Total Pageviews

Impak Revolusi Dunia Arab (Suatu analisa)



Salam...

Isu revolusi Tunisia dan yang paling besar; Mesir, sedikit sebanyak memberi impak pada dunia. Banyak blog menceritakan tentang hal ini. Tapi, saya cuba lari dari persamaan itu dan mempersembahkan kelainan dalam artikel ini. Saya tidak mahu memaparkan perkara yang telah berlaku di sana kerana kalian boleh mengetahuinya dari berita dan internet.

Baiklah, saya mulakan dengan satu riwayat ini dulu:


Kata tabiin RH,
“Sebelum al-Mahdi, raja Syam akan terbunuh, (diikuti oleh) terbunuhnya raja Mesir. Bangsa Syam akan menawan kabilah daripada Mesir. Seorang lelaki dari Timur berangkat mengibarkan Panji-panji Hitam, yang dikatakan dia itu adalah (berasal dari) bangsa Syam dan dialah yang akan menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi.”

Sabda Nabi SAW,
“Sebelum al-Mahdi (muncul), as-Sufyani akan muncul dengan 360 pasukan berkuda. Kemudian dengan diiringi 30,000 pasukan yang dipimpin oleh Kalb, iaitu bapa saudaranya. As-Sufyani kemudian mengerahkan askarnya ke Iraq. Dalam serangan ini, 100,000 orang terbunuh di Zaura’ iaitu suatu bandar di Timur. Setelah itu mereka menyerang Kufah pula. Ketika itu muncullah Panji-panji (Hitam) dari Timur. Lantas ada satu pertanyaan, “Wahai Rasulullah, bagaimana kami dapat mengenalinya?” Nabi SAW menjawab, “Dia adalah dari keturunanku, perawakannya mirip kepada Bani Israel, seolah-olah wajahnya bercahaya-cahaya laksana bintang, pipi kanannya bertahi lalat hitam. Dia tampan orangnya, yang berusia 40 tahun. Dia akan didatangi oleh Wali-wali Abdal dari Syam, tokoh-tokoh Nujabak dari Mesir, Asoib dari Timur dan para pengikutnya…”

Rusydain telah meriwayatkan kepada kami dari Ibnu Lahia’h dari Abi Qubail dari Syafa dari Tabi’ dari Kaab katanya: Apabila seorang lelaki memerintah bumi Syam dan seorang lagi di Mesir, kemudian orang Syam dan orang Mesir berperang dimana orang Syam telah mengalahkan kabilah-kabilah dari Mesir dan membunuh lelaki mereka, datang seorang lelaki dari Timur membawa panji-panji hitam kecil dan memerangi pemerintah Syam, dialah yang akan meyerahkan ketaatan kepada Al Mahdi.


- Alfitan Oleh Nuaim bin Hammad (Hadis 859)
- Alurful Wardi oleh Imam Sayuti (m/s 68)
- Almalahim Walfitan (m/s 54)


Perkara di atas berkait dengan Mesir dan sekitarnya. Dari pemerhatian saya, revolusi mesir, rakyat mahu jatuhkan seorang pemimpin diktator. Insyallah, mereka akan berjaya. Tapi tahukah kalian, peristiwa ini tidak lain, hanyalah SUATU LAKONAN untuk membuka satu lagi pemimpin pro-israel.

Kenapa ini terjadi? Ini kerana cetusan revolusi rakyat ini harus di ambil alih secara geniusnya oleh para proksi israel kerana kebangkitan sebegini mampu cetuskan revolusi dunia islam. Bila revolusi dunia islam berlaku, tiada yang mampu menghalangnya. Jadi, dalam kekecohan ini, pemimpin yang rakyat mahu tumbangkan itu di tumbangkan. Tapi, dalam pada itu, presiden baru yang pro-rakyat harus di pilih dari kalangan proksi israel juga. Revolusi apakah yang mana rogol merogol berlaku, curi mencuri berlaku, bunuh membunuh berlaku? Ini tidak lain tidak bukan, hanyalah cetusan amarah rakyat (dan sengaja di mulakan kejahatan itu secara tersembunyi, agar rakyat yang tiada sivik akan mengikuti sama).

Ramai yang beranggapan bahawa revolusi ini adalah revolusi yang mana akan membangkitkan islam. Tapi, sebenarnya kita telah tertipu dan terperdaya. Revolusi ini tidak lain hanyalah satu cara yang mana menyebabkan israel makin berkuasa. Kenapa saya kata begitu? Ini kerana, sebelum kebangkitan bermula, dunia akan di ambang kekecohan paling dasyat. Sehingga tiada lagi harapan atau sesiapa pun yang mahu menjadi 'imam mahdi' pada tika itu. Pada masa yang sama, Dajjal akan muncul dan menampilakan diri sebagai penyelamat sehingga ramai yang tertipu.

Kekecohan yang bagaimanakah ia akan berlaku?
Revolusi ini akan melanda Afrika dan dunia arab juga. Pada tika itu, ekonomi dunia tergugat kerana krisis minyak. Ekonomi u.s yang bergantung pada minyak juga sedikit sebanyak akan runtuh. Negara-negara yang terikat dengan u.s akan merasai keruntuhan ekonomi ini. Kerajaan akan gunakan segala macam alasan untuk melembutkan hati rakyat yang sedang amarah kerana ekonomi/sumber kewangan adalah penting di zaman moden ini. Bila letusan amarah berlaku di sana sini, tidak lain, kerajaan akan bertindak untuk menjadikan negara dalam kawalan polis dan undang-undang seketat-ketatnya. Bila itu berlaku, sedikit isu pun akan jadi besar. Tambah lagi jika ada isu perkauman. DI Nusantara, besar kemungkinan isu ini akan terjadi. Kadang kala ia di buat-buat supaya suatu kebangkitan islam tak akan tercapai. Isu yang di buat-buat ini adalah untuk 'mengenakan tindakan undang-undang pada sesiapa yang merasa kekhalifahan itu penyelesaian segala'...

Percaya atau tidak, kadang kala demotrasi yang di lakukan sebenarnya di taja untuk mencari siapakah yang mahukan kekhalifahan itu terbentuk. Pada masa kini, ia bukan lagi satu mainan. Nyawa pun kadang kala boleh di jadi ugutan.

Benar, ramai yang mahukan khalifah terbentuk di dunia ini, lebih lebih lagi di malaysia dan nusantara. Tapi, untuk ke zaman itu, banyak perkara perit yang harus di lalui generasi kini. Banyak siri-siri perang yang bakal terjadi. Apapun, kita mampu berdoa agar kita dan keluarga di selamatkan. Insyallah.

Antara perang yang mungkin terjadi sehinggalah dunia kembali aman untuk selama-lamanya adalah; Perang dunia ke tiga, perang khurasan, perang eropah, perang armageddon dan sebagainya. Bagaimana saya tahu akan ini? Jawapannya, kajilah dalam riwayat/hadis serta analisa akan datang. Walaubagaimanapun, ia bukanlah suatu yang tetap dan ia akan berubah. Mudah-mudahan, perang-perang ini tidak terjadi, dan kalau terjadi sekalipun, mudah-mudahan ia di skala yang kecil.

Revolusi yang terjadi kini tidak dapat tidak menyebabkan orang yang inginkan khalifah semakin yakin dengan apa yang di ketahui itu. Tapi, untuk masa ini; revolusi yang terjadi ini memberi kelebihan pada 'tangan ghaib' untuk mewujudkan 'New Jerusalem' yang mana, insyallah akan menjadi Pusat Pemerintahan Dunia. Wallahuaklam
Share this post :

+ comments + 10 comments

February 5, 2011 at 9:34 AM

Saudara, saya berpandangan bahawa salah seorang penggerak reformasi ini iaitu ElBaradei adalah seorang agen Amerika untuk mentadbir Mesir.

Saya telah mengemukan hujah-hujah dan bukti mengapa saya tuduh Elbaradei agen Amerika

Sila lawati blog saya

www.seafailed.blogspot.com
atau
http://seafailed.blogspot.com/2011/02/krisis-mesir-elbaradei-agen-amerika.html

Pakcik
February 6, 2011 at 7:37 AM

Salam,

Bagi saya, ini merupakan titik awal dalam fasa terakhir The Hidden Hand utk membentuk New World Order. (?2012) .Pemimpin2 negara dunia mesti diganti oleh 'lembu yg boleh dicucuk hidung' THH.
Lihat bagaimana Hosni Mubarak cuba melengah2kan peralihan kuasa krn mngkin beliau dah nampak benda ni...Mesir kemungkinan akan lebih hancur di bawah pemimpin baru!
Malangnya Ikhwanul Muslimin tidak mengambil kesempatan ni utk menonjolkan pemimpin yg lebih Islamik utk mengganti Hosni, sebaliknya nampak menyokong al-Baradei!

sama-samalah kita berdoa supaya bumi Anbiya' Mesir dilindungi Allah..

ularlidijeh
February 6, 2011 at 7:01 PM

salam sdra,

ni de cth camne cara yg ko mksdkn tu dibuat,

Legend of the Guardians: The Owls of Ga'Hoole.

kpd geng UG, yg bsiap2 utk Legend tu, hati2.

jgn mati katak senang2 jeh.

Anonymous
February 7, 2011 at 7:55 AM

salam,
kpd ularlidijeh
apa maksud anda boleh terangkan dgn lebih lanjut?

Anonymous
February 8, 2011 at 7:45 PM

Lagi cepat semuanya hancur lagi kitorang gembira.

Kalau US dan israil ingin buat Revolusi NWO ...

silakan...jangan tunggu lama-lama...

kacang dal
February 8, 2011 at 8:17 PM

no no no!!!perangkap......sana sini....

tu bukan gerakkan de is,tapi gerakkan si pemakan hati, di sambut dek yahudi dan sekutunya,demi cita-cita gelap diorang.revolusi tu tak tersangka walau olih us sendiri,satu gaya di luar kawalan mereka berlaku dalam 5-7 negara sekaligus.namun mereka tak kisah sangat, hidup ke mati bukan geng diorang.untuk itu mereka cuma mengintai lubang kalau bolih celah masuk,cilok sana sini.

si pemakan hati akan sapu bersih kurang-kurang lima negara.Sekarang dia baru dapat 2 atau 3 aje.yang naik semua orang diorang.dia nak jadi hero lawan israil tapi akhirnya yg di bunuh di israil cuma warga israil yg memang nak di singkirkan dek zionis,nampak tak! sanggup bunuh bangsa sendiri dgn art of war.

mana-mana team joint sekali dalam revolusi tu bermakna bukan yang real yg di tunggu.

hati-hati tanah hijjaz si pemakan hati nak takluk sampai kat situ.

huhuhu.

Anonymous
February 8, 2011 at 8:47 PM

Ye lah,

Aku pun tertanya-tanya juga,sape leader belakang gerakkan jasmin tu semua?patutlah Ihkwanul muslimin tak berapa nak ambil port sangat.Bagus juga kalau Ikhwan sokong al boroide,senang kita nak cam ketua gerakkan revolusi tu.Pandai tul dia jadi Tok Dalang.

Aku rasa THH pun susah nak agak,tu sebab ejen mereka pukul layang jer.Sesampai Presiden US pun bolih buat statement macam budak tak sekolah.Cuba korang analisa balik kata2 pemimpin US.

SALAM.

bean jugak
February 8, 2011 at 8:59 PM

aku rasa illuminiti,thh dan apa saje tak mampu nak tahan si pemakan hati,dia akan kalahkan diorang dua round.

tapi ada juga yang kata dia akan buat MOU dgn thh/illu ni.Tapi bagi aku tu bukan cita-citanya,si pemakan hati ada cita2 yg lagi tinggi daripada apa yg ada dalam perancngan thh.

ramai sangat yang percaya terlak itu Revolusi/konspirasi thh.dia ingat si pemakan hati sebarangan orang ke?

tak de siapa yg dapat menahannya kecuali......taraaa..!!!

ok sambung len kali.

Izam
February 8, 2011 at 9:20 PM

Entah lah,pendapat komenter kat sini hebat2 semua.Tapi pendapat aku ini satu tindakkan menyekat kebangkitan Islam secra terancang.

wallahualam.

ularlidikembali
February 10, 2011 at 2:06 AM

kepada anon February 7, 2011 7:55 AM

nak tau, tgk dan fahami.

ia bkn saje2 dibuat.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger