Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
salam ramadhan juga buat semua pengunjung blog ini. terlebih dahulu saya ingin berceritakan mengenai apa itu blog nusanaga dan kenapa saya berpindah dari blog futurephenomenon ke sini.
Pertama sekali ialah, saya inginkan aplikasi 'gadget' di dalam blogspot yang banyak memberi kebaikan. Tapi, apa bila berpindah ke Blogspot, saya dapati aplikasi admin yang terdapat di dalam wordpress itu tiada di Blogspot. Jadinya, saya tidak dapat mengagak tentang status blog saya. Jadi, terpaksalah saya mencari aplikasi gadget khas yang sesuai dengan Blogspot untuk itu.
Keduanya, saya memberi nama nusanga kerana ia melibatkan bangsa-bangsa timur yang sinonim dengan 'naga' sebagai haiwan mitos yang paling berkuasa. Selain itu juga, memang terdapat di kalangan kita, adalah dari keturunan naga (yang berasal dari champa-kalau tidak silap saya) Yang terkini, ada orang memberitahu tentang mereka terambil gambar 'naga' dengan tidak sengaja. Apapun, saya tidak berkata ya atau tidak mengenai itu kerana ia hak masing-masing. Hanya pakar yang boleh menafsirnya dengan tepat.
Ketiganya dan terakhirnya, blog future phenomenon adalah bersifat sejagat dan segala berita di dalam itu bersifat universal. Segala artikel di dalam blog itu adalah kelihatan 'biasa' kerana sudah terlalu ramai bloggers, baik di dalam negara atau antarabangsa, menceritakan benda yang sama yakni, teori konspirasi, kejahatan yahudi, isu masa depan (mahdi dan lain2), isu semasa yang tak berkesudahan dan sejarah yang kelihatannya seperti berpuak-puak. Jadi, dek kerana itu, saya beralih arah, supaya saya selari dengan niat asal saya yakni, melihat kebangkitan yang di janjikan.
Kebangkitan timur ini adalah sabda nabi Muhammad dan bukan saja nusantara yang menanti tentang itu, akan tetapi hampir segenap pelusuk dunia. Arab mengatakan merekalah pemula kebangkitan itu, negara cina, korea bahkan mana-mana negara mahu menjadi pemula pada kebangkitan itu. Agama lain menanti 'savior' atau 'messiah' atau 'avatar' mereka. orang islam juga menunggu Imam mahdi mereka. Lain agama lain ceritanya, tapi tetap merujuk pada satu. Apapun gelarannya, dia tetap akan muncul. Persoalannya, bila? Jadi, saya tinggalkan persoalan itu kepada anda.
Berbangkit pada tajuk dan tujuan saya pada kali ini, saya akan terangkan semula apa itu 'channeling' dan kaitannya dengan sains. Saya sengaja melambatkan update blog ini kerana saya mahu melihat sebanyak mana komen yang saya dapat untuk artikel Channeling ver 2.0.
Ternyata 80% adalah komen yang berbunyi "err..dude, where my cars?!"
Jadi, di sini saya akan terangkanlagi sekali. Apapun, saya minta maaf kerana, saya ini jenis manusia yang suka membuat terma-terma sendiri. Sejak zaman 'future phenomenon' di forum.cari.com.my sehinggalah kini, saya masih mengeluarkan istilah saya sendiri apabila saya dapati sesuatu perkara itu amat sukar untuk di ucapkan. Terma 'future phenomenon' pun, saya pasti, tak ramai yang mengetahuinya. Biarkanlah ia rahsia. Lu fikirlah sendiri, bak kata nabil.
Channeling ialah Suatu proses yang mana manusia menjadi medium untuk memterjemahkan sesuatu yang bersumber dari sesuatu yang abstrak / halus. Ini adalah suatu kajian dan penelitian saya dalam mengenal dan memahami 'alam melayu dan kekuatannya' serta 'keupayaan sebenar manusia'. Jangan ingat saya membuat kajian ini sesuka hati.
Apapun, saya tidak membuat logbook kecuali menulisnya di dalam blog ini serta update hasil ujikaji di dalam forum.atasbawah.com.
Saya tahu, ramai di luar sana menganggap ini semua tahyul dan syirik. tapi...hello, saya tahu apa yang sedang di lakukan ini dan kami ada team mate. Kami ada guru masing-masing dan kami sentiasa update untuk di 'tembak' di dalam forum.atasbawah.com. Akan ada yang empertikaikan dengan mengatakan begini "ala..kawan2 korang mestilah saling membenarkan satu sama lain".
Sekali lagi..hello, di dalam thread "channeling" itu, bukan saya saja yang memberi hasil ujikaji, tapi dari forumers di seluruh Malaysia. Kami saling membuktikan hasil channeling kami.
Apapun, saya tinggalkan perkara itu pada anda, sebab anda yang ingin mempercayainya. Pada saya, kalau anda langgar lari saya pun, saya tetap dengan keyakinan saya dalam ujikaji ini.
SAya bukan jenis "suka tiru orang" atau "ikut suka aku laa"..., untuk membuat perkara ini, saya telah tanya pelbagai orang dari pelbagai jenis perguruan.
Baiklah, tinggalkan spekulasi remeh temeh seperti budak tadika itu seketika, apa yang saya nak nyatakan di dalam artikel ini adalah, kaitannya dengan bukti saintifik. Untuk kali ini, saya cuma akan ringkaskannya dan saya tinggalkan dengan beberapa video mengenai frenquensi, DNA, RNA, mind power, dan lain-lain.
Channeling adalah suatu interaksi antara benda berfizikal dengan data yang tersimpan di dalam entiti bersifat halus atau abstrak. Entiti ini boleh kita katakan sebagai, hantu, jin, mambang dan toyol. Saya rasa, itulah yang terpancul pada akal anda semua jika saya mengatakan mengenaiinteraksi dengan benda halus ini. Jika anda berfikiran begitu, anda memang seorang yang kelakar!!!
Jika anda mengatakan jin syaitan dan iblis mempunyai keupayaan untuk access data dan memberikannya pada manusia, saya cadangkan anda semua sila balik ke zaman air batu (ice age) atau zaman sebelum pintu langit di tutup (yakni sebelum zaman kelahiran baginda rasullulah).
Telah di riwayatkan bahawa saat kelahiran baginda rasul, perhubungan antara langit dan bumi telah tertutup dan dek kerana itulah syaitan tidak mampu lagi untukmengumpul data. Jika mereka inginkan data itu, terpaksalah mereka gunakan manusia untuk membuka 'pintu langit' itu, tapi tak sempat nak kumpul, para syaitan ini telah hilang kaki tangannya atau kepalanya kerana di 'tembak' dengan 'api dari langit' itu.
"Dan sesungguhnya kami dahulu dapat menduduki beberapa tempat di langit untuk mendengar berita. tapi sekarang, barangsiapa yang cuba mencuri dengar, tentu akan menjumpai panah api yang membakar"
surah al-jinn 72:9
Selain itu juga, beberapa prosuder telah di buat sebelum memulakan channeling ini. Seperti saya katakan pada artikel lepas, anda harus mengambil wuduk, kalau boleh bersolat sunat dan sedikit zikir. Tapi, kalau data itu datangnya dari syitan juga, agak kebal juga lah syaitan tu ya. Hasil Channeling ini kadang kala sesuatu yang di luar akal manusia, tapi hal ini telah di nyatakan di dalam quran tentang 'perkhabaran yang tidak kamu ketahui'. Seandainya perkara itu di ketahui manusia umum, jadi, apa kejadahnya semua ini?!
"Bacalah; dengan nama tuhammu yang mencipta. Dia mencipta manusia dari segumpal darah. Bacalah; dan tuhammu maha pemurah. yang mengajar dengan qalam. Dia mengajar apa yang tidak di ketahui"
Surah al-alaq 96:1-5
Bagi 'ahli channeling' tentu tahu mengenai surah al-alaq ini berkisarkan kepada apa. Surah ini bukan saja merakam peristiwa surah pertama di turunkan, bahkan lebih dari itu. Iqra selain membawa pergertian baca, tafsir, fikir dan sebagainya, ia juga mengenai 'method ilmu/data itu di turunkan'. Walaubagaimanapun, lain orang lain pengalaman dan sudah tentunya semua itu bersumber dari ALLAH yang maha berkuasa juga.
Saya tahu, akan ada manusia yang berkata begini "arghh...beriman sangat laa sampai leh dapat berita camni?'. Iman atau tidak itu urusan DIA. Ahli channeling ini hanya mendapat potensi mungkin dari kepakaran generasi lalu, kebolehan semulajadi atau terpilih. Ianya melibatkan potensi DNA untuk memproses perkara yang datang sebagai frenquensi lalu di terjemahkan pada Akal fikiran. Itu saja. Sesiapa juga mampu membuatnya. Cuma yang berbezanya ialah antara hendak atau tidak dan percaya atau tidak. Itu saja.
Saya berpegang pada prinsip "kita semua sama bodoh dan sama cerdik, yang bezanya usaha". Dari segi sainsnya, ia melibatkan potensi quantum fizik serta elemen metafizik. Saya tidak begitu pakar dalam hal ini, tapi sedikit sebanyak ia dapat mengukuhkan kajian saya ini.
Jika ada yang langsung tidak percaya method interaksi data ini, saya ingin menanya anda sesuatu. Jika method ini tidak wujud dan hanyalah angan-angan saya semata-mata,
kenapa isu 'menurun' di kalangan bomoh atau rasukkan serta projection maya di kawasan-kawasan tertentu terjadi. PErtanyaan lebih besar ialah, Adakah hanya manusia yang wujud di muka bumi ini? Adakah semua benda 'mati'?
Jadi, ujikaji ini adalah untuk memberitahu pada kita semua mengenai, semua di sekeliling kita 'hidup' dan menyimpan 'memori' baik di benak akal atau di dalam potensi DNA atau lebih dari itu. SEmua di sekeliling kita saling berinteraksi. Cuma kita tidak sedarinya kerana kita sengaja memekakkan telinga kita dan membutakan mata kita dengan menipu diri sendiri, mengatakan bahawa manusia adalah keseorangan dan semua adalah hamba pada manusia. Dek kerana itulah, manusia mula merosakkan alam dan seterusnya membinasakan apa saja di hadapan mereka. Manusia kini tak ubah seperti yakjud makjud yang membinasakan apa saja di hadapan mereka.
Selain Channeling, saya juga cuba berinteraksi dengan pokok-pokok yang berada di sepanjang laluan perjalanan saya ke kelas. Saya tidaklah bercakap seorang diri dengan pokok itu, tapi sepanjang perjalanan, saya akan senyum pada pokok itu dan menyentuhnya. Jika rajin, saya ucapkan 'assalamualaikum' Hasilnya, saya seolah-olah mendapat extra energy. Bunyinya kelakar, tapi itulah yang terjadi. Jika tak percaya, silalah cuba. Tapi saya lebih percaya bahawa anda akan berkata "apa kejadahnya aku cuba, gila ke apa?!"...
Jadi, jika itu jawapan anda, sampai mati pun anda akan mempersoalkan setiap perkara yang terjadi di sekeliling anda. Kalau mengikut kata ahli falsafah, 'anda baru saja gagal kerana anda telah gagal sebelum mencuba'.
Jadi, teori 'semua saling berinteraksi' ini mungkin benar dan chanelling adalah salah satu method yang berhasil dalam membuktikan teori 'semua saling berinteraksi' ini. Ini berdasarkan frenquensi yang saling pantul memantul dan di serap oleh DNA atau RNA pada jasad manusia lalu di olah di otak manusia. Kemudiannya, data itu di olah melalui beberapa method yang telah di sebutkan di dalam artikel CHANNELING ber2.0 seperti mata maya, mimpi, tangan tulis dan lain-lain. Dan jika ini benar, ternyata, seluruh hidup kita ini, sedaya upaya alam cuba memberitahu sesuatu kepada kita. Selain itu juga, saya mendengar khabar bahawa zaman mahdi nanti, segala alat elektronik akan lumpuh. Jika tiada alat-alat komunikasi seperti sekarang, bagaimana anda mahu mendapat berita dari saudara mara yang jauh. Bagaimana anda mendapat berita mengenai apa yang telah terjadi di luar negara. Jika saya kata, Channeling adalah caranya, tidak salah bukan?!
Apapun, saya tinggalkan anda dengan video ini, dan silalah menontonnya dengan hati terbuka. Mungkin ini adalah artikel terakhir yang berkisarkan bab CHANNELING ini.
SILA MENONTONNYA DI YOUTUBE (kerana blogspot rupanya tak boleh letak video)
VIDEO
DNA is the secret 1
DNA is the secret 2
DNA is the secret 3
DNA is the secret 4
Prof. Len Horowitz (DNA: pirates of scared spiral) the series
Ebook
Len Horowitz ebook
Akashic record (terma)
Learn to read Akashic record (bacaan sahaja, bukan pegangan)
dan banyak lagi, tapi jika anda bijak memilih bahan bacaan dan sumber untuk menyakin diri anda bahawa Channeling memang 'wujud' dan berlaku, makanya teruskan lah dan kini, alhamdulilah, ramai yang telah sedar potensi diri sendiri sebagai MANUSIA... kita tak bergantung pada jin mahupun syaitan untuk mendapat data. Hanya ALLAH sumber kita dan kita telah di berikan cara untuk menerima data itu, tapi kebanyakkannya menipu diri sendiri dan memperlekehkan diri sendiri sebagai manusia. Apa ciptaan terhebat dan sempurna yang telah di nyatakan dalam quran?! Sudah tentu MANUSIA.
Apapun, ALLAHlah yang maha mengetahu apa yang tersembunyi dan nyata. Ampun maaf jika hamba tersalah kata dan silalah 'topup' kajian hamba ini dari sumber kalian. Jika ingin komen, silalah komen dengan berhemat, Jika ada yang komen dengan ayat yang sungguh 'sedap' di dengar, jika berlaku apa-apa, maaf saja ya, kerana blog ini di kunjungi hampir segenap nusantara dan di bulan ramadhan ini, mulut kadang-kala 'masin' sikit.Macam-macam manusia dan macam-macam 'level' sedang membaca komen anda. Ingat, diri anda yang menyaksikan anda menulis. ALLAH maha melihat dan mendengar.
wassalam dan salam ramadhan
+ comments + 12 comments
Salam, teruskan usahamu. Gud job, well done. Satu pertanyaan dari saya, adakah semua orang ada keupayaan untuk membuat channeling ini dan bolehkah kite channeling tanpa guru. maksud saya kita melakukan channeling sendiri tanpa bimbingan dari orang-orang yang lebih berpengalaman.
salam...
semua orang boleh malakukannya selagi dianya bernama 'manusia'...yang menjadikan tidak boleh tu adalah diri anda sendiri..
untuk melakukannya, sebaik2nya ada guru supaya boleh memantau situasi anda jika ada sesuatu yang 'weird happen'.
tapi, apa yang saya nak tekankan ialah...YAKINLAH PADA DIRI SENDIRI DAN ALLAH...tiada yang boleh menyakiti kita selain dengan keizinanNYA...
wassalam
p/s: selamat berpuasa
di mana kah saya nak cari guru untuk belajar cara channeling. sila hubungi saya di abah72@gmail.com
erm...channeling sebenarnya tak memerlukan perguruan, kerana semua orang boleh melakukannya selagi dia percaya dengan kebolehan diri sendiri.
perguruan seperti tariqat dan ketuhanan tu lebih kepada develop keyakinan anda terhadap hasil yang akan anda dapat nanti yang mungkin di luar jangkaan.
perguruan juga di perlukan untuk mereka 'membersihkan hati' agar channeling akan lebih 'clean' dan 'tanpa was-was'...
sedangkan saya sendiri masih belum 'clean' dan kerana tu di bulan ramadhan ni saya ambil kesempatan itu untuk bersihkan hati.
Jika ada hasil channeling yang di kategorikan sebagai 'was-was', saya akan kelompokkan hasil data itu sebagai 'un-clean' dan re-channeling di perlukan untuk dapatkan hasil data yang lebih baik dan di rekodkan.
Salam Aiz
Saya harap saudara Aiz dapat menghubungi saya:
tolentolen@gmail(dot)com
Planetaman
Chanelling ver. 3.(777)
Youtube boleh letak dalam blogspot, masa post entri, pergi kat edit html, pastu 'paste'kan code embedded video tu...
salam
sy ingin bertanya sesuatu...
pernahkh saudara mndengar psal deja vu?
kerana sy sering mengalaminya...deja vu ialah apabila terjadi sesuatu peristiwa skrg tetapi kta mrasakn kta pernah merasai peristiwa itu pd msa dahulu smada melalui mimipi @ lain2...
adakah i2 mrupakn cth chanelling?
benar kata anda. itulah kelebihan makhluk bernama manusia. syaratnya tidak terpukau dengan keduniaan dan hanya anggap ia sebagai ilmu sahaja. tafakur dan mendiamkan diri bakal mambawa kita ke suatu dimensi yang "sukar" difahami. ini perlukan ketajaman fikiran disokong oleh maklumat yang "benar". berhati2 di lebuhraya.
- aliff
Assalamualaikum, saudara
daripada memperbanyakkan kajian channeling ni lebih baik perbanyakkan kajian kepada ilmu tafsir Al-Quran dan hadith dulu, gunakan sumber2 yg sahih nk buat kajian... tolong titikberatkan kesahihan hadith dan sirah sebelum menggunakannya
pendapat aku, kebanyakan kita melakukan channeling tanpa sedar.
kunci utk kuat. Yakin + Ikhlas.
utk lurus, ingat Allah banyak2.
Allah Memang sgt Hebat =)
Nabi Muhammad pun bertafakur ( Ini channelling juga ker?) di gua Hiraq selama 2 tahun kalau tak silap..then baru boleh meneroka alam ghaib ni..kalau Nabi kita pun buat amalan bertafakur..bagaimana ya cara dia bertafakur?..Maafkan aku..sebab tak Ada ustaz yang boleh menerangkannya bagaimana nak buat..aku hanya dengar tajuk cerita jer...