Total Pageviews

SYAHID BUKAN SAJA BERPERANG

Berikut adalah copy paste dari blog Nescafe ais. Pada minggu ini, internet malaysia telah viral dengan kisah 30 orang yang hilang di Villa Nabila di johor. tapi akhirnya terbongkar bila seorang yang hilang itu rupanya telah lari bersama kawan wanitanya dan tidur di rumah kawan lelaki di kawasan tidak jauh dari Villa Nabila. Sedang 1 malaysia kerisauan, rupanya budak lelaki itu sedap lepak di rumah kawannya. Apapun, jika anda ada idea gila, jangan buat orang ramai jadi gila kerana anda. Kelak, 1 malaysia tidak akan percayakan anda lagi bahkan 'troll' anda kembali untuk sepanjang hayat anda.

Dalam kisah itu juga, telah viral 1 video tentang seorang pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Turki lantas di kebumikan di suatu tanah perkuburan yang menempatkan ahli syahid dan juga pendakwah hebat tika dulu. Pelajar itu berkata dia mahu mati syahid, dan benar, dia mati syahid demi menuntut ilmu dan sampaikan dakwah.

Berikut adalah copy paste itu:-

"Siapakah Ahmad Ammar Ahmad Azam? Mungkin ramai yang tertanya2 tentang siapa pemuda yang dimaksudkan. video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial.
Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu di sana.
Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.
Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.
Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.
Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke  kubur.
Sedangkan Ammar, cuma salah seorang penuntut Malaysia yang berada di sana.
sss
Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid.
Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.
Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah. – Untuk mengenali siapa Ammar ni sila kunjungi laman blog ini:-saifulislam.com"


Berikut  adalah komen-komen yang berlegar tentang video di atas:-

Zaimah Ihsani ·  "mak sedang menenangkan seorang wanita yang baru kehilangan anak". Sedangkan beliau sendiri baru kehilangan anak...Allahu Akbar....

Abe Wa · sbb itu wajibnye kita menuntut ilmu berguna....lebih2 lagi ilmu agama dan sebar, dakwah kpd diri sndiri, keluarga dan org lain samada dlm bentuk ucapan dan tulisan beserta niat da ntujuan ikhlas krnNYA..aminn

ANon . Kita pergi nanti belum tentu orang sudi nak usung jenazah kita. Apatah lagi didoakan para ulama, jauh sekali berpeluang bersemadi dekat sekali dengan sahabat Rasulullah SAW sehebat Abu Ayyub Al Ansari. Benarlah, Husnul khatimah hanya bagi bagi orang-orang yang bertakwa dan menjaga habluminAllah wa habluminannas. 

 Jadi, berjihadlah dengan mencari ilmu dan memperbaiki akhlak. Luaskanlah kemanusiaan agar dunia ini kembali aman. Perang bagi saya, bukanlah jalan terbaik. Tapi ilmulah yang dapat membentuk peribadi manusia ke arah yang lebih sempurna. Wassalam



Share this post :

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger