Search This Blog

BANGSA MIM - tak hilang didunia (siri extra 1)

Image
BANGSA MIM - fosil yang sentiasa wujud Takkala kita digasak dengan pelbagai cabaran pada masa kini bahkan ada yang bertanya kenapa melayu tiada tulisan sendiri. Dan bila kita tunjukkan tulisan jawi, mereka akan kata itu adalah tulisan arabic. Dan kini kita menulis dalam tulisan rumi yang datang dari latin. Untuk pengetahuan semua, pada tahun 2009 yang lalu, saya telah siarkan siri bangsa MIM (dan mencedok mengolah tanpa kreditkan karya asal ini. Tapi saya maafkan, cuma sy bmbg jika pengciplak itu di asak soalan, dia tak dapat jawap, dan marah kepada pembaca kerana dia sndiri tak tahu apa yang diceduknya. Disini saya risaukan hilangnya BERKAT ilmu padahal kita sedang berikan ilmu pada oranh lain. Tidakkah ini ironi?). Baiklah, secara kesimpulannya, bangsa mim adalah suatu jurai keturunan yang menetap di pentas sunda. Kemudian selepas berlaku banjir besar 20000 tahun lalu (mengikut model young dryas), penduduk pentas sunda terbahagi kepada 2 kelompok. 1. Yang berjaya melarik...

ILLUSTRASI KOTA MELAKA DARI LUKISAN PENJAJAH

hasellusiby · January 07, 2014 · 1 minit bacaan
Salam, berikut adalah gambar yang di ambil dari lukisan-lukisan yang pernah di lukis oleh para penjajah tentang kota melaka. Kelihatannya, memang wujud suatu kota yang besar, gah berdiri di atas bukit. Ianya bukan istana. Ianya KOTA. Bila di sebut kota, maka ianya bermaksud besar, perbuat dari batu dan ia di lengkapi dengan ciri keselamatan yang terhebat pada zamannya.

Jika anda pernah lihat filem Queen of Langkasuka, anda akan dapati kota langkasuka sememangnya tinggi dan utuh. Bahkan di ceritakan kota langkasuka punyai 3 dinding batu yang kukuh. Adakah filem itu di buat dari fantasi? Tidak, produksi Thailand lebih detail dalam pengarahan filem bahkan ia telah di tukar berkali-kali tajuknya untuk menjaga hati Raja Thailand sekarang.






Jadi, begitu jugalah Kota Melaka. Ianya besar, kukuh dan hebat. Tapi, kenapa ianya hilang dari bumi? Selama beratus tahun penjajahan, tiada mustahil untuk musuh menhapuskan bukti ketamadunan mereka. Bahkan para raja dan pembesar telah lari keluar dari kota tersebut. Maka tinggallah para rakyat yang telah banyak berkahwin campur dan di didik untuk mengubah persepsi ketamadunan yang telah di jajah itu. Untuk menghapuskan akar bangsa, hapuskan sejarahnya. Itulah yang di lakukan oleh penjajah. Tapi, dalam masa yang sama juga, mereka merakam kehebatan mereka tika serangan ke dalam lukisan. Dari situ, mereka melukis sesuatu yang nyata dan tampak di depan mata.

Jadi, apa yang dapat kita saksikan hari ini adalah suatu lukisan sejarah yang berfakta. Kota Melaka benar-benar wujud. Bahkan ada rakan telah memberitahu tentang suatu kawasan yang masih punyai piung-piung batuan yang terlindung di suatu tempat.

Dan seperkara lagi.. AFAMOSA itu bukan lah kota melaka. Itu hanyalah pintu gerbang ke kota melaka. Ya, Itu hanya PINTU GERBANG. Bahkan ada yang kata, itu hanyalah post pak guard saja. Sebesar mana kota melaka? Wallahualam.

Baiklah, tanpa lengahkan masa, inilah illustrasi dari Dani Warguide tentang kota Melaka.


Comments

Al-Khattab said…
apa yang ambo pernah baca......tembok atau dinding Kota Langkasuka tidaklah setinggi seperti dlm filem QO Langkasuka....ia lebih rendah sedikit.....
Nurrohi said…
Salam Admin,
Terima kasih. Melihat kepada gambar-gambar yang dipaparkan, barulah bertepatan dengan perincian yang disebut-sebut dalam hikayat Melayu, tentang kehebatan Kota Melaka.
Moga ada pelukis grafik yang dapat melakarkan semula Kota Melaka dalam bentuk 3-Dimensi untuk tatapan anak bangsa.
Pembongkaran demi pembongkaran sejarah Melayu yang sengaja dilenyapkan oleh musuh itu diharap dapat membangkitkan semula jatidiri bangsa Melayu yang telah dimatikan dalam proses yang panjang selama ratusan tahun.
Orang Melayu wajib berpegang sungguh-sungguh dengan Al-Quran dan Sunnah, kembali taat, takut, cinta dan rindu kepada Allah SWT dan Rasul SAW.
Islam adalah nyawa kepada bangsa Melayu maka pertahankanlah...
Kebangkitan semula Bangsa Melayu, siapakah sebenarnya yang sedang ketakutan?
Al-Khattab said…
tapi ambo meragui gambar yang ke 5....mungkin ini di Portugal setelah berjaya menawan Melaka....... boleh admin jelaskan....
Faiz Merican said…
Gambar no. 6 tu macam istana shogun jepun.
Anonymous said…
Apa yg hebat sangat? Melayu boleh ke jajah negara british?
Anonymous said…
Bangsa yang bertamadun, tak perlu menjajah.. Itulah maksud tamadun. Bangsa y
Anonymous said…
Kehebatan melaka nampak makin real. 500tahu tu sangat lama.. Kota Afamosa tu tugu Portugis.. Aku rasa Portugis dah rembat semua kota melaka lah.. Dia bawak lari.. Sekarang makin banyak fakta dan semakin logik.. Satu2 nya tamadun maritim dunia.. Melaka Unik kerana tidak sama dengan tamadun2 lain di dunia dan ada sumber portugis mengambarkan teknologi perkapalan dan pelayaran bangsa melayu terlalu hebat sebelum era penjajahan lagi. Malah empayar melayu ini berkemungkinan yang terawal membina Kapal berdasarkan Kitap kisah bahtera noh.. Pelayar melaka bijak membaca Arah melalui kaedah2 teesendiri seperti menggunakan panduan bulan dan matahari.. Bintang dan gelombang bagi menentukan arah pelayaran.. Panglima Awang orang pertama mengelilingi dunia mungkin benar.. Doalah semoga ditemui semua kitap2 dan catatan bertulis melaka yang dicuri portugis.
Anonymous said…
Kau pahal babi