Total Pageviews

channeling experiment

salam...

maaf kali ni saya nak beritahu apa yang telah saya lakukan sejak akhir-akhir ini. Orang kata, ilmu tanpa amal itu sia-sia dan amal tanpa ilmu itu bodoh namanya. Jadi, di sebabkan saya tak mahu jadi antara golongan itu, maka, saya cuba untuk menyelongkar dan membuat kajian sendiri (dan rakan-rakan) dalam ujikaji bidang spiritual dan universal energy.

Saya tahu, di luar sana terdapat ratusan atau ribuan yang mengetahui tentang ilmu kebatinan dan spirtual dan saya yakin, tak ramai yang mengetahui ilmu itu dan tidak berusaha untuk membantu bangsa melayu yang sudah lupa ini serta islam.

Jadi, saya telah mengunakan 'bakat' saya dan ilmu saya untuk melakukan ujikaji yang di panggil Channelling.

Dalam wikipedia, Channelling/mediumship bermaksud:-

Mediumship is the term used to describe a form of communication with spirits.[1] It is a practice in religious beliefs such as Spiritualism, Spiritism, Espiritismo, Candomblé, Louisiana Voodoo, Shambala and Umbanda. While the Western movements of Spiritualism and Spiritism account for most Western news-media exposure, a majority of African and African-diasporic traditions include mediumship as a central focus of religious practice. The existence of spirits (and subsequently the ability of people to communicate with them) is not supported by scientific consensus.

Ujikaji ini amat berisiko jika tidak memgetahui bagaimana dan tanpa kawalan. Jika tersalah jalan, maka jasad itu mungkin akan mengalami 'menurun' atau 'kerasukkan'. Dek kerana itulah, ujikaji saya ini beserta dengan keadah sufism dan kawalan dari rakan-rakan yang memahami ilmu kebatinan, ilmu tenaga minda, sufism dan sedikit dari ilmu islamiyah syariah.

Ujikaji ini bertujuan untuk:-

-untuk mengetahui bagaimana peramal2 dahulu mendapat data (selepas pintu langit di tutup dan iblis/syaitan tak leh access info dari 'langit')

-untuk mengetahui sejarah yang mungkin sukar untuk di lalui di waktu semasa

-untuk memahami sejauh mana kemampuan manusia dlm rahsia alam

- untuk mengetahui tentang maklumat yang di dapati tu datang dari sumber yang benar atau minda yang trigger atau datang dari sumber negatif (setakat ni, sukar untuk sumber negatif dtg sebab sumber negatif seperti syaitan dan iblis sukar untuk menembusi 'diri' jika di isi zikurallah...tapi azazil mampu. jadi kena berhati2)

-untuk gather orang2 yang berkemampuan untuk channeling juga agar dapat proven each other

dan antara methodoly saya gunakan ialah (setakat yang di ketahui):-

- meditasi dan biarkan jasad kosong lalu membawa minda ke arah 'data' yang saya mahu ketahui itu.

- kosongkan minda dan tenangkan jiwa sambil berzikir lalu biarkan universal energy melalui diri anda dan tangan akan bergerak dan menulis sebarang data yang melalui kita ibarat mesin fax. (method ini memerlukan bakat)

- keadah menurun yakni memanggil spirit-spirit tertentu. keadah ni amat berbahaya dan tidak di galakkan. Saya tak gunakan cara ini.

- dream surf. Yakni kosongkan diri lalu jasad akan mencapai tahap jaga-tidur dan minda akan membawa kepada data yang ingin kita ketahui (setakat ini saya tak gunakan cara ni sebab saya mudah zzz)

Setakat ini, ini adalah hasil dari ujikaji saya (tidak di pastikan sehingga ada orang dapat claim data yang saya perolehi ini adalah benar):-

- perihal jantung bumi (sebuah benua besar yang merangkumi japan, nusantara dan australia dll) yang berpecah dan jadilah benua yg ada sekarang

- asal keturunan 'melayu' ialah dari seseorang bernama mudhor yang link dengan habil anak adam...

- wajah asal 'melayu' ialah, bermata biru, berkulit sawo matang, berambut ikal, bertubuh kecil tapi kuat, suka menyanyi dan mempunyai sense yang kuat dgn alam.

-bangsa mudhor ni menduduki alam melayu (tanah tidak bertuan dan ada perjanjian, 'makmur bumi, makmur bangsa')..selepas tu, sedikit demi sedikit tamadun bangsa 'melayu' ni bangkit dan seluruh bangsa lain dtg untuk bersatu di tanah melayu ni.

-kemudian, berlaku 'bencana' yang menyebabkan tanah melayu (benua asia/jantung bumi yang besar) berpecah dan menjauhi sama lain.

-tapi, satu tanah mesti jadi jantung, jadi tanah melayu yang ada sekarang adalah wakilnya. di sinilah persatuan bangsa tu terus berlaku even masa sekarang.

-akan berlaku banjir di beberapa negeri akibat dari fenomena gerhana dan gempa bumi di beberapa negara dunia (mungkin mengakibatkan tsunami kecil).

Selain itu, ini pula hasil dari orang yang membuat ujikajinya sendiri:-

dari forumer bernama anak bukit gantang:-

waktu , bawah alpha level frequency, saya nampak selat Melaka kering, dan yg tinggal adalah sungai besar.Tanah Sumatera telah berhubung dengan Semenanjung Tanah Melayu, dari angkasa nampak macam a big giant heart :- Nusantara?
Apapun pertanyaan saya sebelu masuk dreamsurf adalah apa akan berlaku bila meteorite jatuh ke bumi?

Amalan saya adalah Al Fatehah dan tawasul, dan teruskan dzikir dalam keadaan suci..
Mengikut kajian geologi, tectonic plate indo sedang berlaga dengan tectonic plate austrolasia (di mana Indonesia, Malaysia, Australia berada) Himpitan pada tectonic plate ini menyebabkan sebahagian Sumatera dekat Acheh telah mulai tenggelam dan bahagian lain Sumatera yg dekat dgn Malaysia spt Medan mulai timbul "new land masses"

Oleh itu, lama kelamaan, new land masses akan semakin membesar dan mungkin wujud pulau -pulau kecil (atol?) "menyambung" Sumatera dan Semenanjung Malaysia..but it will take another million of years to happen, unless there is a big pressure from out of the worl to hasten the impact-like meteorite?Care for a new chanelling/ dreamsurf? It is part of the neurolinguistic programming and islamic course that I am taking under a qualified and trained , muslim NLP Trainer.bukan senang nak buat chanelling, kena dalam keadaan diri suc dari hadas!

silap haribulan, jika tak kuat/ tak suci kena rasuk dgn benda tu, so tu sbb anugerah yg diberikan diguna waktu perlu sahaja. Jika dibuat sesuka hati, atau hantar energy sesuka hati nanti energy yang dihantar tu tak pure, bersama negative energy si penghantar, ada site effect pada sipenerima. Begitu juga chanelling, nak buat kena diri pure/ bersih supaya kita pun tak kena contaminated dengan energy yang tak baik....dan contaminated orang lain in the process....so chanellin g utk JW Marriot iJakarta is not in my agenda.....Pernah sekali, masuk group Lemuria- saje suka suka, ada mat salleh spiritual hantar "positive energy" dia .............lepas tu semua dlm group tu berkelahi sesama sendiri...itu akibat yg nyata..bagaimana dengan yg tak nyata?

kesimpulannya ialah:-

Ia masih dalam peringkat awal. Kami cuma nak ketahui bagaimana method ini boleh memberi inspiration pada beberapa orang spiritual terkenal seperti nostradamus, edge cacye, mother teresa, ibnu arabi, dan beberapa orang sufi. Jadi, kami ingin mengetahui bahawa data ini berpunca dari mana dan kini kami dapati kebanyakkan data ini memang dari sumber yang di yakini (mungkin akashic record) dan universa itu sendiri. Jin, iblis dan syaitan tak dapat memberi data-data ini kecuali manusia mengunakan medium spirit dan membiarkan jin, iblis dan syaitan menguasai data access itu lalu manipulasi penerimaan itu.

Jadi, saya dapat simpulkan bahawa, manusia memang dapat menerima data secara direct dari universe (seperti haiwan yang tahu bencana-bencana bakal berlaku dan sebagainya) dan kebanyakkan manusia mengunakan medium jin,syaitan dan iblis untuk menerima informasi itu. Cara itu tidak betul kerana jin,syaitan dan iblis mampu untuk memanipulasi data itu dan memberi informasi salah pada manusia. Dek kerana itulah ramalan tidak di benarkan dalam islam.

Apapun, saya akan teruskan ujikaji ini dan saya berharap benar jika suatu hari nanti, akan tertubuh satu badan atau organisasi untuk mengkaji tahap pengunaan spiritual secara saintifik serta moden demi memangkin sebuah ketamadunan baru (pihak barat sedang mencuba teknik ini dan bangsa nusantara maih tidur lagi..apa nak jadi laa).

Sehingga itu, ini hanyalah monolog sendirian saya dan saya tidak memerlukan orang untuk mempercayai atau tidak artikel saya kali ini. Cukuplah apa yang saya bebelkan kali ini khas untuk mereka yang mengetahui. wassalam
Share this post :

+ comments + 10 comments

Anonymous
July 21, 2009 at 10:03 PM

salam...

untuk pengetahuan saudara,ada manusia2 yang boleh melakukan perkara yang saudara ceritakan tue...janganlah berputus asa dengan mengatakan orang barat tengah bangunkan satu organisasi atau seumpanya semata2 untuk mengkaji hal2 mistik..sebenarnya ada ramai orang melayu yang boleh wat menda nie cuma x nak xposed kan diri..lagipon ilmu2 camni maner bleh tunjuk kat orang..BAHAYA BRO..lagi satu menda2 nie hanya boleh digunakan pada saat2 yang penting sahaja,ianya tidak boleh digunakan sesuka hati.TIDAK SEMUA ORANG MELAYU TIDUR,bro..memang sifat melayu itu sebati dengan ISLAM,so sekaligus menyebabkan orang melayu xkan buat seperti orang barat yang bodoh,buat organisasi atau seumpamanya semata2 nak cari menda mistik nie..LOW PROFILE BRO..WATPER NAK WAR-WARKAN MENDA2 YANG MENJADI ANTARA RAHSIA2 ALLAH...dalam masa yang sama orang barat buat tue semua kadang2 sebagai propaganda untuk menakutkan manusia kat dunia nie bahawa dorang hebat dari segi zahir dan batin.tapi hakikatnya poyo jer semua tue.orang2 yang jahil jer yang percaya kat dorang semua..

July 22, 2009 at 1:16 AM

salam...

terima kasih kerana memberi pendapat. sengaja saya ungkitkan perkara ini biarpun saya sudah tahu mengenai ada segolongan individu sedang mengamalkan keadah spiritual ini untuk menjaga keselamatan bangsa.

matlamat saya dalam ujikaji ini ialah, apakah maklumat yang di perolehi ini adalah dari sumber yang boleh di percayai.

dan dari situ, apakah ada cara untuk upgrading spirtual ini kepada bentuk fizikal agar teknologi berbentuk spiritual akan memberi impak yang besar pada bangsa dan agama.

apapun, ini adalah ujikaji semata2, dan mungkin ada orang di luar sana yang sudah sedia maklum mengenai ini dan saya berharap, dapatlah kita membuat sesuatu demi memangkin bangsa dan agama...

sekian

July 22, 2009 at 8:17 PM

akum,
sapa cakap plak melayu dari mudhor ni... setahu aku, baca riwayat lama dari kitab jawi... asal usul jawi itulah melayu, jawi ialah anak nabi ibrahim a.s. dari perkahwinan dgn puteri raja harran. bukan dari china atau india...bukan jg org asli... sekian... makasih

July 22, 2009 at 11:18 PM

kepada abqariat...

dari mudhor ni adalah hasil dari ujikaji ini. jadi, ianya bukan 'proven' lagi. kerana tu saya perlukan orang lain untuk proven ujikaji ini.

apa yang saya faham dari ujikaji ini, mudhor ialah anak cucu dari susur galur habil. ianya 'origin' of nusantara. dan kemudiannya, datang bani jawi dll sehingga terbitnya 'melayu' (bangsa campuran).

apapun, ianya adalah dari hasil ujikaji dan masih di peringkat 'raw' data. wassalam

p/s: teori anda mengenai bani jawi juga kali pertama saya dengar. apapun terima kasih kerana sudi berkongsi info.

July 23, 2009 at 12:23 AM

owh lagi satu...

ada baiknya saya beritahu antara hasil channeling yang berlaku ketika dulu (yakni sebelum saya announce pada FAB)...
antaranya ialah:-

-kewujudan 'baladewa' yakni jentera ketenteraan kuno
-kewujudan 'keris naga' yang leh trigger 'bakat' atau potensi seseorang kepada 'realization'
-new world map..yakni byk 'tanah' baru akan muncul
-ada 'banjir' besar tapi dont know how, when and where

p/s: rasanya, antara ujikaji ni ada yang 'terrr' campur sedikit info dari minda sedar..apapun, it just experiment.

July 23, 2009 at 7:56 PM

Imam Bukhori ketika memperkatakan Nasab Rasulullah SAW menyatakan: Muhammad ibni Abdullah ibni Abdul Muthalib ibni Hasyim ibni Abdu Manaf ibni Qusoai ibni Kilab ibni Murrah ibni Ka’ab ibni Lu’aie ibni Ghalib ibni Fihr ibni Malik ibni Nadhir ibni Kinanah ibni Khuzaimah ibni Mudrikah ibni Ilyas ibni MUDHOR ibni Nizar ibni Ma’add ibni Adnan

Anonymous
July 24, 2009 at 3:42 AM

salam..
boleh bagi tips yg lebih lanjut..

-kondisi meditasi macammana
-berapa lama
-zikir apa yg digunakan
-dalam keadaan apa baru boleh buat saranan utk tahu jawapan
-macam mana nk SUCCES dlm meditasi
-sudah berapa lama anda berlatih(saya org baru dlm meditasi)

July 24, 2009 at 11:50 PM

terima kasih pada tengku hadi...jadinya, MUDHOR ni memang wujud...tapi apa lak kaitannya dgn melayu...ha3, saya pula yang pening...

kepada anon 3:42am

-kondisi meditasi macammana
j: lebih baik keadaan sunyi, ada cahaya sedikit (jgn gelap, setan suka) dan tanpa ganguan

-berapa lama
j: terpulang pada individu. saya agak susah sikit nak meditasi sebab saya ada gejala 'mind talking' yakni minda suka bercakap2 tanpa control..ha3, search google pasal ni...kalau saya, dalam 1 jam juga laa..lama beb

-zikir apa yg digunakan
j: terpulang..asalkan jangan syirik sudah. tapi for beginner, rasanya ALLAH ALLAH pun memadai..zikir just sebagai focus tool..dan penenang diri kalau ada 'attack' dari benda negative.

-dalam keadaan apa baru boleh buat saranan utk tahu jawapan
J: terpulang pada method. saya selalu guna method 'biarkan data melalui diri dan tgn akan bergerak sendiri untuk tulis'..bagi yg tahu, faham la depa pasal ni. method saya ni tak perlu meditasi tapi perlukan kawalan yg agak rapi gak laa sebab kita tak mau benda negatif yang bawak 'tangan' kita tu. kalau method 'diri masuk ke dalam data dan visual secara maya'..masa tu juga anda akan tahu jawapan kepada persoalan anda tu.

-macam mana nk SUCCES dlm meditasi
j: meditasi ni agak sukar nak tahu tahap2nya..ia bergantung pada latihan. jadi, saya cadangkan pada anda..kerapkan buat latihan..insyallah berjaya.

-sudah berapa lama anda berlatih(saya org baru dlm meditasi)
j: saya dah berlatih sejak sekolah menengah (dan sekarang saya kat U)..bygkan lamanya..tapi ia terpulang pada seseorang tu..saya ni payah nak fokus, sebab tu lambat.

Anonymous
July 25, 2009 at 2:30 AM

thanks...

sya dlam couse pengajian islam kat luar negara.

sya melalui jalan yg sukar dalam bidang ini .pernah dituduh sesat setelah ADA yg menjumpai bahan kajian sya .sya dikenakan dgan pelbagai dalil.tidak ada keupayan paranormal melainkan
-karamat
-sihir
-maunah
dan sewaktu dgn nya
(sya kalah pd waktu itu)

saya tak tahu kenapa saya dapat kepercayaan ini,sangat mendalam dlam hati.

sya doakan aiz terus maju .

December 10, 2011 at 5:13 PM

salam

saya tidak tahu ingin bertanyakan kepada siapa lagi...

adakah tuan mampu memberi pertolongan ilmu kepada saya perihal parallel universe, atau dunia selari atau masa selari dll lain2 terma..

Saya terasa macam ada hubung kait dengan qada' dan qadar.. dan saya pernah terdengar dalam haids, tatkala Malaikat ingin menulis nasib umat nabi Muhammad, Allah berfirman agar dihentikan supaya diberi sendiri kepada baginda dan umatnya.

Pertolongan saudara amat saya hargai dan Allah jualah sebaik2 pembalas...

wasalam

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger