maksud tabligh itu sendiri insya Allah, Allah buka hati. kalau boleh setiap hari sabtu kat sri petaling tuan boleh duduk tengok suasana n program malam perkumpulan mingguan dari sblm maghrib hari sabtu, sehingga lepas isyraq hari ahad kat masjid jamek sri petaling. azam n tanam niat insya Allah
salam..
maaf saya baru saja buka awaken ni. bz sikit kerana sekarang tenagh final. terima kasih kerana komen.
hu3, maaf lah dari saya bercerita pasal taligh ni. tak sangka boleh mengakibatkan posting komen yang berjela2.
maaflah, saya tak pernah memperlekehkan tabligh.
untuk pengetahuan semua, saya dah pun mengikuti tabligh ni dulu sampai la ke pulau besar. macam2 info saya dapat dari gerakan tabligh ni.
kalau saya tak pernah merasa, bagaimana pula saya nak bercerita. saya bukan jenis 'pakai taram' je.
apa yang saya beritau dalam posting ni adalah mengenai METODOLOGI yakni kaedah dakwah mengikut massa.
saya tak pernah mengusik bab pergorbanan kerana saya tahu para tabligh ni amat berusaha dalam mengingati ALLAH sesama kita.
apa yang saya nak ujarkan ialah, kaedah bukan nya pada 1 jalan semata2, tapi dalam pelbagai jalan kerana islam itu hebatnya pada ILMU.
bagaimana kita nak suruh orang hormat kita sedangkan kita tak pernah nak hormat diri sendiri bahkan isikandiri dengan ilmu,baik akhirat dan duniawi.
ingatlah, bahawa cendikiawan islam dulu ilmunya merangkumi semua dan dari situ mereka mengunakan keadah atau metadologi seiring dengan zaman, dan impaknya, para kristian dan orang eropah menguna pakai teknologi dan keilmuan dari cendikiawan islam ini.
jadi, kenapa kita tak jadi sebagaimana mereka...
jawapannya ialah kita ego pada diri sendiri dan mengajak orang lain untuk ikut cara kita sedangkan kita tahu bahawa ALLAH itu maha kaya dengan pemberian hidayahNYA kepada orang yang di kehendaki.
lain padang lain belalang. Jadi, dek kerana itulah saya membuka posting yang bertajuk ILMU SEGALA saya mahu kembalikan keilmuan islam dan melayu yang sedikit sebanyak hilang kerana keegoan dalam expertisan masing2...
apapun maaf dari saya. wassalam
Assalamualaikum.
Saya tidak berapa setuju pandangan saudara berkaitan dengan ilmu akhirat dan duniawi. Sebenarnya tiada istilah duniawi dan akhirat. Apa sahaja yang kita buat di dunia ini akan ada balasannya di akhirat.
Orang yang betul-betul bijak tidak akan memikirkan kesan kepada sesuatu tindakannya di atas dunia. Sebaliknya hanya memikirkan kesannya di sisi tuhan semata-mata. Itulah ilmu yang sebenar-benar ilmu.
Kalau orang tu dah rasa teknologi or yang seangkatan dengannya boleh melalaikannya dari ingat Allah or kebergantungannya pada Allah. Kenapa saudara nak pertikaikan tindakannya itu.
Rasulullah sendiri menolak harta dan kesenangan dunia. Dalam sebuah hadith Rasulullah berkata tidak akan berhimpun 2 kesenangan iaitu kesenangan dunia dan kesenangan akhirat.
Selain dari itu Rasulullah begitu takut terpengaruh dengan kesenangan dunia. Kenapa saudara nak mempertikaikan tindakan orang yang cuba mencontohi Rasulullah? Adalah lebih baik saudara menyedarkan diri saudara dan orang lain yang telah lari jauh dari Sunnah Rasulullah. Sesungguhnya hanya jalan Rasulullah sahaja yang boleh bawa kepada Allah swt.
Semoga kita semua diberikan petunjuk dan hidayah oleh Allah swt agar sentiasa di jalan yang benar. Amin