Search This Blog

BANGSA MIM - tak hilang didunia (siri extra 1)

Image
BANGSA MIM - fosil yang sentiasa wujud Takkala kita digasak dengan pelbagai cabaran pada masa kini bahkan ada yang bertanya kenapa melayu tiada tulisan sendiri. Dan bila kita tunjukkan tulisan jawi, mereka akan kata itu adalah tulisan arabic. Dan kini kita menulis dalam tulisan rumi yang datang dari latin. Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2009 yang lalu, saya telah siarkan siri bangsa MIM (dan mencedok mengolah tanpa kreditkan karya asal ini. Tapi saya maafkan, cuma sy bmbg jika pengciplak itu di asak soalan, dia tak dapat jawap, dan marah kepada pembaca kerana dia sndiri tak tahu apa yang diceduknya. Disini saya risaukan hilangnya BERKAT ilmu padahal kita sedang berikan ilmu pada oranh lain. Tidakkah ini ironi?). Baiklah, secara kesimpulannya, bangsa mim adalah suatu jurai keturunan yang menetap di pentas sunda. Kemudian selepas berlaku banjir besar 20000 tahun lalu (mengikut model young dryas), penduduk pentas sunda terbahagi kepada 2 kelompok. 1. Yang berjaya melarik...

SALAM KEMERDEKAAN

hasellusiby · August 30, 2013 · 1 minit bacaan


SALAM KEMERDEKAAN MALAYSIA KALI KE-56

dalam erti kemerdekaan ini, apakah sebenarnya nilai merdeka itu?
Dengan pacakkan bendera, menjerit sambil membawa motor atau bergelek dengan konsert besar?

Ya, jika kita tidak raikan kemerdekaan cara begitu, maksudnya kita tak menghargai kemerdekaan yang di juangkan oleh mereka yang terdahulu. Persoalannya, begitukah cara meraikannya. Sedangkan tidak pula kita sedekahkan al-fatihah pada sang pejuang, baik mana pihak sekali pun, kerana mereka berusaha untuk membawa tanah melayu ini ke tahap yang lebih tinggi.

Tapi, seperti kebanyakkan sejarah, masa depan di bentuk oleh mereka yang menang. Perang adalah suatu bisnez yang menguntungkan. Ia juga suatu perjudian yang besar. Kalau menang, seumur hidup akan senang, jika kalah, merana seluruh keturunan.

Apapun, sebenarnya, selagi kitaa makhluk, kita tak pernah bebas dalam erti kata sebenar. Kita sentiasa di dalam kawalan. Tetapi merdeka itu adalah 'kebenaran untuk mengubah diri dengan izin'.. tapi tetap juga dalam kawalan. Dan itulah yang menjadikan kita 'hamba' selama-lamanya. Dan sudah semestinya kita PASTI MAKHLUK. Sehebat mana pun makhluk itu, pasti ia dalam sistem kawalan.

Sedangkan pihak elite pun masih terkawal dengan 'plan' serta perjalanan takdir. Merdeka itu bukan setakat mengibar bendera atau menjerit sana sini, akan tetapi sikap mahu di ubah dan mengubah ke arah yang lebih baik.


Jadi, apakah nilai merdeka yang sebenarnya?
Merdeka itu adalah suatu hijrah yang membawa kita dari suatu keadaan yang sempit ke keadaan yang luas. Merdeka itu adalah suatu proses kemajuan.

Dan MERDEKA itu bukanlah bebas untuk buat apa sahaja kerana tetap ia dalam kawalan jua. BEBAS yang membuta tuli itu akhirnya membawa seseorang itu masuk ke kawalan kedukaan, kesengsaraan dan penyesalan yang tidak sudah.

Maka, apakah erti merdeka bagi anda?!