Total Pageviews

Penjelasan kepada isu-isu dalam ilmu segala



salam,
beberapa artikel telah saya keluarkan sejak tahun 2008 dari bermula dari futurephenomenon.wordpress hinggalah ke nusanaga.blogspot.com. Dan ada beberapa artikel telah di copy secara meluas tanpa saya sedari. Bahkan, pembaca pun tidak tahu artikel itu adalah bermula dari sini. Bagaimanapun, saya izinkan itu.
Antara artikel yang di copy itu adalah seperti:







ILMU SEGALA
ILMU SEGALA 1
ILMU SEGALA 2
koleksi artikel ini banyak bermain dengan mantik dan falsafah yang mungkin tidak menyenangkan beberapa pemikiran.


BANGSA MIM
BANGSA MIM 1
BANGSA MIM 2
BANGSA MIM 3
BANGSA MIM 4
artikel ini di buat setelah beberapa kajian dan di kaitkan dengan hal keagamaan. Biarpun begitu, beberapa istilah dan penerangan mungkin tidak sampai dan sukar untuk di fahami. Maaf dari saya.


Tapi, tanpa di sangka-sangka, banyak persoalan dan perdebatan telah berlaku di luar sana. Jadi, di sini saya akan menjawab beberapa persoalan yang telah menjadi perdebatan di luar sana. Berikut adalah beberapa isu yang saya dapat kesan:-

1- isu dewa dewi
ia adalah istilah. ia merujuk kepada seseorang yang mempunyai kuasa [bukan superhuman ability tetapi dalam pentadbiran]. pada zaman ini, kita guna istilah raja, sultan, presiden, perdana menteri dan sebagainya. lain era, lain istilahnya tapi tetap membawa kepada maksud yang sama, yakni 'berkuasa dalam menadbir manusia dalam suatu kelompok'.

2- isu ilmu segala
jika di baca kisah penciptaan adam a.s, asbab tunduknya malaikat dan dengkinya pada adam adalah kerana baginda berjaya menamakan tiap barang kehidupan. SEcara simboliknya, ia adalah mengenai 'keupayaan adam untuk menadbir dan mengetahui sesuatu kehidupan itu'. Malaikat tahu tapi mereka tidak berfikir. Iblis@azazil lebih hebat ilmunya tapi tidak boleh menadbir. Sesungguhnya adam itu berada di pertengahan antara kedua2 makhluk itu. Ia menjadikan Adam itu suatu ciptaan sempurna; tahu-berakal-boleh menadbir = khalifah
Allah telah tetapkan adam a.s sebagai khalifah, dan pengujian itu adalah untuk memberitahu seisi alam bahawa adam itu sempurna. Itulah tujuannya.
Sebenarnya ilmu segala itu bukanlah ilmu yang di pelajari, tapi ilmu yang di bawa turun temurun, dari adam kepada bani adam. tanpa ini, kita semua hanyalah haiwan yang melata di bumi. haiwan yang pandai berkata-kata. Jadi, fahamilah tentang ilmu di pelajari dan ilmu yang diturunkan secara genetik (mungkin saya boleh istilahnya sebagai 'memori')

3-isu wasiat
seperti saya ceritakan tadi, sejak dari penciptaan adam, tetap di gazetkan bahawa adam itu khalifah. maka, di turunkan ke bumi itu sebagai khalifah. kekhalifahan itu tidak terhenti hanya kepada adam, tetapi mengajur melalui bani adam. di mana ada ketamadunan, di situlah wasiat itu di 'apply' dan di situlah tauhid di serap. tapi, bila terlalu gah dan terlalu lama, manusia itu lupa. sudah pastinya mereka akan menyembah raja-raja mereka.

4-isu adam sebagai inventor dan nabi muhammad pula menganjur lauhawala..
saya tanya suatu perkara;
jika kata ALLAH lah segalanya bahkan kita ni 'tiada'..
tapi saya nak tnya, jika tuan kata begitu, kenapa tuan masih ada lagi di sini?
masih membaca komen ini? kenapa tuan?
Fahamilah bahawa ALLAH itu dzat yang meliputi. Kita ini hamba yang sentiasa berada dlm liputan itu. Dan gerak kerja manusia itu atas IZINNYA. Baik buruk kelakuan itu adalah izinnya. Dan pilihan itu di atas tangan manusia. Dan kebaikkan itu sudah tentu dari ALLAH. Dengan memperhambakan diri kepada ALLAH atau menyerah gerak kerja pada ALLAH itulah lauhawala.. tapi, bukan pula menyerah tanpa usaha.. itu MALAS namanya.



Akhir kata;
Ramai mahu jadi pejuang tapi ramai perjuangkan apa yang mereka dengar, tapi jarang yang berjuang dari apa yang mereka faham dan kaji. Dan memang benar, ada artikel dan ayat saya seperti berfantasi, imaginasi dan sebagainya. Sebenarnya adalah sukar untuk mencipta ayat untuk sesuatu yang sukar untuk kita luahkan, dan akhirnya saya akhirinya dengan suatu kiasan, istilah dan situasi. Kerana itulah, ia sukar untuk menerjah minda orang kita. Itulah kelemahan diri saya. Maaf dari saya. Sekian, wassalam


Share this post :

+ comments + 5 comments

Anonymous
June 7, 2013 at 7:49 AM

Salam Aiz

Sy telah lama mengikuti penulisan Aiz sejak dr Forum Harmony lg. Bayangkn dr remaja ke usia sekarang, byk perubahan yg berlaku dalam gaya penulisan Aiz. Semakin lama semakin matang. InsyaAllah given time Aiz akn lbh cemerlang dlm setiap penulisan. Memang sukar untuk memahamkn semua tambahan pulak tajuk2 yg dipilih kebykannya di luar bidang yg biasa2. Apapun hanya jauhari yg mengenal manikam... Teruskn penulisan Aiz kerana ada ramai yg sentiasa tertunggu2 your next articles. Tq.

catalyst2

Anonymous
June 9, 2013 at 6:02 AM

Salute bro,
just stay on track..n stay low.

'lvneel' blue..
darah dewa 7 lautan

June 10, 2013 at 3:37 AM

Apa-apaan nih pake dewaan segala?

June 22, 2013 at 7:17 PM

ilmu bukan sekadar teori, lisan dan penulisan tapi ianya mencakupi amalan perbuatan perlakuan pengalaman..apa yg saudara aiz cuba sampaikan hanya golongan yg dah melalui saja dapat memahami seterusnya merasai..kerana ilmu itulah alam, alam itulah ilmu..sentiasa berlegar-legar disekeliling kita..kita hanyalah medium penyerap...betoi kata aiz diumpamakan "span"...tahniah aiz atas kasih atas sayang atas cinta, penulisan anda mempunyai jutaan makna...

July 23, 2013 at 7:02 PM

Saya baru terjumpa penulisan tuan. saya memahami tentang ilmu segala. Ilmu yang bak kata Pramlee jarang2..orang ada. Kajian tuan sangat menarik sekali. Persoalan saya hingga sekarang masih tiada yang mampu menguraikan yang mungkin boleh di kongsi bersama dengan tuan iaitu saiz tubuh manusia. Nabi Adam disebut setinggi 60 hasta. Proses menjad manusia kerdil bersaiz manusia sekarang masih tiada jawapan. Mungkin tuan ada jawapannya.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger