Total Pageviews

MH370: Suatu hasil Channeling?!


salam,

ada komen dan ada orang menyuruh saya mengunakan ability yang saya ada untuk membantu pencarian MH370. Sebenarnya, saya tak mahu mengunakan skill yang ada kerana ia akan membawa fitnah atau tomahan tak baik pada saya andai hasil channeling itu tak betul.

Bahkan pasti akan ada yang kata ianya syirik, khurafat dan sebagainya. Seolah-olah channeling adalah suatu aktiviti perbomohan atau tilik nasib. Ianya bukan begitu. Tersangat lain. Saya pernah memberitahu apa itu channeling dalam beberapa siri yang lepas.

Isu MH370 ini merupakan suatu ujian besar pada negara malaysia. Dan ia juga suatu ujian untuk para melayu dan muslim malaysia. Tika negara di perang psy-war, kita dalam negara berbalah sesama sendiri, saling tuduh menuduh, dan mengutuk di sana sini. Sedangkan di luar negara pula, kita di perli dan di parodikan akibat perbuatan rakyat sendiri.

Mengenai bomoh 1 malaysia tu, saya cuma nak komen, walau setinggi mana ilmu beliau, tapi bila sesuatu ritual itu di lakukan di public untuk mendapat publisiti, maka ia akan menjadi fitnah dan kerja yang sia-sia. Akibatnya, nama malaysia di burukkan kerana ia kelihatan 'non-sense'.

Oleh demikian lah saya tidak suka melakukan hasil channeling untuk hal ini. Tapi, ada beberapa individu menekan supaya cuba 'tengok' apa yang terjadi. Maka, dalam facebook page nusanaga, saya ada memberi beberapa point tentang isu MH370 dari pandangan dunia internet. Antaranya; hijackers, bom dalam kapal terbang itu sendiri, kerosakan kapal terbang, masuk dunia lain, dan banyak lagi.

Tapi berikut adalah 'hasil channeling' yang saya lakukan (asbab di suruh) untuk tatapan pembaca nusanaga. AMARAN: hasil channeling ini bukan fakta. Anggaplah ianya repekan dari saya. Jika nak guna pakai, sila buat 'filtering' sendiri yakni kaji hasil channeling ini dengan fakta dan kelebihan yang anda ada sendiri. Kita sama-sama mahukan MH370 selamat di jumpai. Kita lakukanlah dengan kelebihan diri masing-masing. Berdoa, solat hajat dan lakukan dengan izin ALLAH TAALA. Insyallah.


Hasil channeling:-
1- Berada di antara 3 negera
2- Tersadai di jurang yang dalam (samada jurang bukit dalam lautan atau bukit bukau)
3- Ada yang masih hidup dan ada yang meninggal dunia (maaf dari saya)
4- Berada di alam lain pada ketika ini
5- Berlaku demikian kerana ada 'orang dalam kapal terbang' menjadi asbab berlaku sedemikian
6- SEdikit masa nanti (sekitar minggu ini) mungkin kita akan dapat klu dan kesan di mana tempat ianya berada
7- Kedatangan 'orang luar' bukanlah 100% mahu membantu, tapi ada asbab mereka tersendiri
8- Besar kemungkinan, kapal terbang ini akan di jumpai di sekitar pulau dan ianya dalam keadaan baik walaupun ada kerosakan sedikit
9- Ia kini 'di jaga' oleh 'penduduk' di sana tapi mereka tiada hak untuk mengeluarkan kapal terbang ini ke alam nyata melainkan usaha dari rakyat Malaysia sendiri
10- DI anjurkan untuk membaca Yaasin dan solat hajat serta saling maaf memaafi antara satu sama lain, dari pucuk hingga ke akar, supaya terang hati rakyat malaysia dalam usaha mencari MH370 ini.
11- Besar kemungkinan akan ada suatu kegemparan akan berlaku di ibu kota (tidak tahu ia pasal apa, mungkin terjadinya gempa bumi di suatu tempat tapi dapat di rasai di semenanjung)
12- Semua ini ALLAH punya izin ianya terjadi. Maka, timbulnya juga adalah atas keizinan ALLAH. Maka, pohonlah keizinan ALLAH untuk melihat di mana ianya berada dan bila ia di timbulkan, Insyallah, ALLAH itu maha pengizin.
13- Walau Malaysia di ganggu gugat luar dan dalam, insyallah, ianya masih terjaga. Cuma, tingkatkan perpaduan dan keyakinan terhadap kekuasaan yang maha Esa.

Sekian hasil channeling saya untuk MH370. Apapun, ianya bukan fakta dan mungkin akan tersilap banyak. Tapi ia adalah salah satu usaha yang saya cuba lakukan untuk negara. Maaf dari saya kalau ianya tak 'kena' dengan jiwa dan pemikiran anda. Insyallah, sama-sama kita berdoa agar MH370 di temui dan dugaan yang Malaysia sedang hadapi ini akan berakhir dengan tenang dan aman. Wassalam


Share this post :

+ comments + 8 comments

Anonymous
March 15, 2014 at 7:09 AM

di MOM, penulisnya kata pesawat berada 300meter (dlm air) dan mengikut kiraannya pesawat sudah patut timbul pada hari jumaat atau malam sabtu di perairan vieteam. Sekarang sudah malam ahad tetapi belum ada yang menjumpai pesawat.

depa memang amik kesempatan, Arleigh Burke dan setaranya tak sepatutnya terlibat dlm SAR. Setiap inci lautan didedahkan pada umum. Yang bodoh masih tak sedar



Anonymous
March 15, 2014 at 11:21 AM

point no 11..adkh kes kematian time konsert di bukit jalil petunjuk utk point no 11??

Anonymous
March 15, 2014 at 9:50 PM

Yes..no 11 mgkn kes kematian tu kot yg jd kegemparan di ibukota.

Mat
March 16, 2014 at 2:17 AM

Berada di antara 3 negara. "Golden Triangle" of southeast asia. Thailand Myanmar Laos

Anonymous
March 16, 2014 at 7:23 PM

terimakasih aizverus kerana sudi membuat channeling.. saya pula slalu suka melihat di kepulauan antara pulau paracel dan pulau spratly.. diantara negara Vietnam, Philipina dan China.. saya setuju ada sesuatu yang "menutup" di sana..dan juga setuju ia berada di dalam jurang dalam.. pada awal saya mengjangkakan mereka hanya akan melepaskan dalam masa sehari mereka.. tetapi meleset.. apapun marilah kita sama2 berdoa.. mudah2an di hari raya minggu ini Yang Menguasai Langit dan Bumi akan memakbulkan permintaan kita semua.. saya lah yang komen minta Aiz buat channeling kat tajuk sebelah..hehee..

Wallahualam..

sahabat lama... IbnuHusain FAB..

March 16, 2014 at 11:05 PM

suatu pandangan yg baik... :)

Anonymous
March 16, 2014 at 11:56 PM

ade persamaan dengan pandangan shahpaskal..

March 17, 2014 at 1:14 AM

komen dari blogger MoRazzi

http://untoldhistoriesofmalaya.blogspot.sg/2014/03/untold-history-mh370-and-kayangan.html#comment-form

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger