Total Pageviews

ILMU NYATA

(Copy paste dari pelbagai blog, forum dan artikel) Sebenarnya mengikut tafsiran ilmu makrifat, ianya bukan datangnya dari Allah, tetapi sememangnya itulah Allah. Gagah itu Allah, cantik itu Allah, kaya itu Allah, tinggi itu Allah, besar itu Allah, melihat itu Allah, mendengar itu Allah dan hidup itu Allah. Ilmu nyata atau ilmu putus (ilmu pemutus) itu, bilamana kita tempatkan segala ilmu itu pada diri sendiri. Jangan baya ilmu itu keatas langit, jangan bawa ilmu itu kealam zaman dahulu, jangan bawa ilmu itu ke Tanah Mekkah, jangan bawa ilmu itu ke alam bawah tanah, bawalah segala ilmu itu, supaya boleh letak atau supaya boleh ditempatkannya pada diri sendiri!. Itulah pengajian ilmu yang putus lagi nyata!. Solat yang tidak ada ilmu itu, ertinya solat yang tidak ada Allah, sesungguhnya ilmu itu sendiri, adalah Allah. Marilah kita sama-sama bersolat dengan ilmu (bersolat dengan Allah). Solat dengan Allah itu, barulah solat yang sebenar-benar solat dan solat yang sebenar-benar diterima Allah. Persoalannya disini, bagaimanakah hendak bersolat dengan Allah atau bagaimanakah hendak bersolat dengan ingat kepada Allah?, jika kita tidak mengenal Allah!. Siapakah yang mengenal Allah?, yang mengenal Allah itu, adalah yang nampak Allah. Persoalannya disini, siapakah yang nampak Allah, adapun yang nampak Allah itu, adalah yang melihat!. Yang bersifat melihat itu, adalah Allah sendiri. Allah sahajalah yang melihat Allah, Allah sahajalah yang nampak Allah dan Allah sahajalah yang mengenal Allah. siapakah yang nampak apa yang ada dalam saku tuan?. Sudah tentu yang nampak apa yang ada didalam saku tuan itu, adalah orang yang MELIHAT!. HANYA ORANG YANG MELIHAT SAHAJA, YANG NAMPAK APA YANG ADA DALAM SAKU. Begitu juga dengan perumpamaan diatas, siapakah yang nampak anak perempuan atau siapakah yang nampak keris cantik?. Yang melihat anak perempuan kita dan yang nampak keris cantik kita itu, adalah yang “MELIHAT”. HANYA YANG MELIHAT SAHAJA YANG NAKPAK !. Yang nampak Allah itu, adalah yang melihat!.Begitu juga Allah, Allah itu hanya akan dapat ditengok oleh yang melihat!. Persoalan yang kedua, siapakah yang bersifat melihat?. Tidakkah dalam sifat 20 (basar), mengatakan yang bersifat melihat itu, adalah Allah!. Bilamana hanya Allah sahaja yang bersifat melihat, maka kkita bersifat buta. Bilamana kita bersifat buta, maka yang melihat itu, adalah Allah. Bilamana Allah melihat, maka Allahlah yang nampak Allah. Maka siapakah yang nampak Allah, yang nampak Allah itu, adalah yang melihat sendiri!. Hanya Allah yang nampak Allah dan hanya Allah yang melihat Allah. Mana mungkin kita dapat nampak Allah,sedangkan kita bersifat buta!. Bilamana kita bersifat buta, mana mungkin kita dapat nampak Allah. Yang nampak Allah itu, adalah yang bersifat melihat. Tidakah yang bersifat melihat itu, adalah sifat Allah (cuba lihat tafsiran sifat 20 dalam sifat basar). Itulah cantiknya cara guru terdahulu mengajar kita mengenal, melihat, memandang atau mengenal Allah. Guru terdahulu tidak terus mencerita “Allah melihat Allah atau Allah mengenal Allah), Dengan kiasan itu, dapatlah kita faham bahawa, kita tidak ada kuasa hendak tengok Allah, tidak ada kuasa hendak melihat Allah dan kita tidak ada kuasa hendak kenal Allah. Hanya Allah mengenal Allah, hanya Allah melihat Allah dan hanya Allah yang tengok Allah. Yang melihat sahaja yang nampak Allah, manakala yang bersifat melihat itu, adalah sifat Allah iaitu sifat basar Allah (melihat), sifat basar itu, adalah sifat Allah. Bila Allah melihat Allah, Allah memandang Allah dan Allah menilik Allah, maka kenallah kita akan Allah dan kenalah kita akan diri. Siapakah diri kita, diri tidak itu, adalah tidak ada. Bilamana diri tidak ada, maka yang ada itu, adalah hanya Allah. Allah melihat Allah, maka yang nampak itu pun juga, adalah Allah.

credit: http://makrifattokkenali.com/
Share this post :

+ comments + 20 comments

Anonymous
April 11, 2014 at 1:23 PM

Tak ada spacing?

Anonymous
April 12, 2014 at 9:44 AM

totally disagree with above statement.Allah is the greatest.sedangkan nabi2 kite x penah nampak Allah inikan pulak kite yg bkn maksum ni.sebel0m meletakkan sebarang statement yg berbaur ketuhanan anda perlu brfikir secara mendalam dgn mata hati.jgn mengenal Allah dgn melulu bimbang lame kelamaan anda jadi kafir kerana menyamakan Allah dgn ilmu..Allah adalah tuhan yg disembah dan Dia maha bijaksana.mmg jelas ilmu yg dikurniakan dtg dari-Nya.jgnla takbur dan sesat dgn menyatakan perkara2 di atas..assalamualaikum

Anonymous
April 12, 2014 at 10:31 AM

bila dibuka pada awam inilah jawapannya..

April 12, 2014 at 9:40 PM

kadangkadang kena buka jgak nak test...saya rasa penulis pun mana boleh tahan duk simpan dalm hati je...kena lepas gak....rindu kot...apaapa pun ilmu sbegini tidak boleh dibicarakan di khlayak awam...timbul fitnah...jika diceritakan juga pd yang belum sampai jdlah tok wali sheikh siti jenar...hati-hati...
Bersyukurlah kepada Allah s.w.t sebenar-benar syukur bagi sesiapa yang memahami dan telah merasai nikmat makrifat....doa kpd mereka yang belum sampai agak selamat sampai....yang dah sampai jgn berlagak, ego dan rasa hebat... perbanykkan lagi Istigfar dan jngn melampaui batas syariat yg telah ditetapkan oleh Allah dan rasulnya

RiennaLilRien
April 12, 2014 at 10:03 PM

ilmu saya masih belum bertahap itu...
serasa sukar untuk memahami... tetapi, In Sha Allah, saya akan terus menambah ilmu, saya percaya suatu hari saya akan memahami makrifatullah itu.
Post ini menggetarkan jiwa saya walaupun saya tak tahu mengapa.

Anonymous
April 12, 2014 at 10:35 PM

Imam Ghazali kata org cerdik pun boleh keliru lagi org mcm kita akan menafsirkan ikut fikiran logic kita itu yg wahabi menfitnah ahli sufi sbg pantheism

kalau tak faham dicuba paksa faham kita tak membina berhala yg zahir tp takut kita membina berhala dlm fikiran kita

sheikh Daud Patani menulis kalau tabir cinta dunia kau tak larat nak angkat bagaimana kau blh mengangkat tabir rahsia Tuhan

Bila ulama tak bagi buka bukan sebab dia tulis sekadar utk suks2 macam kita

Anonymous
April 13, 2014 at 2:39 AM

tinggi level beb..
"hanya aku yang menegenal aku"
yang lain..kirim salam..

Anonymous
April 13, 2014 at 5:33 AM

http://ibnuhussain.wordpress.com/sufi/aku/

Anonymous
April 13, 2014 at 11:53 AM

Awal2 dah tulis copy paste, bukan tulisan dia sendiri. Apa raaa. Itu pun mau gadoh ka. Yang paham, paham la. Yang tak paham, diam2 sudah

April 13, 2014 at 10:54 PM

ug tulis blog ni, aku yakin dia x sesat.. komen yg nmbr 2, jgn trus jatuh hukum.. baca jgn sekadar baca, kena tafsir dulu.. tak blh tafsir sndiri, tlg tnya pd yg kenal, bkn tnya pd yg tahu..

.
April 14, 2014 at 3:14 AM

Haruman nan indah.
Kasihmu tak mampu untuk ku dustakan.
Wahai kekasih antara kekasih.
Wajah agung dibalik hijab.

dr:
aku yg hina lagi dina.

MA TA
April 14, 2014 at 7:46 AM

Antara konspirasi terbesar The Hidden Hand ialah memburukkan 'All-Seeing Eye'...

Mereka memaparkan kejahatan di merata-rata tempat dengan simbol mata satu (sebenarnya penglihatan/pandangan "segalanya Dia")

Mereka telah memutuskan/memisahkan "Yang Utama" yang berada di puncak piramid dengan apa yang ada di bawahnya.

Kini jurang pemisahan tersebut semakin besar & membesar...


.

mysticknight
April 15, 2014 at 12:10 AM

sapa boleh makan...makan la dengan lazatnya...sapa tak boleh makan...tengok saja la..hahaha....nak buat macamana setakat tu saja habuan kurniaan tuhan kepada kamu...

April 16, 2014 at 2:39 AM

Kata bapaku,
Tiada makhluk boleh menyerupai Allah,
tetapi
Allah lah yang boleh menyerupai setiap makhluk.

Kenal diri maka kenal lah Allah.

April 24, 2014 at 1:39 PM

Benar..

Anonymous
April 24, 2014 at 11:57 PM

kita sekarang baru sekolah tadika...tiba2 ada orang datang pada kita bagi soalan budak Universiti...tak masuuukk..itulah ibaratnya...tapi adabnya sebenarnya tak boleh bukak pada umum,jd fitnah...kn dh byk fitnah skg...

April 25, 2014 at 7:20 AM

ni ilmu makrifat. sedangkan kebanyakan umat islam hanya smpai level ilmu syariat je. mmg susah nak paham. kena ada guru yg guide, lau x bleh tersesat.

ape2 pn, tq for sharing. susah nk dpat explanation yg bgus cmni

Anonymous
April 25, 2014 at 1:38 PM

Nak buat amal,wajib fana fi sheikh,fana fi rasul pastu fana fillah..baru bleh nafi wujud diri...
Nak nafi dgn perkataan tak jadi la..

Anonymous
April 27, 2014 at 10:08 PM

Kiasan semata: Nak baca kitab jangan tengok buku pandang cermin. Jelas pandang cermin jelas isi kitab.

July 21, 2014 at 7:01 AM

anon July 20, 2014 at 6:54 PM

terima kasih tuan kerana beri link kepada ilmu ini. moga semua dpt baca lebih detial perihal ini di link tersebut. tq

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger