Total Pageviews
Channeling ver 4.0
salam.
Saya telah menerima banyak email dan juga PM tentang channeling. Pada tahun 2009 lagi, saya telah menulis artikel tentang channeling. Jika di barat, ia di gelar 'mediumship'. Tapi, bagi saya, frasa mediumship itu boleh menyebabkan minda orang asia menganggapnya sebagai 'penyembahan' atau sesuatu perkara yang berunsurkan jin. Ia sama sekali salah.
Jin walaupun berupaya memberi maklumat pada kita, tapi benar salah sesuatu maklumat itu terpulang kepada empunya diri. Dan mengambil maklumat dari jin itu suatu yang bahaya kerana jin sifatnya menghasut.
Harus di fahami, channeling ini adalah suatu proses penyaluran ilmu dari alam sekitar kepada diri kita. Diri kitalah yang menterjemahkan code complex yang terkandung dalam alam. Lebih faham kita tentang alam, lebih 'suci' hati serta pemikiran kita, maka lebih mendalam kita fahami maksud tersirat dari apa yang ingin di sampaikan kepada kita.
Perlu di ingatkan juga, channeling hasilnya bukanlah suatu jawapan yang terus atau 'direct'. Kadang kala ia bermain dengan pengujian akal dan falsafah. Bila mendapat sesuatu hasil dari channeling, maka kajian lanjut harus di lakukan.
Pertama sekali, saya bukan lah guru cuma memberitahu bahawa keadah sebegitu memang ada. Bahkan, di katakan militari barat juga sedang praktikkan cara ini.
Bahasa yang mudah di fahami adalah, kita menjadi 'alat' untuk sesuatu info itu di salurkan. Ibarat kabel wayar dari punca tenaga kepada alat elektrik. Kitalah wayar itu. Info atau sumber ini terletak di mana-mana sahaja kerana bila ada tenaga, di situlah ada memori dan bila ada memori di situlah ada 'ilmu'.
Tenaga ini boleh di ubah, di salurkan dan memuat ruang tapi tidak sesekali boleh di hancur musnahkan. Jadi, ini bererti, ilmu juga berkembang mengikut kembangkan kehidupan. Di mana ada kehidupan, di situlah ada ilmu.
Ilmu atau saya panggil info ini boleh di salurkan pada kita dalam pelbagai bentuk. Kebanyakkan, adalah melalui perguruan dan pembacaan. Ada juga jenis ilham dan gerak hati.
Jadi, channeling adalah mengenai menyalurkan tenaga yang berisi info untuk kita tukarkan ke dalam bahasa yang kita fahami.
Manusia satu-satunya mediumship yang boleh suaikan diri dengan pelbagai persekitaran. Kerana itulah insan (manusia yang sempurna kehidupannya) di jadikan khalifah di muka bumi ini. Jika tidak, taraf manusia sama saja dengan taraf haiwan. Ada kehidupan tapi tiada boleh memanipulasi ilmu.
Channeling hanyalah terma atau gelaran semata-mata. Banyak bahawa yang boleh di guna pakai. Tetapi dalam channeling, ada pelbagai jenis method atau cara yang boleh di olah. Tak semua orang mampu mengunakan channeling bentuk A, ada yang boleh guna cara A, tapi ada yang tak boleh guna cara itu, jadi dia terpaksa guna cara lain pula.
Antara keadah channeling adalah;
1- ilham
2- menurun seperti tok bomoh guna pakai (tidak berapa di galakkan)
3- gerak rasa seperti gerak rasa hati, sentuh tahu dan sebagainya
4- gerak tubuh seperti tangan tulis, silat seru, dan sebagainya
5- visualization/pengolahan visual seperti mimpi, astral travel, OBE dan sebagainya.
6- berfikir... ya, berfikir juga adalah channeling yang menukar tenaga alam kepada ilham dan visual
Seperti keadah ilham dan gerak rasa, kesucian hati adalah penting. Takkala inilah di suruh sentiasa mencuci hati dengan zikir. Zikir bukanlah dengan lafaz sahaja, tapi zikir adalah dengan pelbagai cara. Ingat ada nya tuhan yang dekat dengan kita sentiasa. Makin kita ingat, makin 'rapat' dan mudah tenaga informasi itu di sampaikan pada kita.
Gerak tubuh pula adalah sama dengan keadah menurun tapi bukan pengunaan tubuh 100% seperti kerasukkan. Gerak tubuh adalah dengan membiarkan minda separa sedar mengambil alih gerak sesuatu anggota badan seperti tangan dan kaki.
Pernah dengar 'silat seru'. Ahli silat tentu tahu perkara ini. Silat seru adalah suatu channeling gerak tubuh yang selalu di amalkan dengan bacaan tertentu. Tetapi berhati-hati, jika diri tidak kuat, kerasukkan mungkin boleh berlaku.
Jenis pengolahan visual seperti mimpi, sentuh tahu dan sebagainya ini pula berdasarkan ketelusan hati dan bakat seseorang. Seperti contoh, ada blogger sejarah bernama Srikandi boleh melihat suasana zaman silam bila ke sesuatu tempat. Ia berlaku tidak tentu masa dan tanpa sedar. Ia benar-benar berdasarkan bakat seseorang melalui susur galur keluarganya.
Jadi, jika ada yang bertanya, bagaimana saya boleh menjadi seorang ahli Channeler? Jawapan saya, duduk tenang, tanya diri, cara apa yang diri aku boleh lakukan. Lihat balik zaman muda-muda dahulu, pernahkah kita terrrrrr buat channeling tanpa di sangka-sangka. Jika pernah, cuba praktikkannya kini.
Jika tidak pernah, tetapi ingin tahu, saya cadangkan begini:-
1- anda punyai seekor kucing atau apa-apa sahaja binatang peliharaan
2- duduk di hadapannya
3- perhati gerak gerinya dengan akal yang kosong tetapi fokus pada gerak tubuh mereka itu
4- cuba visualkan diri sendiri sesuatu yang menyenangkan seperti 'kita nak bagi makan pada mereka' atau visual dalam minda begini; 'tubuh berapi'
5- lihat tindak balas mereka samada mereka hampiri kita atau menjauhi kita
6- cuba buat kedua-dua visual itu dan lihat tindak balas, adakah sama antara keduanya. Ia sepatutnya tidak jadi sama.
7- visual yang menyenangkan akan mendekatkan haiwan itu pada kita atau visual tidak menyenangkan akan menjauhkan haiwan dari kita.
8- latihan ini bukanlah latihan channeling tapi latihan pengujian minda dan pemerhatian. Ini kerana channeling memerlukan kedua perkara ini.
Tapi sebelum membuat channeling, bersihkan diri, bersihkan hati, bersihkan pemikiran. Minta perlindungan dari kejadian tidak di ingini. Ingat, channeling memerlukan tenaga diri yang besar. Jika input yang masuk terlalu besar, anda boleh jadi letih.
Jadi, saya galakkan membuat channeling secara berkumpulan. Sentiasa sah-mengesahkan visi atau hasil yang di perolehi antara sesama kumpulan. Ini kerana, kadangkala, input atau hasil yang di perolehi itu bercampur dengan pemikiran atau idea orang lain.
Bukan mudah untuk channeling dan saya sendiri akui saya tidak pakar dalam channeling. Tapi, channeling adalah satu ilmu tua yang di pelopori dan di kuasai oleh melayu zaman silam. Apakah kita mahu lupakan keadah perolehan ilmu ini atas alasan pemikiran logik dan modern?
Sesungguhnya, jika bukan kerana ilham, internet tidak akan terbina. Jika bukan kerana pemikiran, elektrik tidak akan wujud. Dan jika bukan kerana buah apple jatuh ke kepala Newton, sains tidak berkembang. Tidak kah kita melihat setiap hari, alam sentiasa mahu memberitahu dan mengajar sesuatu pada manusia?!
Wassalam
+ comments + 13 comments
srikndi?? kire slme nie die pki chnlling ler ye? kirenye smue crite dri die l00% betul?? pls jwp sbb sy de bnyk persoln mhupun bukti yg berk2it dgn crite srinkndi. tq
yang 100% betul hanya Allah saje.. kita manusia termasuk nusanaga, srikandi, saya dan anon 2:22 semua bersangka-sangka sahaja.
anon August 22, 2013 at 2:22 PM:
channeling tu bakat dia, tp kajian yang di buat tu semuanya berdasarkan fakta dan kajian akedemik, tiada kaitan dgn bakat dia.
lagi pun, di dunia ni tiada 100% perkara yang benar2 tepat melainkan kita semua bersangka-sangka. pasti akan ada kajian lain yang akan menutup kajian yang lama kerana dunia ini sentiasa berubah, begitu jugalah ilmu dan fakta.
bab srikandi, adapun tnya dia direct, dia facebook ada fanpage dia. cuba masuk dlm tu, rasanya dia akan jawab.
hasell usiby, aku ingat kamu tak pedulikan aku. iya, seperti katamu juga.
sedang aku menulis dengan menggunakan keybord dan melihat tulisan yang keluar di moniter itu juga sangkaan sahaja...inikan pula kajian yang entah betul entah tidak.
bye bye
Saya suka membaca artikel ini. kalau boleh ingin bertukar-tukar pandangan.
Sedangkan handphone yg hanya diperbuat daripada bahan -bahan plastik,fiber, dawai, besi dan lain-lain mampu menyalurkan info, mesej, gambar dan sebagainya ; apatah lagi manusia . Seandainya kita tahu potensi manusia, kebolehan roh manusia untuk keluar atau masuk ke alam lain, kembara roh untuk melihat masa lalu atau masa hadapan. berhubung dan berkomunikasi dengan roh lain atau makhluk lain. Roh yang cukup power mampu menghilangkan jasadnya untuk dibawa bersama. Saintis Barat sangat mengkaji hal ini tetapi kajian mereka terhad kepada potensi otak atau akal, yang seakan-akan mempunyai kebolehan yang sama. Persoalan roh adalah rahsia ketuhanan yang hanya akan diberi kepada sesiapa yang dikehendaki oleh Tuhan ,yang menjadi wakilNya untuk memegang Rahsia Nur Muhammad itu. Kekuatan roh adalah berlipat kali ganda dari kekuatan akal. Maka 'AKTIFKAN' ROH ANDA.
Apa respon tuan Nusanaga?
Camna nak aktifkan tu? Ajar boleh?
....Mraja
Nurrohi:
saya suka dgn komen anda. anda memberi satu contoh yang terbaik.
ya, seperti alatan elektronik, semua tu hanyalah plastik dan metal saja. tp kenapa ia berupaya menghasilkan visual, sound dan macam2 lagi?
ini kerana fungsi gelombang, getaran, tenaga menghasilkan perubahan kepada tenaga yang lain.
sedangkan tubuh manusia punyai 1001 macam element dan adakah manusia sia-sia? hanya bergantung sepenuhnya pada buatan tangan sendiri? ibarat si pembuat berhala, tapi kemudiannya meminta nasi dari berhala tadi...
sesungguhnya manusia itu berpotensi. Barat sedang mengkaji dengan terma sains mereka, kenapa kita tak boleh mengkaji dengan sains+spiritual kita?!
Tak logik? mustahil? gila? syirik?
Ketahuilah bahawa zaman dulu, orang berangan utk terbang dan berjalan atas air itu, masyarakat kata mereka gila dan bodoh...
Tapi akhirnya, yang bodoh itulah di puja zaman kini.
Mohon izin tuan rumah.
Kepada Mraja,
Manusia ada 3 unsur kekuatan spritual iaitu roh, akal dan nafsu. Unsur manakah yang mendominasi anda? Anda boleh buat kajian dengan diri anda sendiri .
Setiap hari anda pergi bekerja mencari wang , apakah didorong oleh kekuatan nafsu yang berkehendak segala sesuatu dan menganggap wang penyelesai masalah?
Atau dorongan akal yang berfikir munasabah iaitu untuk keperluan meneruskan kehidupan dan menghindari ancaman kesusahan? (Watak akal cenderung untuk menuruti sama ada nafsu atau roh. Jika nafsu kuat maka akal akan menurut kemahuan nafsu. jika roh kuat maka akal dan nafsu akan tunduk kepada roh dan di'upgrade'.)
Atau dorongan halus dari roh untuk menyelesaikan kewajipan sebagai hamba Allah dengan mematuhi dan melaksanakan segala perintah dan laranganNya selagi termampu yakni dengan rasa kehambaan. Wang bukan matlamat tetapi Tuhan. Bolehkah berkhidmat kepada sesama manusia tanpa sebarang kepentingan?
Ketiga-tiga unsur kekuatan ini sentiasa bergolak dalam diri manusia dan berubah mengikut situasi dan keadaan, tetapi akal dan nafsulah yang paling banyak mendominasi tingkah laku dan aktiviti manusia. Bilamana akal dan nafsu semata yang berperanan maka ketika itu roh anda menjadi lemah dan tidak aktif.
Nafsu kerjanya sedikit tapi mahu habuan yang banyak
Akal kerjanya bersukat-sukat, banyak mana aku berbuat, banyak tu juga yang aku patut dapat.
Roh boleh bekerja lebih dan terima upah seadanya tetapi sangat berkat. Malah mendapat hasil lebih banyak dari kerja akal dan nafsu.
AKTIFKAN ROH ANDA dengan menghubungkan diri anda kepada Allah dan Rasul. (yakni zikrullah)
Roh yang aktif adalah ibarat generator yang akan menjana power .
Tambahkan power Roh anda dengan menambah tenaga zikrullah. Zikir Agung adalah Solat diikuti dengan membaca AlQurqn dan selawat. 'Energy and power'.
Bila ROH anda semakin power anda tidak akan dapat menduga keupayaannya.
Roh yang aktif dan power akan bercahaya serta dapat menyinari kegelapan yang sentiasa berusaha untuk memadamkannya. Tapi ingat matlamatnya Allah dan Rasul. Power itu anugerah.
Namun begitu generator yang lemah perlu backup dari stesyen janakuasa. Maka stesyen janakuasa itu boleh membekalkan 'energy and power' kepada ROH-ROH manusia supaya berterusan AKTIF menggunakan kabel-kabel maknawi...
Saya rasa cukup setakat ini dahulu.
Terima kasih tn nurrohi. Pencerahan berguna untuk saya. Boleh lanjutkan lagi pencerahan ini boleh email saya daddyfaizzaimiman@gmail.com supaya x ganggu blog tn nusanaga. Maaf tn blog. Mraja
Saya suka dgn penerangan ni
Assalamualaikum...
Sila ambil perhatian!!!
Silat Seru mengamalkan bacaan tertentu (zikir) dimana bacaan2 itu menyeru seekor jin yang di beri nama 'Panglima Hitam'. Dengan mengamalkan bacaan2 tersebut ia akan didampingi oleh jin itu.
Oleh itu berhati-hati dari mengambil mana2 zikir, sepotong ayat al-Quran, mantera jampian belajar dari guru2 atau orang2 yang tidak diketahui asal usul pengajiannya. Dengan mengamalkannya zikir2, ayat2, jampi2 tersebut, ia membolehkan jin tersebut masuk ke dalam badannya sehingga seseorang itu menjadi gila (Gila Isim) jika tidak dapat di kawal.
BELAJARLAH DARI GURU-GURU YANG MEMPUNYAI PERTALIAN PELAJARAN DAN KEILMUAN YANG MENYAMPAI DI TANGAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W.
Segala bentuk ilmu termasuk ilmu dalam aktikel ini (Channeling). Kerana Iblis akan masuk di kesemua ruang yang terbuka di antara ilmu2 itu kemudian akan merosakkan amalan umat itu sendiri.
Wallahhu a'lam...
Azrul :
terima kasih utk peringatan itu. Memang benar, benda2 yang menurun atau sepertinya itu kalau boleh jangan di praktikan. Lebih bagus kalau ada berguru.
Perihal channeling ini, hanya utk memberi tahu sahaja. Tapi, benda terbaik untuk praktis channeling adalah merenung diri dan alam sekitar. Cari ilham dengan berfikir dan berzikir. itu yg terbaik.
Alhamdulilah, penjelasan yang penuh pencerahan tentang spritual diri dan fungsi akal, nafsu dan roh. Saya semakin mengerti.