salam..
saya akan cuba ulas isu ini tanpa melibatkan mana-mana parti politik tapi hanya sebagai pandangan rakyat biasa dan juga seorang peniaga.
Ramai yang akan kata 'ala..20sen saja'. Tahukah anda, dengan 20sen itulah segalanya akan naik harga sehingga 20% dari harga sebelum. Tapi ramai juga akan kata, kenaikkan itu berpunca dari peniaga. Tahukah anda bahawa peniaga punyai kadar kira-kira perbelanjaan. Setiap costing harus di ambil kira. Peniaga ada 'sales target' yang harus di capai. Bukan sengaja suka-suka menjual barang. Peniaga mempunyai sistem tersendiri.
Ramai juga berkata, kenaikkan ini berpunca dari perang Amerika dengan Syira. Tahukah anda, perang itu tidak menaikkan harga minyak pun bahkan kini ia sedang menurun. Hanya analisis sahaja mengatakan minyak naik kerana isu perang. Tidak sama sekali. Lihatlah fakta ini. Sila pergi ke
http://www.bloomberg.com/energy/ dan semak lah harga.
Ramai berkata, pemotongan itu bertujuan untuk kemajuan negara. Tahukah anda, bahawa semasa pembentangan budget setiap tahun, telah di atur dan salurkan tiap pembelanjaan itu ke area masing-masing. Jika pemotongan subsidi itu berlaku, rakyat berhak tahu, kemana ia pergi. Jika benar ia ditarik utk melaksanakan projek mega, kemana pula budget untuk itu yang pernah di bentangkan dalam belanjawan negara. Saya tidak mahu menyentuh hal kroni, tapi sedikit sebanyak, rakyat makin tertindas.
Ramai masih defend dan cuba berfikiran positif dgn mengalih pada kejahatan orang lain. Kenapa perlu alihkan isu? Ini isu yang melibatkan semua rakyat, bukannya hanya berlaku dalam sesuatu negeri atau golongan sahaja.
Ingat, minyak, gula, beras, minyak masak adalah raw material yg punyai chain effect terhadap benda lain.
Nak atau tak nak, ia sudah berlaku. Ia bukanlah kerana suka-suka menaikan atau menurunkan
harga. Setiap sesuatu memerlukan kos. Produk tidak datang dari langit. Ia datang kerana adanya proses. Dan proses itu adalah KOS. Ingat juga, naik 20sen atau 10sen
bermakna harga pasaran akan naik 10-20% dari jumlah asal.
Jika
benar nak tolong rakyat, janganlah pula nak perkenalkan RON 92 yang
semua dah tahu, RON 92 di tarik kerana ia memberi efek tidak sihat pada
alam semulajadi dan menyebabkan kerosakkan enjin.
Semua rakyat
tepuk dahi dengan penjelasan para menteri yang seolah2 dah abis idea dan
alasan nak di berikan pada rakyat.. Alasan yangs ama sehingga rakyat sudah boleh membuat lawak dengan kenyataan itu. Apa THINK TANK kementerian sedang lakukan?!
Budget
berbillion yang di salurkan pada kempen tertentu, apa salahnya cut cost
dan salurkan pada penurunan harga semasa. Hentikan lah perbuatan promote slogan ke sana sini. Ia melibatkan budget. Ingat, budget di ambil
dari pendapatan negara. Pendapatan negara dari poket rakyat. Kalau benar
nak tolong, kedai 1 malaysia itu sepatutnya menjadi gedung barangan dari barang penguna dan
salurkan pada peruncit dengan harga murah. Bukannya bersaing dengan
peruncit dan gedung2 besar. Sepatutnya 1 malaysia tolong rakyat bukannya
bersaing sesama rakyat.

Rakyat
tak marah pada harga minyak yang naik, tapi rakyat marah pada chain effect
yg berlaku sebab kadar pendapatan rakyat terlalu sedikit berbanding apa
yang nak di tanggung. RAKYAT TIDAK MAMPU.
Ramai yg kata sila berjimat, hakikatnya, sejak
dahulu lagi rakyat dah berjimat cermat. Ingat dulu zaman inflasi, di
situlah rakyat dah mula sedar utk berjimat. kalu tidak, dah lama rakyat
pakai keta mewah, makan hotel. makin maju zaman, makin meningkat juga
aras keperluan rakyat. tapi, pendapatan sukar naik mengikut aras kenaikan
keperluan rakyat.
Aras gaji semasa tak akan cukup dan rakyat terpaksa mencari
perkerjaan kedua utk menampung kos keperluan dan kehendak. asbab itu
jugalah kualiti kerja makin berkurangan, rakyat makin stress dan kadar
jenayah makin tinggi. Jiwa pun tak tenteram. Part time
job pun makin meningkat. Ramai masuk MLM, masuk investment tak sah. Kemudian
ramai komplen kena tipu sana sini. Ini semuanya sebab nak menanggung kadar
kos tersebut. Inilah chain effect itu.. bukan nya 'ala.. 20 sen je'. Ia lebih besar dari itu. Untuk melihat gambaran besar masalah ini, hanya perlu bersifat berperikemanusiaan dan berfikir sebagai manusia. Cukup-cukup lah mengiyakan sesuatu yang sebenarnya kita menipu diri sendiri. Mulut kata iya, tapi hati terasa rimas. Ia bukan masalah politik, tapi masalah survival.
jalan penyelesaian yg mungkin leh di ambil, kadar minyak naik, tetap ia naik. Tapi, sila cut budget dari mana2 dana tidak utama, salurkan kepada kenaikkan aras subsidi
raw material seperti beras, minyak masak atau gula. Di situ, kadar harga
makanan tak lah jadi makin tinggi. Kerana makanan itu adalah keperluan.
Atau pun, beli barangan penguna secara pukal dan salurkan barangan dgn harga murah pada
peruncit, dengan itu, ia dapat membendung kenaikkan harga drastik.
Bukannya pergi buka kedai 1 malaysia, re-branding dan bersaing dgn peruncit yang
tengah sesak nafas nak hidup.
Ingat, mereka di atas bukan dewa,
tapi mereka adalah rakyat juga tapi di sebabkan mereka berkuasa dan kaya,
mereka lupa diri. Yang di bawah takkan akan lupakan mereka kerana sebab
di bawahlah mereka boleh naik ke atas. Jika mereka bertindak keras pada
bawahan, nescaya hukum karma itu ada. tak kena pada diri mereka, kena
pada anak cucu mereka. Tuhan bukan tidak adil.
Comments
Artikel yg sangat bagus....Tahniah.
tapi ape2 hal aku nak maki dulu...
SIPUT BABI betol org yg berdusta dan bermuka-muka..
Harga dunia turun..tiba2 kat dlm negara naik pulak dia.
Apo cerito sebenarnye yo?????????????
Jika saya mahu sangka baik, saya akan berfikir bahawa ekonomi dunia menuju kehancuran dan langkah kerajaan menaikkan harga minyak ialah salah satu strategi utk sekurang kurangnya menyelamatkan Malaysia pada masa susah. Krisis '97-'99 nampak gayanya akan berulang dgn trend sekarang. Contoh paling dekat ialah Indonesia dan India yang sedang hilang nilai matawang mereka. Emerging market lain termasuk Malaysia sedang dijatuhkan. jadi tindakan kerajaan adalah langkah bijak. September ialah bulan merah. Purata Sepanjang 100 tahun juga menunjukkan september ialah bulan merah.
tetapi realitinya tak banyak orang sedar, semuanya berpunca dari bank bank global dan tempatan. Bank cuci tangan dan yang busuk hanya kerajaan. Sedangkan kedua duanya busuk bahkan bank lebih tersangat busuk dari kerajaan. pernah ke dengar orang salahkan bank sebab kenaikan harga barang? Kerajaan bn ke, pr ke, jika masih mahu guna sistam kapitalis seperti sekarang, takkan ke mana mana lah.. 2 x 5 , 5 x 2. Yang menderita rakyat juga
expected outcome: PR akan melaksanakan langkah jimat cermat, memotong perbelanjaan tidak perlu, berbelanjan mengikut kemampuan, menghapuskan rasuah (0% rasuah), menghapuskan kronisme (0% kronisme) dan menampung semua ketirisan dengan mekanisme baru. Hasil dari penjimatan ini digunakan bagi menambah subsidi seterusnya menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan air dan memberi bantuan lain yang lebih banyak. Kesannya meringankan beban rakyat. Indah bukan?
tetapi sampai bila penjimatan dan pengurangan perbelanjaan ini dapat bertahan? perlu diingat pada suatu tahap ia akan menjadi "tepu". contoh: perbelanjaan US yang pada ketika ini sedang dalam penjimatan tetapi menjelang oktober 2013 mereka akan kehabisan cara untuk berjimat dan jika penyelesaian tidak dicapai, kerajaan US tidak akan mempunyai wang yang cukup untuk membayar bilnya (gaji pegawai kerajaan, bil-bil overhead, perbelanjaan dan sebagainya). sangat menghairankan negara yang paling advanced di dunia iaitu US mempunyai hutang yang paling banyak di dunia iaitu melebihi USD 16 Trillion.
jika kerajaan berbelanja secara berhemah, berjimat cermat, telus dan bebas dari kroni sekalipun, harga barang akan naik juga. ketika itu kenaikan adalah pasti. kita diera global. harga barang bukan kita yang kawal, bukan peniaga yang kawal tetapi hanya sebahagian orang di dunia yang kawal. Paling menonjol, the FED, JP Morgan, Goldman Sach. mereka ini mempunyai kuasa yang lebih dari sebuah kerajaan berdaulat.
sebab itulah pihak yang mencetuskan kegilaan ini perlu dihapuskan, dilenyapkan dan dibumihanguskan dari permukaan bumi. siapa lagi kalau bukan Bank-Bank besar Dunia, Bank-Bank Pusat dan segala tok nenek mereka. of course, permulaannya pastinya dalam negara sendiri dan akhirnya sampai kepada dunia.
tetapi kalau nak terus hidup macam sekarang pun ok juga.. kena tahan menderita sikit la sampai mati. hidup tak lama kan, 60, 70, 80 K.O lah...
err..dimana think thank melayu??
ditahap mana pogress telah dijayakan?
moga negarabangsa dan agama ini hampiri saat gemilangnya.
melayu bakal menjadi adikuasa????
dengan izin yg maha esa jua adanya.