Total Pageviews

ILMU SEGALA - Pengakhiran

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum. Pertama sekali mohon maaf kerana kelewatan untuk 'update' perihal ILMU SEGALA ini. Untuk itu, saya mulakan dengan beberapa isu yang sedang rancak di perkatakan pada ketika ini. Perkara pertama itu sudah tentunya perihal serangan Israel ke atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza baru-baru ini.

Hal ini merupakan 'dalam sejarah' kerana mungkin sebelum ini kejadian sebegini tak pernah terjadi lagi. Apa yang menghairankan dunia ialah, serangan itu di buat ke atas 'kapal bantuan yang tidak bersenjata lengkap',
'serangan di atas laluan perairan antarabangsa' dan ' serangan di buat oleh para Komando?!'.

Ia seolah-olah lawak jenaka terhebat pada abad ini kerana terang lagi bersuluh Israel seakan 'gabra' dengan kapal yang mungkin bertandang itu. Tapi sebenarnya, tentera Israel itu hanyalah balaci kepada pemain sebenar. Fokus dunia kini di alih kepada dua perkara yakni pertama, serangan Kapal bantuan kemanusiaan
Gaza dan yang kedua adalah, BOLA BOLA BOLA.

Perhatian dunia terpaksa di alihkan kerana mungkin kini, pengalian masjid Aqsa sudah mencapai matlamatnya. Mungkin Masjid itu akan runtuh atau mungkin masjid suci itu akan 'berubah'. Ya, pada pandagan saya, masjid itu akan bertukar menjadi 'kuil' paling suci di dunia ini. Kenapa ini terjadi?!

Sebenarnya masjid Aqsa itu sendiri adalah Haikal SOlomon dan tidak pernah di ubah-ubah. Apa yang berubah ialah 'holy of holies' atau di kenali sebagai The Tabernacle. Ia adalah tempat ritual suci yang di adakan dalam tempat yang suci.

Bila 'tempat suci' ini 'di bersihkan', maka dunia akan menyaksikan peralihan kuasa 'white pope' kepada 'black pope'. Bila berlaku itu tiada pula saya tahu tapi yang pasti pope yang muktahir ini di katakan sebagai pope yang terakhir dalam versi ramalan vatican.

Cukuplah dengan itu. Tiada guna kita marah atau merusuh kerana yang sakitnya adalah masyarakat di negara sendiri. Berdoalah kerana doalah paling 'mujarab' kerana doa itu membawa franquensi yang sama lantas merealisasikan apa yang di doakan itu. Apapun, yang berhak dan berkuasa adalah ALLAH jua. Baiklah, kita sambung kepada tajuk asal kita.

.........................................................................................................................................

Ilmu Segala ialah titik kepada segala keilmuan yang ada.

Titik yang bagaimana? Titik ini bukanlah 'dot' seperti kita bayangkan bahkan ianya tidak bertempat dan tidak ternyata. Ini terjadi kerana keilmuan itu sendiri bersifat abstrak.

Percayalah, semakin kita 'korek' semakin banyak ilmu yang keluar. Ianya tak pernah putus. Kenapa ini terjadi? Ini kerana titik atau punca ilmu itu ada pada kita semua yakni manusia. Manusia di cipta 'sempurna' kerana sempurnanya dua perkara.

1- jasad dari ADAM, ADAM dari tanah yang suci dan Tanah yang suci hadirnya dari punca Bumi.
2- Roh dari Nur Muhammad, Nur itu dari CahayaNYA dan CahayaNYA punca segala makhluk.

Di sini ada dua jenis punca yakni zahiriah dan batiniah. Dek kerana itulah keilmuan manusia mampu untuk pergi jauh dari langit dan bumi.

Sebelum ini saya pernah berjanji untuk ceritakan tentang 'kosong' dan cara mendapatkan 'kosong' itu. Sebenarnya inilah paling mudah bagi segalanya. Jadi apakah caranya?!

CARANYA IALAH 'EMPTY YOUR CUP'... Kosongkan diri anda.

Baiklah, kosongkan diri ini bermaksud begini. Jika anda sudah tahu tentang masak ayam goreng dan anda di gelar 'master' dalam masak ayam goreng, bagaimana anda hendak tahu tentang satu lagi jenis masakan yang sama tapi berlainan dari apa yang anda tahu? Agaknya bagaimana hendak masak ayam goreng madu... masak ayam goreng KFC, masak ayam goreng tepung dan sebagainya?!

Jadi, kosongkan diri anda untuk memberi laluan pada ilmu lain hadir pada anda. Kosongkan diri bukan pula bermaksud 'bodohkan diri anda' atau 'jom jadi orang gila'... Tidak, ia tidak bermaksud begitu.

Kosongkan diri ialah sentiasa duduk di dalam ketenangan atau 'tidak menunjuk-nunjuk' atau 'cuba fahami maksud ilmu lain' atau AKU INI INSAN YANG TIDAK TAHU APA-APA, MAKA TIAP YANG DATANG ITU ADALAH ILMU DARINYA MESKIPUN DARI ANJING HITAM YANG BUSUK...

Apakah maksudnya ini?!
Maksudnya senang saja...sentiasalah untuk hormati ilmu orang lain kerana lain orang lain ilmunya. Saya ada ilmu A, kamu ada ilmu B...maka buat apa untuk di pertandingkan siapa yang benar. Apa kata saya kongsi ilmu A saya, dan kamu beri ilmu B kamu...maka, kita saling dapat ilmu AB. Jika kejadian sebegini berlaku, bukankah saya sudah dapat 3 jenis ilmu. Ya, 3 jenis. Satunya ilmu A, keduanya ilmu B dan ketiganya, percantuman dan 'mujaddid' pada ilmu A dan B, lahirlah AB.

Inilah yang di tekankan dalam hadis nabi tentang pertembungan antara keilmuan islam...Bukanlah ilmu itu untuk di pertandingkan atau untuk di tunjuk-tunjuk. Ilmu itu anugerah dariNYA. Sentiasa bersyukurlah dengan apa yang ada.

Agaknya bila saya ceritakan tentang ILMU SEGALA, beramai ramai antara kalian yang terdetik dalam hati "owh..ini ilmu segala ilmu.", atau begini "Ini mesti teori pasal mana datangnya ilmu", atau begini "Kalau dapat ilmu segela mesti aku jadi super hebat atau ultraman"...

Agaknya berapa ramai yang akan terdetik dalam hati sebegitu?!
Makanya Ilmu segala adalah kosong. Kosong itu adalah 'kosongkan diri untuk berikan laluan pada ilmu lainnya', dan punca ilmu itu adalah dari diri anda sendiri.

Jika di tanya, dari mana pula ilmu itu 'lahir dari diri anda sendiri'.
jawapannya ialah, setiap kali anda fikir, maka itulah ilmu. Tiap kali anda buat kajian, maka ilmu 'itu mulai 'lahir' ke dunia. Tiap kali ilmu itu ada penemuan baru, maka 'ilmu itu sedang membesar'.

Tahukah anda, ilmu juga seperti manusia. Lahir, membesar dan mati... kemudian lahir semua (di alam lain)?!

Ilmu juga 'lahir' mengikut bangsa yang 'melahirkan'nya. Ilmu juga ada waktu kritikalnya juga. Ilmu adalah makhluknya dan percayalah tiap kali anda membaca, maka itulah makanan mereka. Dek kerana itulah 'IQRA' di turunkan. Bacalah tiap sesuatu dengan deria indera kamu. Melihat, mendengar, merasa dan menyentuh adalah 'baca' untuk memahami sesuatu. Bila itu berlaku, kita baru sahaja
memberi ILMU itu makanan. Janganlah terlalu berhibur atau ketawa kerana itu penyakit untuk ILMU.
Jadi, adakah saya telah sampaikan semua pada kalian?!
Di harap kalian faham apa maksud ilmu segala, titik kosong, cara menjadi 'kosong' dan moral di sebalik ilmu segala ini.

Apa yang penting, ilmu itu lahirnya dari anda kerana pada anda ada titik kosong itu. Hanya ALLAH yang mampu mengeluarkan sumber ilmuNYA  tiap kali anda 'mencipta' pemikiran dan 'ilmu' yang belum anda 'lahirkan' kedunia'. Bila sudah lahir 'ilmu' itu, berilah ia makanan yakni BACA dengan panca indera. Berilah 'Ilmu' ruang bersama dengan 'rakan-rakan'nya yakni 'ilmu-ilmu yang lain supaya ia gembira. Dewasakanlah ilmu itu dengan tiap kedewasaan anda. Sehinggalah kembalinya anda ke rahmatullah bersama ilmu yang anda lahir, didik, besarkan dan menjadi kawan anda di 'alam sana'...



Ilmu SEGALANYA....
INNA LILLAH WA INNA ILAI HI RAJIUN
(dari NYA kita datang, kepadaNYA jualah kita kembali)

Ampun maaf dari saya, hasell usiby jika ada salah kata, salah fakta dan salah pada pandangan anda, kerana saya hanya insan biasa. Wassalam

p/s: we are image from 'god' and we never existed. We are 'thought' that created from HIM. ALLAHUAKBAR

Share this post :

+ comments + 18 comments

June 7, 2010 at 7:48 PM

salam,
Tahniah dan terima kasih atas artikel yang menarik ini.

Ilmu itu makrifatullah.

wassalam.

June 8, 2010 at 6:30 PM

Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniupkan ke dalamnya ruh Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud. (29) Al Hijr

Bila masa pulak roh dari Muhammad, Muhammad tu tuhan ke? Tuhan hamba bukan Muhammad, tuhan hamba Allaha (Segala Miliknya) dan pencipta alam ini dan siapa pulak Muhammad yg mengaku dia bagi ruh kat manusia ni. Lebih kurang cam Firaun mengaku tuhan je.

Anonymous
June 8, 2010 at 9:16 PM

Surah Al-Ahzab (ayat 40) yang bermaksud “Muhamad itu sekali-kali bukanlah bapa atau seorang lelaki diantara kamu tetapi dia adalah Rasulullah dan Nabi yang terakhir.Dan Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu”.

1.Rasul yg bagaimana?

2.Sedangkan baginda ada anak dan isteri juga seorang lelaki...jadi rasullullah tu yg mana satu???

3.Sama ke antara Nabi dengan Rasul???

HH
June 8, 2010 at 9:18 PM

Kasihannya!!!, pada sesiapa yg tak kenal Rasullullah saw....

June 9, 2010 at 9:27 AM

encik hasell usiby, pnh dtg mutiara digital tak?

Anonymous
June 11, 2010 at 10:20 PM

aku baru saje menonton video Harun Yahya yng terbaru.

Best juga ceritanya, ada cerita kedatangan Nabi isa dalan beberapa tahun akan datang,penemuan Noah ark di ramal olih HH,penemuan Tabuk Nabi Musa di dua tempat di tasik taberia,intebiu dgn 33rd Gegree Manson,dan banyak lagi...

Apa pendapat Hazelsiby,Harun Yahya ni ada ilmu segala gak ker?

salam.

Anonymous
June 12, 2010 at 12:53 AM

Ilmu segala = segala ilmu.

niat dihati sentiasa bertindak balas dengan doa, maka Allah maha memakbulkan doa.

dengan "ingin" berfikir telah mengerakkan hati lantas berdoa padaNya dan dengan IzinNya maka setiap ilmu pergerakan bermula.

kerana kita adalah "ADAM".

Didalam manusia ada seketul daging dimana baik "daging" itu maka baik lah seluruhnya dan sebaliknya.

Jika "daging" itu berpeyakit akan Allah tambahkan penyakit jika tidak mencari ubat dariNya.

-:)

June 13, 2010 at 4:28 AM

Sangtawal:
terima kasih tuan...

Mahadaya:
Tuan, jika tuan menganggap cahaya muhammad itu datangnya dari Muhammad bin Abdullah, itu sudut pandangan tuan.

Tak kira apa jua terma yang manusia berikan untuk sesuatu entiti yang menjadi pemula kepada segalanya, ternyata ianya tetap ada.

Bagaimanapun, ia adalah termaktub dalam soal akidah. Adalah baik jika kita semua bincangkan perihal ini bersama mursyid dan guru masing2 kerana lain orang lain sudut pandagannya. Samada kabur atau jelas, atas atau bawah, itu adalah kurniaan ALLAH pada hambaNYA untuk mengenaliNYA.


Anon June 8, 2010 9:16 PM:

1.Rasul yg bagaimana?
- Pada terma syariat: Seorang lelaki yang yang di berikan wahyu untuk mendidik kaumnya
- Pada terma tariqat/hakikat: Mengenali diri yang menjadi penyampai antara hamba dan tuhannya
-Pada terma makrifat:
Rahsia dalam rahsia

2.Sedangkan baginda ada anak dan isteri juga seorang lelaki...jadi rasullullah tu yg mana satu???
-Muhammad rasullulah ruhhi habiballah
-Muhammad bin Abdullah jasadi penyampai berita

3.Sama ke antara Nabi dengan Rasul???
-tak sama pada syariatnya
nabi: seorang lelaki yang menerima wahyu untuk dirinya
Rasul: seorang lelaki yang menerima wahyu untuk dirinya dan kaumnya

HH:
benar...kasihan tidak kenali rasulnya. Jika tak kenal rasul bagaimana nak kenal tuhannya.

Baha:
Pernah..kenapa ya?!

Anon June 11, 2010 10:20 PM:
Harun yahya di beri ilmu pengetahuan dan pemahaman yang cukup mendalam. dan itulah misinya dalam memberitahu dan mengajar umat islam kini. Begitu juga di nusantara yang mana sekarang ini sedang membiak banyak. Walaubagaimana pun, Ilmu segala ini memang tetap ada pada setiap insan. Kita tak perlu mengaktifkan atau menunggu apa2 kerana ilmu segala ini adalah kurniaan ALLAH semata2 untuk hamba2 yang terpilih.

Anon June 12, 2010 12:53 AM:
Daging itulah hati...
tapi percayalah daging sebenar2nya adalah jasad...
baik jasad baiklah diri,
baiklah diri baiklah iman,
baiklah iman baiklah islam...
biarpun pakaian lekeh, rambut cacak,
iman islam jangan tinggal, biar daging jasad mengeletar takutkan namaNYA yang maha agung...


p/s: ILMU SEGALA, RAHSIA DALAM RAHSIA...saya telah sampaikan apa yang harus di sampaikan. yang rahsianya biarlah di simpan. Jika kalian 'tahu' tentang itu, syukurlah padanya kerana hanya segelintir yang dapat 'merasai'nya dan hanya SEORANG DI AKHIR ZAMAN yang mampu menerima sepenuhnya... wallahuaklam

Anonymous
June 21, 2010 at 2:24 AM

Dari Anon June 12, 2010 12:53 AM


Jawapan yang sangat menarik dan cantik .

:)

Anonymous
June 21, 2010 at 7:59 PM

Agak bahaya ayat terakhir saudara itu.

Anonymous
June 24, 2010 at 11:32 PM

Siapakah "YANG SEORANG" itu!!??

Trengggg tengg teng....

June 27, 2010 at 4:36 PM

aku ni kurang berkenan kalo berbual ala internet ni bab2 yang boleh isim ni tp aku cube la selagi mana aku ni dijadikan hamba.

makasih la sedara yg menulis blog ni.
(aku sbnrnye bagi salam tp aku xnak tulis singkatan takut kurang plak pahala aku)

sebelum aku nak tulis, aku harap sesapa yang nk mengomen bleh la abaikan saja komen aku nih sbb aku nih nak berbual (bkn mengomen) dgn sedara yg tulih blog ni. saja aku ja...

(utk sedara blogger)
erm...cara penyampaian dah ok dah. aku xsangka plak yang sedara sanggup gak nak tulis benda2 mcm nih. kalo xsilap aku, kali terakhir aku nk bwat camni pon da kena tegur dgn guru aku. guru aku kata, 'kalo nak menanam biarlah kena pada tanahnya'. aku paham lah sket2 apa yg guru aku ckp tuh jadi aku pon mbatalkn niat suci aku tuh nk bwat cam sedara ni la...

kalo sedara nk menaip. taip je la.
bwat org yang paham tu, paham la. kalo org xphm dan marah tu, tawakal je la. kita ni meminjam ja tp yg mutlak tu Allah je la...kalo da tahu artinya 1 wujud (ceh..mcm 1 m'sia la plak)br la paham tp aku rasa geng2 camni da tak tcongok tgk tenet dah. paling xpon tggu masa nk jihad je la. (bkn aku,nih org len yg tahap ni.nnt jd fitna plak)

yg len xpenting cuma aku nkckp sket benda je la. aku tpaksa akur yg ayat2 sedara tuh dah cukup blapik dah tuh. yang tuh mmg aku akui la..kalo aku yg ckp bab2 camni, plg kuat pon org kata aku sesat...xpon gila isim.hehe...seb baek aku tak luak.xpe, Allah dan rasul ada....sbb kalo aku bcakap bab2 ni, ayat aku keras, xde tapis dan serius...mmg la serius kalo x bkn ilmu agama namanya. sbb bagi aku ilmu bab2 ni umpama telur di ujung tanduk. tgelincir sket trus sesat. kalo smpt, patah la balik. insyaAllah.

cume ader 1 ayat je la yg aku xbkenan. tu je la. mgkin tlepas pandang tp sedara pnye isi tuh adelah cume kurang point jek. sbb pdpt aku, susah nk terangkan melalui cara ini. tp. baguslah ada usaha camni.

kalo xkeberatan, suka kalo aku bleh berbual dgn sedara kalo bersua la...ada menda sket nk tya..hehe.

insyaAllah....

June 28, 2010 at 2:12 PM

Fakeh:
terima kasih kerana berkongsi link

Anon June 21, 2010 2:24 AM:
terima kasih

Anon June 21, 2010 7:59 PM:
maafkan saya untuk ayat terakhir tu. sebenarnya, saya mengambil intipati dari info yang saya baca dari karya2 Harun Yahya, cendikiawan islam termuka.

Anon June 24, 2010 11:32 PM:
Hu3...siapa agaknya?!

Ortai:
terima kasih saudara di atas komen tu. Sebenarnya saya ni dah lama aktif dalam penulisan blog even sebelum berguru. Jadi, seolah2 ada tanggungjawab untuk memberitahu atau berkongsi apa yang saya tahu. Kadang kala apa yang saya tahu itu bukannya sesuatu yang saya pelajari bahkan ianya berbentuk ilham. Adalah lebih baik untuk saya menulis di sini dan berkongsi agar 'ilham' atau 'ilmu' itu tidak akan hilang.

Jatuhnya empayar islam adalah kerana apabila cendikiawan islam mengatakan 'cukup atau hentikan pengalian ilmu'...sedangkan ilmuNYA cukup luas dan infinity. akibatnya, ilmu2 itu jatuh pada tangan si kafir. So, impaknya generasi kini yang merasai.

Mungkin bagusnya kita berlapik kerana tak semua tahu apa yang cuba di sampaikan. tapi, sampai bila nak berlapik dan sampai bila yang tak tahu itu terus tidak di beritahu.

tidak semua di takdirkan /di rezekikan untuk tahu. Jadi, bersyukurlah pada mereka2 yang di beri ilmu dan pengetahuan.

Apapun, saudara boleh kontek saya di nusanaga@gmail.com... terima kasih wassalam

p/s: tuan seorang yang taat pada guru. saya admire tu..

Anonymous
June 28, 2010 at 9:12 PM

***yg len xpenting cuma aku nkckp sket benda je la. aku tpaksa akur yg ayat2 sedara tuh dah cukup blapik dah tuh. yang tuh mmg aku akui la..kalo aku yg ckp bab2 camni, plg kuat pon org kata aku sesat...xpon gila isim.hehe...seb baek aku tak luak.xpe, Allah dan rasul ada....sbb kalo aku bcakap bab2 ni, ayat aku keras, xde tapis dan serius...mmg la serius kalo x bkn ilmu agama namanya. sbb bagi aku ilmu bab2 ni umpama telur di ujung tanduk. tgelincir sket trus sesat. kalo smpt, patah la balik. insyaAllah.***


Cerita jer lah Ortai....apa nak takut.Kalau salah atau ko tersesat kitorang sekeh lah ko beramai-ramai.KehKehkeh.!!!..kat dalam ni ramai tok guru,bukannya Syeikh ko sorang jer yg guru.

Ko ni jenis menyembunyikan yang HAQ yang ko keluarkan yang batil-batil jer ye.....

salam....sorimenyibuk.

Mat Kg Baru..
June 28, 2010 at 9:17 PM

aku nak teka-teki skit....

Yang SEORANG DI AKHIR ZAMAN tu mesti Mahadaya....agak-agak jer tu,pasal tulisannya canggih manggih langsung ,
Tul tak Hassell?

hahaha...

(kalau betul bolihlah kita ramai2 tanya di berjuta2 soalan.Cantikkkk!!!)

Pengembara galaxy
July 4, 2010 at 4:11 AM

kalaulah inilah ilmu segala..betapa ceteknya

Anonymous
July 6, 2010 at 12:20 AM

Memanglah Segala Ilmu itu duduk pada kecetekkan,kekosongan dan kesunyian.

bukan utk tinggi melangit

July 7, 2010 at 8:15 AM

mat kg baru ko ni betul ke tidak..

mahadaya tu manusia bertopengkan iblis..utk perhatian blog assalama dia tu dalam perhatian JAKIM.

pakar putar belit ayat Al Quran guna logik akal semata-mata.

ko xbaca ke soalan dia yg kat atas tu. saje nk timbulkan kekeliruan.

kat blog lain ramai hentam dia. tapi ada gak suka kat dia. pelik..pelik..

sesat lagi menyesatkan..

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger