Total Pageviews

Mimpi Ku tentang Erti Melayu



salam.

Lama dulu, pada tahun ini juga, saya bermimpi di datangi oleh seorang tua. Sedang asyik melakukan kerja, tiba-tiba lelaki bertubuh sederhana, sedikit gempal, berambut putih, berkulit putih, datang berdiri di sebelah saya. Dia bertanya; "Mahu kenal Melayu?!"

Saya tidak berkata apa-apa. Lantas dia menjawab sendiri:-

"Melayu itu adalah;
Bertuankan yang SATU (yakni ALLAH),
dengan bersyahadah DUA,
untuk mengisi TIGA perkara (islam, iman, ihsan),
dengan mendalami EMPAT perkara (zat, sifat, asma, af'al),
dengan melakukan LIMA perkara (rukun islam),
dengan mempercayai ENAM perkara (rukun iman),
untuk hidup di TUJUH perkara (7 petala langit dan bumi),
... "

Bila tersedar, saya mengucap syukur dan terus menulisnya di facebook saya untuk mengelak dari lupa. Alhamdulilah ramai juga yang renspon atas nukilan ini di facebook itu. Walaubagaimana pun, saya lupa tentang 8 perkara, 9 perkara, 10 perkara, 11 perkara, 12 perkara dan 13 perkara. Antara ingat dan tak ingat, semuanya ada 13 perkara tapi saya ingat setengah darinya sahaja.

Maka, saya berfikir, apakah perkara 1 hingga 7 adalah ZAHIR pada erti pegangan MELAYU itu, manakala perkara 8 hingga 13 adalah RAHSIA atau BATIN/ROH pada erti pegangan MELAYU.



Saya risik-risik rakan-rakan saya dan dapati, 8 perkara itu mungkin 8 jalan/kelopak bunga teratai yang banyak di guna pakai pada ukiran kayu zaman dahulu. Untuk zaman ini, ia di abadikan di logo UIAM (universiti Islam Antarabangsa Malaysia).

Perkara 9 hingga ke perkara 11, saya tidak tahu. Perkara 12 mungkin tentang masa yakni 12 bulan, atau 12 jam. Manakala perkara 13 pula, berkaitan dengan pengajian tasauf yakni RUKUN 13 hakikat seseorang insan (tanya mursyid anda untuk mengetahuinya denga lebih lanjut).


Makanya, saya memohon bantuan dari kalian andai kalian tahu atau terdetik dan terlintas perkara 8 hingga perkara 13, agar saya boleh lengkapkan perihalan erti MELAYU ini. Di harap ia jadi pegangan MELAYU ISLAM yang benar-benar kukuh sebagaimana raja-raja melayu yang sufi, pendekar yang berani, ulama yang pintar dan waliALLAH yang berkah. Apakah mungkin saya sedang melengkapkan sesuatu yang hilang?

Wallahualam
Share this post :

+ comments + 6 comments

February 14, 2012 at 11:55 PM

salam.

saya pengikut blog-blog pengkaji sejarah. termasuk anda punya.

tiba-tiba saya tidak boleh masuk blog mistisfiles, cik srikandi berceloteh dan atbm kerana tiada jemputan sedangkan saya adalah follower.

hairan!

bagaimana boleh saya join 3 blog di atas yang saya percaya adalah rakan anda.

sekian, maaf bukan komen tapi minta pertolongan

February 17, 2012 at 10:04 AM

salam...

blog mistisfiles, cik srikandi dan pagenya di facebook telah di deactivate oleh sebab2 tertentu. Sebab kenapa, saya tidak mengetahuinya.

Apa yang pasti, rumus yg saya dapat dari penutupan ini adalah; 'masa telah tiba'.. dan harus berjalan, bukan lagi stage membaca.

Itu yg saya dapat. Betul juga katanya; kerana pada masa ini pelbagai tnda telah di ketahui, jadi, masih perlukah kita berdiam diri?

wallahualam

February 17, 2012 at 6:26 PM

salam semua;

saudara kita semua,si merah silu bakal menimang cahaya mata baru,sama2 kita doakan isteri beliau selamat melahirkan anak kedua,insyaAllah...:)

Anonymous
February 18, 2012 at 6:10 AM

As'salam.. lama x jenguk.. my FIL said yg 8-13 tu berkaitan ngn sifat 20. Dizahirkan pada tubuh manusia. Jika tau related between sifat 20 ngn tubuh badan kita, awak akn tau 8-13 tu. Ia juga bkaitan dgn berapa rakaat solat pada zaman Nabi Allah Muhammad di mana pd zaman nabi2 itu ketinggian mereka adalah 10x ganda dr kita. Ini dibuktikan oleh org yg tlh btemu dgn kaum mim spt yg sy inform dlm email. Akhir skali, sedia maklum bhw sy sudah btemu dgn raja Mim yg Ada d dunia ni. Wslm.....

Anonymous
March 4, 2013 at 8:55 AM

perkara 7 pd pandangan sya adalah... 7 anggota zahir dan batin (makam yg 7) perlulah dibersih kn terlebih dahulu melalui proses pembersihan yg tlh diajar. untuk proses minda, akal,roh, jiwa, deria, rasa, pandangan,dll untuk menjadi lbh peka & bersedia menerima ilmu yg baru. malah yg lebih kompleks dari yg dpt dipikir kn & diterima oleh akal biasa barulah kita beralih ke tingkat yg seterus nya. (manusia,insan, & seterusnya...)hanya Allah yg Maha mengetahui nya....

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger