Total Pageviews

BATU NAGA DAN MAHKOTA EMAS 5 KILO



Pada minggu lepas, sekitar awal bulan november 2013, telah keluar beberapa berita dan viral video di facebook. Di antaranya adalah, satu bentuk mahkota daripada emas seberat 5 kilo, telah di jumpai oleh seorang petani di Selatan Thailand.

Dia telah bermimpi supaya di gali sesuatu di tanah kebunnya. Berikut adalah video mahkota itu. Adakah ianya mahkota atau ianya hanyalah sekadar ukiran semata-mata? Bentuknya seperti tengkolok. tak mungkin ianya untuk di pakai. Mungkin ianya sekadar perhiasan.



Beberapa hari kemudian, saya di khabarkan oleh beberapa individu, munculnya mahkota itu bukanlah sesuatu yang di sengajakan. Katanya, ia muncul kerana ada sesuatu signal atau tanda tertentu. Bahkan, munculnya mahkota itu hampir-hampir dengan awal muharram yakni tahun baru hijrah. Atau mungkin, ia juga suatu perkara yang tidak berkaitan dengan apa-apa. Mungkin minda melayu suka fikir benda pelik-pelik?!

Selain dari itu, di Kuantan Pahang, telah muncul satu batu berbentuk naga. Akan tetapi, adakah ianya shahih sebagai artifak kuno? Berikut adalah berita penuh mengenai penemuan itu.


"KUANTAN - Seorang pemilik batu berukiran naga yang ditemui di dasar Sungai Ular, dekat sini mencari pakar barang lama dan batu jed untuk mengesahkan sama ada ukiran batu itu artifak bernilai tinggi atau sebaliknya.

Pemiliknya, Noor Khaizulra Mohamed Noor, 36 dari Kampung Sungai Ular, Jalan Kuantan - Kemaman berkata, ada yang mendakwa, batu seberat kira-kira lima kilogram itu sebagai barang lama dan bernilai tinggi namun setakat ini belum ada pihak dapat mengesahkannya.

Menurutnya, dia menemui batu tersebut secara tidak sengaja ketika pergi memancing di sungai itu kira-kira dua bulan lalu.
“Ukiran naga dipercayai diperbuat daripada batu jed itu terlekat pada mata pancing.

“Pada mulanya saya sangka ikan besar namun selepas ditarik ke tebing mendapati ia sebongkah batu yang diselaputi lumpur,” katanya.
Noor Khaizuira berkata, selepas dibersihkan, batu itu berbentuk ukiran naga dan mengalami kerosakan kecil pada beberapa bahagiannya.
“Selepas hampir dua bulan, saya dapati beberapa corak terbentuk pada patung itu.

“Asalnya ukiran itu berwarna hijau pucat dan kosong namun kini warnanya agak berubah dengan corak lebih menarik,” katanya.
Dia berkata, batu itu juga didapati menyerap air dan air lebihannya bertukar merah jambu.

“Saya ada menemui beberapa individu berketurunan Cina untuk mendapatkan kepastian dan mereka mendakwa, patung naga itu barang lama yang dikaitkan dengan rezeki.

“Setakat ini ada pihak bersedia membeli dengan harga agak tinggi namun saya belum bersedia untuk melepaskannya sehingga mengetahui rahsia sebenar ukiran tersebut,” katanya. Dia bagaimanapun tidak menolak kemungkinan akan menjual ukiran itu sekiranya ada pihak yang berminat dengan harga yang sesuai."


Penemuan batu ini mengingatkan saya pada kendi artifak yang di jumpai sekitar  Pahang beberapa tahun dulu. Motif design dan coraknya hampir sama. Jadi, saya andaikannya punyai ciri zaman yang sama. Sehingga kini, saya tidak menerima apa-apa info terbaru mengenai kajian terhadap kendi itu.

Ada seorang pengkaji bernama Dr. Aminudin, telah mengkaji dan mengeluarkan teori LEMBAH BAMA yang mana, kawasan tengah Malaysia besar kemungkinan tapak suatu tamadun kuno. Kajian beliau boleh di lihat di sini.

Dan ini pula teori saya setelah meneliti tapak-tapak yang menjadi perbahasan tapak ketamadunan kuno:-

"Jika Kuala Lumpur itu ibu kota dan terdapat bandar-bandar satelit seperti Shah alam, Bangi dan sebagainya, begitu jugalah pada zaman silam. Bandar Klang di anggap sebagai bandar pelabuhan. Maka, itulah yang terjadi pada masa dahulu. 

Ada tapak perindustrian, pelabuhan, kota takbir seperti putrajaya dan bandar penduduk padat. Bahkan ada kota pendidikan. Maka, itulah yang terjadi dahulu. Walaupun mungkin 'timeline' tidak sama, tapi saya andaikan bahawa persisiran pantai kedah-penang (dari PENAGA-MERBOK-JERAI-KULIM) adalah kota atau bandar perindustrian dan juga pelabuhan.

ini gambar yang di tayangkan pada umum. Adakah ia hanyalah troll semata-mata?!

Manakala, utara pahang dan selatan kelantan serta timur perak menjadi tapak takbir atau suatu kota bandar pendidikan. Kawasan inilah yang di jumpai Kota Lenggong serta Bukit Bunuh. Bahkan, ada 'orang tua' kata, piramid terbesar juga di kawasan ini. Jika anda pernah membaca blog Military of Defend oleh Shah Paskal, kalian tahu bahawa kedudukan PIRAMID MELAYU sekitar kawasan ini. Beliau pernah postkan gambar itu di dalam facebooknya dengan tanpa koordinat. Tapi, baru-baru ini, saya mungkin telah melihat dari jauh gunung yang di khabarkannya. Ternyata, ia berbentuk ZIGGURAT (stepped pyramid). Memang besar dan saya jangkakan kalau dekatinya mungkin tidak perasan itu adalah sebuah piramid. Tapi kelakar bukan info ini?!"

Apakah kaitan Batu Naga dan mahkota emas itu? Saya pun tak pasti, tapi munculnya artifak sebegini di awal tahun hijrah seolah-olah mengambarkan sesuatu. Saya 'rasa' mungkin selepas ini banyak lagi artifak yang akan muncul dan di kongsikan di alam siber. Tetapi, saya cukup risau andai kata perkongsian itu punyai motif 'claim' tahta atau kerajaan dulu kala. Walaubagaimanapun, itu hal mereka, saya tidak mahu masuk campur. Yang penting, saya mahu lihat dunia boleh mengiktiraf tanah ini sebagai tanah tuo (old civilization / cradle of civilization). Tetapi, bukti nyata haruslah ada. Jika tidak, kita ini umpama berangan saja.
Apapun, ini sajalah sedikit sebanyak info yang saya mampu kongsikan setakat ini. Insyallah, jika di berikan izin olehNYA, saya akan 'share' dengan anda apa yang di benarkan. Matlamat saya, saya akan buat Video Log. Insyallah. Doakan supaya ianya berhasil. Insyallah. Wassalam
Share this post :

+ comments + 12 comments

November 8, 2013 at 6:46 AM

November 8, 2013 at 6:52 AM

Pasal piramid melayu.. tak pernah mintak tolong geng yg boleh meraga sukma ke utk masuk dalam tu, usya2 ukiran apa yg ade..

Ke energy piramid tu boleh block mind travel..??

November 8, 2013 at 7:03 AM

http://www.frequency.com/video/seorang-pakcik-dari-pattani-thailand/128682454/-/5-159504


November 8, 2013 at 8:29 AM

saya pernah bertanyakan pasal piramid itu dan ini yang saya dapat tau. betul tidak, wallahualam:-

1- pintu masuknya seperti gua
2- seseorang yang masuk ke dalamnya pasti mengalami pening-pening dan tak akan bertahan lama di dalamnya.
3- peralatan elektronik tak begitu berfungsi di sana. Kerana itulah gambar jarak jauh saja yang ada.
4- memang ada expedisi dgn 'spritual'
5- kononnya, result dari pengembaraan itu, ianya merupakan sesuatu pembinaan utk 'perindustrian'
6- konsep 'industri' tu seperti pembinaan TURBINE. Untuk apa fungsinya, tidak di ketahui
7- memang ada pakar keluar masuk ke sana, tp kebanyakkan tak bertahan lama. Tak tahan 'gangguan' ketika di sana
8-infomasi ini masih was-was. Nak percaya boleh, tak percaya pun boleh. Wallahualam

Anonymous
November 8, 2013 at 9:44 AM

Cuba check sini
http://madahselokaaddp.blogspot.com/?m=1
Gunung daik namanya.

Nurrohi
November 9, 2013 at 7:57 AM

Salam semua,
kesimpulan saya,
1.Mimpi adalah salah satu medium untuk menyampaikan mesej tertentu. Mesej dari siapa untuk siapa??Mahkota emas itu sebagai tanda atau 'signature'seseorang.
2.'Pemegang amanah' khazanah harta karun sedang bersedia,menunggu signal untuk tindakan selanjutnya. Mereka semakin aktif bilamana tempoh matang semakin hampir.
3.Kunci-kunci dalam genggaman, satu persatu rahsia akan tersingkap, lalu menjana kekuatan.Laluan semakin lancar dan mudah.Walaupun musuh cuba menghalang,kali ini mereka akan dikalahkan.

4.Nikmat tidak datang percuma , pasti ada ujian . Nikmat itu sendiri, boleh jadi satu bentuk ujian.Sebelum datangnya fitnah terbesar.

Begitulah harapan saya,kali ini giliran Melayu Islam pasti menang.

Anonymous
November 9, 2013 at 8:19 AM

ada rahsia besagh ni,, aku rasa lain macam ja ni merhemang badan aku we baca pasal ni

Anonymous
November 9, 2013 at 11:04 PM

Dulu ada mimpi tangkap sepasang ikan warna emas siap bermahkota lagi tak tahu apa makna...

Anonymous
November 9, 2013 at 11:06 PM

Kod utk sent mesej diatas lak ... Whensuci....apa makna ni...

November 11, 2013 at 2:57 AM

Nak tak nak kena try 'survey' la gayanye baru puas hati.. hehe..

Kalau turbine, mesti ada kaitan dengan tenaga.. tapi macam mana tenaga tu nak disalurkan dan digunakan..??

Ramai yg tahu bentuk piramid boleh menjadi pemancar tenaga. Tapi ada tak kemungkinan piramid juga boleh jadi penyerap/penerima tenaga??

Anonymous
November 11, 2013 at 3:30 AM

nak tahu kena la tanya orang2 lama, sebab piramid nih zaman tuh macam nuclear reactor skunk...cuma pada zaman tuh(sebelum banjir) mereka guna tenaga matahari untuk jana tenaga..kalo boleh jumpa sapa2 yang hidup pada zaman sebelum banjir boleh la korang g tanya sendiri

November 11, 2013 at 6:09 AM

Erkk.. jgn emosi sedara anon kat atas, maaf la kalu komen sy wat kamu terasa.. sebab tu sy tulis 'survey'.. maksudnye kene wat kembara minda sendiri la kalu nak tahu detail.. tengok sendiri. Sebab kalu nak masuk ikut fizikal, confirm tak dapat.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger