Kenapa Masa Rasa Makin Laju Bila Kita Dewasa? Ini Jawapan Sains
Penulis: Niskala salam. Masa kecil dulu, cuti sekolah hujung tahun terasa macam tak habis-habis. Sekarang, tiba-tiba sudah Oktober. Raya baru lepas, tahu-tahu sudah hampir raya lagi. Hampir semua orang dewasa pernah mengeluh perkara yang sama: masa makin laju. Persoalannya, betulkah masa yang laju, atau cara kita merasainya yang berubah? Episod ketiga siri XplorasiX cuba menjawab soalan ini, dan video penuhnya ada di bawah. Dalam tulisan ini saya susun semula apa yang kajian benar-benar temui, dan seperti biasa saya asingkan fakta, hipotesis dan pendapat. Fakta: teori lama yang kita semua percaya Pada tahun 1877, ahli falsafah Perancis Paul Janet mencadangkan satu idea yang mudah difahami. Bagi kanak-kanak berumur sepuluh tahun, setahun ialah satu persepuluh daripada seluruh hidupnya. Bagi orang berumur lima puluh tahun, setahun cuma satu perlima puluh. Jadi, makin tua kita, makin kecil "saiz" setahun berbanding hidup yang sudah dilalui. Idea ini dipanggil teori nisb...
Comments
http://wicararumi.blogspot.com/
Dlm solat, kronologi susunan 4 unsur gerak tubuh adalah spt berikut:
1) berdiri laksana API nurani >
2) ruku' laksana ANGIN nurani >
3) sujud laksana AIR nurani >
4) dudok laksana TANAH nurani.
So, kesimpulannya unsur tubuh kita base on 0 centre nurani dari tahap density minus ke density plus or vice versa:
API > ANGIN > AIR > *TANAH* < AIR < ANGIN < API
Sejak dari dulu lagi kita memegang pendapat adat mata kasar bahawa dek kerana API itu bisa dilihat dgn jelas, maka ANGIN itu pula automatik dikategorikan sebagai unsur yg paling seni/halus dek kerana ianya tidak dpt dilihat dgn mata kasar kan kan kan? :)
3 unsur yg lain takda masalah rasanya nak diatur...
Saya memegang pendapat kontroversial menongkah arus majoriti/popular mainstream; yakni atas dasar dek kerana begitu seninya unsur API ia wajib memerlukan gabungan combustion of charges dari ketiga-tiga unsur asas yg lain,
= Oksigen + Nitrogen + karbon oksida dll.
> barulah bisa menzahir/menyata/memanifestasikan nilai wujud API itu.
*disclaimer*
Itulah dianya lesson yg saya dapat dari hasil pemerhatian ke atas urutan/kronologi gerak tubuh kita dlm solat :)
tiada maksud saya utk menyanggah ilmu dari kitab tajul muluk tersebut karna berpegang atas dasar mematuhi kod ilmu Allah yg maha pelbagai ragam serta keluasan lautan infinitiNya.
Sekian, harap maklum terima kasih.
Allahua'lam.