Total Pageviews

channeling experiment ver.2

salam...

Pertama sekali saya minta maaf kerana lambat untuk update dan saya mengunakan bahasa 'rojak'. Ia sesuatu yang memalukan dan kelihatan tidak profesional. Tapi, jika saya tidak mengunakan perkataan atau terma dalam bahasa inggeris, orang tak akan faham. Apapun, saya kena berlatih untuk jadi lebih profesional lagi kerana di luar sana, ramai yang melihat kadar profesionalisme kita dalam menceduk informasi. Jika tiada pangkat atau ijazah dalam bidang tertentu, maka kita akan kelihatan 'haprak' dan 'kosong' biarpun informasi kita bertaraf A+++.

Apapun tinggalkan ngomelan itu. Untuk kali ini, saya mahu meneruskan mengenai 'channeling' ini. Mungkin ramai yang kurang faham maksud 'channeling' ini.

'Channeling' ini ialah, "proses memindahkan data dari sumber-sumber tertentu yang tidak dapat di analisa kepada medium/pengantara tertentu untuk di 'suara'kan dalam cara-cara tertentu".

Secara ringkasnya, 'channeling' ini ialah satu keadah untuk mendapatkan sesuatu informasi atau data lalu di leraikan menjadi 'ayat' atau 'kata-kata' yang mudah untuk di fahami. Ia di ibaratkan 'frenquensi' radio yang abstrak dan di terjemahkan kepada alat yang kita kenali sebagai radio atau television. (frenquensi di 'tangkap' oleh radio maka keluar suara sahaja, kalau televisyen keluarlah pancaran 'maya').

.......................................................................................................................................................................


PERMULAAN UJIKAJI

untuk memulakan ujikaji, anda perlukan perkara-perkara berikut:-

1-Tempat yang tenang.
2-Jangan cari tempat yang gelap akan tetapi biarkan adanya cahaya sedikit kerana kegelapan adalah medium terbaik entiti negatif untuk membuat onar
3-Pasang ubat nyamuk kalau tempat anda banyak nyamuk. Ini tidak mahu ada entiti penghisap darah mengacau anda. Bukan cik pon ya...
4-Sembur sedikit wangi-wangi untuk membangkitkan rasa tenang serta tidak lekas 'gabra' jika ada wangian yang entah dari mana 'mengunjungi anda'.
5-Untuk tambah konstrasi anda, pasanglah mp3 al-quran atau apa-apa saja lagu untuk tenteramkan diri anda
6-Ambil wuduk jika anda seorang muslim. Ini untuk menjadi 'penjaga' anda. Ingat, air adalah satu medium yang mampu melintasi 'semua' dimensi.
7-Duduk mengikut keselesaan anda. Kadang-kadang saya baring saja sebab kaki saya cepat lenguh.
8-Berzikir untuk menambah keyakinan dan kententeman anda.
9-Elakkan kenyang yang melampau dan rasa mengantung yang dashyat kerana ia akan membuatkan anda mahu tidur serta membantutkan ujikaji anda
10-Jika membuat ujikaji ini secara berteman atau berkumpulan, minta semuanya senyap dan saling menjaga satu sama lain.
11-Lekas-lekas tulis apa-apa data yang di perolehi selepas tamat ujikaji.
12-Momohon perlindungan dariNYA selepas ujikaji kerana mungkin ada entiti kurang senang dengan ujikaji ini. Ingat, entiti jahat tidak berupaya menjejaskan anda kerana kita manusia, lebih hebat dari mereka.
13-Jika ada ganguan selepas ujikaji, sentiasalah berzikir dan mohon perlindungan dariNYA. Dapatkan juga bantuan dari mereka-mereka yang pandai dalam ilmu kejiwaan dan ketuhanan.

........................................................................................................................................................................


KEADAH DAN PENERANGAN

"ALLAH, tidak ada tuhan melainkan DIA yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (ciptaanNYA), tidak mengantuk dan tidak tidur.KepunyaanNYA apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafaat di sisiNYA. ALLAH mengetahui apa-apa yang ada di hadapan dan belakang mereka dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu ALLAH melainkan di kehendakiNYA. Kursi ALLAH meliputi langit dan bumi dan ALLAH tidak berasa berat memelihara kedua-duanya dan ALLAH maha tinggi dan maha besar"
Al-baqarah ayat255 (ayatul qursi)


Pada artikel lepas, saya telah nyatakan tujuan ujikaji ini, maka tidak perlulah saya terangka lagi, tapi untuk kali ini, saya mahu 'update' method atau keadah dalam ujikaji ini. Antara keadah yang telah saya gunakan dan ketahui (hasil dari maklumat rakan-rakan):-

1-MENURUN/DOWNLOADING
keadah ini sebenarnya telah di guna pakai oleh para dukun atau bomoh sejak dulukala. Menurun ini adalah dengan cara menyeru spirit-spirit tertentu dan memasuki tubuh untuk memberitahu tentang sesuatu maklumat atau membantu si medium/pengantara dalam melakukan sesuatu kerja. Ini adalah satu cara mengizinkan tubuh di masuki sesuatu. Keadah ini amat bahaya dan syirik jika percaya bahawa ada kuasa yang lagi hebat dari ALLAH s.w.t. Kami tidak mengunakan cara ini untuk mendapatkan data kerana ianya ternyata dari entiti-entiti ghaib.

2-MENEMBUS / TRAVELING
Keadah ini mengunakan cara 'mind calming' yakni membenarkan tubuh memasuki tahap delta (separa tidur) dan fokus kepada matlamat yakni data yang ingin di ketahui itu. Jika ada keizinan, maka jiwa orang tersebut akan 'melayang' dan 'pergi' kepada data tersebut. Seperti contoh, jika dia ingin mengetahui keadaan zaman melayu melaka, maka dia akan 'mimpi' zaman tersebut seolah-olah dia mengalami 'lucid dream' yakni mimpi yang boleh di kawal. Tapi kadangkala, anda biarkan saja jiwa anda membawa minda bawah sedar itu kerana mungkin ada kejutan untuk anda nanti.
Keadah ini adalah antara yang pertama saya ketahui secara detail. Ianya hasil dari kajian seseorang untuk 'menyelidiki' kejahatan dajjal dan sekutunya. Ternyata keadah ini berjaya dan amat berbahaya sekali jika salah 'landing'. Maksud saya, jika seseorang itu tidak kuat tahap spiritualnya, maka mudah saya dia di manipulasi oleh entiti negatif. Memang banyak yang telah di ketahui oleh orang ini akan tetapi tak semua kuat untuk 'melihat' kejahatan itu. Untuk mencapai keadah ini, mp3 al-quran mungkin berguna untuk 'mengawal secara separa sedar' apabila jiwa orang yang menembus itu melayang-layang entah kemana. Saya masih kurang mahir dalam keadah ini, jadi ini bukan keadah terbaik untuk saya. 'Pin point' kepada keadah ini ialah 'tempat' dan 'masa'.

3-MENYAMAR / TAJJALI / HACKING
Saya tidak tahu terma yang sesuai untuk keadah ini, tapi mungkin ia seperti yang di gambarkan. Keadah ini memerlukan kita untuk 'mind calmning' dan mungkin cara meditasi berguna untuk ini. Kemudiannya, fokus kepada siapa yang mahu anda 'curi' memori itu. Andai contoh, anda mahu 'merasakan' kehidupan sebagai perdana menteri untuk seketika. Jadi, anda perlu tenteramkan akal, jiwa dan hati anda. Benarkan data/info melalui anda (anda akan terdetik sesuatu di hati dan jangan sesekali fikirkannya, kerana itulah sumber yang di izinkan kepada anada biarpun ia kelihatan pelik sedikit). Keadah ini amat menarik kerana ia membenarkan anda mengumpul data dengan cara 'mencuri'. Tapi, tidak mudah untuk menguasai keadah ini kerana ada di antara orang yang anda mahu 'curi' data itu ada penjaganya. Kepada yang faham, maka fahamlah. Apapun, keadah ini 'pin pointkan' kepada 'orang'.

4-TANGAN TULIS / WRITING HAND
Kelakar bunyinya untuk terma keadah ini tapi itulah yang terjadi. Keadah ini sama seperti permainan 'coin of spirit' itu. Sesuatu entiti atau universal energy akan melalui anda dan membawa tangan anda bergerak sendiri. Mudah untuk di fahami bukan. Terdapat dua cara untuk mengetahu samada tangan yang bergerak sendiri itu adalah hasil dari entiti seperti jin atau tidak. Caranya ialah, seandainya anda dapat merasakan tangan anda seperi di sentuh atau di pegang, anda sedang di dampingi jin atau roh. Tapi jangan risau, tidak semua jin atau roh jahat. Mungkin mereka ingin membantu anda atau mahu di bantu. Apapun, cara ini tidak di galakan untuk mereka yang mudah seram, panik atau kerasukan. Bagi universal data pula, ia adalah terus dari memori alam (alam juga mempunyai memori). Saya mengunakan keadah ini sejak dari dulu hingga sekarang dan tidak risau perihal sumber yang datang itu lagi. Insyallah.

5-MIMPI / DREAM SURF
Keadah ini mungkin 'common sense' untuk kebanyakkan orang. Tapi, tahukah anda, bahawa sejak dari zaman dulu kala, ada orang mendapat informasi dari mimpi-mimpi mereka. Hal ini bukan berlaku pada bangsa ini saja akan tetapi hampir di seluruh negara. Keadah ini adalah dengan cara 'mind calming' dan membenarkan info melalu anda sewaktu anda sedang mencapai tahap delta (separa sedar). Jika ada keizinan, anda akan dapat melihat 'whole picture' sewaktu di dalam mimpi anda itu.

6-MATA HATI / VISUALIZATION
Keadah ini ialah dengan pejamkan mata dan tenteramkan akal, jiwa dan hati anda. Biarkan hati anda 'bersuara'. Jangan persoalkan mengenai data yang datang itu dan rasai apa yang sedang datang itu. Bila anda telah 'fana', mungkin anda akan dapat melihat apa yang berlaku. Keadah ini sama saja dengan keadah 'menyamar' akan tetapi ia lebih kepada mengumpul data mengenai 'suasana' dan 'perkara yang sedang terjadi'. Saya mengunakan cara ini untuk memahami data yang telah saya dapat dari keadah 'tangan cetak' itu.

7-SENTUH TAHU / KNOWING
Keadah ini kelihatan fantasi akan tetapi itulah yang terjadi. Kepada sesiapa yang pernah menonton filem 'push', anda akan tahu keadah ini. Keadah ini ialah, anda akan mengetahui sesuatu data itu dengan hanya menyentuh atau melihat sesuatu perkara itu. Kebolehan ini amat hebat dan amat sedikit orang yang mahir.

DAN BANYAK LAGI METHOD YANG TIDAK SAYA KETAHUI. MUNGKIN ANDA BOLEH MENAMBAHNYA!?

.......................................................................................................................................................................


SUMBER-SUMBER DATA

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai kesahihan keadah-keadah ini. Sebelum tu, izinkan saya menerangkan mengenai sumber-sumber data dari aktiviti ini. Berikut ialah sumber-sumber yang di kenal pasti:-

1-ENTITI
Entiti bermaksud sesuatu 'jasad atau tidak berjasad' yang hidup serta bergerak dalam sesuatu kondisi. Entiti ini boleh kita maksudkan dengan jin, syaitan, iblis, roh, malaikat dan sebagainya.

2-UNIVERSE
Alam kita juga hidup seperti manusia. 'mereka' juga ada hati, memori dan roh mereka sendiri. Jika anda belajar sufi dan ilmu ketuhanan baik islamik atau tidak, anda akan tahu mengenai ini.
Jadi, universe ini akan memberi data kepada kita berdasarkan:-
A) Memori yang tersimpan di dalam sesuatu element seperti batu, hutan dan sebagainya
B) Petunjuk dari alam seandainya 'mereka' melihat kita ikhlas dalam mencari sesuatu. ia ibarat mereka bercakap secara terus pada kita

3-AKASHIC RECORD/LUH MAHFUZ
Saya tidak tahu terma ini benar atau tidak tapi yang pasti ia bersangkutan. Akashic record ialah satu perpustakaan alam yang entah di mana duduk letaknya dan ia menyimpan segala rekod atau data mengenai penciptaan alam sejak azali. Ia adalah terma dari budhaa/hinduism (dari perkataan sanskrit) dan kelihatannya sama 'fungsinya' dengan luh mahfuz. Data dari sini adalah 'pure' dan hanya hamba yang di izinkan dapat melepasinya. Dek kerana itu syaitan tidak mampu lagi untuk meramal. ha3

SUMBER SEBENAR SUMBER IALAH DARI ALLAH S.W.T JUGA.

.........................................................................................................................................................................


BERAPA PERATUSKAH KEBENARAN DATA DARI KEADAH-KEADAH INI?!

Saya tidak berani jamim peratusan kebenaran dari data yang anda terima itu. Mungkin hanya 70-80 peratus saja kebenaran itu. Ia perlu melihat pada siapakah yang menjadi 'medium' itu. Jika yang menjadi medium itu adalah orang hisap dadah, kita boleh katakan data mereka itu kurang di percayai kerana kita harus tahu, dalam sesuatu perkara itu, syaitan mampu menjadi wali berjubah akan tetapi datanya menyeleweng sama sekali.

Jika yang menjadi medium itu ahli sufi atau seseorang yang kita tahu tahap 'kebersihan' hatinya, maka, kita boleh anggarkan peratusan kebenaran itu mungkin dalam 80-90%.

Kemana lagi 10% untuk mencapai 100% itu?
10% itu adalah terletak dalam ilmu kerahsiaan. Kerahsian ini barangkali tidak boleh di hebahkan atau di ketahui oleh rakyat biasa. Bila dah kata rahsia, mahu bicara apa lagi?! Jika ia masih boleh di ceritakan biarpun orang mengatakan 'owh, itu rahsia'...maka bohong itu, kerana rahsia tetap rahsia. Rahsia itu berada tetap bersama pemegang amanah dan amanah itu adalah dari sifat-sifat rasul.

Saya pernah melakukan ujian ini kepada rakan saya. Dia benarkan saya untuk 'menyamar' sebagai dirinya dan harus mencari jawapan atas apa saja yang di tanya mengenai dirinya. Hasil dari itu, saya dapat menjawab hampir tepat setiap jawapan. Saya berharap ujikaji seperti ini dapat di buat dengan lebih detail lagi.
.........................................................................................................................................................................



MENGAPA SAYA CERITAKAN PERIHAL INI KEPADA KALIAN?!

Antara sebab utama ialah, saya tidak mahu rakyat asyik menyatakan bahawa jin setan itu lebih hebat dari manusia. Bila hal itu terjadi, kita menjadi 'hamba' kepada mereka. Lihatlah geng-geng Black Metal yang menyembah syaitan dek kerana 'expressionism'. Selain itu, geng-geng Luciferian yang juga ahli elite dunia menjadikan Iblis sebagai 'data collector' utama mereka padahal manusia mampu untuk mengambil dan mengutip data dari universe tanpa apa-apa medium sekalipun. Tidakkah manusia berkuasa dan siapakah khalifah di muka bumi ini? Syaitan atau jinkah? Tidak...manusia adalah khalifah bumi.

Selain itu, saya mahu rakyat sedar mengenai potensi 'teknologi spiritual' yang telah kita tinggal dan tidak 'upgrade' ini. Bangsa barat sudah mahu mengaji 'partikel tuhan', tapi kenapa bangsa timur masih mengkaji atom saja?! Kita bukan ketinggalan, tapi kita sengaja mempertinggalkan jauh ke belakang.

Jika ketamadunan islam dulu pernah mencipta berbagai-bagai teknologi canggih di zamannya, maka kenapa tidak kita?! Ketamadunan islam mula runtuh bila mereka berhenti bertanya 'kenapa dan mengapa'...Hal inilah yang selalu di terangkan dalam quran.

"Apakah kamu tidak melihat bahawasanya ALLAH menurunkan air dari langit lalu menjadikan bumi itu hijau? sesungguhnya ALLAH maha halus lagi maha mengetahui"
al-hajj ayat 63

"Apakah kamu tidak melihat bahawaALLAH menundukkan bagimu apa yang ada di bumi dan bahtera yang berlayar di lautan dengan perintahNYA. dan DIA menahan langit dari jatuh ke bumi melainkan dengan izinNYA? sesungguhnya ALLAH maha mengasihi lagi maha penyayang kepada manusia"
al-hajj ayat 65

Jika umat islam menguasai bidang ini dengan cara dan keadah yang betul, kita besar kemungkinan tidak perlukan GPS untuk mengesan lokasi, kita tak perlukan komputer untuk menceduk data rahsia dan kita tak perlu masuk kawasan musuh untuk mengetahui status musuh. Tapi, buat masa kini, ianya amat sukar kerana hanya segelintir yang mahir. Saya pula baru berjinak-jinak serta baru memulakan kajian. Di harap teknologi kebatinan ini boleh di aplikasikan ke dalam teknologi fizikal. Kelihatannya fantasi tapi apakah itu tidak mampu di laksanakan oleh ALLAH s.w.t jika DIA mahukannya?!

Ini baru sebahagiandari ayat quran yang menerangkan tentang keilmuan dari pengajian. Banyak lagi ayat quran yang menyatakan perihal ini. Jadi, saya nak melihat anon-anon yang selalu bagi 'nasihat' pada saya untuk mengkaji quran dan mendalami 'islam'...Apa yang telah mereka buat untuk itu? Saya bukan orang yang cakap tak serupa bikin. Jika itu ada di dalam hati kalian, sesungguhnya itu antara sifat munafiq. Apapun, lupakan perkara yang telah terjadi.

Banyak perkara yang harus di lakukan dari mengkritik perkerjaan orang tetapi diri sendiri tak berbuat apa-apa. Kajian ini akan di teruskan dan insyallah, jika di izinkanNYA, saya berharap ujikaji ini menjadi tapak permulaan kepada sesuatu yang lebih hebat. Saya memanggilnya 'universal design' dan 'spiritual engineering'. Wallahuaklam.

.........................................................................................................................................................................

terma-terma:-
- medium - si pengantara untuk menganalisa data dari entiti dan alam
- mind claming - keadah untuk mententeramkan diri serta 'mind talking'.
- data - sesuatu informasi mengenai sesuatu perkara

Share this post :

+ comments + 12 comments

Anonymous
July 31, 2009 at 2:36 PM

ADA SESUATU DALAM HUTAN PAHANG?...kerajaan lama?..senjata akan datang?...tuan blogger..andai kata kalu baca buku dan tanya penduduk2 asal pahang mereka ada jawapannya tak?...diri ni tak berilmu tinggi nak berchanneling seperti tuan blogger tuk tahu jawapannya..

July 31, 2009 at 2:48 PM

erm..itu adalah hasi dari ujikaji ini akan tetapi ia tidak boleh di ambil ringan. mungkin benar terdapat 'sesuatu' di sana.

kalau orang suka wat lawak, depa akan kata, di sana ada hutan dan ada harimau...

tapi, mengikut hasil ujikaji ini, ianya lebih pada monumen lama. Hal ni juga pernah di ceritakan pada saya oleh seorang tua yang pernah masuk hutan pahang. Dia kata, kalau berakit di sungai pahang, di suatu tempat kita akan melihat batuan bukit di tepian sungai. Runtuhan itu seolah2 ada kerajaan lama di situ. tapi siapa mahu masuk ke dalam sana...silap2 kena ngap..baru tinggal nyap..(ayat pramlee)

Anonymous
July 31, 2009 at 10:10 PM

Ow..wahh...terima tuan blogger atas informasi tersebut..teringat dulu time kecik-kecik kalau lalu highway karak mesti suke tengok kawasan hutan dan bukit-bukau kat tepi highway..rasa macam nak terbang je nak tengok apa ada dalam hutan tu..hehe..fikiran time budak-budak...

Anonymous
July 31, 2009 at 11:37 PM

Apa salah guna bahasa rojak dalam penulisan yang berupa dan bersifat kajian.IM pun akan menggunakan banyak bahasa baru,Bahasa penyatuan seluruh dunia...kalau tak caya silalah gunakan kaedah lucid dream or mata maya tu selongkar sendiri.

Zaman Dia Bahasa Melayu pun orang dah tak guna sangat dah...tapi guna satu bahasa baru.Sebagaimana Allah mengatakan "walau sehelai daun pun yang gugur Dia mengetahuinya...." begitu juga sebagaimana N. Sulaiman as memahami bahasa semut.itulah bahasa masa depan. hehehhh!!!
jangan marah.

Yang Benar,
LEPAT

Anonymous
August 13, 2009 at 8:49 PM

mengarutlah korang ni

Anonymous
August 17, 2009 at 10:38 PM

nanti semua jadi 'wrong channel'..baru tau!!!

Kwang kwang kwang

Anonymous
August 18, 2009 at 4:59 AM

blog yg menarik. teruskan menulis. jgn dilayan orang yang berfikiran negetif, kerana orang -ve tidak baik untuk kesihatan.





dol

August 19, 2009 at 11:26 PM

“Hai pembesar-pembesar siapakah diantara kamu sekelian sanggup membawa singgahsananya kepada ku sebelum mereka datang kepada ku sebagai orang-orang yang berserah diri.” “Berkata Ifrit (yang cerdik) itu dari golongan jin, aku akan datang kepada ku dengan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercayai. Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari al-Kitab; “Aku akan membawa singgahsana itu kepada mu sebelum matamu berkedip.” “Maka tatkala Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di hadapannya, ia pun berkata; “Ini termasuk kurniaan Tuhanku untuk menguji aku, apakah aku bersyukur atau mengingkari (akan nikmat-Nya) . Dan barang siapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk (kebaikan) dirinya sendiri. Dan barangsiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Maha Mulia.” (An-Namli, ayat 38-40)

November 20, 2009 at 3:46 AM

Hutan Pahang kota gelangi....ibu negara bagi kerajaan alam bunian...tempat berkumpulnya para wali ALLAH.

Abdullah Dari Timur
December 30, 2009 at 8:10 PM

beberapa kali, ketika saya ingin menghampirkan diri kepada Allah swt, saya tidur mengikut sunnah Rasulullah dan amalkan doa2 sebelum tidur. Saya tidur, seolah-olah lena, tapi saya sedar. tapi pada masa yang sama bermimpi. ianya cukup aneh kerana saya pasti saya alami mimpi2 tu cukup lama seperti 7-8 jam tapi apabila saya terjaga, baru 2 jam berlalu. adakah ini channeling? mungkin taraf rendah, ataupun sekadar bermimpi enak di malam hari?

October 24, 2012 at 12:19 PM

Hmm....memang terdapat suatu 'rahsia' di hutan Pahang. InsyaAllah...nt kita semua akn tau.
Jangan lah malu utk mengaku keturunan kita 'malayu'...beragama Islam. Ada sesuatu di sana yg akan mengubah pandangan dunia terhadap 'malayu' Islam. InsyaAllah

February 5, 2017 at 4:39 AM

Mungkin ini la yg dikatakan nabi, manusia akan memandang agama suatu yg pelik d masa akan dtg.. seolah2 disini agama yg betul di anggap sbgai fantasi. Blh jga dkaitkan dgn kajian penulis yg ia di anggap fantasi oleh masyarakat skg. Pdhal ada satu zaman dhulu kala. Lelaki yg xpndai terbang dan bjln atas air d anggap cacat. Skg sapa yg cacat? Kite org bangsa dhulu? Hehehe

Post a Comment

Artikel lama Nusanaga

ALL TIME POPULAR

 
TEAM: TUBEPANAS | atasbawah | fan page
Copyright © 1999. Nusanaga - All Rights Reserved
Template Created by NUSANAGA Published by hasellusiby
Proudly powered by Blogger