Total Pageviews

sejarah sebenar menyelamatkan ketamadunan?!

Oleh: hasell usiby

Sejarah sebenar kelihatannya berbunyi janggal dan begitu misterius sekali. Apakah ada
sejarah selain apa yang kita tahu dan baca dalam buku teks ketika di bangku sekolah? Apakah tidak cukup dengan apa yang di ajar oleh guru-guru ketika kita tingkatan satu hinggalah menuju ke menara gading? Itulah persoalan yang mungkin akan timbul jika anda seorang pengkaji sejarah tegar.
Apa yang di maksudkan di sini ialah, sejarah yang ada dan sedia maklum di ketahui oleh umum adalah suatu sejarah yang di ubah oleh golongan yang menang. Bunyinya kelihatan menakutkan bukan. Silap-silap mungkin saya akan di ISAkan. Tapi, perjuangan tetap perjuangan.

Saya masih teringat suatu ketika dulu dimana, ada seorang pakcik menegur saya yang
ketika itu masih belajar di UiTM. Dia bertanya, “kenapa remaja sekarang tak macam mereka dulu. Mereka pada masa itu cukup bersemangat memperjuangkan hak dan keseimbangan.”.
ketika itu saya berdiam diri saja. Mahu saja saya kata, ‘kami tidak diberi peluang langsung. Kami ibarat patung yang di beri makan lepas itu di buat mainan’.


Jadi, dek kerana itu, saya cuba mengkaji apa yang mereka perjuangkan. Akhirnya saya
jumpa dengan satu kesimpulan. Ternyata mereka memperjuangkan hak bangsa dan agama. Itu saja. Kalau di lihat di mana-mana, di seluruh dunia, hak bangsa dan rakyat tertindas akan di perjuangkan oleh segolongan yang sedar.
Tapi, bagaimana pula definisi ‘yang sedar’ itu? Bagi saya, ‘yang sedar’ itu bermaksud,
mereka yang mengetahui sejarah. Sejarah sememangnya senjata yang hebat untuk mencipta dan memusnahkan sesuatu ketamadunan.


Jika era 70an dan 80an, mahasiswa memperjuangkan hak melalui politik, pada era kini
pula, mahasiswa lebih memperjuangkan hak melalui organisasi. Tapi, jika di amati, ternyata mahasiswa sekarang tidak mampu menyuarakan hak mereka kerana segala akta di gubal agar mahasiswa sekarang akan muncul sebagai pemimpin yang bacul.

Ternyata kenyataan itu benar. Tapi, tidak semuanya bacul untuk memperjuangkan apa yang masa depan hadiahkan. Jika kita berpaksi kembali pada hadis rasullullah s.a.w, baginda menyebut, masa depan adalah era kegemilangan dunia. Saya tidak mahu menyebut era kegemilangan islam, kerana ianya berbunyi individual dan tidak meliputi universal. Bukanlah saya seorang secular atau tidak, tapi jika kita mengkaji sejarah dan teori konspirasi, anda akan melihat semua agama juga menunjukkan arah yang sama yakni zaman kegemilangan di bawah satu pemerintah yang universal dan adil.

Jika zaman itu islam adalah agama rasmi dunia, syukurlah kita. Tapi, disini saya ingin memberitahu anda satu perkara. Untuk masa depan, para pejuang ini bukanlah mereka yang berpakaian lebai atau sebagainya. Mereka adalah golongan biasa-biasa sahaja. Rupa luaran bukanlah satu skala pengukur bagi perjuangan, tapi hati yang ikhlas adalah kunci kejayaan .Di hati mereka, ALLAH adalah hidup dan mati mereka. Tidak gentar biarpun bom atom datang menghancurkan jasad. Perjuangan tetap perjuangan.

Saya ada berbincang dengan rakan sebaya mengenainya dan hasilnya, mereka ketawakan saya. Ternyata, rakyat sekarang sudah di sapu bersih mindanya untuk menjadi seorang yang bacul terhadap masa depan dan sejarah bangsa yang sebenarnya hebat. Bercerita mengenai sejarah, saya ketawa dan bersedih sendirian bila saya melihat kembali buku teks sekolah untuk tingkata 1 dan 2 yang di edarkan kini. Jika sejarah mengenai umno sajalah pejuang bangsa itu adalah perkara biasa saja, tapi jika sejarah di perlekehkan seperti pahlawan melayu kalah kerana memakai keris, itu menyebabkan saya kecewa. Untuk pengetahuan semua, adakah terlalu bodoh
untuk kerajaan Melaka untuk tidak berkongsi persenjataan dan teknologi serta sains ketika itu? Jika china mempunyai meriam, kita sudah ada. Jika portugis ada pistolyang di gelar istingar, makanya, melayu sudah ada itu. Jika arab mempunyai baju besi, makanya pendekar melayu sudah ada itu. Nah, siapa yang salah di sini? Kerajaan yang menyembunyikan fakta sebenar atau penulis buku teks yang bodoh sejarahnya.

Sebenarnya saya sedikit kecewa bila melayu tidak kenal apa itu melayu. Bila sebut melayu, ternyata di minda terpapar imej negatifnya. Tapi, bila ada komentar untuk berbincang cara penyelesaiannya, ternyata semua buntu. Sebenarnya, ini mungkin terjadi dek kerana sejak awal lagi kanak-kanak di suap dengan fakta palsu mengenai bangsa. Makanya, harga bangsa itu jatuh lebih rendah berbanding tapak kaki. Kerana itu, anak bangsa sendiri memandang rendah pada bangsa sendiri.


Nilai bangsa terletak pada adat budaya dan sejarah yang di lindunginya. Jadi, adakah anda bersetuju dengan tulisan saya ini? Baik bersetuju atau tidak, saya syorkan anda mengaji sendiri, sejauh mana hebatnya kerajaan nusantara ketika. Janganlah hanya berlegar pada Melaka, srivijaya, majapahit dan johorriau saja. Bahkan itu hanyalah sebahagian kecil dari empayar melayu.
Perubahan masa depan bermula dari diri sendiri. Senjata yang paling utuh untuk memotivasikan diri ialah dengan memahami sejarah. Bila ianya sudah sebati, perjuangan akan menjadi mudah kerana jiwa bersemangat ini akan memusnahkan apa saja di hadapan hinggakan gunung akan jadi rata. insyalllah

..........................................................................................................................
artikel ini sebenarnya untuk di tulis di dalam sebuah surat khabar tabloid, tapi memandangkan ianya masih belum publish, jadi saya paste dulu kat sini...sorry la sebab ianya kelihat 'too common'... insyallah saya akan updated dengan info yang lebih menarik. wassalam

Share this post :

+ comments + 1 comments

Anonymous
September 12, 2009 at 9:38 AM

bro salam. aku dah test dulu pasai bena ini zikir air sembahyang memang dimestikan. aku pakai zikir subahanawwahwalhamdulillah walailahaillah allah hu akbhar.aku buat 3 hari. hari pertama aku rasa aku terasa besar. hari kedua pun lagi besar. hari ketiga aku duduk dalam satu majlis ilmu..semua orang dalam tu besar-besar sedang berwirid.aku duk paling kecik..tiba-tiba semua pandang aku..paling kanan dia cakap..eh kau budak kecik. pergi jauh-jauh then aku sedar .masa itu pukul 3.00 pagi ..aku start kul d 12.00 bulan ramadhan..memang menjadi..tapi aku nak buat lagi..leh jumpa dia orang balik tak...my name bowlingbola

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger