Total Pageviews

ANALISA TEORI KONSPIRASI MH370

Gambarajah di bawah adalah titik yang sepatutnya MH370 tuju. Akan tetapi hilang di pertengahan jalan. Kemudian, di khabarkan ia berpatah balik dan pihak Malaysia ada menerima signal 'aliens' pada malam keesokan selepas kehilangan MH370 itu. Biarpun begitu, pihak terbabit tidak mengendahkan penerbangan tersebut kerana pesawat tersebut 'tidak berniat jahat'.

Tidak lama kemudian, timbul isu MH370 telah berpatah balik dan menuju ke Selat Melaka dan Laut Andaman. Selang beberapa minggu, di katakan titik terakhir MH370 adalah di lautan Indian. Apa yang berlaku sebenarnya?


Kehilangan MH370 pada 8hb 3 2014 setelah berlepas dari KLIA pada 11pm 7hb 3 2014, menimbulkan pelbagai spekulasi, kontroversi dan konspirasi yang membenggongkan minda manusia sejagat.


Dari media, kepada konspirator dan spekulators, semuanya cuba menyelesaikan isu ini dengan mencipta pelbagai teori dan andaian terhadap kapal terbang ini. Dalam pada itu juga, kerajaan Malaysia pun pening dalam menjawab segala persoalan media antarabangsa. Sehinggalah pada 14hb 3 2014, Perdana Menteri Najib Razak, telah mendiamkan semua spekulasi melalui sidang medianya. Beliau mengatakan bahawa MH370 telah berakhir di Laut India.


Laut india adalah lautan yang sungguh dalam. Kedalamannya mencapai 35km. Jika MH370 hilang di situ, maka ia adalah mustahil untuk misi menyelamat dan harapan menemui penumpang yang hilang adalah mustahil. Bahkan mencari Kotak Hitam juga hampir mustahil. Dalam masa yang sama, Malaysia telah di anggap 'musuh' oleh keluarga mangsa di CHINA sehingga menyerbu duta Malaysia di sana. Kemudian, pihak media barat pula, mulai bermain api sentiment muslim itu terrorist dengan mengaitkan pilot MH370 adalah terrorist. Malaysia di himpit oleh timur dan barat.

Tetapi, pada 30hb 3 2014, pihak INMARSAT menafikan tuduhan bahawa pihak mereka yang mengatakan MH370 telah terhempas di Lautan India. Mereka cuma mengatakan bahawa titik penerbangan MH370 terakhir adalah di lautan india. Bukannya mengatakan terhempas di kawasan itu. Akan tetapi, bagi pihak kerajaan Malaysia, andai kata MH370 telah terbang sejauh itu dengan berbekalkan minyak yang sedikit, sudah tentu MH370 akan terhempas itu situ. Adalah mustahil untuk MH370 menyeberangi lautan india yang luas itu.


Kemudian, timbul pula isu MH370 KLON di TEL AVIV. Dengan bukti bergambar (walaupun tiada keshahihan tentang gambar itu), ia mengemparkan dunia. Apakah isu ini ada kaitan dengan ISRAEL dan kenapa?!


Tak cukup dengan itu, para konspirator mulai menyelongkar khazanah media dan mencari klu-klu yang boleh di kaitkan dengan isu MH370 ini. Lagu PITBULL dan SHAKIRA bertajuk 'GET IT STARTED' yang hit pada tahun 2012 ini ada menengahkan lirik berbunyi;

"No Ali, no Frasier, but for now it's off to Malaysia”, 
“Two passports”, “Three cities”, 
“Two countries, one day”
and “Now that’s worldwide”."

Tika itu, memang isu 2 passport yang di curi tengah panas di internet. Maka, konspirasi lagu GET IT STARTED itu menjadi viral di internet antarabangsa. Sesuai dengan tajuknya, GET IT STARTED / BIARKAN IA BERMULA. Isu MH370 merupakah suatu pemulaan.


Konspirasi bertambah hangat bila ada orang menjumpai klu seterusnya dalam filem TRANSFORMERS 2: REVENGE OF THE FALLEN yang di tayangkan pada 2009. Filem ini adalah sekuel daripada filem TRANSFORMERS dan di ikuti pula dengan filem ketiga yang bertajuk; DARK SIDE OF THE MOON.

Gambar menunjukkan ianya di CHINA tetapi terpampang logo MAS (Malaysia Airlines) dari arah bertentangan. Filem Transformers 2 ini mengisahkan PRIME THE FALLEN memberi arahan kepada pihak musuh untuk membuka portal yang boleh memusnahkan bumi. Portal tersebut boleh memusnahkan matahari dan menjadikan bumi sebagai sumber tenaga energon. Mesin portal tersebut tersembunyi di dalam piramid giza.


Terbaru; ada forumers menemui klu MH370 di dalam filem MAN OF STEEL (superman) yang di keluarkan pada 2013. Pelbagai klu yang mereka dapat dari filem ini. Antaranya, BUS yang bertulis MIA6370, kemudian mesin 'world engine' yang terletak pada kedudukan MH370 mulai menghilang. Seterusnya, perihal simbol TRIDENT (tombak mata 3) yang ada pada logo MAS (jika di terbalikkan).

Berikut adalah video klue yang di jumpai pada filem MAN OF STEEL ini:-

video ini menunjuk titik koordinat 'world machine' yang di pacakkan dan menghasilkan efek seperti POLE SHIFTING. 

video ini menceritakan tentang TRIDENT pada filem Man of Steel dan logo MAS serta kaitannya dengan Lautan India.

Video ini pula menunjukkan sebuah bas yang menunjukkan number MIA6370 yang membawa maksud (missing in action + 6 (kod dail Malaysia) + 370)

Daripada 3 konspirsi yang di temui oleh konspirator ini, ia menunjukkan kehilangan MH370 seolah-olah telah di rancang. Mereka mengaitkan isu ini dengan isu 911. Tetapi apa yang menariknya penemuan ini; filem Transfomers 2 dan Man of Steel sama-sama membawa mesej; 'bumi dalam bahaya dan sedang cuba di hijack oleh sesuatu yang di luar kebiasaan'. Transformers 2 menceritakan tentang usaha The Fallen untuk meranapkan bumi dan membinasakan matahari. Man Of Steel pula menceritakan tentang usaha General Zod untuk mengubah bumi dengan mesin besar yang di pacakkan pada dua paksi bumi (yang mana seolah-olah mengimaginasikan pole shifting).



TAMBAHAN 1 (ianya sedikit mengarut): Kosa kata MH370 juga kalau di cari bunyi perkataan yang menghampiri kepada abjad-abjad tersebut, anda akan dapati:-

MH menghampiri perkataan ARM ASH, AMASHED, ARM MESH, EMIRSH, A MATCH dan sebagainya.
Kemudian, angka 370 pula, jika anda cari perkataan yang menghampiri bunyinya, anda akan mendapat;
Angka 3 = free, tree, trance, trans, trish dan sebagainya
Angka 7 = sven, cendence, save in, heaven, sunburn, dan sebagainya
Angka 0 = old, owl, fold, for dan sebagainya

Dari perkataan-perkataan yang di jumpai itu, nusanaga cuba mengaitkan dengan penemuan-penemuan dalam filem yang di nyatakan di atas. Kesemua filem di atas adalah mengenai 'keinginan untuk menukar bumi kepada sesuatu yang lain'. Seolah-olah ia menceritakan tentang 'INILAH ZAMAN PERUBAHAN'.

Maka, Abjad MH 370 ini tepat kalau di sebut sebagai A MATCH TRANSCENDENCE FOLDED atau ertinya; MENANDINGI KEGHAIBAN YANG DI LIPAT. Apapula yang anda jumpa?

Kenapa Nusanaga memilih perkataan A MATCH TRANSCENDENCE FOLDED untuk frasa MH370? Ini kerana ia ada kaitan dengan PLANETARY GRID. Apa itu Planetary Grid? Ia adalah tititk-titik energi bumi seperti titik akupuntur di badan kita. Ia seperti pencawang elektrik yang di alirkan mengikut 'wayar' yang telah di tetapkan. Tahukah anda bahawa tiap perkara di dunia ini bukannya terjadi secara random tetapi telah di atur dengan sistemnya yang tersendiri.

klik pada gambar untuk besarkan

MH 370 telah hilang di lautan China Selatan yang bertanda number 25. Kemudian, di katakan, ia telah berpatah balik ke selat melaka-laut andaman. yang bertanda 23. Tidak lama kemudian, di katakan MH370 berada di Pulau Diego Garcia. Pulau yang menjadi pengkalan tentera laut Amerika ini berada di sekitar Grid 43.

Pernah orang persoalkan, ketika Tsunami pada 2004 dulu, kenapa pulau ini tidak terjejas? Untuk pengetahuan semua, pulau ini sebenarnya pulau tergantung. Tergantung di sini bermaksud, ianya di penuhi dengan terumbu karang dan ia bukanlah suatu pulau yang wujud dari tanah tinggi dasar laut seperti pulau-pulau biasa. Bahkan di situ, grid 43 merupakan suatu grid energi yang besar. Ia seolah suatu pelindung yang kuat.

Persoalannya, kenapa MH370 mengikuti grid-grid ini? Ramai yang 'kasyaf' melihat MH370 tergantung di 3 negara. Adakah ini bererti Diego Garcia berada di antara india-australia-indonesia?

Persoalan seterusnya, kemana pesawat itu pergi seterusnya? Adakah ia ada di pulau itu atau telah menuju ke suatu tempat yang baru?

Di khabarkan juga, MH370 membawa suatu cargo yang berharga. Adakah ia nya emas? Rasanya ia lebih dari itu. Adakah ia alat militari seperti mana di kecohkan dalam internet?

Yang pasti, corak penerbangan MH370 berdasarkan maklumat dari media massa utama, ia seperti rajah di atas. Dari grid Laut China Selatan, ke laut andaman dan menuju ke Laut india. MH370 benar-benar mengikut PLANETARY GRID. Persoalannya untuk apa?

Apakah benar frasa 'A Match Transcendence Fold' itu bertepatan dengan corak ini? Apa yang mahu 'dilipat'? Adakah penumpang dalam pesawat telah menjadi mangsa ritual? Atau; adakah penumpang telah di tinggalkan di pulau Diego Garcia dan MH370 meneruskan perjalanannya untuk menyempurnakan suatu corak grid bumi yang masih kita tidak ketahui?

Apakah pesawat ini membawa suatu yang 'relic'/'ancient'/'mystical'? Dengan mengikut corak grid bumi tertentu, maka 'sesuatu' akan terbuka? Apakah ianya pra-pembukaan pada era dajjal? Apakah benar ia mengenai suatu plan untuk mengubah bumi sebagaimana filem Transformers dan Man of Steel itu? Anda nilaikannya sendiri...

Owh, lupa nak kaitkan dengan projek BLUE BEAM...Bagaimana jika kargo MH370 sebenarnya membawa alatan BLUE BEAM dan diletakkannya di seluruh grid-grid bumi? Boieng 777 adalah pesawat yang mempunyai cargo yang besar dan mempunyai daya penerbangan jarak jauh yang hebat. Mesti ramai akan bertanya, "Kenapa MAS (Malaysia Airline)?" Bagaimana jika nusanaga katakan 'arkitek' yang merekacipta isu ini berada di tanah malaya? Apapun, itu hanyalah andaian saja. Bukannya fakta. Jangan ambil ia sebagai kefahaman.

Ucapan terakhir MH370 pada ibu sawat KLIA


TAMBAHAN 2:  Isu MH370 ini kalau di lihat secara biasa, seolah-olah ianya suatu konspirasi yang sengaja di lakukan demi sesuatu matlamat. Ada yang mengaitkan dengan isu politik lokal. Ada yang mengaitkan dengan kerja jahat Amerika dan zionist. Pelbagai lapisan teori terhasil dari isu ini.Berikut adalah lapisan-lapisan yang MUNGKIN sedang berlaku:-

1- Perang dalaman politik lokal. Ada yang kaitkan semua ini kerja Anwar Ibrahim. Ada pula yang kaitkan dengan kerja BARISAN NASIONAL dalam menenggelamkan isu penjara Anwar dan kes TAUSUG serta kemenangan PRK Wan Azizah di Kajang.

2- Ada yang mengatakan, MH370 adalah suatu penerbangan yang memang di 'set' sebagai penerbangan maut kerana sebelum ini, memang telah di laporkan tentang kerosakannya. Maka, ada segelintir penumpang di dalam pesawat itu adalah berprofil tinggi dan perlu di 'hapus'kan

3- Ada yang mengatakan, isu ini sengaja di buat dan di tekan supaya ada menteri atau barisan atasan kerajaan akan meletak jawatan.

4- Ada yang mengatakan, isu ini adalah berkaitan dengan kuasa besar dunia yakni china-rusia-amerika. Malaysia menjadi kambing hitam dalam perebutan Laut China Selatan atau persediaan perang antara blok-blok kuasa besar tidak lama lagi.

5- Ada teori mengatakan, ini kerja jahat zionist dan pihak illuminati yang mana sedang merancang sesuatu yang besar sebagaimana plan mereka pada World Trade Center pada 1999 dahulu.

6- Teori seterusnya, tentang kargo MH370 yang bawanya. Sesuatu yang berkuasa dan hebat. Ada yang mengatakan ianya emas. Atau mungkin lebih dari itu. Ada yang mengatakan ianya alat militari. Dan ada yang mengatakan ianya 'relic' atau sesuatu yang mistikal. Teori paling 'mengarut' sekali adalah, cargo itu membawa ARK OF CONVENANT atau TABUT AS-SAKINAH

7- Lapisan seterusnya adalah, PLANETARY GRID LINE. Pesawat ini seolah-olah sengaja melalui grid ini seakan-akan sedang mengaktifkan sesuatu. Isu ini telah di terangkan di 'TAMBAHAN 1' di atas.

8- Lapisan seterusnya, kemungkinan adanya kerjasama antara perseorangan tertentu yang berkuasa dari Malaysia dengan kuasa besar dunia dalam suatu perancangan yang di luar kotak manusia. Ada yang mengatakan ianya mengenai pembukaan portal dan dimensi.

9- Ada 'arkitek' yang merancang dari kedua-dua belah pihak yang mana ianya bermatlamatkan 'end of time'.

10- Semuanya adalah perancangan ALLAH. Walaupun ia di rancang sebegitu teliti, makhluk tetap makhluk. Sudah pasti, pengakhirannya akan memihak pada pihak yang baik, sebelum semuanya di musnahkan.




KESIMPULAN: Isu MH370 ini akan terus berlegar sebagai spekulasi, konspirasi, kontroversi sehinggalah ia di temui secara nyata sebagai bukti. Biarpun begitu, selagi tiada penjelasan dari segi sainstifik dan yang logik, selagi itulah media dan minda manusia akan terus mencari jawapan dalam persoalan mereka. 

Yang pasti, isu MH370 ini menonjolkan nama Malaysia sebagai salah satu misteri yang harus di rungkaikan. Mereka akan terus mengkaji dari sisi mistikal, metaphysic, sains, teknologi dan pelbagai bidang yang boleh mendokong teori mereka. 

Seperti nusanaga.blogspot.com juga, blog ini adalah blog konspirator, maka isu MH370 ini merupakan suatu isu konspirasi yang harus di fikirkan kenapa, mengapa, siapa, di mana dan apa. Yang pasti, semua spekulasi, teori, konspirasi dan penemuan MH370 yang di tebarkan di seluruh internet, semuanya menjurus kepada isu masa depan yang lebih besar. Peperangan antara blok. Kancah konspirasi Elite yang menguasia bumi. Kisah dajjal, Mahdi, Messiah dan ramalan zaman kuno. Isu politikal dalam negara dan luar negara serta banyak lagi.

Apa sekalipun, di harap Malaysia akan menghadapi kesukaran ini dengan penuh persediaan dan kebijaksanaan. Moga negara ini akan selamat dan bersih dari kemelut yang bakal bertandang. Insyallah

Artikel ini hanyalah sekadar teori dan bukannya fakta. Ianya tak boleh di jadikan bukti atau suatu bahan ilmiah. Asbab itulah ianya di namakan konspirasi dan spekulasi. Wassalam
Share this post :

+ comments + 10 comments

Nurrohi
March 31, 2014 at 3:15 AM

Salam Admin,
Sekiranya benar memang wujud konspirasi terancang terhadap MH370, ternyata konspirasi tersebut telah pun gagal. Tanpa diduga, wujud entiti pihak ketiga yang telah mencelarukan keadaan dan mereka menggelabah seketika. Wamakaru wamakarallaah. Wallahu khairulmakirin.
Pihak musuh sedang mengusahakan Plan B selagi MH370 tidak ditemui, dalam keadaan berhati-hati agar tidak pecah tembelang.
Apakah implikasi penemuan semula MH370? Ditangan siapakah sebenarnya MH370? Takdir Tuhan mengatasi segalanya.
Setuju dengan admin, apa jua kemungkinan, sudahkah kita bersedia dan bersiap siaga?

March 31, 2014 at 6:25 AM

salam,

semua ni datang dari kehendak seseorang...getaran yang ada dipancarkan keseluruh semesta,kerana dia tahu rahsia alam...sebab tu kebetulan ditemui sana sini...irama yang ada semua bersatu mengikut lenggok kehendak yang satu tu...

wallahualam...

sekadar pendapat picisan dari annur...

Anonymous
April 1, 2014 at 4:49 AM

malaysia dh bangkrap dan tergadai

Anonymous
April 1, 2014 at 10:04 AM

Darimana anda dapat bukti? Teori pun kena berhati2. Jangan bahayakan diri

April 1, 2014 at 4:06 PM

Semoga Allah melindungi Malaysia dan umat islamnya dari fitnah dajjal...

April 2, 2014 at 12:46 AM

Jikalau benar ini semua satu konspirasi terancang, maka Malaysia brada dlm keadaan bahaya. Pencatur nak jadikan negara ini sbagai kambing hitam. Kita telahpun terperangkap. Semoga Allah merahmati dan melindungi kita semuanya.

Anonymous
April 2, 2014 at 6:38 AM

analisa terbaik tetapi terlalu ringkas. boleh saya tahu siapakah dalang yang di katakan berada di dalam malaysia itu? adakah najib atau anwar?

Anonymous
April 3, 2014 at 7:45 AM

TABUK-SAKINAH APA

April 6, 2014 at 6:27 PM

Anda menganalisis perkara ini dgn memberi tumpuan sepenuh masa untuk mengkaji...ada kah anda perancang nya???...pada pendapat saya hanya yang tahu saja yang mengetahui...

Anonymous
April 7, 2014 at 8:12 AM

35km? bukan 35000kaki ke? get you facts right lay

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger