Déjà Vu: Bila Otak Rasa 'Aku Pernah Lalui Ni', Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
Penulis: Niskala salam. Pernah tak, tengah berjalan masuk ke sebuah kedai yang tak pernah dijejak, tiba-tiba rasa macam semua ni pernah berlaku. Susunan rak, bunyi pintu, orang yang sedang bercakap di kaunter. Semua terasa "dah pernah". Lebih pelik lagi, kadang-kadang terasa macam kita tahu apa yang akan berlaku sesaat lagi. Itulah déjà vu . Perkataan Perancis yang bermaksud "sudah nampak". Episod kedua siri XplorasiX membedah fenomena ini, dan video penuhnya ada di bawah. Dalam tulisan ini saya bawa sedikit lagi butiran kajian, dan seperti biasa saya asingkan mana yang fakta, mana yang hipotesis, dan mana yang pendapat. Fakta: hampir semua orang pernah mengalaminya Istilah déjà vu biasanya dikreditkan kepada ahli falsafah Perancis, Émile Boirac, dalam satu surat sekitar tahun 1876. Pengalamannya sendiri jauh lebih tua; penulis zaman dahulu pernah memerihalkan perasaan yang serupa. Seberapa biasa? Kajian ulasan oleh Alan Brown (2003) dalam jurnal Psycholog...
Comments
http://wicararumi.blogspot.com/
Dlm solat, kronologi susunan 4 unsur gerak tubuh adalah spt berikut:
1) berdiri laksana API nurani >
2) ruku' laksana ANGIN nurani >
3) sujud laksana AIR nurani >
4) dudok laksana TANAH nurani.
So, kesimpulannya unsur tubuh kita base on 0 centre nurani dari tahap density minus ke density plus or vice versa:
API > ANGIN > AIR > *TANAH* < AIR < ANGIN < API
Sejak dari dulu lagi kita memegang pendapat adat mata kasar bahawa dek kerana API itu bisa dilihat dgn jelas, maka ANGIN itu pula automatik dikategorikan sebagai unsur yg paling seni/halus dek kerana ianya tidak dpt dilihat dgn mata kasar kan kan kan? :)
3 unsur yg lain takda masalah rasanya nak diatur...
Saya memegang pendapat kontroversial menongkah arus majoriti/popular mainstream; yakni atas dasar dek kerana begitu seninya unsur API ia wajib memerlukan gabungan combustion of charges dari ketiga-tiga unsur asas yg lain,
= Oksigen + Nitrogen + karbon oksida dll.
> barulah bisa menzahir/menyata/memanifestasikan nilai wujud API itu.
*disclaimer*
Itulah dianya lesson yg saya dapat dari hasil pemerhatian ke atas urutan/kronologi gerak tubuh kita dlm solat :)
tiada maksud saya utk menyanggah ilmu dari kitab tajul muluk tersebut karna berpegang atas dasar mematuhi kod ilmu Allah yg maha pelbagai ragam serta keluasan lautan infinitiNya.
Sekian, harap maklum terima kasih.
Allahua'lam.