Salam...
sala
Pada hari ini saya ingin update blog saya dan menyambung perihal indigo, kristal dan rainbow yang ramai lagi tidak memahami konsepnya.
Baiklah, konsep indigo, kristal dan rainbow ini adalah versi-versi atau maqam-maqam(kedudukan) spiritual seseorang itu. Para indigo, kristal dan rainbow ini adalah tergolong dalam 'Star People'.
Apakah itu Star People...(sila klik sini)
Star people ini ialah satu terma yang di gunakan untuk mendefinisikan seseorang yang mempunyai spiritual yang tinggi dan berbeza dengan manusia biasa. Star people ini adalah agenda dalam New Age movement yang cuba mengaitkan manusia ini adalah jurai yang terpisah dari sistem pleiades. New Age Movement menganggap manusia indigo, kiristal dan rainbow ini adalah keturunan 'alien' yang terpisah atau roh-roh dari Atlantis/Lemuria yang bangkit semula.
New Age Movement adalah satu 'ajaran baru yang mengabungkan segala agama, occult dan pemikiran' untuk mencapai potensi luar biasa bagi manusia demi menghadapi masa depan yang di gelar sebagai 'Aquarius age'.
"The New Age (also known as the New Age Movement, New Age spirituality, and Cosmic Humanism) is a decentralized Western social and spiritual movement that seeks "Universal Truth" and the attainment of the highest individual human potential. " wikipedia.
Sebenarnya, New Age Movement ini amat berbahaya jika tidak di awasi dan di biarkan bebas kerana pada satu tahap, manusia itu akan di anggap sebagai TUHAN. Hal ini akan mengulangi kisah para firaun yang menanggap diri mereka sebagai TUHAN. Kalau dalam terma sufism, memang benar tentang itu (aku adalah dia, dia adalah aku, aku tetap aku, dia tetap dia), tapi kita harus ketahui bahawa kita adalah hambaNYA. Jadi, perkara seperti Star people ini akan menjadikan para indigo,kristal dan rainbow menuju pada konsep AKU ADALAH TUHAN, jika tidak melalui jalan yang benar.
Pada hakikatnya, Star people ini adalah ciri-ciri manusia akan datang. Apa yang saya cuba maksudkan ialah, seluruh manusia akan menjadi dan mendapat ciri-ciri Star People ini, kerana gejala ini bersifat universal. Hal ini bukannya terpilih atau 'the choices one'. Gejala Star people ialah gejala bersifat universal dan manusia sedang di 'naik taraf' sama seperti para indigo,kristal dan rainbow.
Baiklah, saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda. Pada artikel lepas, saya di suruh mencari ayat quran atau hadis yang berkaitan dengan ini. Pada mulanya agak sukar bagi saya unutk mendapatkannya. Tapi alhamdulilah, berkat doa saya. Ada seseorang bernama 'CENCARU' membuat posting di sini (sila klik) Beliau menceritakn hal Star people ini dari persektif sufi dan kaitan masa depan. Ianya amat menarik minat saya. Baiklah, berikut adalah artikel yang beliau tulis. Silalah amati dengan tenang dan dengan minda terbuka. insyallah
........................................................................................................................................................................
Atas permintaan sahabat seforum,aku tambah lah sikit tentang Indigos ni,Aku bukanlah pandai sangat setakat Ikan Jacket je.....kucing pun tak terliur...ahaks ahaks ..tapi aku kurangkan sikit ke"dalaman"nya...kali ni agak panjang lebar tapi ada network bayikkk!!punya....silakan baca...
Dalam kamus, Indigo maknanya Nila @ Dye warna biru yg selalu kita buat celup baju putih tu.Tapi org mengambil makna ni utk di buat makna dan pengertian kpd sesuatu yg abstrak.Sesuatu yg abstrak bila terbentuk dan di beri nama maka akan terwujudlah pula maknanya....sesuatu yg ada makna barulah kita bolih faham.
Memang pun Indigo ini idea2 dari orang barat,bilamana mereka mula nak menerima hal2 metafizik ini memang sahih ada dan penerimaan itu mungkin dari pengalaman spiritual mereka sendiri.Bila dah mula nak faham maka mereka banyak membina idea jenis yg macam ni supaya wujud wacana untuk mereka mengkaji,berbincang dan memahaminya dengan lebih tuntas.Sebelum tu mereka sangat memusuhi benda ghaib begini,hatta tengok org Islam mencipta jam pun dikatakan itu barang2 Sihir org islam.Galileo mengatakan planet mengorbit matahari pun di katakan sesat barat.Maka Indigo,Kristal dan Rainbow itu adalah idea2 dan karya2 yg di bangunkan itu.
Indigo juga adalah satu untaian warna diantara biru dan merah,yg membawa kepada warna violet,biji kundang atau violet.Bagi seorang Pelukis warna adalah satu bahasa.Mereka berkomunikasi dengan catan2 yg berwarna.Setiap warna ada pengertiannya.Jadi bagaimana spiritual dan setiap kebijakkan yg datang darinya bolih di kaitkan dengan warna?Ini kerana setiap warna itu ada kaitannya dengan wujud Rohku itu.Rohku adalah satu wujud yang terbina dari susuk-susuk/lapis-lapis cahaya yang berbagai warna.Ianya sangat indah...seumpama warna-warni pelangi di langit selepas hujan turun.
Warna yg pelbagai ini bolih saja dilihat pada pecahan kristal yg terdapat berbagai spektrum warnanya....ia juga seperti spektrum warna-warni pada pelangi itu.Himpunan lapisan cahaya berwarna yg ada pada Rohku tentulah ada Sumbernya.Malah sumber itulah yang menjadi asal-muasal bagi roh-roh itu.Orang indigo ini suka memandang batu2 kristal yg berwarna kerana ia menjadi satu komunikasi atau bahasa istimewa para Rohku ini.
Cuba perhatikan gambar Aura yg diambil,perhatikan gumpalan aura yg pelbagai warna yg melingkari pada tubuh itu...Itulah warna tubuh halus yg berupa tenaga2 magnetik yg menghasilkan pecahan warna yg banyak....Warna-warni itu baru sekitar bahagian luaran, bayangkan jika melihat bahagian dalamannya atau terus menuju pada sumber....lagilah sangat indah dan mengkagumkan.Aura luaran itu hanyalah biasan dari tubuh halus Rohku itu.Kerana itu Indigos yg sangat berjiwa spiritual mempunyai kaitannya dengan warna2 mereka terbiasa "melihat dan memasuki" cahaya itu.
Sumber asal para Rohku adalah dari "Sumber tanpa Bersumber" yg tunggal,yang memiliki Sinaran Cahaya yang Cemerlang,Agung dan sangat Indah sekali.Sesetengah orang mengatakan itulah "Kampung Halaman atau Tempat Asal" Rohku itu.Sebahagian yg lain mengatakan itulah "Induk atau Ibu" para Roh itu dan ada pula yang lain memanggil "Maha Roh".Wallahualam
Mereka merasa sangat aman,bahagia dan riang ketika di situ.Kerana itu para indigos yang memiliki kebijaksanaan dan kesedaran spiritual sering mengimpikan untuk kembali semula ke kampung halaman yang terdiri dari cahaya cemerlang yang terang benderang.Malah kerana itu juga mereka selalu tercari2,ternanti2 dan tertanya2, Kenapa aku disini?Kemana aku nak pergi?Apa aku nak buat?Mengapa tiada sesiapa yg dapat memahami aku?...serta berbagai lagi persoalan yg muncul dalam benaknya.
Di situlah perbezaan yang terdapat diantara indigos yg memiliki kecerdasan spiritual dengan orang biasa.Aduhai Kasihan! mereka ini tak tahu nak kemana.Walau ada rumah besar,keluarga besar,kaya-raya,adik-abang ramai,sanak saudara pun ramai,berpelajaran tinggi,kawan2 pun ramai tetapi tetap merasai kesunyian,keseorangan walau hidup dikeliingi segalanya.Merasa sesuatu yg hilang dari dalam dirinya,dirinya lompang tak terisi.Berguru sudah,berMursyid pun dah,amal pun sudah, ilmu sebut apa saja semua tahu malah sudah berkumpulan/berjemaah tapi tak kemana-mana pun....aduhai kasihan!!! Pun begitu Indigos yg lahir/hidup dari golongan yg susah apatah lagi,lagi teruk memendam rasa batin...maunya kena kanser paru2 pulak nantinya...ahaks ahaks....
Kadang2 ada yg kuat pegangan syariat agamanya,jilbab,berjubah,berseban 9 lilit tak leh kurang,solat tak tinggal,hafiz lagi ahli taranum,berjanggut,tak berzina,tak mabuk arak,tak merokok,puasa bagus,haji pun sudah,2-3 orang isteri,ada anak2, bisnes kencang,buka supermarket,poliklinik,kedai kek,kedai roti,kilang kicap bapak besar tuuuu....namun begitu tetap ada rasa "Something Missing" dari dalam diri, tetap ada rasa curiga,was-was....kadang rasa dah Ok, dah bagus dah tapi was-was tetap datang bertandang...aduhai kasihan!
Disitulah tandanya ada yang tertinggal dari diri itu,belum lengkap dan anda terlupakan,cari-cari tak jumpa apa bendanya,kehulu-kehilir puas mencari.......berdoa dah,berhajat sudah,istikarah pun dah,tanya pula Syiekh,Masye'ikh,Ustaz,Protaz,Ustazah pun dah tapi tetap ada sesuatu yg hilang.Malah kadang2 dah menjadi Tok Guru dah mangajar orang namun fenomena yg sama tetap berulang...tak tenang hidup kan?Haa...tu bahaya tu anda dah mula membawa murid/jemaah silap2 jatuh kejurang yg dalam nanti....
Tu lah... kemarin dulu aku cecuba bawa tajuk IN-KHWAN ..bukan lah aku nak kutuk sesapa, tapi ini fakta malah tak de kena mengena dengan mana pertubuhan agama,politik, pengganas dan sebagainya....tapi ini soal hati,soal diri,soal hidup,soal pribadi...itu saja.Ianya melepasi sempadan dunia,negara malah manusia dan kemanusiaannya.Malah ianya bukan soal keduniaan yg melampau2 apatah lagi dengan wabak tegar Al-Wahannya.
Mengikut Surah Al Waqiah manusia akan terbahagi kepada 3 golongan, golongan kafir sesat lagi ingkar,golongan kanan yang beriman/muslim dan golongan yang hadapan"Muqarabin"iaitu golongan yg hampir dengan Allah swt.Dari orang suci Ma'Syeikh,Rabbai,Monk,Pir-o,Kiyai,Ki Ageng,Yogi,Sami,Tok Chai,Pendita,Paus dan sebagainya lagi gelaran mengikut tingkatan spiritual masing2 semuanya menegaskan mereka menuju kesucian, mencari cahaya terang tapi laluan dan jalan mereka saling berbeza-beza pula.Timbul pula konflik antara manusia tentang siapa yg benar.Ada juga yg klaim aku saja yg benar, yang lain salah dan sesat belaka.
Ya! di situlah Journey atau kembara manusia untuk menuju kepada Kebenaran.Dalam mencari dan berjalan itulah ada yg berjaya namun tak kurang juga yg Keciciran.Memang susah tak semudah yg di sangka."Mensyirikkan Tuhan" itulah penyelewengan yg paling tragis sekali, kerana itu syirik di bahagikan kepada beberapa bahagian:
1.Syirik Nyata :
Bahana dari menyembah bahala,benda dan mahkluk.Penyelesaiannya ilmu usuludin/Tauhid hingga tingkatan Ihsan,aqidah dan Iman
2.Syirik Halus:
Bahana najis maknawi/Penyakit Hati.Penyelesaiannya membuang mazmumah bersama taubat bersungguh-sungguh dan mujahadah hinggalah tingkatan redha dan syukur.
3.Syirik Halus lagi Tersembunyi:
Bersangkutan hijab diri sendiri/Ilmu yg menjadi hijab.Penyelesaiannya melalui laluan Tasawuf Penyucian Hati (ada yg panggil tahap Al Muntahi) sampai kepada Ikhlas,seterusnya Musyahadah/Mukasyafah tetapi melalui jalan Allah swt saje,dari Allah kepada Allah...
Nah! bolih saja kita melepasi syirik nyata dan halus...insyallah....tapi syirik halus lagi tersembunyi itu sangat sukar kerana masalahnya adalah diri kita sendiri.Di situlah kita perlu kepada Guru Sejati iaitu guru yg sudah bebas dari mencintai dunia yg ada hanya Allah swt padanya.Bolih saja kita belajar Al Quran dan Hadis malah para guru suci itu bolih juga membaca kitab suci agama masing2 tapi kalau masih berbalah: aku betul kau salah!!!...ah! itu cukup bahaya.Jadi tanyalah pada diri masing betul kah pusat/kiblat puja/puji dan sembahan itu tepat padaNya?Kalau silap bagaimana dengan pengikut dan anak murid kita? Ilmu hafal tanpa faham apa barang?
Seperti mana yg kita tahu para Ikhwan adalah HambaAllah yg lahir pada akhir zaman.Mereka agak sikit lain dari yg lain, memang pelik,tapi kebanyakkannya hanya pelik pada pandangan orang saja.Sifat mereka memang persis dengan indigos yang kita bincangkan, sifat yg paling ketara pada mereka ialah mencintai Rasullullah saw tahap maksimum padahal tak pernah jumpa pun,mereka beriman pada Allah dan Rasul hingga Sahabat Nabi bertanya adakah orang begitu di akhir zaman.Mereka memiliki tahap "keimanan atas" mungkin bukan yg kanan apatah lagi belah yg kiri tetapi terdiri dari orang Muqarabin yang hampir diri dgn Allah swt.
Mereka memang memiliki banyak kelebihan spiritual, kalau dah berkemampuan hampir dengan Allah swt apa masalahnya lagi utk bersama Rasul saw.Para ikhwan ini memiliki Rohku yg terpilih dan dan diutus khas Tuhan.Jadi ikhwan itu bukanlah bolih dibuat-buat,dicipta dan di karang-karang sesuka hati apatah lagi di perjuangkan dalam bentuk komersial,keduniaan dan sebagainya.
"...Aku (Rasul saw) lebih dicintai olih mereka daripada anak dan ibu bapa mereka"
Kalau anak, ibu dan bapa pun tak terlekat di hati mereka apatah lagi dengan dunia dan segala isinya.Mereka akan bersih dari Al-Wahan,penyakit mencintai dunia.Apakah para Ihkwan tersebar keseluruh dunia?Berkemungkinan Ya...orang Muqarabin tidak terikat olih sempadan dunia,bangsa,negara dan benua.Tidak terikat dengan akal dan ilmu kerana itu anugerah dan kehendak Allah swt.
Pada permulaan hidup mereka di selubungi ketakutan,kesunyian,lemah dan entah apa2 lagi perasaan dalam diri mereka,ini kerana:
1.Mereka memiliki sesuatu yg tidak terkendali dalam diri mereka iaitu warisan ilmu yg tersembunyi dan hawa nafsu yg tak terjaga.
2.Mereka duduk pada posisi tengah iaitu antara kesedaran batin dan kesedaran zahir kekadang termasuk dalam dunia yg banyak dimensi dan kadang2 termasuk dalam lingkungan alam abstrak yg entah apa2 kerana itu mereka bingung dan ketakutan.
3.Ikhwan umpama biji tasbih bila satu terkeluar dari ikatannya maka akan terpisah dari sumbernya maka akan hilang komunikasi terus dari sumber itu.Ikatan akan saling menguatkan.
4.Tekanan pada perasaan dan jiwanya memberi kesan pada fizikalnya kerana itu di sering sakit2,kekadang merasa seperti di keronyok mahkluk halus yg mengerikan dengan taring dan rupa raksasa hodoh,kekadang terasa berdenyut di kulit kepala,kaki,tangan,badan,mata,berdesing di telinga,terdengar bunyi gendang tik! tok!,terasa panas satu badan,sakit organ dalam, sukar membuang air,,sakit kepala sebelah atau seluruhnya bedenyut yang amat sangat, berdenyut2 di jantung,bisa2 badan,tenaga hilang tiba2,mimpi yg bukan2,halusinasi,dejavu,imaginasi aneh2,sewel,biul,hilang motivasi dan kekadang berdoa untuk mati saje...lagi bagus pikirnya .... ahaks ahaks.
5.Tidak tahu tentang adanya Guru Sejatinya atau cecari tak berjumpa atau dah berguru ramai tapi pimai pi mai tang tu jugak...
Ikhwan ini munculnya di akhir zaman kan?Tapi sekarang sudah "penghujung" akhir zaman,tak tahu berapa lama lagi masa yg tersisa,orang masih mencari Mujadid utk pembaharuan tapi apa yg nak di baharukan lagi? Penghujung akhir zaman agama sudah hampir mati.Yang kita perlu sangat ialah Muhyiddin iaitu "Penghidup Agama".Pembaharuan yg terlalu banyak pada agama hanya membentuk Ras2,puak,mazhab yang tak terbilang banyaknya...keadaan ini seperti memcambahkan Assabiyah gaya baru dalam umat ini yang kesudahannya hanya mendorong perpecahan...tak percaya ke?.Jadi jelas para Ikhwan itu diutus di akhir zaman sebagai Muhyiddin ( Penghidup Agama) yang mana sifat Muqarabin yg ada padanya membawa orang kepada mengesakan Tuhan dengan tepat dan jelas.Orang Muqarabin memang mampu menyatukan umat yg berpecah belah ini.
"...Orang muqarabun ialah orang yang hampir kepada Tuhan,Didalam syurga kesenangan.Mereka ramai dari orang-orang dahulu dan sedikit diantara orang-orang kemudian"....surah Al Waqiah.
Seperti yg di terangkan tadi Ikhwan bukanlah kumpulan orang yg di buat2,dikarang2....mereka adalah anugerah Allah swt utk umat Rasullullah saw bilangan mereka sedikit.Mereka pejuang yg membawa orang kepada Allah swt bukan ada tujuan lain.Orang yg hampir diri kepada Nya tentulah tidak ada masalah untuk membawa org lain bersamanya.Jika mereka tidak dapat menunjukkan jalan kepada Allah swt bagaimana utk memimpin orang lain.
"Hai manusia berusahalah kamu bersunguh-sungguh untuk menemui Tuhan mu,pasti kamu akan menemukanNya,jika telah menemuiNya kamu akan memiliki segala-galanya"....Surah Al Insyiqaq 6-7
Nah! "memiliki Allah swt" telah memadai bagi Ikhwan.Allah swt pasti akan mencukupkan segala keperluannya.....jesteru itu Para Ikhwan tidak terikat sedikit pun hatinya hal2 keduniaan,mencintai anak-pinak hatta ibu bapa mereka sekalipun.Mereka mencintai Rasullullah saw dan Bersama dengan Baginda kerana itu Baginda sering merindui mereka.Ramai yang mengajak ikut Al-quran dan Hadis,Al-Quran dan Hadis mesti di tegakkan,sila rujuk Al-Quran dan Hadis dan berbagai lagi slogan dakwah, padahal tak kemanapun tak kurang juga yg jatuh terjelepuk...wal iyyazubillah.
Sekarang mari kita berfikiran horizontal sedikit:
1.Kalau Para Ikhwan sehebat begitu,merekah yg menyerupai Indigo,Kristal dan Rainbow atau 3 golongan ini seakan menyerupai Para Ikhwan Rasullullah saw.
2.Kalau ada para guru yg memimpin Ikhwan tanyalah kepadanya adakah ingin membawa mereka mempelajari kitab2,selepas tu pulun beramal kaw-kaw dengan ikhlas,redha,syukur dan sebagainya.Kemudian dari itu ingin di tuju kemana?
3.Kalau ada membawa wadah perjuangan Ikhwan yg menempuh sosialisasi arus perdana,muamalah,ekonomi,politik,dakwah,pendidikan,hiburan,kebudayaan dan sebagainya hal2 mendunia, selepas itu apa dan bagaimana?...nah! sila tanyakan.
Jadi jika anda mempunyai sedikit2 sifat Indigos,Kristal dan Rainbow tetapi sangat sukar memahami diri, hidup huru-hara berkemungkinan anda mengalami "dis-slakesia" iaitu tragedi "ketidak-memuaskan" dalam hidup anda sendiri malah mungkin anda Ikhwan yang masih tercari2 jati diri anda...wallahualam.
Ada beberapa hadis dan atsar Para Sahabat r.a yang menarik untuk di perhatikan:
Dari Syd Ali kaw : "Allah swt menghimpunkan para sahabatnya (Imam Mahdi) diantara bilangan yang serupa seperti pejuang-pejuang di Badar dan sejumlah yang sama bilangan pengikut-pengikut Thalut yang menyamai 313 orang pejuang.Perumpamaan mereka seperti singa jantan yang keluar dari hutan,hati seteguh besi waja, jika berhasrat mengalihkan gunung-gemunung pasti akan teralih,persalinan mereka seragam, seumpama datang dari satu keluarga seayah seibu."
"persalinan mereka seragam" atau "pakaian mereka sama" disitu sangat bagus kalau kita perhalusi bolih jadi para Ikhwan ini mempunyai pemilkiran yang sama.Syariat itu umpama pakaian kepada kita iaitu satu hukum,aturan,prinsip2 hidup yang di jalankan selalu secara seragam.Pemikiran,tindakan,pegangan mereka seragam seolah datang dari sumber yang satu.
Sama saja seperti Rohku yang di ceritakan sebelum ini bahawa ia datang dari Sumber.Ibunya,Induknya yang satu.Dari Induk itu lah dia memperolihi bekalan untuk bergelanggang dalam dunia yg fana ini.Bila datang dari sumber yang sama tentu wujud keseragaman.
Kalaupun kita nak tafsirkan sebagai memang betul mereka satu rupa dalam pakaian pun bolih juga.Perhatikan pula Indigos,Kristal dan Rainbow, warna-warna yg sinonim dengan mereka ialah unggu atau violet iaitu antara dua warna, merah kebiru-biruan atau biru kemerah-merahan, warna-warna ini memang cantik,tertarik dan memang debomm! seumpama warna pelangi yang sangat sensasi dan memukau mata yang memandang.
Rasullullah saw bersabda:"Jika kalian mendengar ada orang datang dari Timur, yang memiliki "kecerdasan", pakaian mereka menakjubkan setiap yang memandang, maka ketahuilah hari kiamat telah membayangi kalian."
Hadis Kekasih ini sangat berkesinambungan dengan para Ikhwan,pakaian badan mereka sangat menakjubkan barang siapa yang memandang,mungkin sesuai dengan susuk tubuh mereka dengan potongan kain yang di lipat penuh seni,falsafah dan kemas,teliti,bergaya,jahitan sulaman yang halus dan kukuh serta rekaan fesyen yang menarik.Kain pula mungkin di pilih dari "textile" yang bermutu tinggi dengan warna-warni Indigos seperti pelangi yang berseri di kaki langit selepas hujan.Sungguh!!! Ikhwan itu dari Timur,Cerdas dan berpakaian yang menakjubkan....
Namun begitu, itu bukanlah muktamat mungkin pakaian di situ ialah aura cahaya tubuh yang berbagai warna pelangi menyelimuti tubuh sehingga menakjubkan mata yang memandang....wallahualam.
Satu lagi wajah Ikhwan:
Sabda Baginda saw lagi:"Akan datang panji-panji hitam dari Timur,di pimpin olih lelaki-lelaki seumpama unta yang di kurung,mereka memelihara rambut,keturunan mereka di kaitkan dengan kampung halaman asal mereka,gelaran dan panggilan nama mereka berupa kiasan"
Mungkin mereka tinggi lampai,kurus tetapi bila berjalan nampak segak,tegap,penuh wibawa dan karismatik.Rambut mungkin mencecah bahu,bermisai/ berjanggut,mereka dari perkampungan atau zawiyah pengajian, panggilan nama mereka berupa gelaran mengikut tugas dan kecenderungan atau sifat mereka ...bolih jadi Along, angah, ateh nik,syed,Long,megat dan sebagainya....
Kebetulan masa aku mula memikirkan kupasan ini matahari sepanggalan naik,tiba2 petir tunggal berdentum,hujan mula renyai2 kemudian mula menjadi lebat, matahari tadi hilang dilitupi olih awan gelap.Lepas beberapa ketika hujan berhenti tiba2,suasana sebelumnya berdebu dan panas kering bertukar menjadi segar bugar.Matahari yang tadi tersembunyi kemudian muncul semula,kabus2 hujan yang masih belum habis turun di panah cahaya matahari,cahaya memasuki kejernihan air lalu pecah membentuk lingkaran prisma warna pelangi di tengahari yang sangat menarik.
Teringat aku kemarau,hujan lebat seterusnya kemunculan 'Pelangi Allah" di langit...ceritanya macam ni:
Suatu hari Syd Ali kaw berkutbah, dia berkata:"Bertanyalah kepada ku".Lalu Ibnu Al-Kawa berdiri dan bertanyakan beberapa soalan, antaranya:"Khabarkan kepada kami tentang Pelangi Qazah."Ali kaw berkata:"Celakalah engkau olih ibumu! jangan katakan Pelangi Qazah,sebab Qazah adalah syaitan,tetapi katakanlah 'Pelangi Allah" ia menjadi tanda antara Nuh as dengan Tuhannya dan merupakan simbol keselamatan penduduk bumi dari tenggelam".
Pelangi Allah itu ialah tanda berkat selepas kemarau panjang,hujan lebat akan turun berturut-turut selama 40 hari tanpa henti sebagai tanda kedatangan Al-Mahdi.Kalau pelangi melingkar di langit sahaja mungkin tak membawa banyak pengertian tapi kalau orang-orang berjiwa Pelangi memenuhi dunia ini ... itu benar-benar tuah.Apatah lagi Para Ikhwan berjiwa Pelangi itu pula yang turun..Perhatikan bagaimana Syd. Ali kaw memandang tinggi makna Pelangi,apatah lagi beliau sangat-sangat mengerti tentang pelangi yang ada di dalam jiwa.Apakah yang di maksudkan olih Syd. Ali kaw yang sebenarnya itu adalah:
Pelangi Allah = IN-KHWAN
Maka pilihlah mau itu 'Pelangi Qazah" kah atau itu 'Pelangi Allah swt".....ahaks ahaks...
Ok kalau ada yang salah tolong tunjukkan.Wallahualam.
.......................................................................................................................................................................
Jadi, apa pandangan anda...Memang terdapat sedikit terma yang memeningkan dalam artikel saudara CENCARU tu, tapi bagi yang sudah mengetahu tentang rahsia hakikat dan lain-lain. Dengan mudah mereka akan dapat memahaminya. Jadi, Star People adalah gejala bersifat universal dan dari universal itu, dapatkah kita menjadi ikhwan itu? Dari ikhwan itu pula dapatkah kita menjadi 313 yang bersama Imam mahdi dalam siri kuasai dunia dari kegelapan?!
Jadi itulah perkara yang harus di fikirkan. Sesungguhnya 'hidden hand' cuba exploitasi perkara ini lalu cuba 'design' pemikiran para 'star people' ke arah 'one religion' yang menjadikan manusia sebagai tuhan (Half-god). Inilah yang terjadi pada zaman firaun dulu. Keupayaan luar biasa itu di exploitasi dan di manipulasi oleh 'dark force' lalu menjadikan mereka 'half-god'. Masakan 'half-god' boleh binasa dan mati, sedangkan mereka itu 'tuhan'.?!
Jadi, perkembangan ini terus berlaku dan kian membesar. Sedikit sebanyak masa depan sedang terbentuk dengan pemikiran baru dari para 'star people' ini. Tapi harus di ingat...Adakah mereka sedang menuju pada 'half-god' ini atau 'hambaNYA yang ikhwan?!'. Persoalan ini saya tinggalkan pada anda. Sekarang bukannya masa untuk melihat dan menunggu. Sekarang adalah masa untuk mereka cipta masa depan yang agung. Jadi, adakah kalian bersedia?!
p/s: Hal ini juga anda boleh kaitkan juga dengan konsep plasma universe, thunderbolt cosmos, dan astronomy mythical theory. Ianya saling berkaitan dan ianya sangat hebat.
+ comments + 16 comments
Assalamualaikum.
Rencana saudara amat menyenangkan. Teruskan....
Thanks kerana berkongsi ebook,artikel sdr pun best.
salam ...
cuma di sini bagi saya ingin renungkan apa yg dikatakan sbg pakaian, kerana di dalam hadis ini ada yg dikata makna tersurat dan tersirat, dan umum diketahui hadis dr saidina Ali kebanyakannnya adalah tersirat kerana beliau adalah pintu ilmu...
Rasullullah saw bersabda:"Jika kalian mendengar ada orang datang dari Timur, yang memiliki "kecerdasan", pakaian mereka menakjubkan setiap yang memandang, maka ketahuilah hari kiamat telah membayangi kalian."
pakaian, sekiranya kita halusi, membawa kpd sifat dlm diri manusia itu sendiri, dlm tasauf sifat ini juga dipanggil pakaian, contoh, manusia dilarang bersifat sombong kerana sombong itu pakaian Allah, Dia sj dapat memakai sifat sombong di tempat yg benar, tidak bagi manusia. Jadi pakaian bagi ikhwan itu membawa pd mata manusia yg memandang, mungkin pakaian kehambaan?sifat kehambaan di dlm kasih sayang sama spt apa yg dibawa oleh rasulullah..kerana dgn kasih sayang ini, segala sifat riak takbur sombong, apa saja tidak mampu berdiri di hadapan kasih sayang tuhan, lebur segala tinggi diri...
mungkin ada kupasan dr pihak lain, sekian wassalam..syuaib salleh
Petikan anda:-
"...jesteru itu Para Ikhwan tidak terikat sedikit pun hatinya hal2 keduniaan,mencintai anak-pinak hatta ibu bapa mereka sekalipun.Mereka mencintai Rasullullah saw dan Bersama dengan Baginda kerana itu Baginda sering merindui mereka".
Komen saya:-
Saya tidak setuju jika anda mengatakan mereka tidak mencintai ibubapa dan anakpinak. Ini dinamakan ketaksuban yg sembrono atau ikut2an bukan dari nilaian hati yg bersih.
Jika anda pernah mengikut mengenai sebuah hadis nabi, nabi menyuruh seorang lelaki yg ingin berperang pulang kerumah kerana tidak mendapat keizinan dari ibunya.
Kesimpulan yg boleh didapati, nabi sendiri tidak setuju jika seorang lelaki itu meninggalkan ibunya, malah disuruh mendapat keredhaan ibunya sebelum pergi ke medan perang mengikut nabi muhammad saw.
salam forumer, izinkan saya menjelaskan...bagi sedara TheOne...
bukan maksud kata kata itu mereka tidak langsung mencintai ibubapa dan anakpinak,
makna ayat "jesteru itu Para Ikhwan tidak terikat sedikit pun hatinya hal2 keduniaan,mencintai anak-pinak hatta ibu bapa mereka sekalipun.Mereka mencintai Rasullullah saw dan Bersama dengan Baginda kerana itu Baginda sering merindui mereka"
seperti di dalam hadis, ada diterangkan bahawa mereka itu LEBIH MENCINTAI NABI DAN RASUL MELEBIHI DARI DIRI MEREKA SENDIRI TERMASUK IBUBAPA DAN KELUARGA..
petikan ini ada dlm hadis sahih bukhari muslim spt kata baginda "tidak sempurna iman seseorg selagi dia tidak mencintai daku melebihi cintanya terhadap ibu bapa sanak saudara..."
sila rujuk hadis berikut, sekian wassalam....
semoga dapat kita berbincang lagi
salam,
aku rasa aku faham apa yg frankdun3 ingin sampaikan, cuma kena melihat dr kaca mata tarikat/sufism berkenaan diri dan kecintaan diri terhadap Rasulullah. Jika dilihat dari kacamata awam mmg tak dpt nak 'link' kan.
dalam peringkat zahir atau 'pakaian' dunia, mmg aku juga bersetuju dgn apa yg diperkatakan oleh saudara TheOne.
salam pagi..ya begitulah...ada ketikanya sesuatu yg difikirkan akal, harus direnung sedalam dalamnya dan hendaklah bertanya di dalam hati...seperti lagu nyanyian nasyid, pandangan mata selalu menipu, pandangan akal selalu tersalah, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan hati itu yang hakiki
renung renungkanlah di dalam batin
sesuatu perkara yg melintasi akal, seperti ilmu tauhid..atau makrifah...sememangnya akal tidak mampu, hanya renungan hati yg kudus dan ikhlas akan mengembara di dalam mencari jawapan...
Dari tajuk ni dapat gak aku sedikit faham dari cerita2 sebelum ni...sebelum ni kupasan barat belaka.Terkehel kepala aku nak faham.Baru bolih kaitkan sikit dengan versi Islam.
Kasih sayang keluarga dengan Muhabbah kepada Rasullullah saw dan kepada Allah swt ada beza rasanya, terutama dari perspektif Sufi.
Tapi aku ada terbaca komen2 hari tu, ketua orang-orang indigo,crystal dan rainbow ni ialah Imam Mahdi as.Bolih tak sesiapa bolih explain skit...OK thanks.
Qoute dari CENCARU tulis:"celakalah kamu olih Ibumu"...
kalau dari perspektif yang tersirat siapakah "Ibumu" itu?
Terima Kasih sesiapa yg bolih beri tunjuk ajar...
pada pendapat saya,para ikhwan ini tidak belajar atau PERLU BERGURU dengan manusia..ia pasti TERUS DIPIMPIN OLEH ALLAH YANG MAHA SEMPURNA..sedangkan guru/manusia itu tidak sempurna.jika dilihat dari sejarah,para kekasih ALLAH tidak berguru dengan sesuatu yang bersifat BAHARU...
Kekasih Allah tidak sama dengan kamu semua org2 biasa. Kerana ada hadis menunjukkan supaya berguru, kerana jika tidak anda berguru dengan syaitan.
Berikut adalah pndpt sy mengenai IKHWAN:
1. Mereka adalah para pemuda Islam diakhir zaman yg mempunyai faktor kesamaan yg tertentu. Paling utama, "Allah Tujuan Kami" tersemat kukuh dlm hati yg penuh iman & taqwa
2. Mereka adalah para wali Allah. Para kekasih Allah tidak didatangkn secara ready made. Hatta Nabi SAW sdiri d tarbiah oleh Allah dgn ujian2 & cabaran utk mnunjukkan agungnya kenabian & kerasulan Baginda. Maka, para IKHWAN jg sebegitu, sbgaimana d lalui oleh para Wali Allah sblm mereka
3. Para IKHWAN stiasa merancang & berusaha utk maju mghampiri Allah. Mereka bersungguh mjadikn diri mereka adalah insan yg d maksudkn sbg IKHWAN dlm Hadis Nabi. Cthnya, Hadis Nabi ttg Pembukaan Konstantinopel..."..Sebaik-baik pemerintah, sebaik-baik tentera.." (HR Ahmad). Setelah 800 tahun berlalu, "Sebaik-baik pemerintah" yg d maksudkn oleh Hadis Nabi rupanya adalah Sultan Muhammad al-Fateh & para tenteranya. Baginda sultan tidak dtng scara magik tp zahir dgn psiapan yg rapi sambil d bimbing oleh Waliyullah Syeikh Syamsuddin Al Wali. Bahkan para pemerintah Islam termasuk para sahabat Nabi SAW sdiri turut berusaha merealisasi hadis Nabi supaya mereka lah yg d maksudkn dlm Hadis Nabi tsebut
3. Sebagaimana zahirnya Sultan Muhammad al-Fateh dgn serba serbi persiapan utk mjadi insan terpilih yg d maksudkn oleh Hadis Nabi, maka sy bpendpt para IKHWAN jg begitu.
:) Semoga kt semua mdapat rahmat Allah & berusaha dgn ikhlas mjadi insan yg d maksudkn sbg IKHWAN. Amin.
Assalam Tn2...
Walau pun dah lama tajuk ini di komen dgn pelbagai alasan oleh ramai pihak sebelum ini, tapi sy rasa belum terlamabat lg utk menyertai...
Kebanyakan pandangan adalah dari sisi Syariat dan berpandukan ilmu ilmiah yg dipelajari disulam oleh ilmu2 sekular dr sudut pandangan saintifik kononnya...
Apa yg sy khuatiri ialah ia boleh mempengaruhi minda org ramai yg bukan semua mampu mengenali diri dari pandangan hakikat dan makrifatnya. Keterangan yg dikutip dari Quran dan hadis masih belum mampu mentafsirkan yg tersirat bulat2 tanpa dipimpin oleh guru2 yg berpegang kpd "tali NYA'...
Justeru, sy mengingatkan diri sy dan tn2 semua, jgn terlalu terpengaruh dgn hipotesis barat. Mereka sebenarnya cuba memahami, dimana jalannya telah dirintis tetapi tidak paham meletakan duduk perkara atau makam sesuatu itu dan mereka tidak akan sampai kemana2...
Gunakanlah akal atau logik atau apa shj tetapi hendaklah dipimpin oleh guru murshid agar 'tidak tersesat jalan pulang kita'..
Wallahu'aklam.
Saudara Aizverus,
Teringat kisah memori lama dalam Forum Cari (Sewaktu perbalahan dlm forum dgn H07)sehingga ke hari ni Tuan Aizverus semakin matang dan sentiasa kehadapan dlm kajian saudara ingin saya berkongsi dgn blogger sekalian tentang mana asal nya bani adam semua baik islam mahu pun bukan sesungguhnya kita semua digelar MAlaikat Santin (Malaikat Pembimbing) MAlaikat Santin telah dicipta sebelum Adam dan Muhammad lagi..ada seorang forumer dlm Cari Forum pernah buka sedikit pasal hal ini yakni The Sailly...Saya kira dia mempunyai pemikiran seperti Tuan Aiz...Boleh kah tuan Aiz bercerita perihal MAlaikat Santin ni?
Assalam Tuan Blog,
Adakah Ikhwan atau Indigo ini adalah 'Ayun Firdhani' yakni Roh Lama dalam Jasad Baru' ?Ada comentator dlm blog mengatakan ramai Ayun Firdhani ini pergi ke Bogor sebab ada satu kawasan bedekatan istana Presiden mempunyai gerbang memasuki Alam Parallel Universe dan rata-rata 'Ayun Firdhani ' dapat keluar-masuk portal disitu...