Salam,
sudah lama tidak saya menulis mengenai politik, tapi ini mungkin suatu artikel pendek sahaja. Pada hari ini, 4hb November 2013, telah berlaku PILIHAN RAYA KECIL (PRK) di Sungai Limau. Ia berlaku bila bekas menteri besar Kedah, Dr.Azizan telah meninggal dunia.
Berikutan dari itu, suatu pilihan raya kecil harus di jalankan dengan segera kerana tempat kosong di kawasan itu harus di isi. Meskipun demikian, ia menjadi sedikit lewat kerana memberi laluan kepada Pemilihan Agung Umno. Saya tidak mahu menulis mengenai itu kerana rata-rata telah tahu bahawa Menteri Besar Kedah kini, Mukhriz Mahathir telah tewas di tangan Hishamuddin.
Walaupun ada sedikit 'kontroversi' di sebalik kekalahan itu, tapi Mukhriz harus berdepan pula dengan PILIHAN RAYA KECIL di sungai limau ini. Sekali lagi, Mukhriz harus berdepan dengan suatu lagi ujian.
Pilihan raya kecil ini di tandingi oleh parti PAS yakni Ustaz Mohd Azam dan dari BN, Dr. Ahmad Sohawi. Pada 4hb 11 2013, pada pukul 9 malam, keputusan rasmi telah keluar dan ia di menangi oleh pihak PAS. PAS memenangi sembilan daripada 19 daerah mengundi dalam Sungai Limau untuk menang dengan majoriti 1,084 undi.
Berikut adalah kemungkinan kenapa pihak Mukhriz mengalami kegagalan (dari survey di suatu forum):
1. Tutup KUIN, Dr.Azizan berpesan supaya selamatkan KUIN.
2. Muhyidin Yassin telah mencetus kontroversi dengan kenyataannya terhadap arwah Dr.Azizan yang di kaitkan dengan pengunaan gula berlebihan.
3. Undi menurun sebab ramai tak ramai pulang ke kampung.
4. Pembentangan Bajet 2014 - kesan utama yang di rasai
5. Petrol - suatu peristiwa yang tidak di lupakan.
Meskipun demikian, saya rasa, ia bukanlah salah Mukhriz kerana dia menjadi 'kambing hitam' dalam isu ini. Dengan kekalahan ini, makin sukarlah dia menaiki tahta UMNO. Walaupun dia anak kepada bekas pemimpin terhebat Malaysia, tetapi, kini tahta itu di huni oleh beberapa kelompok yang saya lihat seperti sedang membina sarang yang kuat.
Apapun, kepada yang menang, di harap dapat berkerja dengan baik. Insyallah, kemenangan di awal tahun baru Hijrah ini akan memberi suatu inspirasi kepada semua.
Salam Maal Hijrah dari saya, Hasellusiby. Wassalam
Comments
pemikiran stategik ADDP
madahselokaaddp.blogspot
keduanya atas sistem yang batil. menang kalah sama saja. takdak rasa apa pun baik waktu pas perintah atau umno perintah.
Orang Melayu Islam ni jika pasal PAS extreme sampai tak fikir akidah jadi gadaian
Lepas ni makin ghairah orang PAS Syiah halang aktiviti umat Islam ASWJ di masjid masjid di Kedah...