Pernah banyakkan tak telefon bimbit anda keadaannya seperti sekeping kertas tapi masih berfungsi seperti gadget anda yang biasa. Bahkan, ia lebih dari itu. Pernah bayangkan tak, suatu cermin yang mampu memaparkan display yang sama dengan komputer anda. Bahkan ianya hanya sekeping cermin yang mampu lakukan pelbagai kerja?
Percayalah, anda berada di era itu.
Ia adalah GRAPHENE, suatu metarial yang paling kukuh, kuat dan stabil dalam dunia ketika ni, bahkan 500 kali ganda lebih kuat dari berlian. Tidak percaya?
Graphene adalah koleksi GRAPHITE atau bahasa mudahnya, 'arang' yang terdapat pada mata pensil kita yang di kumpulkan, di 'nano'kan dan di 'lekap'kan sehingga ia benar-benar tumpat.
Graphite ini adalah suatu meterial yang mampu alirkan elektrik bahkan ianya boleh di ubah bentuk mengikut apa yang di kehendaki.
[ The mineral graphite /ˈɡræfaɪt/ is an allotrope of carbon. It was named by Abraham Gottlob Werner in 1789 from the Ancient Greek γράφω (graphō), "to draw/write",[4] for its use in pencils, where it is commonly called lead (not to be confused with the metallic element lead). Unlike diamond (another carbon allotrope), graphite is an electrical conductor, a semimetal.]
Graphene kita sedang di kaji dan di sebarkan hanya pada organisasi yang kaya dan kukuh sahaja. Tapi, dalam masa 5-10 tahun nanti, ia akan mengantikan segala jenis gadget, teknology yang berasaskan 'display' anda. Di situlah akan ada suatu teknologi yang mana Komputer hanya satu CERMIN semata-mata.
Cermin itulah 'motherboard', RAM, Graphic Card dan CPUnya. Ianya tidak mustahil kerana dengan material ini, segalanya semakin hampir (bahkan sudah ada).
Kita sebenarnya sedang menuju suatu era MINIMALISM. Ia adalah suatu gaya yang mementingkan RUANG yang luas. Tema MINIMALISM adalah 'lebih ruang lebih bagus'.
Syarikat APPLE adalah yang pertama aplikasikannya dalam gadget-gadgetnya dalam branding 'I'. Maka, terbitlah item seperti i-phone, i-pad, i-pod dan sebagainya. Ia adalah berkonsepkan MINIMALISM. Ini kerana kehendak manusia kian menuju kepada GREEN TECHNOLOGY, HUMAN TECHNOLOGY dan yang mementing suasana tenang dan aman. Mungkin kerana dunia pada masa kini sungguh kucar kacir, caca marba dan penuh bermasalah, maka, secara tidak langsung, manusia berkehendakkan suatu benda yang aman, tenteram dan damai dalam konsep sehariannya. Ia bukanlah hanya bersandarkan aspek ROHANI semata-mata, tapi juga pada aspek pendengaran, penglihatan, perasaan, dan sebagainya.
Salah satu syarikat lain yang boleh di ambil contoh adalah; IKEA. Kenapa ramai yang suka perabot IKEA?
Selain dari qualitinya serta harganya yang murah, ia kerana konsep MINIMALIST yang di rekanya. Ianya adalah 'peranan reka cipta dalam mengikut kehendak emosi manusia semasa yang boleh membentuk masa depan sebagaimana yang di kehendaki generasi kini kepada generasi masa depan' Selain itu, syarikat BRAUN juga boleh di ambil contoh.
SAMSUNG di exponya, telah memaparkan telepon bimbit konsep yang 100% seperti kertas tapi masih berfungsi seperti biasa. Itulah teknologi berasaskan GRAPHENE. Metarial ini boleh di nipis-tebalkan mengikut kehendak pereka. Kerana itulah teknologi paparan seperti ini mampu mengubah DUNIA, kerana hanya 1 GRAPHENE yang di campur cermin, boleh menjadi Peti television, Komputer, bahkan telefon anda. Semua ini kerana konsep MINIMALIST yang sedang mempengaruhi emosi manusia.
Masa depan bukanlah suatu keadaan yang bersepah dengan wayar atau item yang canggih tapi 'gelap'. Ia lebih kepada konsep 'hijau' dan 'simple'. Ia selaras dengan kadar pertumbuhan emosi manusia semasa.
Biarpun begitu, kedua syarikat ini masih terikat dengan monopoli KAPITALIST yang sedang memegang dunia bisnes kini. Kerana itulah FREE ENERGY / TENAGA PERCUMA tidak dapat di teruskan kerana ia akan melingkupkan monopoli KAPITALIS tersebut.
Biarpun begitu, saya andaikan bahawa MASA DEPAN kita di penuhi dengan KEHIJAUAN, konsep MINIMALIST (simple) tapi berteknologi tinggi bahkan tidak memerlukan sumber tenaga terhad seperti MINYAK, elektrik semasa dan sebagainya. Saya andaikan bahawa teknologi GRAPHENE ini sendiri mampu menjana tenaganya. Di pendekkan, satu CERMIN mampu jalankan aktiviti seperti KOMPUTER, TELEVISION, TELEFON dan sebagainya bahkan tidak perlukan tenaga dari luar kerana CERMIN itu sendiri mampu membekalkan tenaganya sendiri. BEKALAN TENAGA dari dalam untuk dalaman sebenarnya adalah konsep tenaga manusia. Ia sentiasa 'cycle'. Jadi, teknologi GRAPHENE ini perlukan satu 'jantung' untuk memulakan 'spark' aliran eletrik yang mampu menjana aktiviti seperti komputer, television dan sebagainya itu.
Apakah ianya mustahil?
Ia akan menjadi mustahil kerana kita tak pernah berfikir bahawa ia akan menjadi tidak mustahil suatu hari nanti.
Wassalam
+ comments + 9 comments
salam,
kadang2 sy rasa benda2 teknologi ni seolah disimpan atas sebab ekonomi.maknanya,skrang ni teknologi dah ada,cuma mungkin beberapa tahun akan datang baru akan dikeluarkan sebab produk yg ada skrang mestilah dijual abes dulu...jadi seolah2 kita manusia sebenarnya jauh ketinggalan dari sudut teknologi...entahla,hanya pandangan jahil je...
itu teknologi, bagaimana pula akhlak manusia? kene ingt dunia kini pun maju tapi masih rosak akhlak.malah ahklak buruk dapat di 'transparent/kabu' dgn teknologi.saket menerimenye tp kenyataan. setiap pekara ada pro dan cons,positf negatif.tanye diri anda sendiri bagaimana ? :)
Salam bro,
Sejarah kan kembali berulang.. mungkin tidak 100%,tetapi memadai 10-20% dari teknologi purba yang dapat kita olahkan kembali.
umat2 terdahulu memiliki teknologi yang sangat tinggi lagi hebat..sehingga dapat mencenganggkan para ilmuan hari ini.
Kekasih allah pernah berdetik hatinya,mengenangkan umatnya yang jauh lebih kerdil dan lemah(kiasan)jika dibandingkan dengan umat2 yang terdahulu
(merujuk kepada ilmu dan teknologi)..Tetapi yang nyatanya kita adalah ALLAH dan rahmatnya serta rasulnya.
Tetapi yang pastinya,sejarah kan kembali berulang.
kadang2 saya terfikir bagaimana teknologi manusia di masa depan, selepas tamatnya segala konspirasi dajjal dan matinya Yakjuk Makjuk.
Mungkin robot2 nano digunakan secara meluas dalam tubuh manusia, untuk tujuan perubatan dan meningkatkan kebolehan diri. Manusia mungkin boleh ON peralatan elektronik hanya dengan fikiran.
Kemudian, datangnya 'angin sejuk' yang membunuh orang mukmin...
staff
Dari mana dtgnya sumber tenaga yg tidak putus2. Ianya dari zat tuhan @ kini di kenali dgn dark matter. Tidak di lihat dan tidak di dengar namun wujudnya mempengaruhi alam semesta. Tauhid ertinya mengembalikan wujud diri manusia kepada wujud zat tuhan dlm erti kata Fana iaitu hapus alam kpd wujud zat tuhan yg esa. Apabila ini berlaku maka zat yg berkuasa akan mengalir di dalam diri manusia dlm bentuk nur, ilmu, wujud serta penyaksian atas keupayaan zat tuhan.
Perhatikan filem2 Hollywood spt transformers dan the avenger yg memperkatakan ttg kiub yg berkuasa. Kiub ini sebenarnya Kaabah tuhan dan letaknya di dada manusia dan enjinnya adalah jantung dan hati itu menyimpan rahsia zat tuhan. Jadi manusia itu menyimpan rahsia tuhan dan sebaik2 memakrifatkan ketuhanan.
Assalamualaikum,
Saudara-saudari sekalian, apabila dikatakan ttg Hari Kiamat maka secara tidak langsungnya Ia berkaitan dgn Hari2 Terakhir Manusia.
1) Manusia sekarang makin hari makin alpa dgn tujuan Utama mereka Diciptakan. Gadjet2 dan Teknologi yg menghiasi Laman Dunia ini seolah2 Dibina dgn harapan Dpt mewarnai Kehidupan Ini dgn penuh makna.
2) Gadjet2 ini memberi harapan baru kepada manusia utk terus hidup didunia shingga ada yg ingin mencari Kehidupan Abadi didunia ini.
3) Tanpa mereka sedari teknologi ini secara senyap membunuh manusia dr segi fizikal n mental. Sbg contoh, INTERNET misalnya mempunyai pelbagai informasi. Jika kita ingin melakukan sesuatu maka pergi ke INTERNET. Sikit2 hilang punca hidup atau ada persoalan diminda maka INTERNET akan menjadi sasaran. Mula2 serach apa yg diingini, namun last2 hilang punca kerana pelbagai iklan,video,yg telah membri ransangan kepada kita. Kalamullah Tidak lagi jadi rujukan kepada manusia. Kerana bagi mereka tidak ada penyelesaian yg lebih baik selain INTERNET. Mereka berkata bahawa INTERNET memberi cara penyelesaian penyakit,apa yg terbuku difikiran dan memberi kegembiraan hidup didunia. Namun Kalamullah juga memberi penyelesaian Penyakit Hatta Mencegah Ia berlaku dalam zaman manusia,apa yg terbuku difikiran juga dapat dijawab oleh Al-Quran. malah kegembiraan hidup juga dapat diberikan cthnya, gambaran sebenar yg menanti bagi manusia yg beramal,beriman dan berilmu krana Allah SWT
4) Kecanggihan Sekarang Tidak Dpt Melawan Tekonologi Zaman Dahulu. Mereka dapat tahu berita tanpa adanya INTERNET DAN TELEVISYEN. Hatta mencipta Emas berlian dan Binaan Yg Kukuh sampai ribuan tahun juga masih Kukuh.
5) Apabila Perang Akhirzaman meletus, Manusia akan kembali berperang dgn pedang dan kuda.Mengapa Diperkatakan Kalinah KEMBALI. Seolah-olah AL-Quran memberi gambaran manusia tidak berperang dgn ilmu kecanggihan lagi namun secara total berperang seperti zaman dahulu.
Kesimpulannya, Dunia Ini taklah canggih Manapun. Namun Syurga Lagi canggih dgn teknologinya. Kerana Allah SWT siapkan Syurga Khas Bagi Manusia Yg MenyayangiNya Manakala Dunia Dicipta Bagi Mencari Manusia Yg Benar2 Menyayangi TuhanNya.
Datang dari 'dia' balik pun kepada 'dia'..
Stay on track beb.
Manusia adalah sebaik2 ciptaan dan di jadikan khalifah apabila mentauhidkan tuhan yg esa. Jadi, manusia yg beriman adalah merdeka dlm erti kata yg sebenar dgn meletakkan kebergantungan hanya kpd tuhan.
Apabila di katakan dtg dari Dia dan pulang kpd Dia. Ini bermaksud manusia itu asalnya ghaib/tidak wujud dan siapakah ghaib al ghaib yg sebenar. Sudah tentu zat tuhan yg kemudian menyatakan wujudnya melalui sifatnya yg esa yg masih di alam ghaib. Kemudian maka menzahirkan wujudnya dgn menciptakan nur ketuhanan di dlm martabat Wahadiah. Kemudian menzahirkan dari nur itu dlm bentuk roh sebagai menyaksikan kewujudannya. Jadi, asal manusia itu dari nur yg di gantung di bawah Arash tuhan ibarat pendil seblm di bawa malaikat turun ke bumi melalui ubun2 bapanya. Maka dari nur asal hamba dan bila mati hamba kembali semula bergantung di bawah Arash tuhan yg agung.
Masuklah dalam Kaabah ada tiga tiang Alif menunjukkan martabat Ahadiah, Wahdah dan Wahdiah dan di letakkan pendil2 pelita sebagai ingatan manusia.
Assalammu'alaikum...wrt,
Awal zaman @ A-generation telah lama berlalu...Zaman x-generation, zaman org pelik (mutan) telah juga berlalu...Sekarang zaman y-generation, zaman org gila(majzub)...beberapa tahun lagi kita semua akan masuk zaman z-generation (Akhir Zaman @ AZ)... kemudian akan bermula kehidupan yg sebenarnya (Akhirat @ A)...
Perbagai teknologi dan perkara baru akan terus manusia temui dan hadapi...biasalah tu...
setiap yg mula ada akhirnya...namun setiap yg akhir akan ada permulaannya...kita semua dan seluruh alam maya ini bersifat baharu, setiap yg baharu akan hancur musnah akhirnya (fana ul fana')
Wallahu'alam....