salam...
kali ini, saya akan cuba menerangkan kali apa itu ilmu segala dan definisi mudah untuk anda. Perihal ilmu segala ini amat sukar untuk di terangkan kerana ianya melibatkan titik pada keilmuan.
Pada artikel yang lepas, saya cuma memberitahu mengenai konsep keilmuan islam yang mana berteraskan ilmu segala dan dari situlah ramai cendikiawan muncul.
DI harap, kalian dapat menafsir kata-kata saya ini lalu di tranlasikan ke bahasa yang lebih mudah. Adalah kelemahan saya dalam menerangkan sesuatu benda, lebih-lebih lagi perihal yang abstrak seperti ini. Baiklah, kita terus saja ke diskusi kita.
Apakah itu ILMU SEGALA
-ilmu segala adalah titik bermulanya ilmu yang mana menerbitkan pancaran ilmu yang kita boleh pelajari.
-dalam bahasa mudah, ilmu segala ini adalah punca bermulanya ilmu-ilmu
Kenapa di namakan ILMU SEGALA
-ini kerana segala keilmuan itu datang dari satu titik yakni PUNCA ILMU. Dek kerana itulah di namakan ILMU SEGALA
Di mana ILMU SEGALA ini
-Ilmu segala ini berada pada setiap makhluk. Namum, jin dan manusia sajalah yang mampu manipulasi dan aplikasikan pancaran ilmu segala ini.
Jadi, apakah sebenarnya ILMU SEGALA ini
-Ilmu segala ini adalah titik atau 'spot' yang ghaib lagi ghaib yang tak mungkin dapat di ketahui hujung pangkalnya
Jika tiada siapa yang mengetahui hujung pangkal ILMU SEGALA, kenapa orang boleh tahu
-yang tidak di ketahui ialah tentang bagaimana ianya berfungsi dan keadaan ilmu ini. Seperti kita ketahui, jika ilmu sains, keadaannya adalah mengkaji sesuatu. Jika ilmu doktor, keadaannya mengkaji penyakit dan mengubat penyakit. Jika ilmu astronomi, keadaannya mengkaji bintang dan pergerakkannya.
Apa beza ILMU SEGALA dengan ilmu-ilmu lain
-Ilmu segala adalah titik bermulanya ilmu-ilmu lain. Jika mereka yang bijak pandai, mereka akan merasakan titik itu bersifat KOSONG. Tiada apa yang dapat di perkatakan. Tapi, terbit dari situ, ia boleh menjadi berbagai ilmu. Dek kerana itulah ilmu duniawi ini di katakan 'berasal' dari ILMU SEGALA yang kosong itu.
Bagaimana ia terjadi
-bayangkan anda menutup mata dan kosongkan fikiran, tidak lama kemudian, minda anda akan menayangkan visual secara rawak. Pada masa itu anda tidak mengawal minda anda untuk men-visual-kan imej pada otak anda. Tapi ia ada dan anda menikmati visual itu sehingga terbawa, lantas terjadilah MIMPI, ASTRAL TRAVEL dan pelbagai lagi. Begitu jugalah ILMU SEGALA. Ianya terjadi sendiri kerana setiap ilmu yang wujud adalah bersesuaian dengan jasad, diri dan roh anda. Oleh yang demikian, jika anda tidak bijak dalam sesuatu ilmu, maka itu bukan ilmu yang 'fit' untuk anda. Ada ilmu lain yang lebih baik untuk anda.
Jadi, ILMU SEGALA ini adalah titik kosong yang penuh dengan ilmu-ilmu lain
-Ya. Ilmu segala adalah peti kepada ilmu-ilmu lain yang sebenarnya tiada kerana ia 'tercipta' dari kekosongan.
Makanya, dari mana datangnya ILMU SEGALA ini pula
-Sudah tentu dari pada yang maha berkuasa, yang maha berilmu. Muslim akan menyahut ALLAHUAKBAR jika faham tentang konsep ILMU SEGALA ini. Hal ini bersesuai dengan ayat kursi:-
"Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus ; tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar."
Kenapa di namakan ILMU SEGALA sedangkan ianya lebih sesuai di namakan TITIK SEGALA
-Benar, tapi biarpun apa namanya, tanpa ilmu, bagaimana kita boleh tahu tentang wujudnya titik segala ilmu ini. Oleh yang demikian, untuk 'melihat' ILMU SEGALA juga perlu ada ilmu untuk itu.
Jadi, di mana ilmu untuk melihat ILMU SEGALA ini
-Jika anda tanya saya, maka jawapan yang saya beri adalah, 'kosong'. Hanya kekosongan berada di dalam ILMU SEGALA. Oleh itu, kosonglah cara untuk melihat ilmu segala ini.
Bagaimana mahu 'kosong' itu
-Biasanya orang akan fikir kosong itu adalah seperti matikan minda, pejamkan mata atau sebagainya. Tapi, sebenarnya kosong yang saya maksudkan ialah kosong yang tumpu pada satu titik. Maksudnya, kosong yang tidak di buat-buat.
Apa maksud kosong yang tidak di buat-buat
-sudahlah kosong, malah bukan di buat-buat. Pening orang nak fahaminya. Inilah 'rare'nya ilmu ini. Bila di bicarakan tentang ini, makanya ia akan pergi kepada konsep kenal diri. Hanya diri sendiri yang tahu bila masa kita 'kosong'. Hal ini saya akan sentuh pada artikel yang akan datang. Tunggguuuu~
Apa manfaat ILMU SEGALA
-bila di kata ilmu, semestinya ada manfaat. Tapi Ilmu segala bukanlah sesuatu benda yang anda boleh aplikasikan kerana ianya sekadar punca semata-mata. Bila anda tahu tentang ini, maka anda akan rasa dekatnya ALLAH, empunya ilmu kepada anda.
Jadi, tiada gunalah saya baca perihal ILMU SEGALA ini
-ILMU SEGALA adalah titik pada pancaran ilmu. Bila anda fahami konsep, maka anda mampu mendapatkan ilmu-ilmu yang anda mahukan. Contohnya cendikiawan muslim terdahulu. Daripada ahli falsafah, menjadi sufi dan kemudiannya menjadi ahli sains yang membina macam-macam dan seterusnya menjadi ahli politik dan sebagainya. Satu jasad tapi pelbagai keilmuan. Tidak seperti orang sekarang, satu orang satu expertise saja. Malah ada yang berbangga dengan PHD dan macam-macam. Tapi nak buat macammana, orang sekarang melihat sijil lebih dari kegunaan ilmu itu sendiri.
Apa tujuan memberitahu perihal ILMU SEGALA ini
-tujuannya adalah untuk menyedarkan muslim bahawa mereka mampu jadi lebih dari yang di jangka. KIta bukan hamba pada dunia. Kita adalah hambaNYA yang mana DIA telah berikan segala-galanya pada kita. DIA telah berikan ILMU-ILMUNYA pada kita tapi kita pula 'sombong' tidak mahu menerima ilmu-ilmu itu. Alasannya mudah, 'aku mahu belajar untuk akhirat, dunia kemudian'. Konsep itu salah kerana baik dunia mahupun akhirat adalah ILMU DARINYA. Janganlah kalian sombong dengan ilmu yang di berikan kerana tanpa ILMU, nak makan pun kalian tak tahu.
Jadi, sebelum saya akhiri artikel kali ini, di harap kalian faham konsep ILMU SEGALA ini. Bila di tanya dari mana saya tahu tentang ini, maka saya menjawab, 'adalah, sudah tentu ALLAH yang menganugerahkan hal ini pada saya. Maka saya berkongsi kerana saya bersyukur kerana muslim amat hebat kerana ILMUNYA'. Walaubagaimanapun, saya bukanlah cendikiawan hebat yang tahu segala-galanya. Bila saja saya tahu sesuatu, terus saya kongsikan kerana saya takut lupa tentang itu di kemudian hari. Maka, untuk ingatkan kembali, saya beritahu orang lain atau menulis di mana-mana. Inilah kelemahan kita sebagai manusia yang selalu lupa. Sesuai dengan maksud manusia/insan yakni 'yang pelupa'. Bayangkan kalau seorang insan itu mampu ingati setiap ilmu dari kecil sampai tuanya. Orang itu bukan saja jadi raja, bahkan penakluk dunia. Jika ada dua yang sama, jawapannya, bumi ini akan hancur. Kerana bersama kita adalah HAWA NAFSU. Maka, apa yang akan menakluk jasad kita? Adakah hawa nafsu ataupun IMAN.
Baiklah, doakanlah saya untuk meneruskan artikel seterusnya dalam mengupas perihal 'kosong' dan kaitannya dengan 'ilmu segala' ini. Semoga saya berjaya dalam memahamkan kalian tentang itu. Insyallah. Wassalam -hasell usiby-
Total Pageviews
1126633
+ comments + 17 comments
Salam..
apa yang diterangkan di atas, hampir sama dengan konsep meditasi Islam.. apapun, teruskan penulisan saudara.
-astr09-
salam.ilumu sgala adalh rantai kepada segala ilmu yg ade. ianya tiada sempadan dan ia adalah sempadan.ibarat punca sungai yg mengairi kawasan yg ade di sekeliling dan akhirnya akan menyuburkan kawasan yg berhampiran dengannya.lantas tumbuh dan suburlah kawsan di sekeliling dengan hutan,tumbuhan dan pokok yg membiak dan mekar harum, menghijau sepertimana flora dan fauna. hadirnya bukan dari kosong yg `gelap' tetapi kosong yg `memutih' dan `menerangkan'.seperti juga cahaya yg menyinari alam semsesta.
very nice topic..
`KNOWLEDGE OF EVERYTHING'
salam,
satu artikel yang menarik.
Bagi yang tidak memiliki atau beroleh laduni, mereka perlu melalui jalan biasa yang ditempuh kebanyakan ilmuan iaitu dengan belajar atau berguru.Proses ingat dan faham itu pula satu anugerah dari Ilahi.Kadang-kadang tanpa sedar ilmu yang berkat ,yang diamalkan dengan ikhlas akan mendekatkan diri pengamalnya kepada sumber atau empunya ilmu yang sebenar!
Ilmu segala dibekalkan oleh Allah swt dan ada dalam setiap diri, itu sebabnya Allah mengingatkan kita... Fi anfusikum afala tubsiruun... dan didalam diri kamu, apakah kamu tidak melihat?
Bagaimana mahu melihatnya??? ... ialah dengan mengosongkan diri.
Bila kosong diri nampaklah diri yang sebenar lalu kita pun mendapat "wajah" umpama kita menilik di cermin.
oleh itu ilmu segala merangkumi Kasrah fil wahdah dan al wahdah fil kasrah....
Allah menurunkan 100 suhuf dan 4 buah kitab, semuanya tercantum dengan sempurna di dalam kitab al-Quran dan seluruh al-Quran itu terkandung dalam Ummul kitab, surah al-fatihah, seluruh surah al-fatihah itu pula terkandung dalam basmalah, dan seluruh basmalah itu terkandung dalam huruf ba dan seluruh huruf ba itu terkandung dalam satu titik dibawah ba.
titik itulah juga yang membina huruf alif dan titik itu sebenarnya kosong.
kosong itulah ilmu segala!
dan bila insan kamil mencapai kosong,maka mereka akan beroleh ilmu segala.
kembali kita semula kepada ilmu segala yang diajarkan oleh Allah kepada Nabi Adam....
mengapa Adam tahu ilmu segala.... kerana Hakikat diri adam itu adalah yang memiliki ilmu segala!
Hanya Dia yang satu, tiada duanya!
sekadar perkongsian!
wassalam
Salam...sodara saya ditanah melayu...Malaysia ; saya cukup bahagia bisa membaca buah pikir bp. Ais yang boleh dikatakan spektakuler ; open mind and out of the box - yang ini belum lagi saya resapi tapi posting series tentang bangsa MIM menyadarkan saya - posisi kita sesama warga Nusantara - semangat kebersamaan dan persatuan yang memang perlu dibangun; saya di Jawa akan coba sampaikan semangat ini kepada rekan2 di Indonesia khususnya untuk bisa lebih memahami arti bangsa serumpun.
Semoha Alloh memberkahi...
Wassalam
Alhamdulillah. saya begitu merasa kesan yang amat besar dalam kehidupan seharian setelah mengikuti pelbagai artikel dari blog2 konspirasi. Saya dalam usaha mencari NYA untuk menngenal hakikat diri. Ilmu yang benar hasilnya bila diresapi dan benar2 dirasakan kehadiran NYA dalam setiap yang ada. Jika ada sahabat yang dapat memberi bimbingan Alhamdulillah. Semoga rahmat ALLAH bersama kita semua
FANAKAN DIRI ANDA BKAN 5 KALI SEHARI SAHAJA TETAPI SETIAP MASA.SAIYIDINA ALI PERNAH BERKATA JIKA SEDETIK LUPA AKU AKAN ALLAH MAKA KAFIRLAH AKU...SESUNGGUHNYA DEMI MASA MANUSIA ITU DLM KERUGIAN.. BILA DAH SAMPAI TAHAP INI MAKA ANDA AKAN BAKA. BAKA DISINI KEKAL BERSERTA ALLAH. KERANA MUHAMMAD ITU TIDAK BLEH BERCERAI TANGGAL DGAN ALLAH..BILA DH MENYEDARI HAKIKAT INI, EVEN PASIR PUN BLEH JADI BOM ATOM..KERANA SEGALA-GALA ADALAH MILIK ALLAH. ALLAH BERKUASA KEATAS SETIAP SESUATU..HRP-HRP BLEHLA FHAM NOO...SAPA YG ADA BARANG BLEHLA FAHAM.. MUDAH MUDAHAN ISYAALLAH...SALAM
Salam,
Tertarik dengan post ini, begitu juga dengan komen Sangtawal..
Kefahaman dapat dicapai oleh pembaca yang lain sekiranya dimulakan dengan sesuatu yang ringkas.Kefahaman tentang sesuatu ilmu itu juha mestilah melalui satu proses perguruan.
Apa apa pun teruskan penulisan saudara. Kelebihan saudara mungkin kekurangan saya.
Terima Kasih.
saudara masih mentah dalam usia yang begitu muda amat mudah berbicara cara kita orang Melayu lama, tahukah saudara ilmu segala itu namanya MALAIYANA MULAYANAM, inilah ilmu asal belum berbentuk belum berhuruf, tiada bahasa hanya rasa sejati mengolahkan ilmunya, hanya bicara tiada hurufnya, carilah ilmu ini, ianya bukan milik adam, adam itu kata melayu ertinya adi moolam, mula yang pertama, jangan cepat mengadu hebat, begitu juga yang lain yang berketurunan melayu, tiada sedar akan hebatnya sekelian keturunan kita, awas ye bila berbicara jangan yang tua datang mengundang bencana pada hidupmu, Allah itu hanya kata mulutmu, bagi kami ianya kuasa yang kami perintah. tanya pada gurumu atau kiai atau siapa sahaja benarkah Ida Bathara Guru masih ujud atau dongeng sahaja.
MALAIYANA MULAYAAM hanya istilah ada SASTRA JENDRO HAYU NIGRAT, papan tanpa tulis atau apapun istilahnya tidak menjadi hak orang melayu atau manapun menjadi hak makhluk yang sanggup mewadahinya; Bathara Guru bisa wujud bisa tidak tergantung keyakinan.....Tuhan sekalian alam yang mempunyai asma'ul al husna tidak di nisbatkan pada apapun yang masih bisa terjangkau akal dan nalar, rasa dan perasaan mengatasi segala sesuatu...maka tidak ada puncak pencapaian karena selalu ada yang Maha Luas..
Mohon maaf
Wassalam
Ilmu-ilmu yg dibincang ni utk orang2 malas berusaha.Alasan yg Sceptic & Defensive..sampah jer..hidup pun miskin terhina.Dok layannn benda2 karut spiritual
wow kuwalat sampeyan lho Pak Dhe gak duwe roso handarbeni lan hormat marang liyan opo maneh poro sesepuh
monggo sami sami belajar bab ilmu kasunyatan mugi pikantuk berkah dunya akherat
Wassalam
salam... bagus article nie.. banyak info tentang ilmu..
Ilmu segala terletak di Alif Lam Mim dibaca sebagai Al Ma bermaksud Al-Segala dan Ma-Memberi. Segala ilmu dari tuhan untuk hamba2nya dan sudah pasti ilmu ini membezakan antara hamba tuhan dan manusia kebanyakan. http://1asalama.blogspot.com
salam semua...
terima kasih kerana sudi memberi komen mengenai artikel ni.
sengaja saya ungkitkan perihal imu segala ni sebab saya sudah berjanji untuk menyiarkan bab ilmu segala dalam artikel 'bangsa mim-takkan hilang di dunia' pada tahun lalu.
tapi baru sekarang berkesempatan.
meskipun begitu, saya tiada kata 'absolute' untuk ilmu ini kerana ianya bersifat ghaib fi ghaib.
tapi syukur kerana ada saudara kita 'anonymous' menerangkan bab
MALAIYANA MULAYANAM. Moga beliau boleh kongsinya dengan pembaca semua... saya pun nak tau gak...
almaklumlah saya ini, bak kata
Prof Emeritus Dato' Dr Sri Alam Gala, seorang yang malas dan bersifat defensive...jadi, kerana nasihat prof. maka saya malas nak ulas...so, di harap anda semua boleh berkongsi di dalam ini...
saya tak de PHD untuk ulas benda ni..
sebab alkisahnya, saya ini cuma 'mendapat' ilham dan menulis.. jIka ada yang kata, apa yangs saya tulis ini adalah 'teori'..saya katakan ia...
Apa yang pasti...seperti yg saya terangkan..ilmu segala merangkumi segala kerana ia punca keilmuan yang prof atau dato' terima... senang kata, ia adalah titisan air dlm lautan keilmuan... yang kita dok guna pakai ni adalah 'partikel2' titisan tadi...
so, faham2 lah sejauh mananya kita bodoh dan benggap di hadapan ALLAHu rabbi...pesan saya, jangan ego dgn ilmu sebab ilmu bila2 je ALLAH leh tarik lantas jadilah gila insan itu..orang gila pun berilmu gak..itulah ilmu gila yang mana tiada sebarang penyakit pun diaorang ratapi..sentiasa kelihatan 'sihat'...fikir.
Insyallah, saya akan menyambung perihal ini pada pertengahan atau hujung bulan ini selepas saya siap pameran final project saya...terima kasih. wassalam
salam bro pada idea saya lah didalam titik kosong itulah letak nyer pengertian yang mengerti ilmu segalanya hanya dengan sifat mendengar,melihat,merasai,memahami dan akhirnya mengerti.walau apa pun.bro tulis saya baca juga...mm
Melayu itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan dan Budaya yang Memerintah. Memang hebat nenek moyang orang Melayu, sehinggakan banjaran gunung tertinggi di dunia dinamakan Himalaya (Hi = gunung, malaya = malays). Kenapa orang Barat memanggil orang Melayu itu "Malays?" Memang orang Melayu itu unik jika dibandingkan dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini dengan ciri-ciri yang unik juga. Senjata lain-lain bangsa adalah lurus tetapi senjat Melayu pula bengkang bengkok (keris). Seni kraf Melayu paling halus. Zaman bertukar zaman, akhirnya orang Melayu dijajah oleh orang India dengan agama Hindu dan Buddha. Selepas itu orang Melayu dijajah oleh orang Barat dengan agama Kristian. Akhirnya orang Melayu dijajah oleh orang Arab dengan agama Islam. Kini, orang Melayu sudah kehilangan identiti keMelayuannya yang sejati. Melayu sejati tidak boleh berdolak dalik, tidak boleh berhasad dengki dan tidak boleh mungkir janji. Jika anda ada memiliki ketiga-tiga sifat tersebut, adalah adalah Melayu Sejati. Baca blog saya: drilyasharunmalaysia.blogspot.com untuk mendapatkan gambaran yang jelas. Sebagai penulis, saya ada menerbitkan buku seperti 1) Melayu itu Alam, Dunia Pemikiran Ketuhanan dan Budaya yang Memerintah, 2) Siapakah Orang Cina Seberang Laut yang menguasai ekonomi 10 buah negara ASEAN? 3) Konspirasi Barat terhadap Dunia dan Islam, 4) Peranan Illuminati menguasai dunia, 5) Book of Chachamarba, dan 6) Various Conceptions of God.
aslmkm. lewat sekali aku berjumpa
dengan artikel ini..
alhamdulillah,terima kasih atas informasi yang kamu berikan.aku sudah
memahami serba sedikit ape yang aku lalui melalui penulisan kamu ini..
syukran !