Total Pageviews

ciri 'manusia' akan datang 2

salam

Pertama kali saya ingin memohon maaf kerana lambat update blog ini. sebenarnya saya kebuntuan dan sedang berperang dengan diri sendiri.saya tak tahu kenapa dan terasa saya seperti susah 'berubah' sedikit. bahasa pun dah jadi sedikit kasar. jadi, pada yang terkena dengan kata-kata'manis' saya, tak kisah lah dalam komen atau di masa saja, saya mohon maaf.

Apapun, setiap manusia berubah dan memerlukan perubahan. Begitu juga saya. inilah di katakan evolusi. perjalanan hidup kita akan mematangkan diridan seterusnya membina minda agar dapat hidup di dunia ini dengan pegangan yang kukuh lagi jitu.
Baiklah, saya sebenarnya nak menyentuh dengan 'indigo kanak-kanak/dewasa'. hal ini semakin mendapat perhatian dan saya sering di tanya mengenai konsep 'indigo dan lain2' ini.
Pertama sekali, apakah itu INDIGO. Indigo ini adalah warna dari pancaran aura. kalau tidak salah, indigo adalah warna spiritual yang tinggi. Manakala crsytal pula adalah cahaya chakra yang meliputi seluruh jasad dan rainbow ialah satu cahaya yang meliputi segala cahaya dalam satu komposisi yang meliputi seluruh jasad. Crystal dan rainbow ini ialah satu cahaya yang di lihat sebagai 'shiled' pada jasad itu sendiri.


Biarpun begitu, warna-warna ini sebenarnya klasifikasi untuk menunjukkan spiritual yang tinggi mengikut tahap tertentu. Jika anda membaca artikel saya yang terdahulu, indigo ini mempunyai jiwa seperti 'prajurit', dan kerana itu mereka merasakan hidup mereka mempunyai misi-misi tertentu. dari hal itulah, mereka sering mencari sesuatu yang tidak pasti. ada setengah indigo ini mempunyai ability tertentu. ini terhasil dari skala pemikiran dan potensi spiritual mereka. Sebenarnya, kita manusia ini memang telah di anugerahkan kelebihan dan ianya bukan hanya indigo saja yang ada, tapi hampir kesemua manusia mempunyainya. Tapi, persoalan yang paling penting ialah, adakah anda memberi ruang pada keajaiban untuk di explotasi oleh diri anda sendiri?


Baiklah, seterusnya crystal dan rainbow. Golongan ini adalah mereka yang mempunyai jiwa dan spiritual yang lebih tinggi berbanding indigo, akan tetapi, mereka tidak mempunyai misi dan kewujudan mereka hanyalah sebagai 'cure' atau 'penyelamat' semata-mata. Hal ini saya baca dari karya David Wilcock yang menulis tentang DNA dan kewujudan potensi manusia serta Len Horowitz yang menyatakan tentang Junk DNA yang memyimpan rahsia terbesar manusia.

Sebenarnya, terma-terma indigo, crystal, rainbow dan segala ini adalah terbit dari karya-karya mereka yang obses dengan New Age movement. Apa itu New Age movement? New Age movement ini ialah satu idealogi yang mencari konsep ketuhanan melalui prinsip sains dan metaphysic. New Age movement ini memiliki keyakinan mengenai konsep 'satu tuhan' yakni mereka gelarkan sebagai 'the source'. Tapi, sayangnya, mereka menyatakan manusia itu sebagai tuhan itu sendiri. Jika dalam sufism, konsep ini hampir menyamai konsep 'wahdatul wujud'.
Biarpun, konsep ini 'betul', tapi ianya masih tidak lagi sampai pada matlamat. Konsep sufism sebegini amat sukar untuk di bicarakan di tempat terbuka kerana tak semua manusia sanggup untuk menerima dan berfikir mengenai sufism ini.

Konsep "star people" ini di dendangkan secara meluas melalui gerakan New Age movement ini dan kini mendapat tempat di pengiat seni Hollywood. filem yang paling terkini mengenai kanak-kanak indigo/rainbow/crystal ini ialah filem Knowing. Apa yang menarik tentang filem ini ialah, bagaimana pengarah filem ini mengambarkan manusia sebagai 'spiritual beings'pada akhir cerita ini. Jika anda amati, 4 orang lelaki 'pelik' (mereka tidak bercakap tapi hanya menguna telepati sahaja) mempunyai 'sayap' yang di perbuat dari 'cahaya'. Sememangnya begitulah komposisi manusia sebenarnya jika cahaya insaniyah dapat di lihat oleh manusia kini. 'Sayap' itu sebenarnya bukan 'sayap' yang terdiri dari bulu pelepah dan sebagainya tapi ianya adalah cahaya aura yang kelihatan seperti sayap. (saya ingin menunjukkan sedutan dari filem 'knowing tentang transformasi 'the light being itu, tapi malangnya ia tiada di internet. Jadi, anda kena saksikan filem ini dan sedutan itu berada di akhir filem.)


Maaf jika kenyataan ini memeningkan anda. Apa yang saya ingin katakan ialah, para indigo/rainbow/crystal ini mempunyai komposisi cahaya aura yang gemilang. Ianya akan lebih gemilang jika para indigo/rainbow/crystal ini mempunyai ilmu sufism yang benar dan di bawa ke jalan yang lurus. Apalah bagusnya jika anda seorang indigo jika anda tidak mengetahu potensi anda pada dunia dan tidak menjadi hambaNYA yang soleh/solehah?!

Perihal Indigo ini juga ada kaitannya dengan rangsangan DNA yang terbuka dan aktif melebihi DNA manusia biasa. Jika hal ini terjadi, maka pemikiran para indigo ini menjadi semakin aktif dan mempunyai potensi untuk mempunyai abiliti. Jika di lihat dari segi sufism,
para indigo yang mempunyai ilmu hakikat/makrifat ini akan mengetahui potensi diri dan seterusnya memahami hakikat insan dan dunia dengan lebih luas lagi. Dek kerana itulah, para indigo yang 'sesat' akan berkeupayaan membawa 'dark forces' dan seterusnya mengacau bilaukan orang sekitar mereka.

Biarpun begitu, gejala indigo ini bukanlah sesuatu yang baru dan ianya sebenarnya ada di mana-mana zaman. Cuma untuk zaman melinia ini, gejala indigo ini semakin hebat dan semakin meluas. Dek kerana itulah saya mengatakan bahawa indigo/crystal/rainbow ini adalah ciri-ciri
manusia akan datang. Ianya akan bersifat global. Mungkin dari pemikiran inilah akan terlahirkan teknologi yang lebih mesra alam dan mampu membaiki kembali dunia yang kian punah.

Apapun, inilah di katakan kebangkitan masa depan tidak dapat di halang. Masa akan memaksa manusia untuk berevolusi dari segi pemikiran dan keupayaan untuk 'survive' di dunia yang entah bagaimana keadaan geografinya.

Apapun, ini hanyalah pandangan saya semata-mata setelah membaca, meneliti, mengkaji dan melihat gelagat manusia di sekitar kehidupan saya. Alhamdulilah, masa depan yang gemilang adalah sesuatu yang pasti akan tetapi, bersediakah kita untuk menghadapinya?!

wassalam

hasell usiby
Share this post :

+ comments + 19 comments

Anonymous
June 20, 2009 at 8:52 AM

Aura, Sistem Cakra & DNA berkait rapat dgn Human Energy System. Kalau ikut falsafah alchemy 'As above so below'...apa yg di Makro Kosmos (Kabir) sama dengan Mikro Kosmos (saghir)....

Persoalan2 kosmolgi berasaskan ttg 'big bang kosmology' yg tak terjawab telah berjaya diselesaikan oleh Plasma Cosmology Electrical Universe......Zoom in di sini....

June 20, 2009 at 3:07 PM

"THERE IS NO GOD BUT MYSELF" "KNOWING THIS, WHO DARES WORSHIP THE FALSE GODS OF THE KORAN AND BIBLE?" -SATAN


FROM THE QU'RET AL-YEZID

MEDITATION IS SATANIC COMMUNICATION

Berhati-hati, punca Ayah Pin dan ajaran sesat lain ialah disini 'SUFISME'

Semoga Allah membimbingi diri mu, 'kepanasan' yang ada di dalam diri adalah unsur ke 3.

June 21, 2009 at 9:20 AM

saya menyokong artikel ni, tapi dlm masa yg sama, apa yg diperkatakan oleh PB2W ada kebenarannya terutama ttg satanic communication dan perihal kes 'ahli sufi yg tersesat semasa dlm pencarian atau dlm perjalanan'.

June 21, 2009 at 5:14 PM

Saya sangat suka dengan semua tulisan saudara. Teruskan usaha hebat saudara. Saya sarankan tidak perlu saudara minta maaf pada setiap entri. Para pembaca faham perkara seperti ini perlukan tempoh matang untuk dikeluarkan. Maka tidak hairan jika jarak masa antara entri agak lama. Terima kasih.

Anonymous
June 21, 2009 at 9:44 PM

Bila sebut2 chakra, teringat pulak yoga yang diharamkan oleh majlis fatwa malaysia..

Yoga mempunyai fasa2 tertentu, yang kalau sampai ke tahap meditasi tinggi dan penyatuan dengan tuhan (mengikut pandangan yoga yg diasaskan oleh brahmin) ini menjadikan seseorang muslim itu tergoyah akidahnya.

Walaupun ia ilmu mengenai aura dan sebagainya, betul ilmu itu, tapi definasi penyatuan dengan allah sebagaimana sufism inilah yg bercanggah.

Kesimpulan, sufism mmg ada yg telah tersesat, bukan dizaman ini, tapi sejak zaman dahulu lagi.

Tambah pula aspek meditasi chakra ini adaptasi dari yoga diamalkan oleh brahmin dan disamakan pula dengan sufism, membuat org2 islam terkeliru dan bagi yg kurang pengetahuan dan didikan agama akan membuat interpretasi sendiri.

Bagaimana saya gemar membaca blog anda.

Anonymous
June 21, 2009 at 9:52 PM

Bila saya membaca kembali, mungkin akan ada kekeliruan disitu.

Maksud saya, penggunaan ayat "chakra" itu lebih kepada amalan yoga yg diamalkan oleh brahmin india.

Dan kalau kita pelajari istilah dan penghayatan yoga ke peringkat2 seterusnya, bisa mungkin mengelirukan umat islam.

Ini hanyalah pendapat dan cetusan rasa, bukan utk berbalah. Kerana pernah juga saya mempelajari perkara. Secara ringkasnya, ada pencanggahan akidah di situ, bila mencapai ke peringat tertingginya dan amalan2 meditasi dan definasi.

Anonymous
June 21, 2009 at 11:11 PM

' SESUNGGUHNYA PADA TUBUH BADAN RASULULAH ADA CONTOH TAULADAN YANG BAIK, BAGI SIAPA YANG MENCARI KEREDHAAN ALLAH DAN HARI AKHIRAT " - aL-qURAN

----------------

June 22, 2009 at 12:42 AM

seruan guruh ari Jumaat 19.06.06 adalah seruan kepada hati setiap x-man utk bangkitkan "kasihkan Rasul yg dikasihi dan takutkan Allah yg Esa"..seruan yg mendatangkan perang dlm diri,gelisah,risau,sedih & sebagainya yg xtau sebabnye...hari2 akan dtg akan lebih menggemparkan! :-

Anonymous
June 22, 2009 at 12:42 AM

Mungkin boleh menambah bacaan di sini

http://fw-indigo-adults.com/pages/indigoprofile.html

June 22, 2009 at 12:46 AM

silap 19.06.09 sepatutnya..kita tidak ada hak utk mengatakan sape yg benar & salah akidahnya..hanya Allah & Rasul saje yg tau sape yg benar @ salah akidahnya..adalah lebih baik kita lihat pada diri adakah benar akidahku spt yg diajarkan Rasul?

Anonymous
June 22, 2009 at 12:48 AM

http://www.psychic-junkie.com/indigo-adult.html

June 22, 2009 at 1:09 AM

terima kasih kerana sudi membaca artikel ini.

saya tak sangka pula, terma sufism akan menjadi isu. apapun, izinkan saya untuk membentangkan pandangan saya tentang sufism pada keluaran hadapan.

sufism akan 'sesat' jika tersalah amik guide atau set delam minda bahawa 'jalan aku lebih baik dari yang lain.'

apa yang penting adalah basic di dalam islam itu sendiri. takkala kita teguh pada basic itu, mampulah kita untuk explore jalan lainnya tanpa rasa takut dan tergelintir sesat sama.

explorasi sufism penting untuk memahami hakikat insan dan dunia serta memenuhi misi hidup akan tetap untuk hidup perlukan syariat yakni undang-undang dunia.

tapi syariat tidak boleh hidup tanpa hakikat serta makrifat kerana dunia takkan mampu membawa pada pengetahuan yang lebih ghaib kerana ALLAH itu maha ghaib.

maka, benarlah kata sang salik dulu bahwa syariat, hakikat, makrifat harus berjalan sering agar dunia dan akhirat akan hidup subur di dalam hati serta akal muslim itu.

dari situlah penyakit wahn (cinta dunia dan takut mati akan di terbalikkan dan di sembuhkan)...

p/s: perhatikan ayat saya tadi..semuanya berkaitan. 4 penjuru membangunkan kaabah metafora pada syariat, tariqat, hakikat dan makrifat. sufi (tariqat) untuk berjalan pada 'akhirat' dan syariat (hal fizikal/dunia/pemikiran) adalah untuk berjalan di dunia.

sufi untuk hati dan syariat (ilmu dunia) untuk akal. yin yang. hidup mati. langit bumi.

dek kerana itulah, bersederhanalah/neutral kamu dalam sebarang perkara.

June 23, 2009 at 1:06 AM

Bolehkah setiap kesimpulan drp penulisan sdr perkaitkan kehebatan ilmu minda ini dengan wahyu dari Allah SWT?
Jika tidak ilmu berdasar minda bisa menyesatkan kita semua. Tidak semua logik itu benar dan betul. Dan tidak semua yang nampak itu adalah suatu kebenaran serta ketulusan.

Bunga Cinta Lestari
June 23, 2009 at 5:51 PM

Saya sokong bungaraya.

M.O
June 24, 2009 at 8:55 PM

Menarik juga Aiz ni,

apapun teruskan kajian anda tentang indigo dan sewaktu dengannya.

Mungkinkah DNA manusia berubah-rubah mengikut daya graviti bumi?

June 25, 2009 at 8:20 PM

kepada bunga raya, insyallah untuk artikel akan datang saya akan bawakan dalil dan nas sekali..
sebenarnya saya ada menyimpan artikel itu tapi saya tak keluarkannya lagi kerana nak minta keizinan dari orang tu dulu. tapi, artikel tu bagi saya memenuhi apa yang saya cari..tapi benar atau tidak..wallahuaklam..

kepada mo..
terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. DNA manusia ni hanyalah satu dari bahan2 fizikla, tapi di dalam diri insan, ada satu 'nur' a.k.a wave yang mampu berubah dan membentuk (tenaga tak akan musnah dan hanya boleh berubah)...jadi, begitu juga keupayaan manusia.. saya mendapat satu hint yakni manusia mampun untuk menempuhi 'isra mikraj' andai kata manusia itu menjadi 'satu titik'..apakah satu titik itu. ada yang berpendapat itulah zero point energy (jasad manusia tak kan mampu untuk melonjak ke dimensi lain2)...

....

apapun, pada semua..terima kasih kerana berkunjung ke sini..wassalam

April 5, 2012 at 4:17 PM

Entah kenapa apabila saya membaca artikel 'manusia masa depan' ni saya teringat akan Innovators dan True Innovators dari anime Gundam OO..
maaf, saya mmg peminat tegar anime..

February 5, 2017 at 12:00 AM

Stelah sy meneliti re-matrix.blogspot. Tlintas pd blog ini. "Manusia akan dtg" seolah2 sama dgn manusia di zaman nabi adam hingga k nuh.. pemikiran yg bebas dan pengetahuan kuasai 9 bahasa tanpa bebicara mcm mnusia skg gunakan. Disini blh la d jelaskan mengapa pengikut nabi nuh amatlah sedikit skali. Ada mngtakan xsmpai 100 org ada jga xsmpai 40 org. Waallahu alam. Maka pemikiran yg bebas mnyebabkan kemaksiatan bleluasa tanpa mngenal Allah dhulu. Jd dijadikan bnjir besar dan dipenjara fikiran manusia supaya mngenal Allah dulu bru la fikiran dbebaskan. Nmpak mcm bketepatan dgn artikel penulis. Sejauh mana kebenaran? Sama2 la kite kaji

November 16, 2024 at 6:40 PM

The way you explain a complex topic in an easy-to-understand way is really impressive. Keep it up.
carton box in malaysia
display box in malaysia
packaging paper box in malaysia

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger