Total Pageviews
Selamat hari raya
salam
terlebih dahulu izinkan saya mengucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya kepada para pengunjung blog nusanaga awaken ini.
setelah hampir sebulan kita berpuasa, kini sudah tiba masanya kita beraya. Tapi, merayakan aidilfitri di Malaysia amat pelik dan sungguh hebat. Jikalau di luar negara, aidilfitri di sambut dengan kadar sederhana tapi meriah. Di malaysia, kita menyambutnya dengan perasaan sungguh hebat dan boleh merayakannya sehingga sebulan?!
Itu tidak menjadi masalah pada saya kerana hari raya ialah hari di mana silaturahim di eratkan dan kegembiraan di kongsi bersama. Tapi, selepas raya, apa akan jadi? Itu kita kena tanya diri sendiri.
Oh ya, saya ingin memberitahu juga bahawa, ada satu orang telah datang pada saya dan memperkenalkan satu ubat pati buah mengkudu. Setelah di selidiki, sememangnya pati mengkudu mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi. Tanpa berlengah masa, saya terus membelinya. Dengan hanya rm40, ianya amat berkesan. Boleh di minum atau di sapu. Ianya ibarat GAMAT. Luka jadi cepat sembuh. Kemudiannya, saya menjadi ahli untuk itu. Pada fikiran saya, saya tidak begitu mementingkan keuntungan dari penjualan itu. Tapi, baru-baru ini, guru saya mengatakan hasratnya untuk menunaikan umrah pada tahun hadapan dan dia mengajak saya. Jadi, demi itu, saya harus berusaha di dalam perniagaan ini agar hasrat saya untuk mengikuti guru saya membuat umrah pada tahun hadapan tercapai. insyallah.
Jika ingin mencuba Pati mengkudu itu, sila klik pada iklan di bawah atau terus saja ke
berkat-tauladan.blogspot untuk maklumat lanjut.
Baiklah, tinggalkan itu untuk sementara. Kini saya sedang sibuk dengan Thesis saya. Saya sedang berusaha untuk mengumpul datda dan menganalisa tentang ORIGIN OF MALAY dan bagaimana kelangsungannya dalam membentuk empayar-empayar purba melayu.
Kini, sedikit sebanyak saya sudah dapat melihat bahawa MELAYU ini adalah satu kompleksi yang sangat hebat. Meskipun tiada bukti berbentuk artifek, tapi dengan tulisan manuskrip serta teori dari golongan pengkaji serta akedemik, ia dapat memberi sedikit gambaran bahawa memang benar DI SINILAH BERMULANYA DAN DI SINILAH JUGA AKHIRNYA.
Dari kajian saya juga, segala sifat melayu yang di katakan negatif seperti pemalas, iri hati dan sebagainya, sebenarnya adalah gambaran bahawa itulah sifat 'melayu' dulu kala. Maksud saya mengenai 'melayu' dulu kala itu bukannya melayu zaman hang tuah atau empayar srivijaya, tapi ke belakang lagi. Melayu yang saya maksudkan itu ialah MELAYU LEMURIA dan ATLANTIS.
Ya, itulah yang saya dapati pengkajian saya ini. Dengan bukti dari beberapa buah buku, blog, forum serta teori, HAL INILAH YANG CUBA DI TUTUP OLEH PENJAJAH SERTA SHADOW GOVERMENT supaya melayu nusantara tidak kenal lagi siapa mereka.
Inilah di katakan operasi menidurkan sang naga oleh beberapa pihak sejak zaman dulu kala lagi. Takkala sang naga bangkit bangun, tiada siapa lagi mampu untuk menghalang. Dek kerana itulah Rasullullah mengatakan kebangkitan bermula dari timur.
Jika 'penjahat' telah menidurkan sang naga, kini marilah kita bersama-sama memulakan operasi membangkitkan nusanaga ini. Insyallah, sedikit demi sedikit saya akan siarkan 'progress' kajian saya ini.
Apa yang pasti, sifat kemelayuan yang di katakan negatif itu bukanlah buruk tapi ianya adalah projeksi kepada sifat nenek moyang kita dulu. Lemuria di nusantara ini cukup hebat teknologi spiritualnya. Mereka tidak berjalan seperti kita, tapi cukuplah mereka untuk teleport atau melayang-layang di atas angin. Dek kerana itulah mereka kelihatan sedikit bermalas-malasan.
Bila ada segolongan yang tidak mampu untuk berbuat demikian, dengan akal yang cukup bijak, golongan ini membina satu lagi ketamadunan yang di gelar ATLANTIS. ketamadunan ini mempunyai sifat yang cukup iri hati, dengki dan cemburu dengan kehebatan golongan lemuria ini. Dek kerana itu, terjadilah peperangan antara keduanya dan menyaksikan kedua-duanya turut musnah lalu tenggelam (sila perhatikan kisah nabi nuh).
Kisah perjalanan bagaimana Origin of Malay ini berasimilasi dengan kaum-kaum lain sepanjang perjalanan balik ke 'Cradle of life' ini cukup panjang. Dek kerana itulah, bila tiba masa kita, wajah-wajah melayu amat berbeza dan tiada spesifikasi yang khusus untuk menentukan apakah itu Melayu.
Jadi, apakah bagusnya jika nusantara saling bergaduh padahal kita semua dari leluhur yang sama. Jadi terus terang saya katakan, jika mahu bangkitkan kembali naga yang tidur, eratkanlah hubungan persaudaraan dengan 'kaum sedarah sedaging kita' yakni rakyat sumatra, tanah semenanjung, cina dan india serta orang asli.
Apapun, mohon maaf jika selama ini saya ada terkasar bahasa dan menguris hati kalian. Di harap di ampunkan. Insyallah, saya akan 'update' hasil kajian saya. Selamat hari raya.
+ comments + 4 comments
ho ho tq tq.teruskan usaha..
ellaenor
bangsa melayu itu adalah dari keturunan yahudi yang lari dari penjajahan kerajaan assyria..
mereka adalah bangsa yahudi yang terpilih dan akan bangkit pada akan datang.
salam
bagaimana pendapat anda tentang cerita yang mengatakan bahawa jepun adalah dari keturunan ten lost tribes of jew? saya terjumpa maklumat yg menarik di http://www5.ocn.ne.jp/~magi9/isracame.htm yang menyatakan persamaan dari segi hari keraian dantradisi.
sekian
sdri taa
aku plak x pk yg sifat (-) tu dgn sengaja/x sengaja di projeksi kpd tetua dolu2.
bkn projeksi tp tujuannya utk ilangkn semgt geng naga. sdangkn sifat sama, ada jgk pd smua kaum lain.
tp bila kt geng naga diorg besarkn smcm naga tu mmg pemlas thp dewa. anak cucu yg tmkn umpan smer jd lemah dan lembik trima je hinaan musuh.
aku kata ini dirancang.