Total Pageviews

Al-Fatihah dan kisah Nabi Adam a.s


salam.
Kali ini Nusanaga ingin berkongsi suatu yang mungkin telah kalian ketahui, atau mungkin tak pernah di dengari atau terlintas di fikiran.

Kisahnya adalah Surah Al-fatihah yang sering kita baca dalam solat dan seharian kita tapi tak pula kita fahami peri pentingnya surah ini dalam kehidupan seharian. Kisahnya sebenarnya berkisar pada penciptaan Adam a.s sehinggalah turunya ke bumi. Tapi, hakikatnya, ia adalah mengenai kisah kehidupan seharian kita. Moralnya adalah untuk kita sentiasa positif dan menjadi 'rahmatulil alamin' pada sekeliling kita selain positif pada diri sendiri.

Bagaimana saya dapati kisah ini?
Asalnya saya membaca surah ini dan terlintas, kenapa ia di gelar UMU KITAB dan sering di bawa ke mana sahaja dalam kehidupan seharian kita. Ia juga adalah syarat sah solat. Maka, persoalan saya di jawab. Inilah jawapannya. Tapi, barangkali ada yang tidak setuju dengan apa yang saya ketengahkan ini. Seandainya tidak betul, bawakan ilmiah anda, jika tidak, anda hanya seorang pandai kritik saja. Attitud sebegini cukup saya tidak suka. Kritik tanpa memberi pandangan membina kepada yang di kritik. Akibatnya, si kena kritik makan hati dan seterusnya menjadi pendendam. Barah inilah yang menular dalam masyarakat kita, lebih-lebih lagi orang melayu. Akhlak telah jauh kebelakang. Seolah-olah tahu sesuatu, tapi banyak pula di rahsiakan, tapi beritahu pula kepada umum bahawa 'aku tahu rahsia itu'.. kalau sudah rahsia, kenapa di hebahkan kepada umum. Diam untuk diri sendiri cukuplah. Sifat begini tidak lain tidak bukan, adalah riak. Tapi, insyallah, nusanaga mempaparkan 'rahsia' yang sebenarnya bukanlah rahsia, tapi sesuatu yang tidak di ketahui atau di diamkan atau hilang untuk sementara. Pesan orang tua pada saya; "Tiada rahsia tentang ketuhanan dan tuhan". Nabi Muhammad telah turunkan semuanya. Complete set. Yang tidak sampai pada kita adalah kerana ilmu yang di sorokkan oleh generasi dahulu kerana mahu menjaga nilainya.

Bak kata pepatah sufi "jangan di rantaikan kalung emas kepada babi" atau pepatah melayu "jangan beri bunga pada beruk".

Tinggalkan perihal itu dulu, kita terus ke tajuk utama.
Secara ringkasnya saya boleh katakan sebegini:-

 

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم.
"Aku berlindung dari Syaitan yang di rejam"

Ia mengenai kisah azazil atau iblis yang dengki dengan penciptaan Adam a.s lalu di 'calit'nya tanda di antara hidung dan mulut kita.
Ia sebenarnya mengenai syaitan nyata yakni manusia jahat, jika tidak beringat atau berlindung dengan perbuatan jahat diri sendiri, seumpamanya, kita berdiri sebagai manusia jahat atau syatan nyata (musuh kamu yang NYATA).
Kenapa garisannya hanya setakat bawah hidung? Ini kerana nyawa atau nafas keluar masuk itu sudah tertakluk pada kerahsiaan ciptaan. Kerana itulah iblis tidak mampu mengoda Adam a.s melainkan dengan HAWAnya.

 بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
 "Dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha penyayang"
 Dalam gambar rajah, ia bernombor satu (1).
Ia mengenai kisah bila ROH-KU di masukkan ke dalam jasad ADAM a.s, maka bermulalah kehidupan pada diri ADAM a.s
Maksudnya, dengan nafas, ia bermaksud sesuatu itu hidup. Dengan nafaslah, tunjukkan rahmannya dan hidup ia di tunjukkan rahimnya. Bahkan pokok kayu pun bernafas dengan proses photosentesis.


ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين
"Syukur kepada tuhan sekalian alam"
Dalam gambar rajah, ia bernombor Dua (2).
Ia mengenai bila sistem pernafasan bermula pada jasad ADAM a.s, maka serta merta, ADAM a.s bersin lantas terpancul di mulutnya kalimah ini. Ini menunjukkan sistem kalam sudah mulai berfungsi dan di dengari oleh telinga ADAM a.s
Maksudnya, sistem jasad telah HIDUP. Telinga atau pendengaran adalah sistem SAKSIAN. Contoh pada maksud saya ini begini; andai seorang mengalami lemas, dengan pantas kita akan 'dengar' nadinya dulu. Ia mahu menunjukkan HIDUP pada sesuatu jasad tersebut.


ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
"Yang maha penyayang lagi maha mengasihani"
Dalam gambar rajah, ia bernombor Tiga (3).
Ia mengenai kisah nabi ADAM a.s yang melihat dan di ajar NAMA-NAMA tiap barang nyata serta fungsina. Inilah menjadikan ADAM a.s seorang khalifah di dunia.
Maksudnya, mata ialah RAHMAN ALLAH kepada kita, dan penglihatan itu adalah RAHIM ALLAH kepada kita. Bila ada in-out sesuatu sistem, makanya ia berfungsi dengan sempurna. Jika ada yang bertanya, bagaimana pula dengan orang buta? Buta hanya pada mata, tapi RAHIM ALLAH tetap pasti ada. Penglihatan itu pasti ada walau dari method yang berlainan. Makanya, deria rasanya akan menjadi 'mata' atau RAHMAN ALLAH padanya.


مَـٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين
"Yang menguasai hari pembalasan@kemudian"
Dalam gambar rajah, ia bernombor Empat (4). Ia mengenai keinginan ADAM a.s untuk di temani. Maka, di sebut pada kalamnya untuk di temani. Ini adalah rentetan kisah ADAM a.s yang akan di ambil tulang rusuk kirinya, lalu di jadikan HAWA.
Maksudnya, Lidah atau kalam adalah benda paling hebat. Jika ahli pengajian hakikat, mereka pasti pernah dengari tentang KUN FAYAKUN atau BARANG MINTA BARANG JADI. Tapi, KUN ALLAH dengan KUN manusia amatlah berlainan. Tapi, ia sentiada ada pada kita semua. Lihatlah bayi, dengan mulutnya lah kita tahu ia mahu makan atau mahu di mandikan. Lihatlah seharian kita, kita mahu, kita sebut, kita usaha, pasti dapat. Insyallah.


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

"Engkaulah yang kami dihambakan dan engkaulah yang tempat kami pinta"
Dalam gambar rajah, ia bernombor Lima (5). Ia mengenai kisah ADAM a.s yang mulai di goda oleh HAWA. Sebenarnya, secara hakikat, bumi telah di sediakan untuk ADAM menjadi KHALIFAH, maka, proses memakan buah khuldi itu adalah 'alasan' untuk itu.
Maksudnya, Proses AKAL atau minda berlaku setiap masa untuk menjalani kehidupan seharian kita. Akal kita, jika fikir baik, dapat baik. Jika fikir jahat, dapat jahat. Jadi, amatlah penting untuk menjaga akal kita sehari-hari. AKHLAK yang baik bermula dari pemikiran yang baik serta hati yang suci.


ٱهْدِنَا ٱلصِّرَ ٰط ٱلْمُسْتَقِيمَ
"Tunjuki kami jalan yang lurus"
Dalam gambar rajah, ia bernombor Enam (6). Ia mengenai taubat ADAM setelah turun ke dunia. Lalu mencari HAWAnya.
Maksudnya, proses akal tadi pasti membawa kepada 'action' atau kelakuan. Inilah yang di katakan USAHA. Wajib usaha bila AKAL memproses idea,cadangan,pandangan,ilmu dan sebagainya pada diri. Dalam terma sufi, haruslah seorang murid untuk BERAMAL dengan ilmunya. Bahkan dalam ihya ulumuddin pun di tekankan tentang BERAMAL dengan ilmu yang di pelajari.
Telah wujud frasa sebegini untuk menjadi renungan:
"Ilmu tanpa Amal, binasa.
Amal tanpa Ilmu, hampa"


صِرَ ٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّين
"Iaitu jalan yang penuh nikmat ketasnya, bukan (jalan) murka dan bukan (jalan) yang sesat"
Dalam gambar rajah, ia bernombor Tujuh (7).Ia mengenai ADAM a.s yang telah bertemu HAWAnya lalu menjadi KHALIFAH pertama muka bumi dengan izin ALLAH.
Maksudnya, dengan usaha kita tadi, janganlah pula kita memilih jalan yang jahat, buruk, murka dan menyebabkan sekeliling kita merana. Inilah bermulanya konsep 'rahmatulil Alamin' pada diri manusia tadi. Haruslah kita sentiasa berlaku baik dan sentiasa positif dalam hidup seharian kita. Insyallah.

Rumusan:
Bermula dari ayat 1 hingga 3, ia adalah mengenai HIDUP. Bukti hidup adalah bernyawa. Kerana itulah, dalam pengajian tariqat, ada di sebut tentang konsep Nafas, nufus dan seterusnya. Ia memang penting untuk menunjukkan HIDUP tadi.
Bermula ayat 4 hingga 7, ia mengenai KEHENDAK dalam HIDUP. Barulah bermulanya KEHIDUPAN. Jika anda hidup tapi anda tidak pernah berbuat apa-apa, contohnya, anda terpenjara di dalam kotak sempit, maka, anda tak ubah seperti MAYAT HIDUP.
Ayat 4 mengenai permintaan untuk kehidupan yang sentiasa berlaku sana sini. Seterusnya ayat 5, ia mengenai proses akalan yang membina jalan untuk mencapai apa yang di hajati untuk hidup tadi. Ayat 6 pula mengenai peri laku kita untuk nyatakan kehendak itu tadi. Ayat 7 pula, adalah guideline atau limit yang harus di patuhi dalam melakukan hasil usaha kita agar tidak memberi impak buruk pada diri dan orang lain.

Jadinya, kerana itulah pentingnya UMUL KITAB ini dalam seharian kita sebagai guideline atau panduan untuk BERAKHLAK MULIA. Ia bukanlah kerana bacaannya tapi intipatinya. Insyallah.

Maaf jika apa yang di dedahkan di sini tidak mengikut lunas apa yang telah kalian pelajari. Tapi saya cuba untuk memberi impak positif pada diri dan rakan-rakan yang membaca NUSANAGA.BLOGSPOT.COM ini. Insyallah. Sama-samalah kita mendapat feadah darinya. Wassalam

Share this post :

+ comments + 8 comments

June 21, 2012 at 10:02 AM

salam alayk . mohon share di blog saya

Anonymous
June 21, 2012 at 6:05 PM

ia juga sebagai doa yg paling mustajab..kerna sbb itulah wajib membaca setiap rakaat,digalakn sesudah solat dan setiap pembuka majlis..kerna perkataan 'kami' menunjukan ramai..sbb itulah kita digalakan bersembahyang berjemaah..

p/s : ingat satu riwayat yang mengatakan saidina Omar menangis ketika membaca alfatihah..

June 23, 2012 at 12:49 AM

Salam saudara...

Bagus perkongsian anda.

Sekadar untuk berkongsi juga, lafaz Bismillahirrahmanirrahim tu terkandungnya rahasia kejadian insan/khalifah yang bertubuh Adam (bukan Nabi Adam AS) & berbentuk Muhammad (bukan Nabi Muhammad SAW).

Cuba teliti lafaz tersebut seperti ini, Bismi-LLAH-ir-ROH-MANI-RAHIM.

Perhatikan perkataan yang 'BESAR' di atas. ALLAH>ROH>MANI>RAHIM.

Itulah dia hakikat kejadian insan/khalifah.

Setelah sempurna ciptaan khalifah tersebut, barulah ia diikuti dengan ALHAMDU...

Sekadar menyampaikan.

Wassalam...

Anonymous
June 23, 2012 at 9:13 AM

salam,anda menulis tentang ini semua,surah bagai...tapi pelik..aura anda di dalam penulisan kali ni sangat celaru...tak seperti selalu...sekadar berpendapat kerana saya pembaca setia blog ni...jarang beri komen...tapi kali ni tergerak...sebab aura anda kali ni pelik...

Anonymous
July 10, 2012 at 12:07 AM

Salam,

bukan nak kata apa la.. just nak bagi tau.. maksud ayat (surah)
dengan huraian (ADAM) tuh jauh sungguh terpesongnya. kenapa la
pening kepala buat lagi maksud lain yang tersirat bagai. tuh ayat
allah yang turun terus dan itu terjemahan yang terus. bukan teka teki
atau perumpamaan. nih bila buat camnih macam lebih bagus intipati
terjemahan kamu dari ayat allah itu sendiri.

yang sorg lagi kongsi hakikat kejadian. tuh dalam bahasa melayu
maksud dia dalam tulisan besar tuh. ayat tuh arab. tetiba lak ayat
arab di rumikan dan jadi lak hakikat kejadian. emm.. bahaya la korang
semua nih.

islam itu mudah. segalanya di beri jawapan. bila dah di beri jawapan.
ikut jer la. sebab dia mengajar. nih ibarat dah bagi jawapan,
korang jadikan soalan. hiss..

maaf la yer. aku tak pandai le sangat agama cam korang.
nih fikiran logik aku la.

Anonymous
July 16, 2012 at 9:16 AM

Kita sediamaklum Islam adalah guideline terbaik utk menjalani kehidupan... Al-Quran adalah kitab yg menakjubkan..bukan sekadar buku sejarah,law,perubatan,leadership,engineering,kimia,pertanian dan bnyk lagi yg tersembunyi...ada scara tersurat,ada secara tersirat..malahan ada dalam bentuk coding umpamanya surah besi dan electronnya...dan ada ayat2 Al-Quran digunakan dlm perubatan spiritual..malahan boleh membuatkan molekul air berubah apabila dibuat kajian oleh saintis Jepun...ni scara General...ramai saintis Barat mula mengkaji keunikan Al-Quran dan bilangan tersebut smakin bertambah semenjak tragedi 11 september...ibnu sina, al farabi mendalami tasawuf dulu baru tulis buku2 dan perkenalkan law2 yg sehingga kini masih digunakan di universiti barat... Tp intipatinya masih dari Al-Quran sbagai contoh teori cahaya bergerak lurus...kita dimaklumkan malaikat tercipta dari cahaya...sifat malaikat patuh dan tiada nafsu dlm erti kata lain bersifat lurus...dari situ jika diteliti cahaya bersifat lurus...manusia pula dari tanah...apa sifat tanah?ada pelbagai jenis tanah...tp yg pasti air boleh membuatkn tanah jd liat dan kuat andai sukatannya betul...boleh dikaitkan dgn air smayang?yg pasti jiwa manusia boleh tenteram dan marah pun boleh reda andai kita ambil air smayang...hakikatnya bnyk lg ilmu dalam kitab suci Al- Quran belum terungkai...orang Barat dah lama mula kaji...agak lucu umat Islam sendiri ada yg mengatakan ilmu ni sesat dan menyesatkan :D

Anonymous
July 16, 2012 at 1:49 PM

Seharusnya ilmu tasawuf diajar kepada semua anak2 dan jiwa2 Islam sebelum mereka belajar ilmu matematik dan sains...kalau pokok boleh dikatakan batangnya kukuh dgn ilmu mengenal pencipta...maka bila besar nnti InsyaAllah pokok2 tersebut akan selalu ingat kepada pencipta kita yakni Allah subhanahuwataala..bila ingat Allah secara otomatik akan ingat stiap perbuatan ada balasan dan ganjaran disisi Allah...adakah masih ada lagi yg ingin buat maksiat dan dosa?jiwa kita ada hole...lubang besar...tidak kenal pencipta..atas sebab itu kita sewenang-wenangnya membuat maksiat...ruginya saya tidak belajar ilmu tasawuf...dimana saya boleh belajar ilmu2 ini sekarang?

July 18, 2012 at 6:30 AM

Kiranya hamba ni merbahaya & menyesatkan, bahaya & sesatlah Hamzah Fansuri, Tok Kenali, Tokku Pulau Manis, Inbn Athoillah & lain-lain Abdullah...

Sesungguhnya, Malayu itu lebih dari sekadar bangsa & bahasa..

Janganlah terikat pada Arab semata-mata..

Carilah maksud Arab yang sebenar ('Ain + Raa + Baa + Yaa)

Dan Malayu itu berperihalkan alam keTuhanan..

Ada sesetengah perihal yang sudi hamba sampaikan, namun ianya tidak selesai & sampai maksud hujung jatuhnya kerana hamba ini jahil dalam kebolehan mengajarkan/menyampaikan..

Sesungguhnya Rahmatullah mendahului kemurkaannya.

Mudah-mudahan segala yang terbaik untuk diri anda diperuntukkan kepada anda olehNya...





.

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger