Total Pageviews

1127056

BILA NAK MULA?



Adakah anda seorang pengkaji konspirasi dan perihal akhir zaman? Berapa lama dah anda mengkaji perkara-perkara ini? 10 tahun? 5 tahun atau baru 1 tahun?

Satu soalan mahu di tanya... BILA IA NAK MULA?
Semua akan kata; ia telah pun bermula kecuali yang 'besar'. Jadi, soalan seterusnya, bila yang 'besar' itu nak mula pula?

Begini tuan puan, adat manusia, bila seseorang mati, barulah namanya di kenang. Takkala sedang berjuang, tiada yang mahu bersama. Tapi, terlalu banyak 'jalan' di reka-reka tika ini sampai keliru semua orang. Semuanya atas nama kebangkitan dan islam. Bahkan sampai ada kepada tahap militari.

Apa yang nusanaga tahu, 'force' yang benar-benar pasti dan terkuat untuk menawan kesyaitanan manusia adalah dari langit sana. 'Kerajaan tuhan' mereka kata. Itu saja yang benar pasti bila isa a.s turun (bukannya naik).

Tapi untuk ke tahap itu... tidakkah terasa penat dengan ketidakadilan, kesusahan untuk survival dan mengikut rentak masyarakat? Entah la. Bila ke tanah perkuburan, di sana kelihatan lebih tenang dari perkampungan manusia yang hidup. Apakah sudah masanya bumi harus di ratakan?! Agaknya bila nak mula?

Apapun, insan yang di lahirkan pada pengakhiran akhir zaman ini merupakan jiwa yang tersangat kuat dan berani walau apapun pegangan, kepercayaan dan hidupan mereka. Pada zaman inilah susah yang benar-benar susah dan perit yang sungguh perit, tapi tetap jua dapat hidup walau berada dalam penjara.

Terasa risau, kerana yang bakal di hadapi umat akhir zaman ini bukan saja fitnah dajjal bahkan siri bencana yang dasyat. Asap tebal di sana sini, Api dari barat, sejuk dingin yang mematikan, makhluk yakjuj makjuj, benua cantum pecah tenggelam sana sini. Tapi, manusia masih boleh bergembira dan saling berperang sesama sendiri. Hairan...

Masa gemilang di dambakan itu entah bila akan tiba. Jika di kaji, ianya hanya berlaku sementara sebelum segalanya musnah. Tampaknya, tiada apa yang boleh di harapkan lagi di kehidupan ini, melainkan mulai mereka-cipta bekal amal untuk kehidupan seterusnya pula. Suatu episod seterusnya. Episod baru. Bila nak mula?
Share this post :

+ comments + 2 comments

Anonymous
March 2, 2014 at 8:27 PM

Tuan....
doakan yang baik untuk umat manusia ni tuan.
doakan semoga yang pernah tersilap pilih jalan dulu balik kembali.
rumah yang asal sentiasa menunggu kita.
pertahankan rumah kita dulu.
bantu mereka yang tersesat dan terkeliru tu.
balik kepada asal al-quran dan hadis2 serta ajaran2 dan didikan2 junjungan besar kita tuan.
masih belum terlambat......
insya'allah.

Anonymous
March 14, 2014 at 7:03 PM

tak buat scan ka kat mana MH370.. waktu ni nak uji kebenaran hasil chaneling..

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger