Total Pageviews

Hampir MATI



salam.

Pernah kah kita mendengar frasa yang di sebut 'near death experience'? Pengalaman hampir mati. Di internet, kita boleh dapati pelbagai cerita dan kisah pengalaman mereka yang terlibat dalam kemalangan dan penyakit yang hampir meragut nyawa mereka.

Ada di antara mereka bercerita mengenai memasuki lorong cahaya atau di temani orang yang sudah tiada ke dunia yang lain. Ada yang pernah melihat dirinya sendiri tika kecil seperti dia sedang bermimpi. Tetapi, baru-baru ini, sainstis telah menemui jawapan kenapa perkara itu terjadi.

Saintis telah melakukan kajian terhadap tikus yang hampir nazak dan scan otak mereka tika tikus itu sedang menghadapi skaratulmaut. Mereka dapati, terdapat aktiviti yang sangat aktif tika tikus itu sedang nazak. Ini menafikan terus tentang fakta mengenai bila seseorang itu hampir mati, otaknya tidak berfungsi.

Penemuan mereka itu seterusnya mengiyakan bahawa, walaupun telah hilang nyawa, tapi ada tenaga aktif yang meliputi seseorang yang sedang nazak. Adakah itu yang di kenali sebagai 'tenaga yang bijak'? Jika ia di kaitkan dengan kajian paranormal, tenaga aktif ini sering diami tempat-tempat terakhir mereka mati. Jadi, apakah tenaga aktif ini adalah 'memori' seseorang yang telah mati? ROH sudah pasti kembali pada tuannya, tetapi apa sebenarnya terjadi pada seseorang yang telah mati?

Agama ada menyatakan bahawa seseorang yang mati akan bertukar alam. Samada kuburnya jadi tempat seksaan atau taman-taman syurga. Jadi, adakah seseorang yang HAMPIR MATI tadi, di bawa ke tempat berkenaan untuk di jadikan iktibar?!


Jika di ceritakan tentang hampir mati, saya juga pernah. Peristiwa pertama berlaku hampir 15 tahun yang lepas. tika sedang saya bermain badminton, tiba-tiba saya terjatuh tapi tika itu saya masih okey. Kemudian saya berehat. Sedikit demi sedikit, saya kesejukkan. Peluh dingin mengalir laju walaupun masa itu tengah panas. Wajah saya pucat. Kawan-kawan tanya, saya okey atau tak? Saya kata, saya okey. Tapi, entah bila, pandangan saya hitam sehitamnya. Saya dengar suara rakan-rakan tika itu menjerit-jerit tapi tak pasti apa yang di sebutkannya. Kemudian, saya nampak cahaya. Terus saya berkata 'cantiknya'... Dan bila tiba di suatu situasi, saya melihat cahaya seperti percikan berlian. Saya berkata; 'inikah syurga'? Sedang elok saya berkata gitu, saya terus tersedar. Mereka kata saya pengsan seketika. Saya jadi hairan, bila msa saya di angkut dan di selamatkan.

Peristiwa seterusnya terjadi hampir 7-8 tahun lepas. Saat saya menonton TV, tiba-tiba kawasan rumah kami kena petir. Percikan petir tu terkena TV yang saya tonton itu.Akibat dari itu, kepala saya terhentak ke dinding dengan sangat kuat. Saat itulah pandangan saya hitam. Dalam keadaan itu, tiada suara, tiada pandangan, tiada cahaya.. kosong sekosongnya. Tapi saya yakin, saya wujud tika itu. Hanya saya seorang. Tiba-tiba, saya sedar balik, lihat ibu saya berlari keluar melihat apa yang sedang berlaku. Walaupun saya terasa lama di dalam ruangan kosong itu, tapi sebenarnya ia baru berlaku 2-5 saat saja di dunia ini.

Tapi, kejadian yang saya alami tidak sehampir pengalaman mereka yang pernah kemalangan atau di timpa penyakit. Mereka benar-benar hampir sakaratulmaut. Mungkin saya sekdar pengsan saja. Tapi,kejadian seperti itu sangat berharga buat saya demi memahami misteri kehidupan dan kewujudan.

Jika anda punyai pengalaman, silalah berkongsi dengan kami. Mungkin kita akan dapat kefahaman tentang kehidupan dan hakikat sebuah kematian. Yang penting, hargailah semua yang kita sayangi saat kita dan mereka sedang hidup di dunia ini. Ar-rahman- Ar-rahim. Wallahualam
Share this post :

+ comments + 3 comments

September 20, 2013 at 2:10 AM

Pengalaman lemas.apa yang saya nak kongsikan adalah apabila kita berada diambang maut, masa yang hanya 2-5 saat seakan berlangsung selama 2 jam.

Blumorph
September 20, 2013 at 2:49 AM

Sewaktu saya berumur 9 tahun, saya hampir lemas di dalam sungai. Anehnya, sungai ditempat saya bermain itu adalah cetek. Sewaktu saya duduk dalam sungai dan bergurau senda dengan makcik saya...tiba-tiba saya rasakan tubuh saya tenggelam dan saya tidak dapat merasakan base atau foundation dalam sungai itu, seolah-olah tanah dlm sungai itu seperti selut...kaki saya seperti disedut kedalam. Saya hanya mampu melihat keatas permukaan air dan kelihatan bulatan cahaya dari matahari. Pada waktu itu saya tidak mampu melakukan apa2...kecuali hanya ingat untuk membaca Bismillahirrahmannirrahim di dalam hati. Sejurus saya membaca Bismillah...seperti ada kuasa yang menolak saya keluar dari sungai. Ketika itu, semua orang melihat saya seperti pelik, tapi tak seorangpun berkata apa2. Saya sendiri pada masa itu tidak mampu menceritakannya kerana saya juga merasa aneh dgn pengalaman itu.

November 3, 2013 at 9:02 PM

Salam tuan,
Saya merasakan pengalaman seperti ini. Cuma saya rasa ia hanyalah keadaan pitam. Ketika saya masih bujang, saya sering mengalamai pitam dalam beberapa ketika. Kadang ketika saya bersukan, mungkin terkejut sebab tidak warming up. Kadang kerana menanggung sakit yang bersangatan. Memang sama gambarannya seperti yg tuan sebut. Tak pernah fikir lebih jauh. Sampailah tuan sebutkan hari ini...

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger