Total Pageviews

PERISTIWA 1.3.13 DI LAHAD DATU - satu pemulaan?!

Antara yang terkorban, AL-FATIHAH untuk wira negara


1hb 3 2013 menyaksikan 3 POLIS komado VAT69 gugur di medan perang bila sebuah mortar di lepaskan di lahad datu. Berikutan daripada itu, pihak polis memulakan gerak gempur untuk menangani pencerobohan militan sultanate KIRAM yang mana tidak di iktiraf pun oleh FILIPINA.

Pendek kata; sultan KIRAM mahu berada di sabah kerana bagi mereka itulah tanah jajahan mereka tapi mungkin dia lupa, suatu perjanjian antara malaysia dan filipina di metrai pada 1960an, yang mana SABAH adalah di bawah penguasaan Malaysia.
pada mulanya, sesi rundingan damai masih berjalan dan media memaparkan isu ini bukan isu militan; supaya rakyat tidak panik

Menuru sumber, bangsa sulu masih lagi boleh datang dan pergi dari kepulauan filipina - sabah dan di beri kad pengenalan sementara kerana mereka adalah sama bangsa dan agama.

Walaupun begitu, selama kita damai, ada pihak telah memasang BOM JANGKA di lahad datu dan sekitarnya. Kini, 2013, bom jangka mulai berdetik. Militan KIRAM telah datang seramai ratusan orang secara mengejut dengan alasan damai. Dan penduduk yang ada di situ, yang telah di beri kad pengenalan sementara, di beri senjata andai mereka mahu terus berkerja di bawah naugan sultan KIRAM.


Oleh yang demikianlah, jumlah penceroboh menjadi angka batalion tentera, maka ATM mula bergerak mengawal keadaan. Kerajaan melakukan diplomasi agar mereka keluar dari Malaysia tapi entah kenapa mereka tidak mahu. Sebenarnya mereka di luah mati bapak, di telan mati emak.

JIka mereka keluar, mereka kena berhadapan dengan militan FILIPINA yang pasti tiada belas kasihan pada mereka. Jadi mereka memilih untuk tinggal di sini sedangkan mereka cuba membina 'kem' sultan KIRAM. Ia menjejaskan keselamatan negara.

Pada tika yang sama juga, KAPAL PERANG USA sedang bertumpu di perairan FILIPINA. Walaupun kepulauan FILIPINA itu, adalah base tentra USA, tapi jumlah kehadiran mereka seperti ada sesuatu perancangan.

Kaitan peristiwa ini dengan kapal perang itu adalah mungkin kerana; USA sebagai polis dunia mahu mendamaikan dua pihak atau tiga pihak sekali gus, yakni militan KIRAM, kerajaan Malaysia dan kerajaan FILIPINA. Jika itu berlaku, proses pendamaiannya, adalah dengan meletakkan militari USA di sini.

Jika andaian benar, proses 'demokrasi' ala US akan bermula, kerana tika ini, PRU ke-13 bakal berlansung.
Jika saat itu, perang terjadi di sana, USA akan menawarkan bantuan kepada mana-mana pihak untuk 'mendamaikan'.

Kita tidak mungkin akan membenarkan USA masuk campur dalam hal ini, tapi FILIPINA mungkin. Kerana mereka adalah pro-USA.

Jadi, kerana itulah; tika pertempuran terjadi di lahad datu, ramai bertanya-tanya. Kenapa PIHAK POLIS yang mengempur militan penceroboh. Kenapa bukan ATM sedangkan ATM telah bersiap sedia?

Akibat dari tektikal ini, 3 orang telah terbunuh (pada saat artikel ini di tulis).
Bila di selidik; pihak kerajaan sedaya upaya tidak mahu mengunakan kuasa tentera kerana bila itu terjadi; 'proses damai ala USA' akan bermula atas akta keselamatan perairan antara 3 negara (indonesia-filipina-malaysia). Jadi, VAT69 di kerah. Bila ini di bawah gerak gempur polis, maka ia di anggap sebagai 'jenayah dalam negara'.


Berikut adalah copy paste dari seseorang:-

Dlm wawancara dgn Pang Medan (B) Let Zaini smlm, dia bgtau keluasan pantai Sabah sgt luas dan susah hendak mengawal kemasukan org asing. cuma kita pasti dpt detect sebarang pendaratan org luar dgn cpt dan mengawal slps itu.
 
*juga ada juga berita menyatakan kita dah dpt tahu operasi rakyat Sulu ini terlebih awl, dan boleh "kubur"kan mrk di tgh2 laut dgn senjata berat tetapi mengenangkan mrk sedara seagama dan kita pernah memberi bantuan kpd mrk, "pihak atasan" memberikan "green light" utk mrk masuk.

 
*juga yg masuk itu pun dah kemasukan ketiga dah, kemasukan 1st n 2nd dlm jumlah yg kecil yakni intel Filipinos, tetapi 1st n 2nd demi recce ssorg yg "wanted list" oleh kerajaan Filipina krn di"dakwa" ada kes penipuan di sana. namun sumber2 Intel Malaysia bgtau, isu ni complicated sbb : 

 
* mcm kerajaan Filipina balas dendam pun ada sbb dendam Malaysia bantu Moro capai perdamaian dgn Filipina tahun lps.

 
* ada kapal friged US terdampar di terumbu karang di kepulaua Filipina sblm insiden, juga dikatakan friged ini ada "something fishy" utk bantu kemasukan rakyat Sulu tsb krn mrk hanyalah tentera konservatif tetapi dirancangkan dgn penuh sofiskated yg di luar kemampuan mrk yg serba kekurangan dr segi logistik/artileri

 
* ada dikatakan wakil sultan sulu diumpan oleh pihak "pembangkang" di Malaysia wilayah Sabah akan diberikan autonomi kpd waris Sulu skiranya "pembangkang" menang PRU 13 kelak. dilihat pembangkang byk berdiam diri dan ada rekod dua org drp pembangkang terbang ke Filipina bg mencari maklumat "kes penipuan" rakyat Filipina tsb wp "penipuan tsb berlaku di tanah org"

 
* "wanted man oleh INTEL filipina dipercayai ada maklumat rahsia yg telah berjaya dibawa pulang ke Malaysia dan dakwaan "wanted man" tsb terlibat dlm scan di sana adalah sbgi helah mrk. juga ada dakwaan dlm 3rd recce yakni dlm ketumbukan yg terkepung tsb, terdapat Intel Filipina yg tak dpt bergerak jauh ke Sabah kerana terkepung oleh pasukan ATM, dan PGA kita.

natijahnya, sekiranya rakyat Sulu terima perjanjian damai dgn Malaysia, depa kena hantar pulang dgn kapal perang Filipina, atas laut sana, mereka akan disembelih dan dicampakkan ke laut. so, no turning back. depa dah bunuh PGA malaysia, dgn ini akan tarnish hubungan baik antara Malaysia dan rakyat Moro dan tidak akan berikan bantuan slps ini. so, filipina akan ada alasan Moro ini dah jd pengganas dan ada sbb utk mulakan perperangan dan bunuh mrk semua atas alasan ini.
by hook or by crook, Sulu yg rugi dipergunakan oleh pihak2 tertentu dan sudah pasti ada pihak yg gain balik keperluan utk amik alih selatan Filipina...



p/s: Sejak bulan febuari lepas; kapal perang IRAN telah berada di selat melaka. Ini tidak pernah berlaku semenjak era perubahan Islamic 1979. Semuanya seperti 'rancang'. Dan ianya menakutkan. Kerana apa ia menakutkan:-


1- saat kita dalam proses pengalihan kuasa (pembubaran parlimen), sistem akan di bawah kuasa agung dan ATM.
2- Pada saat ini jugalah event ini berlaku
3- Pada tika ini jugalah kapal perang USA kelihatan makin banyak di labuhkan di base nya di kepulauan FILIPINA sejak 2012 atas alasan 'menjaga perairan daripada CHINA'
sumber:
http://thehill.com/blogs/defcon-hill/operations/231257-philippines-re-opens-military-bases-to-us-forces-
http://news.yahoo.com/u-military-boost-philippines-presence-china-tells-army-111600568.html

4- Tanpa di sangka, kapal perang IRAN melalui selat melaka dan berlegar sekitar sini.

sumber:-
http://www.marsecreview.com/2013/02/iran-fleet-makes-maiden-voyage-through-malacca-strait/

Share this post :

+ comments + 15 comments

Anonymous
March 3, 2013 at 10:12 AM

salam,aku melihat taktik sebegini biasa digunakan oleh pehak berkepentingan utk meraih sokongan dan dokongan rakyat ketika sokongan dan dokongan kian menyurut. Soal nyawa manusia tidak penting bagi puak2 ini apa yg penting hasrat dan maksud mereka tercapai.Sorotilah belakang kita bermulanya dgn tragedi 13 mei,peristiwa Memali,Al Maunah dan yg terkini peristiwa Lahad Datu yg mengorbankan banyak nyawa,lihatlah dan singkaplah peristiwa yg telah berlaku setiap kejadian yg berlaku ada kena mengena dgn pengaruh penguasaan politik yg kian terhakis.Sistem politik Dajjal telah melahirkan manusia yg berhati Dajjal dan peristiwa yg terbesar pernah berlaku adalah tragedi 11 sept....sama2lah kita renungkan moga2 kita tidak termasuk dlm sistem Dajjal yg penuh dgn tipu daya.....wallahu'alam

Anonymous
March 3, 2013 at 9:24 PM

Taktik ini digunakan oleh Anwar Ibrahim sebab

1- Sabah adalah safe deposit UMNO, maka kekacauan di Sabah dan erosion kepercayaan rakyat kepada UMNO akan menguntungkan Anwar

2- Ada bukti Anwar bayar Misuari dan Penipu Sulu RM 10 million

3- Kemasukan secara sedikit dan mengumpul tenetra dalm negara musuh hanya dilakukan oleh mereka yg dah bias dgn ILLUMINATI...dan jangan lupa Amerika belajar dr Vietnam

4 PAS jadi agen dajjal kerana membernarkan pencerobohan ini berlaku dengan mempertikaikan konon kejadian sengaja diadakan utk political mileage UMNO dan Barisan

5 bagi saya sesiapa yg maseh menyalahkan pihak berkuasa makna sengaja bekerjasama dgn tentera dajjal utk menawan Sabah dan Malaysia...terimalah hakikat tenetra dajjal dah mendarat dgn bantuan orang Islam yang dungu

Abu Amir
March 5, 2013 at 12:50 AM

Kpd anon 9:24 jgn cuba menjadikan diri itu pencacai umno cukuplah tuduhan pemimpin kamu setiap hari dlm media massa. Org yg bersifat munafik memang tidak bole dipercayai. Kita hendaklah bersatu diatas nama Allah dan Islam bukannya bangsa kerana mereka yg berjuang atas bagsa bukan golongan pengikut Rasulullah SAW.

Terbukti mereka yg akan hilang kuasa sanggup lakukan apa sahaja utk kekal berkuasa. Perjuangan Islam bukan matlamatnya kemenangan semata tetapi keredaan Allah SWT lebih utama. Sesungguhnya hidup dan matiku hanya kerana Allah setiap kali solat.

Isu keselamatan negara jgn dijadikan mainan. Siapa yg bagi ic biru kpd org filipina? madey kutty ialah pengkhianat negara sebenar tetapi masih bebas kesana kemari menabur fitnah.

Utk selamat dunia & akhirat kembalilah kpd Al-Quran & hadis dibawah bimbingan ulama yg muktabar, InsyaAllah selamat.

Zaza
March 5, 2013 at 3:09 AM

kembalilah kepada Al-quran....harakah yang menjadi media utama parti pas pon sanggup memfitnah saudara seagama bila senang2 je kaitkan UMNO dengan MNLF..

Padahal yang dijemput UMNO adalah pemimpin MILF..lepas tu terus jadi pengecut padam artikel dan takda plak artikel mintak maaf...
Cai yang bajet memperjuangkan islam pon x amalkn islam dengan betul camna perjuangan tu nak berhasil?...

Terbukti Anwar sangat pandai mengatur strategi menghuru harakan negara...
Sejak 2008 siapa yang paling aktif ajak rakyat kucar kacirkan keamanan negara...

masih buta ke?..otak penuh taik?..

Anonymous
March 5, 2013 at 3:23 AM

Abu Amir,

Kamu berbicara tentang Al Quran etc etc, namun masih berfikiran sempit sampai memikirkan orang yang tidak bersehaluan dengan ideologi politik kepartian kamu itu adalah pencacai.

Nasihatkan diri kamu sebelum kamu nasihatkan orang.

Anonymous
March 5, 2013 at 7:19 AM

Sabda Rasulullah S.A.W:“Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Dlm politik ni,semua perangai buruk2 ni ada. Pas ka umno ka, ulama ka bukan ulama ka,semua akan ditipu syaitan/iblis/dajjal.. Sungguh ramai yg akan muflis.Benarlah sabda Nabi s.a.w ..Mlaysia ni nk jd mcm syria ka..?? islam lawan islam, muslim lwn muslim.. kafir gelak guling2

Anonymous
March 6, 2013 at 3:22 AM

Apa saja la korang gaduhkan ni.. asyik merungut tak abes2.. sampai ada orang luar cuba ceroboh perairan negara pon masih lagi nak tuduh menuduh..

Anwar la salah, mahathir la salah, parti pemerintah la, parti pembangkang la.. kate ada fakta la.. ada bukti la.. tapi kenapa tak di cegah terlebih dahulu jika benar ada kesemua bukti2 tu.. semua nak tegakkan kepercayaan masing2, tapi kedua2 nampak tak meyakinkan.. makin meluat adalah..

Semua manusia tak kira bangsa yg percaya adanya tuhan, tahu cerita berkenaan syurga dan neraka.. nak masuk syurga kena buat perkara yang baik2.. buat jahat je, pasti neraka tempatnya.. ringkas je ceritanya.. hihi.. jadi tuduh-menuduh ni dalam kategori mana yer.. baik ke jahat? Bila orang yang membaca jadi meluat pulak jatuh kategori mana.. baik ke jahat??

Manusia masuk syurga atas rahmat Allah.. bukan kerna amalan yg mereka buat.. laa.. bukan amal baik atau jahat la nak masuk syurga.. pasal rahmat la.. ahah.. mana pulak nak carik rahmat Allah ni.. adoii.. kemana pulak aku ni meraban nehhh.. dush dushh.. chow..

Anonymous
March 6, 2013 at 5:22 PM

Ya Allah jadikanlah aku dari golongan yang sedikit..

Anonymous
March 7, 2013 at 8:12 PM

HA....bab org islam sesama islam, bertikam lidah , benci membenci tu memang betul, lepas tu org 'lain' pulak yg seronok terguling-guling.Ha bab yg seronok guling2 ni memang nak kena. Silap haribulan aku takut depa tak cukup tanah nak lari!Jgn main2 kesabaran kita ada hadnya. OK anytime kita akan bersatu!

Anonymous
March 9, 2013 at 7:00 AM

Bertaubatlah semua...mari kita belajar memahami kandungan Al-Quran dan Al-Hadist...2 berita ni saja yg boleh kita percaya...sesiapa yg tdk ikut 2 perkara ini dialah pengikut syaitan yg bertopengkan manusia...Al-Quran dan Sunnah adalah penyelesaian segala masalah...kenapa hari ini ramai yg jahil dgn Al-Quran...Jahil tentang hadist...Inilah jadinya hari ini...HURU-HARA.....

Anonymous
March 9, 2013 at 7:22 PM

Abu amir,kamu cakap mencari keredaan Allah tapi tidakkah kamu fikir pemimpin yg memimpin sesebuah negara telah dipilih oleh Allah dan telah mendapat keredaan Allah.. kita ni hanya sebagai hamba je tapi yg menentukan adalah Allah.. dan kalau pas atau pembangkang tu betul2 ikhlas,kenapa Allah sampai sekarang tidak pernah merestui pembangkang atau pas memerintah? Kerana Allah maha mengetahui apa yg terbaik untuk hambanya dan maha mengetahui apa yg akn berlaku dimasa akan datang yg kita semua tak tahu..

Anonymous
March 12, 2013 at 12:38 AM

Sapa yang ada hubungan yang PAling rapat dgn kaum freemason dan illuminaty kalu buka anuar ibrahim. Memang sedih bila pas yg islam tu jd pak turut anuar. Tapi tu le realitinya. Sorry

Anonymous
April 6, 2013 at 1:28 AM

INI UNTUK SEMUA

SIAPA MAHATHIR
http://bantahan.tripod.com/transkrip.htm...

SIAPA NAJIB
http://www.malaysia-today.net/archives/archives-2008/13997-manifesto-dato-seri-mohd-najib-tun-razak......

Anonymous
April 6, 2013 at 1:30 AM

NAJIB

1980 - kini
Ahli Kehormat FreeMason Malaysia

Anonymous
May 8, 2013 at 6:30 AM

Ahli freemason najib dh 3 4 kali pi umrah!Anwaq masa jadi tpm saja pi haji.La ni tak berani pi sbb banyak salah kot?Sabda Nabi Dajjal tak dpt masuk mekah dn Madinah sbb dijaga oleh Malaikat diempat penjuru negara.Dajjal kecil atau Besaq masuk,pancung kepala.Subahanallah!!!Sabda Nabi ada betulnya!!!!

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger