Total Pageviews

1126305

BANGSA 'MIM' – tak hilang di dunia (siri 1)

Pengenalan



Bangsa di raja. Itulah ungkapan yang terungkap kali pertama bila saya melihat gambaran sepenuhnya tentang apa yang berlaku sejak dulu hingga kini. Ungkapan itu terhasil bila saya membuat kajian mengenai ‘asalnya Melayu’. Pada mulanya, saya tidak berminat mengenai sejarah lebih-lebih lagi kalau melibatkan sejarah tempatan atau asia tenggara. Ia langsung tidak terlintas untuk saya mengetahui mengenai sejarah sendiri. Apa yang saya suka ialah sejarah mesir kuno, Babylon dan seumpamanya. Selain itu, saya juga suka dengan sejarah-sejarah eropah. Lantas saya berfikir, kenapa perlu saya menyukai sejarah negara dan bangsa orang lain? Pada mulanya, saya ingatkan saya seorang yang mempunyai tabiat begitu, tapi rupanya ramai rakan saya yang berminat pada skop sejarah yang sama. Sejarah orang di kaji, sejarah sendiri di biar pergi.
Mungkin agak awal untuk saya mengeluarkan teori perihal bangsa ‘Melayu’ ini, tapi sedikit sebanyak, karya ini adalah sebagai ‘pit stop’ untuk saya mendedahkan apa yang terbuku di fikiran saya. Di samping itu juga, di harap karya ini akan menyedarkan ‘melayu’ yang sebenarnya sedang tidur nyeyak sedangkan musuh-musuh sedang mencucuk luka.

Bukan senang untuk mengeluarkan teori ‘Bangsa Diraja’ ini. Ia terhasil selepas beberapa teori-teori saya yang lain seperti ‘returning to motherland’ dan ‘bangsa jurai kenabian’. Saya tidak pasti bukti yang saya ada atau bahan baca saya sudah cukup atau belum untuk membuktikan teori terbaru saya ini.

Walaubagaimanapun, manusia tetap manusia. Walaupun di beri bukti sebesar gunung sekalipun, mereka tetap meragui dan mahukan bukti seterusnya. Manusia nafsunya tidak puas dan meragui apa yang tidak sealiran dengan mereka. Hanya dengan ‘open-minded’, ‘bersederhana’ dan bersifat ‘universal’, barulah kita dapat menerima pelbagai teori dan menyerap masuk dalam idealogi kita sendiri.

Jadi, karya ini mungkin dapat membantu kita semua dalam mengenali bangsa yang kompleks serta misteri ini. Inilah kajian saya dan inilah luahan hati saya. Jangan bimbang, saya tidak mahu mengumpul pengikut atau musuh mahupun harta kekayaan. Saya lakukan kerana saya ‘dipaksa’ oleh diri sendiri. Jika tidak berkongsi, saya berasa ‘sengsara’. Jadi, dengan berkongsi, mereka yang mempercayai dan berfikir serta mengambil langkah seterusnya itulah ‘syurga kesenangan’ saya. Moga kita dapat mereka-cipta dunia yang lebih baik dengan keizinanNYA.



Permulaan kepada kajian

Segala-galanya bermula bila saya menyertai beberapa forum di internet. Pada mulanya, kami lebih membincangkan tentang sejarah mesir lama, tamadunan sumeria, dan beberapa misteri keagamaan seperti tabut as-sakinah, huyun hayat, spear of destiny, annunaki, lost word of god dan lain-lain. Kami berbincang berasaskan sumber-sumber internet dan buku-buku yang kebanyakkannya dari barat. Kami berbincang sehinggalah kami berada di titik penghabisan. Kami tidak tahu apa lagi yang harus di bincangkan. Kemudiannya, datang seorang hamba ALLAH yang membuat ‘onar’ di forum itu dengan membuka ‘thread’ yang berbaur kesufian. Ia membuka minda kami ke arah yang cukup berbeza. Pada ketika itu, kami tinggalkan semua perkara yang berkaitan dengan sejarah. Setelah terpesona dengan Sufism yang sepatutunya menjadi ‘basic’ dari diri seseorang muslim itu, saya mula mencari guru tarikat dan berjumpa dengan guru-guru tidak formal untuk bertanyakan apa yang bermain di benak saya ketika itu. Kebanyakkannya adalah mengenai sufi dan hakikat dunia.

Kemudian, pada tahun 2009, saya harus siapkan thesis untuk subjek wajib di peringkat ijazah di sebuah university tempatan. Dari situ, saya buntu kerana tidak mengetahui apa yang harus saya selidik dan kaji. Pada tika itu juga, saya suka membaca siri ‘Alter Melayu’ dari mistisfiles.blogspot.com. Dari situ, saya mula teringat tentang perbincangan kami di awal pembabitan saya dalam dunia forum internet.

Pada awal pembabitan dalam dunia forum intenet, perbincangan kami mengenai sejarah dunia ibarat ‘tuang air ke daun keladi’. Ia kerana itu semua setakat di dalam internet dan kami langsung tidak mengambil iktibar tentangnya. Ia ibarat berbincang di kedai kopi. Kosong dan tiada isi. Apabila memasuki dunia sufi, saya mulai nampak tentang hakikat setiap perkara yang berlaku dan barulah saya tahu, setiap apa yang berlaku itu tidak sia-sia.

Dengan nekad, saya memilih tajuk kajian mengenai melayu ke dalam Thesis saya biarpun ia agak kelihatan janggal. Pada waktu yang sama juga, seorang hamba ALLAH yang tinggal di Eropah telah memasukkan duit kedalam akuan Pay Pal saya. Dari situ saya membeli buku ‘Eden in the East’ serta ‘Polynesian Research’. Saya cukup berterima kasih kepada hamba ALLAH itu dan mudah-mudahan hidupnya di sempurnakan. Dari situ, pengembaraan saya dalam kajian mengenai ‘Melayu’ bermula. Biarpun kadang-kala di sindir dan di pandang ‘pelik’ dalam kajian ini, tapi saya tidak berputus asa kerana seolah-olah, itulah misi saya. Hidup tanpa misi adalah ibarat robot. Hidup dengan rutin yang sama dan tiada kesempurnaan sebagai ‘insan’. Jadi, di harap kajian saya ini dapat memberi kebaikan kepada ‘melayu’ yang lainnya dan semua yang berada di dunia ini hendaknya.

Umat Yang Satu


“Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih . Kalau tidaklah karena suatu ketetapan yang telah ada dari Tuhanmu dahulu , pastilah telah diberi keputusan di antara mereka, tentang apa yang mereka perselisihkan itu.”
Surah Yunus, ayat 19

Itulah permulaan kepada kini dan permulaan kepada pentas dunia yang kita lihat kini. Umat yang satu dari diri yang satu. Pada tekaan awalnya, itulah umat nabi adam. Hanya Adam dan Hawa serta beberapa orang anaknya. Jika kita melihat sepintas lalu, itulah yang kita akan dapati. Jika di kaji terma ‘umat’ itu, ia bererti ‘segolongan manusia yang berkelompok yang mempunyai kesamaan’. Terma ‘segolongan’ itu pula bukannya bermaksud 10-100 orang, bahkan ia adalah melibat ribuan orang. Ia adalah mengenai Umat, bukannya kaum atau kumpulan manusia.

Setahu saya, nabi Adam mempunyai umur yang cukup panjang dan di katakan umurnya melebihi 1000 tahun. Kemudiannya, legasinya di teruskan oleh anak cucunya. Dalam usia 1000 tahun dan di sambung oleh anak cucunya yang mungkin melangkaui umur ratusan tahun itu, pelbagai usaha dapat di buat.
Apa yang saya maksudkan ialah, perkembangan manusia bermula dari Adam itu cukup produktif. Jarak Adam sehinggalah cucunya Nabi Idris adalah cukup lama. Tapi, saya rasa kita akan berfikir bahawa orang zaman dulu hidupnya di gua-gua serta memburu bintang dengan tombak dan sebagainya, meskipun usia mereka melampaui ratusan tahun.

“Dan Dia mengajarkan kepada Adam nama-nama seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"
Surah Al-Baqarah, ayat 31

Allah telah mengajar Adam mengenai ‘nama-nama’. Di dalam dunia sufi (hakikat dan makrifat), nama-nama (ismu) adalah tentang kerahsiaan. Dunia di cipta kerana adanya ‘nama’. ZatNYA yang di ‘maujud’kan harus mempunyai nama. Dari ‘nama’ itu, terbitlah ‘sifat’ dan dari ‘sifat’ terbitlah ‘kelakuan’.
ADAM TELAH DI AJAR TENTANG SEGALA-GALANYA TENTANG DUNIA DAN AKHIRAT.



Jika Adam yang ‘bijaksana’ itu tinggal di gua-gua dan memburu binatang dengan tombak, apakah ia menentang apa yang telah di beritahu di dalam Quran?! Dan adakah Adam hanya mengunakan ‘kebijaksanaan’ itu hanya untuk diri sendiri. Sudah tentu tidak. Ia akan di ‘wasiat’kan kepada anak cucunya yang terpilih.

Kenapa terpilih?
Ini kerana peristiwa Habil dan Qabil itu memulakan peristiwa baru yang belum pernah terjadi sebelum ini di era ADAM. Ia adalah lambing kepada jahat dan baik, ego dan ikhlas, patuh dan engkar dan sebagainya. Jadi, wasiat ‘nama-nama’ ini di serahkan kepada siapa? Itulah persoalannya, tapi jika di amati, wasiat itu kita akan dapat lihat pada perilaku Nabi Idris a.s.


Harus di ingat formula ini:

ZATNYA – NAMA – SIFAT PADA NAMA – KELAKUAN PADA SIFAT

Contoh: ALLAH mencipta sesuatu benda yang bercahaya dan menjadi penyuluh di malam hari. Nama kepada benda itu ialah Bulan. Bulan di panggil oleh rumpun Melayu. Moon di panggil oleh barat dan Qamar di panggil oleh Arab. Nama ialah isyarat untuk berkomunikasi. Sifat kepada nama ‘Bulan’ tadi itu adalah seperti bercahaya dan cantik. Kelakuan pada sifat itu pula, bulan hanya muncul di waktu malam. Dek kerana itulah di kelihatan cantik kerana tiada benda lain yang lebih terang di langit selain bulan.

Formula inilah yang menyebabkan wali-wali ALLAH mampu melakukan perkara di luar adat. Apa yang pasti, kita harus tahu di mana hendak ‘dijatuh’kan iktikad itu dan setakat mana keyakinan kita pada aturan itu. Dari mana saya tahu tentang ini? Tidak lain tidak bukan, dari pengembaraan saya di dalam dunia ‘sufi’ dan kedegilan saya untuk membantu ‘melayu’.

Formula inilah yang mampun untuk ADAM dan anak cucunya membina sesuatu di dunia ini. ADAM adalah khalifah pertama. Khalifah bermaksud ‘wakil tuhan untuk mengurus dunia’. Dari situ, dengan kemampuan luar biasa yang di anugerahkan oleh ALLAH kepada hambaNYA, Adam, maka terciptalah satu legasi.

Dalam tempoh 1000 tahun dan dengan berbekalkan kebijaksanaan ‘nama-nama sekaliannya’ itu, Adam mampu mengolah fizikal dan spiritual atau mungkin perkara yang tidak kita ketahui. Tidak mustahil dalam tempoh 1000 tahun itu, Adam tidak ‘mencipta’ syurga untuk isteri dan anak-anaknya. Memori syurga di dalam diri Adam itu tidak mustahil tidak di aplikasikan di dunia ini. Syurga dunia tidak akan sama dengan Syurga di ‘sana’, walaubagaimanapun, syurga dunia adalah nyata pada fizikalnya.

Dari situ, bermulalah ketamadunan era ADAM. Legasi itu berterusan sehinggalah muncul bandar-bandar para ‘dewa’. Dewa di sini bukanlah bermaksud ‘tuhan’ selain DIA. Hanya kita saja yang mengunakan terma dewa untuk mendewa-dewakan manusia berkebolehan luar biasa ini. Saya di beritahu oleh seorang tua, bahawa ‘para dewa-dewa’ ini tidak suka bila manusia bertuhankan mereka. Bahkan mereka menyembah tuhan yang satu.

Ketamadunan ADAM itulah di gelar sebagai ‘umat yang satu’. Hidup dalam kebahagian. Walaubagaimanapun, ada perselisihan terjadi pada suatu zaman. Ia ibarat takdir yang harus di lalui oleh manusia pada era itu. Apa yang saya baca, perselisihan itu terjadi kerana ada segolongan yang tidak mempunyai ‘keluarbiasaan’ membuat onar. Ada pendapat mengatakan golongan ini bukan calang-calang orang. Mereka ini hebat dalam ilmu fizikal, lantas sebuah ketamadunan di gelar Atlantis di bina.

Pada era ADAM, manusia terdiri dari keluarga diraja, para pedagang, pekerja dan penyelidik. Tapi, ada di antara golongan-golongan ini tidak menyukai ‘para dewa’ yang mengurus bumi sebagai khalifah. Dek kerana itulah mereka berdendam dan cuba menjadi ‘tuhan’. Perselisihan ini kemudiannya menyebabkan perang yang amat besar dan ia ada di nyatakan dalam hikayat Ramayana dan Mahabrata.

AKhirnya perang ini menyebabkan kedua-dua golongan ini rugi lantas berpecah. inilah perang antara Atlantis dan Lemuria. Banjir besar noh itulah yang menengelamkan segala-galanya. Tidak pula di ketahui jarak masa ADAM sehingga tempoh peristiwa banjir Nabi Nuh yang mana di simpan elok dalam memori setiap insan sejak dulu hinggalah kini. Apapun, itulah permulaan dari pengakhiran era ADAM.

Apakah yang terjadi sehinggakan berlakunya perang besar yang hebat itu? Masih wujudkah ‘wasiat Adam’ dan ‘Ilmu segala’ itu? Apakah peranan dewa-dewa itu dan bagaimana mengenalinya? Apa pula kaitan Melayu dan umat yang satu ini? Nantikan siri seterusnya di nusanaga.blogspot.com.

p/s: maaf kalau ada salah silap. Jika ada komen atau pendapat serta pembetulan, sila kemukan di blog ini atau emailkan kepada hasellusiby@gmail.com. Sekian, terima kasih
……………………………………
Rujukan:-
- Al-quran dan Hadis
- Eden in the east, the drowned continent of Southeast Asia, Stephen Oppenheimer, 1998
- Walking with Abraham, Danial Koplan,1999
- Malay Archipelago, Alfred russel Wallace, 1869, London
- Atlantis, the lost continent finally found, Prof. Arysio Santos, 1997
- Finger print of God, Graham hancock, 1999
- A Malay site for a book of Mormon Event, Ralph Austin Olsen, 2007
- Encyclopedia of World Mythology, Arthor Cotterell, 2008
- Sulalat Sulatin (Malay annals)
- Hikayat Merong Mahawangsa
- Hikayat indraputra
- Golden Khersonese, Paul Wheatley, 1966
- A history of Southeast Asia, D.G.E Hall, 1953
- The quarterly review- Polynesian researches, William Ellis, 1830
- Mistisfiles.blogspot.com
- Forum.cari.com.my (Sejarah,legenda dan mitos)
- Forum atasbawah.com
-


Share this post :

+ comments + 15 comments

Anonymous
October 31, 2009 at 6:07 PM

assalamualaikum aiz..
yahniah dengan artikel yang penuh berilmu ini...
berkaitan sejarah tersebut saya tahu mengapa..sy juga seorang yang amat meminati sejarah tetapi bukan sejarah negara kita..semasa di sekolah dulu bab sy suke adalah sejarah melaka dan tamadun awal shj..bukan sejarah negara..mungkin kerana sejarah negara kita dalam buku teks sejarah hanya memaparkan hal2 politik,penjajahan dan sbgnya shaja..tetapi bukan membincangkan hal asal usul melayu,kegemilangan melayu..blog sudara dan seangkatan lah menjadi tempat saya mula mencintai sejarah kita semula....

Tuf'aeL
November 1, 2009 at 12:00 AM

Q:(Kemudiannya, datang seorang hamba ALLAH yang membuat ‘onar’ di forum itu dengan membuka ‘thread’ yang berbaur kesufian.)

Komen aku:

Jahat betul hamba allah tu.Ada ke patut di sufinya korang...hehehe!

..............................
Q:( Hidup tanpa misi adalah ibarat robot. Hidup dengan rutin yang sama dan tiada kesempurnaan sebagai ‘insan’.)

Komen aku:

Robot Terminator ada misi broo...dia dtg utk selamatkan hero yg lahir dari Zina.

..................................
Q:(Umat yang satu dari diri yang satu. Pada tekaan awalnya, itulah umat nabi adam. Hanya Adam dan Hawa serta beberapa orang anaknya.)

Komen aku:

Ada beberapa klu dalam al Quran:
1.Manusia dari diri yang Satu
----->Diri yg satu?Diri yg bagaimana tu?

2.Adam manusia pertama atau bapa manusia.
----->Apa beza bapa manusia dgn diri yg satu?

3.Manusia dari satu bangsa
----->Dari satu bangsa degan sifat dan karektor yg bagaimana?
...................................

Q:Allah telah mengajar Adam mengenai ‘nama-nama’.Jika Adam yang ‘bijaksana’ itu tinggal di gua-gua dan memburu binatang dengan tombak, apakah ia menentang apa yang telah di beritahu di dalam Quran?! Dan adakah Adam hanya mengunakan ‘kebijaksanaan’ itu hanya untuk diri sendiri. Sudah tentu tidak. Ia akan di ‘wasiat’kan kepada anak cucunya yang terpilih.

Komen aku:

Adam adalah seorang Khalifah.Adam bermaksud TIADA atau TANPA NAMA.A-Quran merekodkan Adam diturunkan sebagai khalifah.Khalifah bermakna pemimpin,jadi mesti sudah wujud generasi di bumi yang hendak di pimpin.Takkan Adam hanya datang nak pimpin binatang,dinasour,pokok dan sbgnya.Siapa yg di pimpin Adam ketika itu?Mereka itu adalah manusia terdahulu sebelum Adam ini.Manusia ini tidak memiliki ilmu dan kehebatan seperti Adam.

Mereka ini sudah rosak tidak bertamadun,tinggal dalam gua,tak tutup aurat,bodoh,tak bernegara,tak gosok gigi,tak mandi,tak tau nyalakan api,tak tanam sayur dan bermacam lagi malah mereka tak mengenali tuhan dan ketuhannya.Pokoknya mereka sudah kehilangan kesedaran asal.Kan malaikat pernah berkata sudah ada makhluk di turun ke bumi sebelum Adam tapi mereka buat kerosakkan.Ha...makhluk itulah yang dipimpin Adam as.Kesedaran mereka di hijab Allah kerana perbuatan kerosakkan tersebut.

Ini di kuatkan lagi dgn penemuan banyak tengkorak dan rangka purba yg berumur ratusan/jutaan tahun.

Apa beza Adam dgn mereka terdahulu itu?....Adam adalah generasi Manusia baru yg diberi segala sarana utk menjadi khalifah.Memiliki ilmu degan kesedaran tinggi yg baru pula.Adam datang sebagai Perintis dgn Pembaharuan yg tersendiri ketika itu.

Kesedaran itu datang dengan kebijakkan Akal.Akal bolih mentafsir alam rohani dgn fizikal dgn tahap2 tertentu.Kenapa akal manusia kini tidak mampu berbuat begitu lagi?Jawabnya akal yg dimiliki Adam dahulu sudah hilang kesedarannya,akal itu keracunan Iblis dan Syaitan.Apa itu hakikat setan?Hakikat SETAN ialah kesalahan dalam pemikiran.

...........................

(Apa yang saya baca, perselisihan itu terjadi kerana ada segolongan yang tidak mempunyai ‘keluarbiasaan’ membuat onar. Ada pendapat mengatakan golongan ini bukan calang-calang orang. Mereka ini hebat dalam ilmu fizikal, lantas sebuah ketamadunan di gelar Atlantis di bina.)

Komen aku:

Apa yg berlaku ialah tahap kesedaran pemikiran dari ilmu warisan Adam itu yg berbeza.Ilmu Adam tidak pupus tapi berterabur dan hilang dari rantai perhubungan yg asal @ terputus dari sumber.Siapa yg dapat mengembalikan pada sumber ilmu itu, dialah fotocopy Adam yg baru.

Aku dapat tahu Adam jenis ini akan muncul semula sebelum kiamat bertujuan utk menyediakan minda manusia bagi menempuh alam akhirat.

wallahualam.

~linduaji~
November 1, 2009 at 1:00 AM

cantik!!! ulasan Tufail.Aku pernah dengar dulu cerita Kekhalifahan Adam as ni.

Ada tak aiz atau Tufail sumber rujukkan Manusia sebelum Adam tu?

Anonymous
November 1, 2009 at 1:03 AM

fotocopy Adam yg baru tu macam Nabi Adam juga ke?

Anonymous
November 1, 2009 at 1:06 AM

~linduaji~ said...

Ada tak aiz atau Tufail sumber rujukkan Manusia sebelum Adam tu?

...................................

Cuba rujuk buku Mohd Isa Daud,mahkluk sebelum manusia di bumi,tapi kupasannya macam fiksyen sikit lah!

November 2, 2009 at 10:31 PM

Subhanallah..
Allah menganuregahkan kpd manusia supaya berfikir dan mengkaji kekuasaan ALLAH. Walau sehebat mana pun sesuatu bangsa atau keturunan, ALLAH adalah segala-galanya..

Tahniah krn kajian yg menarik...
teruskan mengkaji, saya makin ingin mengetahui kupasan lanjut berkaitannya.

November 3, 2009 at 1:37 AM

bagus la isi dr Tuf'aeL ni, bro Tuf'aeL ada blog tak? kalo ada, teman nak baca.

M.O
November 13, 2009 at 4:02 AM

Aiz,

Sungguh mengujakan.

Keep working

We are waiting

December 12, 2009 at 10:57 AM

bacalah dengan hati yang tenang dan minda yang terbuka kerana apa yang di dendangkan adalah suatu kepastian dan kepastian itu akan membangkitkan sesuatu yang terpendam...

maka, mampukah kita melawan arus kini..

mampu pulakah arus itu melawan kebangkitan MAHA perancang?

jawapannya di tangan anda...

June 10, 2011 at 9:33 PM

asslamualaikum,. saya pun sedang mengkaji bangsa saya sendiri,. saya follow blog ni

July 13, 2011 at 9:28 AM

Tufa'eL : Adam adalah seorang Khalifah.Adam bermaksud TIADA atau TANPA NAMA.A-Quran merekodkan Adam diturunkan sebagai khalifah.Khalifah bermakna pemimpin,jadi mesti sudah wujud generasi di bumi yang hendak di pimpin.Takkan Adam hanya datang nak pimpin binatang,dinasour,pokok dan sbgnya.Siapa yg di pimpin Adam ketika itu?Mereka itu adalah manusia terdahulu sebelum Adam ini.Manusia ini tidak memiliki ilmu dan kehebatan seperti Adam.

Satu fakta yang silap yang boleh membawa kepada satu konspirasi kewujudan manusia yang baru. Sedangkan Allah berfirman dalam al-Qur'an dalam banyak ayat dan surah, bahawa Nabi Adam adalah manusia pertama diciptakan Allah di Syurga sehingga turun ke Bumi. Makhluk lain memang dan banyak diciptakan Allah sebelum Nabi Adam tetapi bukan manusia. Mereka itu seperti Iblis, Syaitan, Jin, Ular, Malaikat tetapi bukan manusia.

Memang Nabi Adam a.s diutuskan oleh Allah sebagai Khalifah, untuk memimpin jin dan manusia, ketika di bumi.

Teori kewujudan manusia dari beruk sehingga menjadi manusia hidup di dalam masa primitif telahpun ditolak dan dihujahi oleh Pakar2 Barat, sekaligus menyokong teori yang dibawa oleh al-Qur'an.

Minta dijauhi daripada kita pula mencipta teori hakikat atau makrifat yang lebih menjurus kepada kesesatan iman dan terbatalnya Islam.

Anonymous
July 24, 2011 at 2:27 AM

pnh gk dgr cte bgsa mim ni dpd bpak sy,bpak sy org y berilmu gk la

Anonymous
October 30, 2012 at 4:19 AM

sy sokong ape yg diperkatakan oleh Amri ttg ape yg dirumuskan Tuf'aeL..klu nk perkata sesuatu fakta, tlg rujuk sumber yg boleh dipercayai..jgn totally ambik drpd barat atau gune logik sendiri..kite sbgi seorg muslim ade panduan dan sumber yg sahih iaitu Al-Quran dan Al-Hadis..

Ibu Separuh Masak
November 1, 2012 at 12:23 PM

Oh my god.... salam semua,

Membaca post ini membuatkan jemariku sudah gatal untuk berkongsi. Namun, jalur fikir saya agak berbeza. Mana nak urus artikel sulung yang tak khatam lagi.. (sabar.. sabar... jadi jari duk diam-diam).

Wassalam.

Anonymous
April 7, 2016 at 2:03 AM

assalamualaikum wbt . mcm mana saya nak berjumpa dgn tuan ? saya minat dalam bab2 sejarah mcm ni . kalau tak keberatan sila email saya . jaxxx006@gmail.com

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger